BLACK WIDOW - 14
PERMAI di Kampung Sri Dang Wangi begitu menyerlah selepas hujan turun. Langit begitu cerah, tiada lagi tompok-tompok awan kelabu, Cahaya berombak-ombak di dada langit menjadikan alam semakin terang.

Keindahan menambat hati, membuai perasaan Murad betapa syahdu keadaan di sini berbanding kota lumpur yang sekian lama didudukinya. Kuala Lumpur, nama gah bagi mereka yang sekian tahun menajak di desa, tetapi tidak dirinya.

Teja keluang yang ghairah menguasai langit membuatkan hati Murad semakin terhibur. Matanya berlari antara pohon manggis dan perigi buta. Kemudian, bebola matanya mengitari laman depan yang dipenuhi pohon bunga nanas yang kelihatan seperti lidah panjang yang telah diletakkan kelongsang telur.

Tidak diduga, percutiannya kali ini membuah 101

cenderamata. Bisik-bisik mengenai keayuan sepupunya, yang sering diceritakan oleh mummynya telah menjadi kenyataan. Dia sendiri yang menyaksikan keterampilan gadis itu. Begitu ayu dan menawan. Yang pasti menggigit setiap rongga dan sendi lelaki.

Kalaulah Ayu milik KL, pasti gadis itu menjadi pingitan. Akan berebutan jejaka, duda, orang tua atau siapa saja yang bergelar lelaki tidak terkecuali wanita yang menggilainya.

Mujurlah Ayu milik desa. Murad berasa sedikit ceria, memujuk hatinya bahawa Ayu tidak mungkin akan berubah. Ayu tetap lembut bak si gadis desa yang dilimpahi adat Timur.

Murad anak jati kota, sudah lama masak dengan ragam hutan batu. Malah, pengajiannya sekarang ini pun di kota metropolitan yang agung dengan Big Ben, Ratu Elizabeth, Albert Hall, dan sebagainya.

Kalau dibandingkan Kota London dengan KL, ah, jauh panggang dari api. Sosial dan kebebasan, ah, mungkin tidak pemah difikirkan oleh kaum di Timur. Di sinilah, setelah dikaji pro dan kontra, Murad bertekad memilih gadis desa dan kebetulan sepupunya sendiri menepati citarasa.

Ayu akan dipertahankan, sebagai kekasih, tunang dan satu detik indah kelak - bakal menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Gadis ini adalah gadis yang paling ulung pernah dicintai. Memang tidak dinafikan, sebelum ini dia ramai kenalan wanita, tetapi, Ayu jua yang menambat hati. Murad mula percaya kebenaran cinta pandang pertama.

AYU memejam, masih belum berupaya untuk melupakan genggaman erat jari-jemari Murad sebentar tadi. Kedinginan yang menggila bagaikan 102

menghilang dan kehangatan rindunya terhadap Murad terasa marak membakar, membunuh ketar tubuhnya. Dia dileteri oleh nenek, marah kerana berendam bersama hujan. Nanti kalau demam, kalau sakit siapa yang susah. Ha, kenapa tak ketuk pintu kuat-kuat kalau iya pun berkunci....

Ayu sengih. Ah, nenek, begitulah apabila dah tua. Tapi, aku tahu, nenek sayangkan aku....

Ayu... cepatlah... Abang Murad kamu dah lama tunggu! Suara Aton memecah.

Ayu bingkas, melontar apa saja yang digelar angan-angan, terus mencapai baju kurung yang berlipat kemas di dalam almari. Dia mengenakan baju itu ke tubuh, tampak menawan kerana tubuhnya sendiri begitu menarik walaupun umurnya baru melewati 17 tahun.

Ayu keluar apabila segala-galanya rapi, menambah rasa cemburu di hati Murad apabila dia melihat keterampilan tunangnya yang sebegitu rupa.

Jom!

Murad tidak bersuara, cuma kakinya saja yang melangkah.

Ayu pergi dulu ye mak. Hari ini, bukan Abang Murad saja yang nak melawat kampung, Ayu sendiri pun ingin melawatnya. Esok... Ayu dah nak pergi!

Aton dan Neng Jenab hanya membisu. Di hati meresap perasaan pilu. Esok Ayu akan ke Kuala Lumpur menghadiri temuduga. Entahkan berjaya, entahkan tidak. Aton bercanda di dalam gawang tanda tanya, sama ada merestui atau tidak. Dia mahu Ayu berdikari, bekerja dan mendapat gaji. Tetapi, sedikit keresahan berbuku di jiwa apabila memikirkan tentang kerjaya pramugari. Kata orang pelayan kapal terbang tak elok. Itulah, inilah dan sebagainya. 103

Tetapi, pokok pangkal adalah hati dan kewibawaan seseorang. Dia berharap agar anak gadisnya itu seorang yang matang dan tahu memilih yang baik antara yang buruk.

Enjin kereta mengaum, mula bergerak meninggalkan laman. Garisan selebar jengkal membekas di tanah, jaluran tayar yang membaham setiap butiran tanah. Garisan yang berlongkang itu perlahan-lahan dialiri air lecak yang sebentar tadi terkuak. Kelihatan seolah-olah longkang yang selari, mEmanjang mengikuti tayar kereta.

Sudahlah tu Ton, kita doakan saja agar Ayu selamat. Minta-minta, janganlah ada perkara yang buruk terjadi.

Berat pula rasa hati nak lepaskan Ayu! Budak tu bukan biasa sangat di KL!

