DOC & ROLL - 14
Sometimes a journey can take you to a place that is not on any map. It touches you to the core, so impactful that it can change your perception towards life.

Kadang-kadang, memang ada perjalanan yang memang menyentuh hati dan sanubari. Sukar hendak digambarkan tapi apa yang saya boleh katakan di sini ialah pengalaman pengembaraan yang diperolehi semasa kita ke tempat-tempat sebegini seolah-olah meninggalkan sedikit kekosongan dalam hati untuk kita kembali semula ke sana.

Itulah yang kuat saya rasakan di dalam hati sebelum memulakan perjalanan untuk bersama-sama pelajar Malaysia di bumi Alexandria, Mesir dan di Irbid, Jordan pada penghujung tahun 2015. Perjalanannya sangat berbeza kerana ia dilakukan atas jemputan pihak pelajar di sana. Bagi perjalanan ke Alexandria, jemputan adalah daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan saya turut disertai oleh isteri saya serta 2 orang sahabat baik saya Dr. Nurul Huda Hasan dan Dr. Faiz Khaleed.

Sejurus tamat program di Alexandria, saya terus ke Irbid, Jordan. Kali ini berseorangan kerana mendapat jemputan Majlis Mahasiswa Jordan University of Science and Technology (MMJ). Apa yang lebih uniknya semasa program di Jordan ialah saya diberikan kesempatan untuk menjalankan misi kemanusiaan musim sejuk ke kem pelarian Syria di Mafraq dengan bantuan sahabat saya, saudara Musa Nuwayri bersama rakan-rakan beliau.

Bila difikirkan memang tidak pernah terfikir akan menjejakkan kaki ke bumi Mesir dan Jordan ini. Lebih-lebih lagi untuk melihat sendiri bagaimana anak-anak Malaysia melalui susah dan senang menuntut ilmu di sana sememangnya mengubah persepsi saya terhadap pelbagai aspek dalam kehidupan saya selaku seorang doktor, pensyarah dan pengetua kolej. *********************

Alexandria, Mesir

Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.

Kami disambut oleh Fawwaz, Wafi dan Murtadha, pelajarpelajar Malaysia sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa Borg El Arab, Alexandria. Fawwaz dan En. Faizal Bashir dari pejabat MARA Alexandria adalah orang-orang yang bertanggungjawab membawa saya, Dr. Faiz Khaleed dan Dr. Nurul Huda ke University of Alexandria untuk bersama pelajarpelajar pergigian dan perubatan di dalam suatu program yang dipanggil Superdocs Seminar.

Semasa di Alexandria, saya berkesempatan untuk melihat bagaimana kehidupan seharian pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di Malaysia mengharungi rutin harian mereka. Daripada pagi pergi ke kuliah di fakulti, masuk ke klinik, membeli barang-barang keperluan harian, menaiki tram, menempuh kesibukan trafik bandar Alexandria, mencuba traditional street food di jalan-jalan kecil di sebalik ratusan bangunan-bangunan yang dibina ala seni bina Eropah sehinggalah melepak di rumah pelajar sambil berjamming lagu-lagu rock melayu sehingga lewat malam.

Sesi-sesi dalam seminar ini diatur padat bermula dengan sesi pengenalan, perkongsian kisah kegagalan saya dan bagaimana untuk bangkit semula, perkongsian inspirasi, pengurusan kewangan, peluang kerjaya dan kepakaran dalam bidang kesihatan, sesi soal jawab serta program komuniti kesihatan yang diadakan di Bangunan Mara Alexandria pada hari terakhir program.

Peserta-peserta yang datang bukan sahaja dari University of Alexandria, bahkan dari universiti-universiti di seluruh Mesir seperti Tanta, Al Azhar, Cairo, Assiut dan Mansoura. Terharu kami dengan layanan mereka. Apa yang saya boleh katakan daripada lawatan yang singkat ini ialah mereka sesungguhnya sedang melakukan perjuangan dan pengorbanan yang sangat besar.

Berada di negara Mesir, berhadapan dengan bangsa Arab yang ada sebahagiannya kasar perilakunya, menyesuaikan diri dengan perbezaan budaya, berpeluang menguasai bahasa Arab dan ilmu-ilmu agama serta mengikuti sistem pendidikan yang saya rasakan sedikit tradisional tetapi sangat berkesan.

Pada hari terakhir saya di Alexandria, saya berjalan seorang diri di sepanjang water front yang menghadap laut Mediterranean. Tidak pernah saya sertai program seumpama ini yang terlalu rapat hubungan antara para panel jemputan dan para pesertanya. Saya berharap perkongsian kami sepanjang berada di sana telah memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pelajar-pelajar Malaysia di bumi Mesir agar mereka bersedia menghadapi cabaran di dunia sebenar selepas tamat pengajian.

