Jemputan mula mengambil tempat duduk. Sekelompok berhampiran pentas memang dikhaskan untuk para jemputan dari majalah The Observer. Beberapa orang di antaranya telah pun mengambil tempat. Pauletta yang agak kelewatan tergesa-gesa dan sambil membongkokkan sedikit badannya, menghampiri meja untuk para jurnalis dan wartawan The Observer. Randa tersengih melihat Pauletta. Tamilvanan dan Azman juga tersenyum kambing melihat penampilan Pauletta yang begitu berbeza. Dia memakai skirt labuh dan baju sutera yang bersulam bunga-bungaan daisy di dada.
Kau sewa di mana Tanya Randa sempat mengusik. Pauletta cuma membesarkan matanya dan apabila dia sudah tidak tahan disindir oleh Azman, Pauletta menjawab. Apa yang kau hairankan
Paul, kau ni tomboy!
Pauletta menahan marah. Sekarang aku tahu kenapa J.C boleh jadi gila dan Norman mati tragis. Masyarakat kita ni terlalu peka!
Kata-kata Pauletta itu cuma disambut dengan ketawa. Setengah jam kemudian hidangan berbentuk self service dihidangkan. Zhi Cheng merungut sahaja, katanya, pihak penganjur lembap mengatur aturcara. Namun bukan dia seorang sahaja yang membebel, Pauletta juga kelihatan seperti seorang nenek tua yang kehilangan cucunya. Pauletta ternanti-nanti ketibaan J.C, kerana risau menanti, dia mulai bercakap tanpa henti.
Kalian agak siapa yang menang. Zhi Cheng menyuap spaghetti ke dalam mulutnya gopoh-gapah sedikit. Pertanyaan itu tidak ditujukan pada sesiapa. Ada lima belas jemputan dari The Observer, dan mereka tidak mengendahkan langsung persoalan yang ditimbulkan. Mereka tidak berminat.
Jurufoto terbaik mungkin kita menang, itu sahajalah agaknya. Zhi Cheng menjawab sendiri.
J.C akan menang. Kata Tamilvanan selamba.
Mata Zhi Cheng tersembul, dia menahan geram apabila disebut darihal J.C. Apa mereka buta Orang tidak bermoral itu diangkat dan dipuji Ah, sungguh menjijikkan. Apa lagi yang mestiku buat untuk membuktikan yang J.C itu tidak lebih daripada seorang hamba hina atau anjing di tepi jalanan mengutip tulang disedekah orang. Tak mungkin.
Apa mereka nilai gayness itu juga Nada suara Randa menyakitkan hati Zhi Cheng.
Oh, itu dikira markah juga, agaknya. Pauletta pula sengaja memancing kemarahan Zhi Cheng yang sudah terketar benci di kerusinya.
Memang, tapi apa yang aku dengar lain. Zhi Cheng mempertahankan pendapatnya.
Lain Tanya Azman seraya mencebik sedikit. Zhi Cheng sedar.
Ya, mereka mahu nilai prestasi kerja dan laporan terbaik sekali. Zhi Cheng enggan kalah.
Oh, kalau begitu aku tahu siapa yang akan menang. Suara Randa seakan-akan mengejek.
Siapa Tanya Zhi Cheng tersenyum sedikit, barangkali dia berasakan akan diberi pujian.
J.C, laporannya di Rwanda itu cukup kemas. Tiada orang lain.
Zhi Cheng menarik mukanya panjang. Tamilvanan tersenyum mengejek, sementara Azman dan Pauletta ketawa kecil.
Selesai menikmati pelbagai jenis hidangan, pengacara majlis keluar dari belakang pentas untuk memulakan majlis yang tertangguh sejak tadi. Undangan semakin ramai dan majlis dibuka dengan tarian-tarian yang menjemukan. Suasana muram, hadirin ternyata gelisah sepanjang masa. Pengacara keluar dan menjemput Perdana Menteri ke atas untuk menyampaikan anugerah-anugerah paling berprestij dalam dunia kewartawanan. Pengacara yang agak kekok itu mula mengumumkan beberapa anugerah cemerlang bagi kategori hiburan, jenayah, politik dan ekonomi. Penyiasatan bersiri terbaik dimenangi oleh Randa yang melaporkan isu bohsia di ibu kota.
