Tiada Tajuk - 14
Bab 14

"Dah. Ada kes yang hampir sama macam kes Haida dekat dalam cerita tu. Ada seorang perempuan yang dituduh membunuh suami dan empat orang anak di Pahang lebih kurang sepuluh tahun lepas. Watak Arfan, Aswad dengan Kemboja pulak tak ada sebarang rekod yang aku jumpa."

"Arfan"

"Ya. Dari Kisah 3. Kau dah baca"

"Belum. Tapi watak Arfan tak ada dalam novel yang dulu..."

"Yang Jangan Baca Novel Ni tu"

"Kau dah beli"

"Belum. Tapi aku dah pesan dekat budak suruh dia belikan nanti."

"Okey terima kasih."

"Woi jap! Kau bila nak masuk kerja balik ni Orang besar dah cari."

"Cakap aku tengah handle kes. Nanti petang aku masuk balik."

Munir mematikan talian. Dia terlihat Suraya sedang membelek-belek kertas yang dibacanya tadi. Munir merampasnya dari tangan Suraya.

"Awak tak payah bacalah!" Keras suara Munir.

"Kenapa" soal Suraya lembut.

Munir hanya diam. Mukanya serius. Hampir bengis.

"Apa pasal ni... Abang nampak stress."

"Memang stress pun."

"Sebab apa"

"Entahlah. Macam-macam."

Suraya bangun dan berdiri berhadapan dengan Munir. Dia mengambil wajah Munir, lalu dikucup dahinya lama.

"Jangan takut.... Kalau abang rasa lemah, tak berdaya, minta pertolongan dari Allah. Kalau kita dekatkan diri dengan Tuhan, in shaa-Allah kita akan rasa selamat. Sebab tiada yang lebih memelihara dalam dunia ni, melainkan yang Maha Pelindung."

Suraya pun melangkah pergi. Dia mengajak Adib bersamanya.

"Jom Adib. Kita biarkan Abang Munir berehat. Adib main dengan patung Adib dekat depan okey..."

Adib mengangguk dan memegang tangan Suraya. Sebelum pergi, Adib sempat berpaling dan memberikan senyuman kepada Munir.

Munir hanya memandang sekilas senyuman Adib itu. Tak mahu ditenungnya lama-lama. Lagipun Kisah 3 seakan sedang memanggil-manggil. Berkerenyuk resah di dalam tangannya meminta untuk dibaca.

Kisah 3

Jangka, Sedia, Ubah

Ini kisah tentang seorang wartawan. Wartawan yang baru bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan majalah paranormal. Tapi walaupun baru, semangatnya tinggi. Dan kecintaannya terhadap perkara-perkara mistik dan aneh, menggerakkan hatinya untuk memilih untuk berkerja di bawah syarikat kecil ini walaupun ada tawaran yang lebih besar untuknya.

Arfan menyusun pen dan pensil di dalam bekas pemegang alat tulis yang dihadiahkan arwah adik kembarnya, Aswad. Bekas alat tulis itu adalah pemberian terakhir dari Aswad sebelum dia meninggal dunia beberapa tahun lepas kerana kemalangan jalan raya. Waktu itu, Arfan masih lagi menuntut dalam bidang kewartawanan di sebuah universiti awam di Shah Alam.

Habis menyusun pen dan pensil, dia menyusun pula kertas-kertas dan fail di atas meja itu yang sebenarnya memang sudah tersusun rapi. Bukannya apa. Ingin mengisi masa sementara dia diberikan tugasan yang pertama. Sebab itulah meja pejabatnya itu yang baru bersua muka dengannya hari ini dikemasnya sampai berkilat.

"Nah!"

Sebuah fail dilepaskan ke atas mejanya oleh seorang senior.

"Your first assignment. Study dulu. We leave in an hour."

"Er... ke mana" tanya Arfan yang masih terkebil-kebil.

"Nak pergi melawat seorang pembunuh kejam. Yang bunuh suami dia dan empat orang anak tanpa belas kasihan."

"Tapi... apa yang paranormalnya dengan kes dia"

"Sebab tulah aku suruh baca fail tu dulu...."

"Oh... sorry," kata Arfan sambil tunduk. Dia cepat-cepat membuka fail tersebut dan menelaah isinya.

Seorang wanita yang bernama Haida beberapa minggu yang lepas menghubungi pihak majalah tempat Arfan bekerja. Dia mendakwa bahawa kesnya mempunyai unsur paranormal. Memandangkan pihak berkuasa dan peguamnya sendiri tidak percaya akan kata-katanya, Haida membuat keputusan untuk memperdengarkan suaranya melalui media. Maka sebab itulah dia telah menghubungi mereka.

Menurut fail itu juga, Haida mendakwa bahawa dia sudah meramal yang keluarganya akan mati dibunuh. Ramalan yang dia dapat melalui mimpi. Haida dengan yakin mengatakan bahawa setiap benda yang dia nampak di dalam mimpi, menjadi kenyataan pada keesokan harinya. Termasuklah kejadian pembunuhan seluruh ahli keluarganya. Cuma yang Haida tidak menjangka adalah, dia yang diramalkan dalam mimpi tersebut sebagai pembunuh. Bukan orang lain.

Sesampainya mereka di pusat tahanan yang menyimpan Haida, Arfan disuruh oleh seniornya untuk masuk sendirian.

"Tapi kenapa Ini hari pertama saya. Mana saya tau nak buat apa..."

"Youl'll be fine. You have all my notes. Tanya saja soalan-soalan yang aku dah tulis dalam fail tu. Aku ada assignment lain yang aku kena handle. Bila dah selesai nanti aku datang ambil kau balik."

Arfan hanya tercegat tatkala rakan setugasnya itu meninggalkannya. Dia rasa seperti budak sekolah darjah satu yang ditinggalkan oleh ibu bapa semasa hari pertama persekolahan. Sesat dan keliru.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah soalan yang akan ditanya oleh Arfan setelah berjumpa dengan Haida Mampukah dia mengendalikan kes pertamanya