Bagi saya, isteri, Dr. Faiz Khaleed dan Dr. Nurul Huda, pengalaman bersama-sama pelajar-pelajar di sana ibarat melihat refleksi diri sendiri pada ketika kami semua masih menuntut di universiti dahulu. Bagi diri saya sendiri, sememangnya mengimbas memori perjalanan suka-duka 14 tahun belajar. Bagaimana saya terpesong daripada hala tuju dan pegangan nilai-nilai agama serta keluarga, berusaha untuk bangkit daripada kegagalan dalam hidup dan seterusnya bekerja keras menggapai impian dan memenuhi harapan ibu bapa. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Bahkan isteri saya juga sempat dijemput naik secara spontan untuk menjadi panel pada sesi terakhir untuk berkongsi pengalaman berkahwin dengan seorang doktor.

All I can say is, in any journey, whether in career, relationship or whatever commitments youre affiliated with... there will be moments when you have the thoughts of giving up. But before you give up, think of the reason why you held on for so long.

Thank you Alexandria.

*********************

Irbid dan Mafraq, Jordan

Alhamdulillah saya dan isteri selamat tiba di Amman, Jordan malam tadi dari Alexandria. Masih terngiang-ngiang hospitality Ustaz Ahmad Sofi dan sahabat saya, Faizal Bashir bersamasama pelajar Alexandria terhadap kami. Kami berdua disambut oleh Salleh, pelajar jurusan ekonomi dan perbankan Islam di Yarmouk University yang sangat peramah. Ada tempoh satu hari di antara program di Alexandria dan Irbid, jadi saya dan isteri terus ke Petra untuk melawat tempat bersejarah sebelum isteri saya pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan hari dan saya pula ke Irbid untuk program seterusnya.

Sepanjang perjalanan di dalam kereta dari Amman ke Petra yang memakan masa hampir 4 jam, Salleh sempat berkongsi maklumat mengenai Jordan. Negara ini unik kerana penduduknya tidaklah ramai (kurang 10 juta sahaja) dan hampir 90 % tanah di negara ini adalah padang pasir. Sejarahnya sangat istimewa kerana mempunyai hubungan bersama empayar-empayar lama seperti Roman dan Ottoman. Saya memaklumkan pada Salleh yang saya juga akan ke kem pelarian Syria semasa berada di Irbid nanti. Selepas dimaklumkan oleh Salleh, baru saya tahu yang Jordan juga menerima pelarian-pelarian dari negara-negara selain Syria seperti Palestin, Lebanon dan Iraq. Pada ketika ini juga, kegawatan ekonomi turut memberikan kesan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sini. Tukaran ringgit ke dinar pada waktu sekarang hampir sama seperti nilai ringgit yang di tukar ke pound sterling.

Walaupun hanya sekejap sahaja di Petra, saya dan isteri sempat menunggang keldai di dalam bandar purba ini hingga ke puncak yang tertinggi berdekatan dengan Al Deir dan minum mint tea bersama seorang lelaki Arab Badwi. Golongan lelaki Badwi ini unik perwatakannya. Mereka seakan-akan karakter Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Carribean.

Isteri saya pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan hari dan saya pula terus ke bandar Irbid untuk meneruskan program anjuran Majlis Mahasiswa Jordan di sana. Walaupun perkongsian bersama pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Jordan hampir sama dengan pengisian di Alexandria, tetapi sesi kali ini turut disertai oleh alumni mereka Dr. Aizat, seorang doktor perubatan dan Dr. Dzulqarnain, doktor pergigian yang kini bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahasa Arab yang dikuasai oleh kedua-dua alumni mereka ini hebat betul! Bangga saya melihat bekas-bekas pelajar di sini seperti mereka.

Sepanjang saya di Irbid, layanan yang diberikan kepada saya oleh pelajar-pelajar ini memang sukar digambarkan. Memang terharu dibuatnya. Terima kasih kepada Al-Farouq Azmi, Muhammad Rasul, Muizz dan rakan-rakan atas pengalaman bersama-sama anda semua. Selain sesi di universiti mereka, saya juga sempat melakukan pertemuan bersama para pelajar di rumah persatuan dan melawat sekolah pelarian kanak-kanak Syria yang ditubuhkan of gerakan Teach For the Needs hasil inisiatif saudara Zul Fikri Zamir yang terkenal dengan hasilhasil penulisan beliau seperti buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang.

Mafraq 1

Dari Irbid, perjalanan ke Mafraq mengambil masa lebih kurang 45 minit. Mafraq adalah sebuah pekan kecil yang jauhnya cuma 10 batu dari sempadan Syria. Berdasarkan jumlah barangan yang dapat kami beli hasil sumbangan sahabat handai di Malaysia, kami membuat keputusan untuk ke sebuah kawasan kem pelarian Syria yang menempatkan hampir 15 buah keluarga. Selain kem ini, terdapat kem pelarian Zaatari yang paling besar di bawah kelolaan UNHCR di mana ada lebih kurang 80,000 pelarian di sana.

