Sudah lebih dari satu minggu Juwita resah memikirkan tentang keberadaan Razief; kalau mengikut nafsu, dia ingin terburu-buru untuk ke Dataran Pembebasan. Tetapi serangan Kesatuan Isratin ke atas neo-Kuala Lumpur adalah faktor utama dia masih kekal berada di sini.
Pujangga tidak bersetuju dengannya kerana dia bimbang akan keselamatan Mama Juwita di sana. Namun ancaman yang lebih besar bukanlah Pujangga, sebaliknya Jaafar. Sang laksamana tua itu mengkin terlibat dalam konflik ini dengan menghasut Razief supaya menemui sesorang di Dataran Pembebasan.
Dia punya zuriat. Dia seorang wanita sempurna.
Transponder pada badan Razief masih lagi aktif; maknanya dia selamat. Mungkin dia perlu lebih masa untuk bersendiri. Selagi mana Transponder itu berdetik, hati Juwita sedikit lega memikirkan keberadaan anaknya. Barangkali Buhaira itu terlalu lemah untuk membunuhnya; paling tidak pun dia mungkin hanya akan menceritakan dongengan Timur Tengah mengenai Alif Lam Lam Ha kepada Razief. Ah, itu tidak terpakai. Dihadapannya adalah pemancar cakera Prometheus yang menjalani fasa-fasa terakhir penciptaan. Terima kasih Nuh..., membantu. Dia berbisik lembut, cukup untuk hanya didengar oleh dirinya sendiri.
Dia punya zuriat. Dia seorang wanita sempurna. Dan dia ingin menjadi seperti Nabi Nuh!
***
Ke mana wajahnya dimuncungkan. Sudah lebih seminggu dia terperuk di dalam rumah, tetapi dia menyesal pula mengikut Isa keluar. Fikirnya kalaulah neraka seperti dongeng Timur Tengah itu wujud, nescaya suhunya akan jadi semacam Dataran Pembebasan ini.
Kau ikut sahaja. Bukankah itu yang kau nak
Isa berada di depan Razief yang lencun dimanjai peluh; mereka menunggang unta yang dipinjam dari jiran Isa, Aaron. Hanya ada beberapa pohon Kurma yang belum ranum buahnya, dan ketandusan itu mencucuh relung hati Razief. Dia mula terbayangkan villa mama yang sejuk serta Kuih Lapis mama yang tidak pernah mengecewakan. Hari ini dia bersarapan dengan sekeping roti tawar yang menjengkelkan.
Ah, proto-Human. Menjengkelkan!
Kita sudah sampai. Turunlah!
Isa menambat untanya pada bongkah batu yang besar; Razief melakukan perkara serupa. Tiada proto-Human lain di pesisir itu; hanya mereka berdua. Isa mendekati sebuah kolek kecil yang sangat kuno, diperbuat daripada kepingan-kepingan yang dinamakan kayu, dibentuk supaya mempunyai daya apungan di laut.
Cyn Razief menegur bila terlihat ukiran nama CYN pada badan kolek itu.
Itu hal aku, kau jangan menyibuk!
Razief tunduk. Diam. Dia bersuara lagi.
Kita ke sini untuk...
Ini tanggungjawab aku. Si celaka neo-Human; mereka hanya tahu memenuhkan perut masing-
masing hasil dari membuli kami.
Err...
Truth hurts, kawan.
Jadi, kita nak kena buat apa, Isa Biar aku menolongmu sedikit.
Isa diam; sebetulnya dia berharap bahawa si neoHuman yang penyibuk ini tidak tahu berenang supaya mudah untuk dia mengajaknya mudik ke tengah laut. Tapi Isa tidak sedangkal itu- dia tahu semua neo-Human tidak perlu berenang. Peranti akan memimik daya apungan di saat-saat kecemasan. Kerana itulah apabila Buhaira dan pengikutnya melarikan diri melalui sebuah tasik maha dalam yang terbelah, askar neo-Human Jaafar yang tiba-tiba ditangkup gulungan tasik itu masih boleh terapung secepatnya. Ah, Bouyancy activator; bukankah kedengaran bacul
Kau tahu, Razief, setiap apa yang kau jamu dalam batang tubuhmu, semua itu datang daripada kami! Isa kedengaran seperti seorang aktivis; tetapi dia tahu mengakui tentang kebobrokan neo-Kuala Lumpur tidak akan menemui apa-apa penyelesaian. Razief sekadar titik kecil dalam gerombolan umat neo-Human.
