SURAT DARI SYURGA: Kisah Benar Teoh Beng Hock - 14
Aku di Setiap Pilihan Raya

Bersempena dengan Pilihan Raya Kecil DUN (Dewan Undangan Negeri) Kajang, seperti biasa isu aku dijadikan bahan kempen. Aku faham keluarga aku dan banyak pihak lain tidak mahu insiden kematian aku berulang lagi dan menjadi iktibar di kalangan calon-calon pilihan raya yang bakal memegang kuasa kelak.

Oleh kerana kedua belah pihak yang bertanding menabur pelbagai janji (sekiranya menang pilihan raya), kumpulan Malaysians for Beng Hock (M4BH) pada 20 Mac 2014, telah mengeluarkan satu kenyataan balas atas janji calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau tewas dalam pilihan raya tersebut tetapi kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Beliau sebelum ini juga tewas dalam dua pilihan raya umum (PRU) yang lalu (2008, 2012) di Parlimen Petaling Jaya Utara. Beliau kalah dengan lawannya di PRU-12 (2008) hampir 20,000 undi. Inilah Malaysia! Ditolak rakyat tetapi menjadi menteri.

Beliau menegaskan bahawa akan bekerja untuk integriti dan kredibiliti dan juga akan memperjuangkan demokrasi, pluralisme dan hak asasi manusia. Hebat!

M4BH telah menegaskan dalam kenyataan mereka bahawa aku telah menjadi mangsa pembunuhan politik terancang oleh Putrajaya untuk sabotaj demokrasi selepas tsunami politik Malaysia pada 2008 lalu.

Perdana Menteri menunjukkan lakonan simpatinya dan berterusan menabur janji agar siasatan terperinci akan dijalankan sehingga pihak yang bertanggungjawab dihukum dan aku mendapat keadilan.

Sehingga sekarang, kerajaan BN masih tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pegawai-pegawai SPRM yang terbabit. Orang yang siasat aku; Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail, and Mohd Ashraf Mohd Yunus masih berleluasa.

Jelas menunjukkan janji apakah apabila seorang calon beriya-iya ingin meyakinkan pengundinya bahawa beliau seorang yang berintegriti dan kredibel sehingga perkara sebegini terus berdiam Adakah Chew Mei Fun bertindak atas nama hak asasi manusia bilamana aku dibunuh

*Kenyataan dikeluarkan oleh Cheng Fui Lien untuk Malaysians for Beng Hock pada 20 Mac 2014.