Sepanjang perjalanan ke kem pelarian yang kami tujui, air mata saya bercucuran mendengar cerita daripada pemandu kenderaan, Fikri, yang juga seorang pelajar Malaysia di Universiti Yarmouk tentang kepayahan dan cabaran hidup pelarian-pelarian ini.

Mafraq 2

Di tengah-tengah kawasan padang pasir yang luas, saya dapat lihat dari jauh kanak-kanak kecil berlari keluar dari khemahkhemah mereka menuju ke arah kereta kami apabila kami tiba. Dengan debu-debu padang pasir yang ditiup angin musim sejuk, melihat wajah mereka mengingatkan saya kepada 3 orang anak-anak saya di tanah air. Alangkah bertuahnya anak-anak saya. Alangkah bertuahnya anak-anak di negara Malaysia. I dont think I will ever forget that first sight, of their camps and those dusty faces of these beautiful souls. I wouldve cried if not for their smiles.

Mafraq 3

Kami dijemput masuk ke dalam khemah mereka. Saya disambut seperti ahli keluarga, dipeluk, dicium dan di sebalik kedaifan hidup, masih lagi saya dihidangkan dengan air teh panas. Walaupun saya menjadi satu-satunya tetamu yang tidak pandai berbahasa Arab, keluarga Syria ini masih cuba berkomunikasi dengan saya untuk memastikan saya selesa. Terima kasih kepada Dr. Aizat, Dr. Dzul, Musa dan para pelajar Malaysia yang lain kerana menjadi penterjemah kepada saya sepanjang berada di kem ini. This Syrian family, I could see the strength through their eyes yet only Allah know whats in their heart. How do you find comfort when all you feel is pain

Mafraq 4

Saya sempat bermain hide and seek dan mengejar kambing biribiri bersama kanak-kanak Syria di sini. Saya juga dibawa ke satu tempat yang lebih kurang 10 minit perjalanan dari kem tersebut untuk melihat kawasan pembinaan rumah baru bagi pelarianpelarian ini. Sebelum pulang, saudara Musa Nuwayri meminta saya melakukan pengagihan barangan-barangan sumbangan sahabat-sahabat saya dari Malaysia kepada keluarga-keluarga ini.

Bukan tidak mahu, tetapi tidak cukup kuat untuk melakukannya. Saya maklumkan pada Musa yang saya berkemungkinan besar akan menangis semasa memberikan barangan-barangan ini. Jadi saya mohon pelajar-pelajar Malaysia yang agihkan.

On behalf of all of us here especially the Syrian families, I would like to convey their thank you to all the generous people of Malaysia who have contributed whether in the form of cash, items, prayers and encouragement. May Allah repay your good deeds and provide barakah.

Mafraq 5

Catatan terakhir dari Mafraq ini saya dedikasikan kepada pelajarpelajar Malaysia di Irbid. Di sebalik kesibukan menghadiri kuliah, klinik dan mempelajari ilmu-ilmu agama, anda semua sememangnya telah berjaya menjalankan satu usaha yang benar-benar tinggi nilai kemanusiaannya.

Bukan setakat itu sahaja, para pelajar kita di bumi ini berjaya membuka sekolah dan kelas-kelas percuma untuk kanakkanak pelarian Syria, menjadi medium kepada usaha-usaha kemanusiaan dari Malaysia, mewujudkan gerakan Tangisan Syria di Bumi Jordan dan macam-macam lagi. Usaha-usaha ini bukannya calang-calang cabarannya, ada yang telah ditipu dan ada juga yang pernah diugut bunuh.

Kepada Fathih, Muizz, Dr. Aizat, Dr. Dzul, Musa Nuwayri (penulis buku Lelaki Terakhir Menangis di Bumi), Rasul, Farouq dan Fikri, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pengalaman yang penuh emosi ini. I am so grateful for this. This first winter relief mission in Mafraq has totally given me a different perspective on humanitarian efforts and will certainly be closest to my heart forever. To all the Malaysian students who Ive met over these last few days, remember that everyday of your life is a page of your own history. Till we meet again.

Kepada yang ingin mengetahui keadaan sebenar di Mafraq bolehlah membaca buku Lelaki Terakhir Menangis di Bumi, hasil nukilan saudara Musa Nuwayri, seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Al-Bayt, Mafraq. Beliau bersama rakan-rakannya kini telah membuka sekolah bagi kanak-kanak pelarian Syria di samping secara berterusan membantu dalam usaha-usaha kemanusiaan yang dijalankan di sana.

*********************

Tribute to all Malaysian students in Alexandria, Egypt and Irbid, Jordan. Thank you for all the memorable moments, hospitality and friendship. Humans, not places, make memories. The trip was unique in its own way as it almost becomes a spiritual

journey to both my wife and I. Remembering and reflecting how life was back then, and sharing it with so many people that we met here. What we didnt realize before is that the path itself changes us.