Anugerah jurufoto terbaik, calon-calonnya, Cik Pauletta dari majalah The Observer.
Tepukan bergemuruh.
Calon seterusnya-Jamuli Kasimin dari penerbitan Citra. Ketiga, Thom Leong dari Guys. Akhirnya Haji Mara Maruna dari akhbar Warkah Karian.
Tepukan dari berbagai-bagai sudut tidak putus. Pauletta duduk kaku di kerusinya, belakangnya diurut-urut oleh Randa.
Pemenangnya. Oooo, ya, saya juga dah agak... Aha, Cik Pauletta dari The Observer.
Tepukan kuat bergema. Randa mencium pipi kanan Pauletta yang tercegat terkejut. Dia kemudian terhuyung-hayang keluar untuk menerima anugerah tersebut.
Zhi Cheng muram tetapi dengan muka manis yang diukir-ukir dia bersalaman dengan Pauletta dan mengucapkan tahniah. Hingar-bingar seketika apabila seorang lagi pengacara muncul.
Saya serahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi Barisan Wartawan dan Jurufoto negara untuk mengumumkan pemenang Anugerah Wartawan Terbaik.
Seorang lelaki berumur, kemas dan tinggi melampai tersenyum dari atas pentas yang dihias indah. Anugerah Wartawan Terbaik Negara diadakan bertujuan untuk menghargai pengorbanan wartawan negara ini yang bertungkus-lumus untuk melaporkan berita-berita dari seluruh dunia kepada kita. Mereka menghadapi bahaya yang besar ketika menjalankan tugas mereka. Mereka tercabar dan mencabar untuk berlaku jujur dalam laporan mereka. Tugas mereka sukar dan perlukan penelitian. Jawatan kuasa pengadilan telah disogokkan dengan beratus-ratus orang wartawan dari berbagai-bagai penerbitan, majalah dan akhbar. Kami mengambil masa enam bulan untuk menilai. Kami melihat dari pelbagai sudut.
Justeru itu, sukacita saya umumkan yang kami Jawatankuasa Pengadilan telah menyaring berkali-kali dan kami sepakat memilih Encik....
Bunyi dram bergetar dimainkan. Encik Jesse Steven dari The Observer! Tepukan bergemuruh.
Encik Jesse Steven dari The Observer. Tepukan makin kuat.
Encik Jesse Steven dari The Observer.
J.C tiada. Pauletta kecewa. Zhi Cheng tidak sudah-sudah mencebik dan mencebik sahaja. Orang ramai yang hadir masih bertepuk tangan menanti J.C.
Encik Jesse...
Ah, anjing tu tak akan datang.
Encik Jesse, wakil
Kelihatan seorang lelaki melangkah perlahan dari pintu masuk ke arah pentas. Semua mata tertumpu kepadanya.
Itu J.C! Laung Pauletta. Dan tepukan kembali bergema. J.C naik ke atas pentas. Suluhan lampu menerangi wajahnya dan hampir semua orang terkejut. Pauletta sendiri terperanjat besar. Muka J.C penuh dengan tanda-tanda KS terutama di dahinya. Bunyi bising kedengaran.
Sungguh kotor! Kata Zhi Cheng jijik.
Perdana Menteri ternyata bersikap biasa dan normal, bersalaman dan menyampaikan trofi, cek lima ribu ringgit dan hadiah berbentuk hamper barang-barangan tajaan penaja.
Encik J.C, sila berucap sedikit.
Suasana hingar-bingar jadi sunyi. Semua orang diam. Perdana Menteri telah kembali ke tempatnya. J.C merenung setiap yang hadir. Dan matanya jatuh kepada Pauletta yang tersenyum lebar dan melambai-lambai riang.
J.C menghela nafas, dia terpandangkan wajah Zhi Cheng yang penuh kebencian. J.C berpaut pada mikrofon yang terdiri tegak.
Oh Tuhan, dia semakin kurus, lihat. Kata Randa kepada Pauletta. Azman juga simpati. Apa di mukanya Itu KS, barah kulit. Sahut Tamilvanan tanpa disuruh.
Oh, kasihannya. Kata Azman jujur.