Harap-harap, biarlah Si Murad tengok-tengokkan. Kebetulan pulak mereka dah bertunang, sema-cam berjanji!

Aton senyum tipis. Namun, hatinya tetap resah untuk melepaskan satu-satunya anak, yang menjadi racun serta penawar. Ayu adalah segala-galanya di dunia ini.

Esok, anak gadisnya akan berangkat ke KL.

HAIRAN! Sebentar tadi, masa abang lalu jalan ni, gelap segelapnya. Sekarang, terang benderang! Murad terjenguk-jenguk, menatap panorama desa.

Abang ni mata melilau, kan lebih baik abang tumpukan perhatian ke jalan raya!

Murad senyum. Macam mak-nenek, membebel aje!

Ayu segera mencubit.

Murad tersenyum kegelian. Dia berasa seronok 104

menghabiskan masa di sini. Cutinya kali ini terasa penuh, tidak seperti tahun silam yang hambar. Ceria menyimbah, memenuhi hari libumya sebelum kembali semula ke Kota London menghabiskan semester akhir. Dan... jika dia berjaya menempa flying colour, masa depannya akan cerah berwarna- warni. Ayu akan hidup senang dan bahagia.

Telah diikrar di dalam hati - Ayu akan dibelai penuh manja. Gadis itu akan dianyam dengan helaian keindahan, digubah di dalam jambangan harmoni. Telah ditekad di dalam sanubari - Ayu akan diperisai seteguh-teguhnya, akan dijaga sebaik-baiknya....

Abang!

Kaki pantas beralih ke sebelah kiri, menekan brek dan bunyi decitan mengaum apabila tayar menggigit jalan.

Murad menggeleng dan sekawan lembu hanya berlenggang sambil mengibas ekor.

Tulah abang, berangan-angan saja! Kawasan sini banyak lembu berkeliaran!

Manalah abang tau... Ayu tak cakap dari dulu!

Ayu mencebik. Kereta mula meluncur, melewati lembu yang terakhir melintas. Murad mula menum-pukan perhatian dan matanya - tidak lagi berkeliaran.

Ayu duduk bersandar, melepaskan tubuh ke kusyen. Esok dia akan pergi dan hari ini dia bersiar-siar menjelajahi kampung. Bagaimanakah corak hidup di kota Mampukah aku berdepan dengan suasana itu

Yang nyala - hatinya berbelah bahagi. Antara kerjaya dan kesetiaan terhadap desa.

Berat rasanya untuk berjauhan dengan keluarga, dengan kenangan dan labah-labahnya. Ah, kalaulah 105

Murad tahu habitku Kalaulah Murad tahu aku bertemankan labah-labah, hidupku yang bernuranikan serangga lapan kaki itu

Mengenangkan labah-labah, jiwanya terlontar ke lorong persoalan. Kenapa nalurinya tidak dikerah untuk mengecewakan Murad Kenapa tiada labah- labah yang datang berkomunikasi secara halus menyusun strategi untuk mengecewakan Murad Ya, kenapa mereka tak halang hubungan aku dengan Murad

Saat ini persoalan tiba-tiba muncul. Jikalau tidak, setiap kehadiran lelaki, pasti nalurinya dirangsang untuk memperdayakan mereka. Malah, tidak setitik pun rasa kasih mengalir di jiwa. Dan, kenapa pula dengan Murad, segala-galanya berubah

Adakah mereka dapat mengesan kejujuran yang terpamer di jiwa seorang lelaki. Jikalau benar, ini bererti Murad berhati jujur.

Ayu!

Benarkah Murad ikhlas mencintaiku

Ayu!

Jikalau tidak, takkan Murad sanggup menghabiskan kebanyakan masa percutiannya bersama aku. Malah, takkan Murad sanggup mengikat tali pertunangan

Ayu!

Ayu tersentak dan terus menoleh menatap Murad.

Apa yang Ayu fikirkan Ada curiga pada anak mata Murad.

Ayu membisu, tidak berupaya mengutara kata.

Kenapa Ayu berbelah bagi mencintai abang Ada resah di dalam suaranya.

Tidak!

Habis tu... kenapa murung106

Ayu... Otak dikerah mencari alasan. Ayu... er... Ayu....

Ayu bosan dengan kehadiran abang yang kerap

Tidak!

Habis tu

Ayu berusaha mencari alasan terbaik.

Kenapa Ayu

Ayu sayang nak tinggalkan kampung ni, tempat yang terlalu banyak menyimpan kenangan!

Murad angguk. Dia menerima alasan itu malah dia mempercayainya. Hati mana yang tidak resah, apatah lagi bumi kelahiran semakin hampir untuk ditinggalkan. Ya, esok, gadis di sebelahnya akan meninggalkan desa untuk mengejar cita-cita di kota.

Ayu agak lega melihat ketegangan di anak mata Murad mengendur. Dia pasti Murad mempercayai alasannya. Lagipun, dia tidak berdusta kerana sememang hatinya berat untuk meninggalkan tempat ini.

Setelah dia menghuraikan buruk dan baik, pro dan kontra, barulah dia menghadiri temuduga pertama di Ipoh. Dia ingat lagi betapa berat hatinya membuat keputusan. Separuh hatinya berharap agar temuduga di Ipoh gagal tetapi dia tetap berjaya.

Dan esok, dia sendiri akan menentukan percaturan sama ada ingin terbang ke awan biru atau tidak Interbiu terakhir sebelum diterima masuk ke sekolah latihan akan ditentukan di pejabat MAS. Jika dia berjaya, dia akan memulakan latihan sebagai pramugari.107