Ayat itu menjadi worldwide-trending sepanjang hari selasa itu. Dalam bilik darjah, di kantin, bilik asrama, di padang, di masjid, dan di mana-mana.
Ceritanya begini....
Tiga minggu sebelum, aku perasan ada pak cik baru berjaga di pondok pengawal asrama. Lingkungan usia ayah aku jugalah, lebih kurang 50-55 tahun. Sedikit gempal, berkulit hitam manis, uban mulai tumbuh di kepalanya. Nampak seperti peramah, selalu tegur para pelajar yang lalu di hadapan pondok pengawal. Untunglah juga, kalau tidak Pak Cik Ramli kepenatan berjaga di asrama selepas Pak Cik Awang berhenti kerja.
Suasana di sekolah dan di asrama seperti biasa sahaja. Bangun pagi pukul 6 pagi, letak baldi depan pintu bilik mandi kemudian pergi sambung tidur. Pukul 6.45 pagi, turun sarapan di dewan makan bersama-sama dorm-mates. Pukul 7.05 pagi, berhimpun di dataran depan asrama untuk membacakan Asma ul Husna dan doa sebelum dilepaskan ke sekolah. Waktu sekolah seperti biasa sehingga pukul 5 petang tambah kelas tambahan. Balik asrama, bersiap untuk aktiviti riadah. Malam, pergi solat maghrib di masjid bersama dengan isyak. Habis waktu solat, masuk bilik prep. Pukul 10.30 malam, supper. Pukul 11 atau 12 malam tidur kalau malas nak study, kalau rajin nak study bolehlah tidur pukul 2 pagi ke di bilik study. And the vicious cycle continues. (Nota kaki: Sepatutnya pukul 12 malam wajib tutup lampu, tapi pandai-pandailah hidup kalau nak belajar. Asalkan tidak terserempak dengan hantu sudah. Jangan tiru aksi ini di asrama.)
Selepas seminggu Pak Guard Baru kerja. Ada-ada sahaja barangan hilang. Kapten asrama dah beberapa kali membuat spot-check di asrama lelaki dan asrama perempuan. Namun, tiada penemuan. Pak guard-pak guard sekalian juga hairan dengan kejadian curi terbabit. Kejadian curi pula hanya melibatkan barangan daripada asrama perempuan. Jadual kecurian pula adalah setiap selang sehari, konsisten.
Dua minggu jugalah perkara tersebut berlarutan. Diceritakan para pelajar; baldi hilang, sabun mandi hilang, berus gigi hilang, kemudian kasut sekolah yang tersusun di luar dorm hilang, baju sekolah yang baru dijemur di ampaian pagi tadi telah lesap pada waktu tengah hari. Kemudian, ada pula pelajar hilang seluar dalam mereka. Scary!
Pada mulanya, kebanyakan mengesyaki perbuatan ini adalah suka-suka pelajar senior kepada pelajar-pelajar junior, kerana hanya barang pelajar junior sahaja yang hilang. Namun lama-kelamaan seperti tiada tanda-tanda pelajar senior yang melakukannya. Para jawatankuasa asrama mulai curiga.
Aku pun berasa pelik. Nasib baik aku dah senior pada waktu itu, tidaklah terkena tempias hilang barang-barang. Kalau tidak, jenuh jugalah aku nak pujuk Pak Cik Khalid dan Mak Cik Suria memberi aku wang untuk membeli barangan yang hilang. Pak Cik Khalid dan Mak Cik Suria itu ibu bapa aku. Kikikiki.
Diceritakan oleh warden asrama aku, Cik Dila, bahawa petang Isnin itu, sehari sebelum Pak Guard Baru di tangkap. Ketika itu pertukaran waktu kerja pak guard-pak guard sekalian. Pak Cik Ramli bertugas malam, Pak Guard Baru pula mahu pulang. Di dalam bilik persalinan mereka, disediakan lokar mudah untuk mereka menyimpan barang-barang yang berkaitan.
Kebetulan, Pak Guard Baru membuka pintu lokarnya, Pak Cik Ramli berada di bilik lokar tersebut. Pak Cik Ramli terkejut melihat lokar rakannya penuh dengan barang. Bukan barangan biasa, barang tersebut adalah barang-barang yang dilaporkan hilang.
Ya, benar! Sebut sahaja, buku catatan, syampu, stoking sekolah dan banyak lagilah. Elok pula barang-barang itu disusun. Pak Guard Baru tidak perasaan kehadiran Pak Cik Ramli mungkin pada ketika itu.
Pak Cik Ramli terus melaporkan perkara itu kepada kapten asrama, warden asrama dan juga guru penolong kanan hal ehwal murid. Pak Guard Baru di bawa ke balai polis untuk di soal siasat.
Sehinggalah berita itu tersebar luas seantero sekolah. Begitulah ibarat peribahasa Melayu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Mengikut kata warden, Cik Dila lagi, Pak Guard Baru mengakui dia mengambil barang-barang pelajar perempuan tersebut untuk mendapat kepuasan diri dan juga fantasi seksnya. Pak Guard Baru telah berterus-terang bahawa, dia sering dibuang kerja kerana masalah yang serupa. Masalahnya, dia tidak mampu mengawal perbuatannya. Sehingga dia melakukannya, barulah perasaannya puas.
Haaa, begitulah ceritanya Marya kisah di sekolah aku dulu. Bersungguh-sungguh sepupu aku menceritakan kejadian ngeri di sekolahnya. Marya rasa dia itu berpenyakit ke Yalah, Marya kan doktor. Sepupu aku menyeringai. Aku turut menghadiahkan dia sebuah senyuman.
Haih, besar betul harapan orang sekeliling dengan seorang doktor dalam keluarga. Semua cerita wajib diakhiri dengan; awak kan doktor, mesti awak tahu pasal itu ini.
Kesian Pak Guard Baru itu.
****
Paraphilias adalah perasaan kemahuan seksual yang berbeza atau atipikal melibatkan objek, situasi dan/atau target tertentu contohnya kanak-kanak, binatang dan sebagainya. Kunci utama untuk mendiagnos seseorang menghidapi masalah seksual ini apabila ia menyebabkan seseorang individu berasa tertekan atau lemah fungsi sosial atau fungsi kerja.
Berikut adalah jenis-jenis masalah berkait seksual dalam kategori paraphilias;
- Exhibitionism
Rangsangan seksual diperoleh dengan menunjukkan kemaluan kepada orang yang tidak dikenali.
- Fetishism
Objek tidak hidup atau tidak bernyawa menyebabkan rangsangan seksual individu dari segi fantasi atau kelakuannya.
- Frotteurism
Rangsangan seksual diperoleh apabila menggosokkan organ kemaluan atau menyentuh seseorang yang tidak dikenali tanpa izinnya.
- Pedophilia
Rangsangan seksual daripada fantasi atau kelakuan berkait dengan seks dengan kanak-kanak pra-puberti atau sebelum peburti.
- Sexual Masochism
Rangsangan seksual daripada fantasi atau kelakuan melibatkan individu berasa sakit atau dimalukan.
- Sexual Sadism
Rangsangan seksual daripada fantasi atau kelakuan melibatkan kesengsaraan terhadap orang lain.
- Transvestic Fethishism
Rangsangan seksual (seorang lelaki heteroseksual) daripada fantasi atau kelakuan melibatkan individu memakai pakaian wanita.
- Voyeurism
Rangsangan seksual daripada fantasi atau kelakuan melibatkan individu memerhati mangsa tidak berpakaian, atau melakukan seks.