Masanya tinggal sedikit. Bisik Pauletta kepada Randa.
Zhi Cheng bangun tiba-tiba dan menghilangkan dirinya. Saya ke tandas. Bohong Zhi Cheng kepada yang lain.
Terima kasih kepada pengacara kerana memberi saya peluang untuk bercakap sedikit. Sesungguhnya saya berasa amat terharu dengan anugerah ini. Ya, satu pengiktirafan terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh para wartawan negara ini.
Suatu hari saya tersedar dari tidur di Swish Alps, ya, Swish Alps, kawasan gay yang terkenal di L.A, Amerika. Saya sering tertanya, apakah itu keyakinan diri Apakah itu ketabahan dan keberanian dalam hidup
Saya menjadi terkenal dalam sekelip mata kerana saya pernah menjalinkan hubungan dengan seorang penyanyi yang telah mati dan menyalahkan saya pula. Dia gay dan saya juga gay. J.C menghirup nafas dan kembali melontarkan pandangannya kepada dif-dif kehormat yang berbisik sesama mereka. Suasana senyap.
Sebagai gay, saya adalah lelaki. Tidak ada keraguan sama sekali. Saya cuma memiliki kegelisahan dan kehalusan yang tidak ada pada lelaki lain. Salahkah Dan dengan kepayahan ini saya terpaksa bergelut menghadapi hidup yang sungguh sukar dan asing. Segala-galanya adalah asing. Saya belajar siapakah diri saya. Saya tahu saya lain, tetapi kelainan ini tidak dapat diterima seperti orang-orang kulit putih sukar untuk menerima mereka yang berkulit hitam.
Saya tahu homosexual adalah sesuatu yang berlawanan dengan kehendak masyarakat. Dan saya mengerti kenapa. Saya tahu ia tidak diiktiraf agama. Saya tahu ia salah sebab itu Tuhan menghukum saya dengan penyakit ini. Ia lebih dahsyat dari tibi atau apa sahaja, ia adalah hukuman mati yang melarang juga kita untuk tidak merokok, tidak minum arak, tidak melakukan hubungan seks, tidak boleh keluar sewenang-wenangnya. Ia membunuh secara sedar dan perlahan. Insaflah, cukuplah saya seorang. Dan tolong, tolong jauhi dadah, ia pembunuh. Satu masa nanti, di negara ini gay bukan lagi pembawa HIV tetapi penagih dadahlah penghidap AIDS yang terbesar.
Saya cuma membilang hari, membilang hari, membilang
hari...
***
Loceng apartment Pauletta berbunyi bertalu-talu. Pauletta yang berada di dapur menyiapkan hidangan tergesa-gesa membuka pintu dan dia tersenyum lebar melihat J.C berdiri tercokol. Senyum itu sebenarnya dipaksa-paksa kerana Pauletta tidak tahan melihat tubuh badan J.C yang semakin lemah dan semakin kurus.
Kau kelihatan segar dan sihat!
J.C cuba ketawa tetapi diikuti dengan batuk yang meledak-ledak. Kau bikin aku sakit. Kata J.C berseloroh.
Masuklah.
J.C melangkah masuk teragak-agak. Dia duduk di sofa. Pauletta menghilangkan diri ke dapur dan kembali membawa sepiring kuih dan seteko teh. Dia duduk menghadap J.C. Kita bual-bual dulu sementara menunggu ayam aku masak.
Kau memasak J.C kelucuan.
Pauletta ketawa. Aku tomboy tapi aku tetap perempuan dan err lagipun yang masak bukan aku.
Habis siapa
Microwave. Pauletta ketawa mengilai. J.C turut ketawa.
Mereka berbual-bual dan setelah setengah jam kemudian, mereka menikmati hidangan yang disediakan bersama-sama. Setelah kenyang, J.C dan Pauletta kembali duduk di kusyen, di anjung yang terbuka menampakkan seluruh Bangsar.
Apa rancangan kau selepas meletakkan jawatan nanti J.C bertanya kepada Pauletta.
Pauletta tersenyum dan melemparkan penglihatannya ke luar, dia sentiasa kagum melihat pembangunan Kuala Lumpur dan sejak akhir-akhir ini dia semakin sayu dan terharu melihat pemandangan ini. Dia akan meninggalkan negara yang aman damai ini. Aku nak jadi fotografer bebas di Eropah dan Scandinavia.