Kamu boleh tahan hipokrit ya
Mata Isa mulai menyinga mendengar kelancangan Razief. Si neo-Human penyibuk itu menyambung lagi.
Kamu, proto-Human berpura-pura bahawa kami menjajah kamu, dan kamu dipergunakan. Namun kamu, umat proto-Human yang sedari dulu memerintah, melakukan perkara yang sama!
Awas bahasamu!
Bukankah dari dulu lagi manusia proto-Human seperti kamu bertempik meminta pertolongan dan menggunakan ideologi barat, sampai kamu semua terjajah negara dan minda Apa kamu lupa pada tahun 2033, golongan kamu yang meluluskan Perlembagaan Baharu yang hanya mengikut nafsu kamu berpandukan barat! Alif Lam Lam Ha hanya menjadi barang judian kamu, bukankah!
PAP!!!
Isa menampar muka Razief. Dia masih belum mahu berhenti.
Amarahnya tiba-tiba memuncak. Isa mula menumbuk rahang Razeif selepas menamparnya. Terkesima; Razief mula menyerang Isa dengan menedang perut protoHuman itu. Pemuda itu jatuh. Angin pesisir semakin rancak, seolah-olah menyetujui gocohan mereka berdua.
Kau anjing yang tersepit, kulepaskan! Muka Razief diludah sebelum Isa menumbuk tepat ke dada Razief yang masih luka. Neo-Human itu jatuh terduduk, tangannya mencengkam dada.
Baru sahaja Isa ingin meneruskan tendangannya, Razief tiba-tiba menggigil,- wajahnya pucat dan rahangnya pecah berdarah. Matanya merayu seolah meminta Isa berhenti menyerangnya. Bibirnya yang berdarah mula terketar-ketar, ada renjatan elektrik yang terjana di wajahnya. Isa kaget; ketakutan.
Razief tidak sedarkan diri!
***
Dengar!
Hari ini hari ketiga, bulan keenam 2112 Masihi (3/6/2112). Hari ketiga setiap bulan adalah hari yang sibuk di megalopolis neo-Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi di kawasan sekitar Tembok Pembahagi.
Tembok Pembahagi terletak di bahagian Apex neo-Kuala Lumpur. Tembok itu dibina daripada keluli abadi dengan ketinggian 200 meter; memisahkan dataran neo-Kuala Lumpur dan kawasan gelandangan Dataran Pembebasan milik proto-Human.
Pada setiap hari ketiga, sebilangan besar kaum pekerja umat proto-Human akan datang dan membawa hasil ternakan dan tanian masing-masing. Semua hasil itu akan dikumpulkan sebelum mereka dibayar dengan sedikit duit dan pelepasan cukai-cukai yang semakin direka-reka oleh Tuan Pemerintah.
Tuan Pemerintah yang korup ada di mana-mana zaman, sebenarnya.
Jujukan Cyborg akan mengawal proto-Human supaya mereka tidak berlegar-legar di kawasan neo-Kuala Lumpur dan menjijikkan rakyat neo-Human yang lain. Barangkali mereka sudah terbiasa; bukankah proto-Human suatu ketika dahulu juga bencikan pendatang yang berlegarlegar di negara mereka
Bahawa karma itu juga wujud merentasi jeda masa.
Dengar!!!
Laungan kedua Tuan Pemerintah semakin kuat. Imej wajah Tuan Pemerintah itu sebenarnya terbit dari langit. Binaan menara neo-KLCC memancarkan hologram pintar Tuan Pemerintah yang begitu responsif dan sensitif. Wajah Tuan pemerintah semakin besar; ramai kanak-kanak proto-Human (yang selalu dianggap cacat dan bodoh) menangis ketakutan melihat wajah ngeri yang maha besar di dada langit, terpancar megah.
Sesungguhnya aku, Tuan dan Tuhan di dataran ini, ingin memberi amaran bahawa tiada sesiapa pun yang dikenalpasti bersekongkol dengan pengkhianat negara akan dibiar hidup. Maka akan aku ceraikan kepala daripada batang tubuh kamu yang sedia hina; merintihlah kamu sedang Tuhan dogengan kamu tidak pernah datang membantu. Bahawa aku ini, Tuan Pemerintah adalah wujud, qidam dan baqa!
