Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
Surah Al-Zumar 39:42
Wise Owl pernah memberitahu saya mengenai ayat di atas. Ketika itu saya terfikir, apakah yang akan berlaku jika malam itu semasa tidur tiba-tiba Tuhan membuat keputusan bahawa tarikh luput saya dah sampai. Bagaimanakah kalau esok tiada lagi untuk saya Adakah saya sudah bersedia untuk berjumpa dengan Pencipta saya Adakah saya akan lulus exam kubur Adakah saya akan lulus dengan cemerlang atau tergagap-gagap nak menjawab
Diriwayatkan hadith dari Hani, hamba merdeka Uthman Ibnu Affan RA, khalifah Ar-Rasyidin ke-3, berkata: Adapun Uthman ketika berhenti di atas kubur maka menangis dia sehingga membasahi tangisannya pada janggutnya, maka dikatakan kepadanya: Disebut tentang syurga dan neraka maka tidak menangis engkau dan (akan tetapi) menangis engkau dengan ini (kubur) Maka berkata Uthman: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Innal qabri awallu manzilin min manazilil akhirati fain naja minhu fama badahu aisaru minhu wa-in lam yanju minhu fama badahu asyaddu minhu. (Yang bermaksud: Sesungguhnya kubur adalah awalnya tempat dari beberapa tempat di akhirat, maka jika selamat seseorang darinya (maksudnya, selamat dari seksaan kubur) maka apa-apa selamat dari kuburnya lebih mudah darinya, dan jika tidak selamat darinya maka apa-apa sesudahnya lebih berat darinya.
Riwayat Tirmizi
Kita biasa mendengar mengenai soal kubur tapi apakah sebenarnya soal kubur itu Adakah ia peperiksaan lisan atau bertulis Siapa yang akan menyoal kita
Saya cuba mencari jawapannya. Dari pembacaan saya, soal kubur ini akan dilakukan oleh dua malaikat yang ditugaskan oleh Tuhan. Ia akan dilakukan selepas jasad kita ditanam. Tiada siapa yang akan terlepas atau terkecuali daripada disoal.
Jika kita lulus soal kubur, insya-Allah, kehidupan kita di alam barzakh atau di alam kubur akan menjadi lebih selesa dan tenang. Tetapi jika gagal menjawab soal kubur dengan betul, kita akan diseksa sehingga akhirat. Brrr takutnya!
Dan dia berkata: Dan sesungguhnya dia benar-benar mendengar hentakan kasut-kasut mereka apabila mereka berpaling membelakangkan, apabila dikatakan kepadanya: Wahai ini, siapa Tuan kamu Dan apa agama kamu Dan siapa Nabi kamu. Berkata Hannad: Dia berkata: Dan mendatanginya dua malaikat, maka mereka berdua mendudukkannya, dan mereka berdua berkata kepadanya: Siapa Tuhan kamu Maka dia berkata: Tuhan saya Allah. Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apa agama kamu Maka dia berkata: Agama saya Islam. Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apakah lelaki ini yang dibangkitkan pada antum. Dia berkata: Maka dia berkata: Dia ialah Rasulullah. Maka mereka berdua berkata: Dan apa yang kamu tahu Maka dia berkata: Saya telah membaca Kitaballah dan saya beriman dengannya dan saya membenarkan.
Riwayat Abu Daud
Oh tidak! Bolehkah saya menjawab soalan dalam kubur dengan betul nanti Sekarang ni bolehlah jawab dengan betul kerana masih boleh mengawal lidah. Tetapi di dalam kubur nanti, mulut akan dikunci dan roh akan berkata benar. Jawapannya bergantung kepada gaya hidup semasa hayat saya. Kalau bertuah, roh saya akan memberikan jawapan yang betul tetapi kalau saya sendiri tidak menjalankan kehidupan seperti seorang Muslim sejati, I will be in deep trouble! The soul will never lie to the Creator.
Ooo... takut jugak kalau difikirkan. Adakah amalan saya cukup untuk terselamat kelak Kita sering take for granted bahawa kita akan dihidupkan semula dan bernyawa pada keesokan hari. Memang kita sedar bahawa setiap manusia akan mati kelak tapi sering terlupa bahawa maut boleh datang bila-bila masa sahaja. Sememangnya manusia mudah lupa. Apakah yang akan terjadi sekiranya maut datang semasa kita sedang lalai, or worse still, semasa sedang melakukan dosa Astaghfirullah...
Pernah tak kita bertanya kepada diri sendiri, Sekiranya mati pada malam ni, adakah saya sudah bersedia untuk menghadap Pencipta Sudahkah saya bertaubat dengan secukupnya Adakah amalan saya cukup untuk dibawa ke akhirat kelak Adakah buku amalan kanan saya lebih berat dari kiri Sudahkah saya meminta maaf dari orang-orang yang pernah disakiti atau lakukan kesalahan Sudahkah saya memaafkan orang-orang yang pernah membuat salah terhadap saya Adakah saya membelanjakan harta yang diberikan ke jalan yang benar Adakah saya telah cukup berkongsi ilmu yang diberikan
Betulkah Quran adalah pedoman saya Semua soalan-soalan ini terngiang-ngiang di fikiran.
Sekiranya mati dalam tidur, saya akan ada banyak unfinished business. Banyak perkara yang sepatutnya saya selesaikan tetapi tidak.
Amalan baik saya amat menyedihkan dan memang sah tak cukup untuk dijadikan bekalan akhirat kelak. Memang saya mengaku sangat malu untuk bertemu dengan Tuhan dalam keadaan saya sekarang. Pathetic!
Saya terlalu lalai dengan dunia sehingga lupa tentang ajal maut. Saya berdoa agar Tuhan akan panjangkan hayat supaya boleh cuba memperbetulkan keadaan. Tetapi, sekiranya Tuhan tentukan saya tidak dibangunkan keesokan hari, lebih baik sekiranya saya memohon keampunan dariNya dan juga memaafkan semua orang. Sedangkan nabi kesayangan kita yang maksum pun meminta ampun kepada Tuhan setiap malam apatah lagi kita yang bergelumang dengan dosa.
Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya aku dicukupkan atas hatiku dan aku beristighfar kepada Allah sehari seratus kali.
Riwayat Muslim