J.C membalas senyuman Pauletta. Paul, kau tetap nak teruskan hasrat untuk mengadakan pameran
Sudah tentu, ia kemuncak segala-galanya.
Bila bertolak
Empat lima hari selepas kau pulang ke New York.
Aku ada satu permintaan. J.C penuh harapan merayu Pauletta. Ia permintaan terakhirku.
J.C, jangan cakap macam tu.
Kau akan ke Paris, dan kemudian ke New York bukan
Pauletta angguk. Kenapa Dia tertanya-tanya. Mampukah dia menunaikan permintaan dari seorang sahabat yang tidak lama lagi akan meninggalkannya.
Bila di Perancis nanti, tolong ke Lembah Loire, ke rumah seniman Leonardo da Vinci.
Pauletta merenung wajah bersungguh J.C. Ya, aku akan ke sana.
Dan baca tulisan yang tertera pada sebuah loh tembaga yang terukir dengan kata-kata tertentu.
Kata-kata apa J.C
J.C tersenyum. Itu tugas kau untuk memberitahu aku.
Ya, aku harap kau akan bersama-sama semasa pameran itu berlangsung di New York nanti.
Ya, aku juga berharap.
Mereka terus berbual-bual mengenangkan pengalaman mereka di Eropah ketika sama-sama bertugas di sana suatu ketika dahulu.
Kau ingat tak bagaimana kita menonton tiga teater sekaligus dalam satu hari. J.C ketawa kecil.
Ya, ya aku ingat, mula-mula kita di Comedie Francaise, kemudian ke Theatre National Populaire, err dan terus berkejar ke Des Champs Elysees untuk menonton Hamlet versi Perancis.
Dan kau ingat lagi bagaimana kita menyusuri tebing Sungai Salzach di sempadan Jerman dan Austria.
Masakan aku lupa! Pauletta separuh menjerit.
Bahkan penyair Austria pernah mengatakan, it looks as though it had been cut out of an old German painting and transplanted here.
Penat bercerita pengalaman mereka di Eropah, mereka berbualbual pula pengalaman J.C menziarahi Pauletta di Maldives.
Aku masih hafal beberapa perkataan Divehi. Kata J.C kesukaan.
Oh ya Pauletta menghirup secawan kopi, sedikit kerana panas diletakkannya semula. Teko ni bagus, simpan kehangatan. Dia menuangkan J.C secawan kopi.
Sukuria.
Pauletta ketawa besar. Ah, ucapan terima kasih itu sahajalah yang kau ingat.
Vara gada. Kata J.C lagi.
Pauletta menyambung ketawanya. Apa yang paling menyeronokkan kau di Maldives dulu
J.C berfikir-fikir. Emm, aku duduk bersandar di atas dorni, merenung jauh ke laut dan dorni itu melintasi Kaashidoo Kandu di waktu senja, kemudian aku dengar suara seorang tua yang menyanyikan lagu rakyat, ya, lagu itu, Raivaru. Apa katanya... Vadi a neti ge kaashidoooo... J.C bercerita sambil memejamkan matanya. Pauletta menatap muka J.C dan menahan air matanya dari mengalir turun.
Kau benar-benar gembira nampaknya.
J.C membuka matanya dan melihat Pauletta. Ah, kenapa kau bersedih begini J.C menghulurkan cawan kopi tadi kepada Pauletta. Nah, hilangkan sedih kau dengan kopi ini.
Pauletta menyambut cawan tersebut dengan senyuman terharu.
Aku akan kehilangan kau kelak.
J.C tersenyum. Begitu juga aku, Paul.
Oh ya, Baizura ada menghubungi kau
J.C menggeleng. Nampaknya dia enggan menemui aku lagi.
Ah, betapa sulitnya!
Aku harap dapat menghubunginya semula sebelum segalagalanya terlambat dan aku pun sudah tiada lagi. J.C bersuara penuh harapan dan melodramatik sekali.
Pauletta sekadar mampu tersenyum. Entah berapa lama lagikah yang dipunyai oleh J.C.