Maka segala zat aku adalah maha besar, dan tiada pun yang terselamat dalam menidakkan kekuasaan aku disini. Kamu wahai kaum pekerja, dengarakan! Bahawa aku ini akan menggandakan cukai udara dan cukai nyawa kamu; maka jika kamu ingkar dan tentang dasarku ini, pergilah kamu menjauh dan carilah bumi baru untuk di dudukimu. Bahawa kamu ini hanya duli-duli batang kaki ku, maka dengarkanlah!
Bahawa karma itu wujud merentasi jeda masa.
***
Sepasang kebaya labuh berwarna hijau muda masih cantik terawet di dalam sebuah kubikel keemasan; pemberian Borhan suatu ketika dahulu. Ah, dialah satu-satunya gadis yang selalu berkebaya ke kuliah-kuliah malah selalu sahaja dipuji rakan sekelas dan Prof Martin yang mengajarnya perihal Alam Melayu dan Kesusateraan Nusantara. Pelik bukan
Hari ini kebaya labuh berwarna hijau muda pemberian Borhan itu dikeluarkan; dan dia terlalu ingin dunia ini menjadi aman sepertimana yang tercipta 14 bilion tahun yang lalu. Menjadi aman dan damai tanpa perpecahan, tidak seperti proto-Human yang hancur memperlakukan Malaysia mengikut hawa nafsu masing-masing.
Dia terlalu ingin dunia ini menjadi aman.
Masuk...
Sepuluh pemuda kegemarannya telah tiba di perkarangan kediaman dengan air-car yang ditempah khas supaya nuansanya sedondon nanti dengan kebaya labuh berwarna hijau muda pemberian Borhan itu. Sepuluh pengawal neo-Human itu tidak berbaju; seluar mereka ditenun khas dari songket yang berkualiti tinggi. Tersisip di pinggang mereka adalah Keris Saber dan force field activator, dengan tengkolok yang melindungi Sniper Sensor yang tertanam di pangkal ubun mereka.
Pangku aku ke tandu. Hari ini, kita akan membela dataran nenek moyang kita; usah takut dengan mereka. Sudah begitu lama kita memberi muka, hari ini kita akan membela dataran nenek moyang kita. Lalu pangku aku ke tandu!
Menurut perintahmu, Srikandi.
Mereka memakaikan terompah anti-graviti pada kaki Tinta Pujangga, lalu terus memangku dan terbang ke perkarangan kediaman Pujangga sebelum membawa Srikandi itu kedalam air-car nya. Sepuluh pemuda tadi adalah binaan 80 peratus peranti pintar dan 20 peratus sifat manusia biasa, satu nisbah yang begitu berbeza buat neoHuman biasa yang hanya mempunyai 30 peratus peranti pintar.
Air-car Srikandi MahaMencipta itu lancar membelah keluar dari ruang udara neo-Kuala Lumpur, sebelum mengaktifkan modifikasi untuk bertukar menjadi Kapsul Angklung yang akan membawa mereka ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa di luar atmosfera bumi.
Dia terlalu ingin dunia ini menjadi aman.
***
Lalu inikah ajaranku kepadamu selama ini, Isa Buhaira tidak pernah sebegini marah, kecuali sejak dia mengetahui bahawa kekasihnya Nora, curang kepadanya seratus tahun dahulu.
Abah tidak tahu apa yang dia lakukan!
Tapi aku mengajarmu agama bawaan Muhammad,
Isa.
Tapi ayah...
Ini bukan ajaran agama bawaan Muhammad!
Razief kini kembali di perbaringan seperti seminggu yang lalu; barangkali tuhajan Isa tepat mengenai kawasan jantungnya yang baru sahaja sembuh daripada kesan kecelakaan air-car yang lalu.
Isa tunduk. Dia tahu kali ini dia yang bersalah dan bahawasanya ajaran Muhammad itulah satu-satunya peluang untuk dia patuh kepada Alif Lam Lam Ha. Tetapi si penyibuk neo-Human itu yang selalu memprovok supaya darah mudanya mendidih. Hari ini dia tidak menangkap hasil tani kerana sibuk berkelahi. Sarapan roti tawar tadi akan menjadi hidangan makan malam sebentar nanti.
Is...Isa.
Razief tersedar. Kerongkongnya terasa kering, dadanya masih lagi sakit; membengkak.
Aku... aku minta maaf.
Razief, kamu berehat dulu. Isa akan menjagamu sampai sembuh nanti.
Bu...Buhaira... Isa... aku... aku bermimpi lagi.
Apa ada bisikan Buhaira mula mendekati Razief. Isa mengekorinya.
Iya... ada... ada satu bisikan.
Khabarkan pada kami, Razief. Isa mula menumpukan sepenuh perhatian. Kepalanya dirapatkan untuk mendengar luahan mimpi Razief yang baru sahaja diterimanya.
Perempuan itu... ingin menjadi Nabi Nuh. Mama... mama...
Razief mula pitam sekali lagi. Bulu tengkuk Isa meremang. Buhaira masih diam.
***
Mereka belum kenal aku siapa.
Kapsul Angklung itu mendapat kelulusan untuk mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa yang memuatkan kompleks pentadbiran World Union (WU). Sebetulnya hari ini tiada persidangan di dalam kalendar antarabangsa, namun Tinta Pujangga bukanlah wanita sebarangan melainkan aristokrat yang berpengaruh di WU.
Dia dipangku oleh pemuda-pemuda yang mengiringinya; kebaya labuh berwarna hijau muda pemberian Borhan berkibar seperti semangatnya untuk mengembalikan kedaulatan neo-Kuala Lumpur.
Dengarkan aku!
Tanpa berlengah-lengah lagi, terompah yang dipakainya teraktif lalu Pujangga terbang ke platform yang tersedia untuknya. Dewan persidangan tiba-tib amenjadi gelap.
Celakanya Israel dan Palestin berganding dosa menyerang neo-Kuala Lumpur!
Dewan tiba-tiba menjadi hingar-bingar. Entah setuju, entah membantah.
Bahawa aku ini tidak dicipta untuk tunduk dan berunding dengan pengganas. Maka khabarkan aku apa syaitan itu sudah menjelma dalam batang tubuh kalian
Persidangan kali ini tidak diwakili oleh perwakilan Israel dan Palestin secara fizikal; namun pancaran hologram pintar pada tempat duduk mereka membawa raut wajah yang resah saat Pujangga meminta jawapan.
Ben Abraham dari Israel bingkas bangun.
Bahawa kami, rakyat Israel dan Palestin menyokong kemanusiaan; dan tekanan sosial yang dikenakan kepada manusia bangsa proto-Human di neo-Kuala Lumpur adalah menafikan hak asasi manusia.
Janna Muawiyah dari Palestin:
Tekanan ketenteraan adalah satu bentuk tindakan untuk mengembalikan keadilan manusia sejagat yang harus dilayan sama-rata, tanpa wujudnya diskriminasi sosial demi masa depan yang lebih lestari di bumi ini.
Mereka belum kenal aku siapa. Juwita menyambung;
Hipokrit! Apa kamu fikir helah kuno itu akan memakan prinsipku Kamu, sang penjajah hanya pandai menggembur ideologi dangkal dan berselindung di sebalik topeng Hak Asasi Manusia. Sedang negara kamu, penindasan berlalu ditutup serapatnya; bertempik pula kamu memberikan tekanan kepada neo-Kuala Lumpur! Betapa aku tidak akan tertipu dengan segala Hak Asasi Manusia ciptaan pemikiran tempangmu, datang untuk mengucar-kacirkan dataran neo-Kuala Lumpur sebelum tampil heroic kononnya datang untuk menghulurkan bantuan. Aku bukan protoHuman yang bodoh dan malas menilai sejarah! Ini bukan manusia di Malaysia pada abad lalu. Aku ini Tinta Pujangga, dan kamu masih belum kenal aku siapa! Demi galaksi yang tidak berpencipta ini, segala kedaulatan neo-Kuala Lumpur bukan urusan kamu!
Mereka belum kenal aku siapa. Kebaya labuh berwarna hujau muda pemberian Borhan berkibar saat Pujangga terbang meninggalkan Dewan Persidangan.