Kami pergi bersama-sama dengan keretapi dari bandar Nothingham. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Teman lelaki Ida (teman rapat isteriku) menanti kami di stesyen keretapi. Beliau adalah cucu kepada bekas Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Shakaran Dandai. Namun di tetap low profile.
Dia bawa kami berjalan-jalan di pekan Manchester sambil memberi penerangan tentang cara hidup di sini. Dia juga menasihat aku agar berhati-hati kerana ramai pencuri dan aktiviti peras ugut cukup aktif di sini.
Tapi dia ada ramai kenalan disini. Gelaran Cigaratte boy yang diberikan kepadanya adalah kerana dia suka menderma rokok kepada pengangur dan orang tanpa rumah (Jobles dan Homeles).
Bunga di sini cukup murah dan bunga adalah kegemaran isteriku. Aku belikan sejambak untuknya. Apa lagi dia tersenyum lebar dan ucapkan terima kasih sambil mengucupku.
Aku belanja semua orang KFC di sebuah restoran jalanan. Bezanya KFC di sini adalah ayam dijual tanpa sos. Sos di jual berasingan. Tapi puas kami makan, maklumlah cuaca sejuk tentulah cepat lapar. Selepas membeli belah sedikit makanan kami terus ke rumah Ida.
Hari esoknya kami melawat stadium Manchester yang cukup terkenal. Nak masukpun kena bayar 5 pound seorang. Rupanya ramai pelawat yang datang melawat stadium tersebut. Taklimat terperinci juga diberikan oleh pemandu pelancung yang sangat peramah.
Kami juga terserempak dengan pemain kelab Manchester United (MU), Aric Cantona yang pada ketika itu singgah di pejabat pentadbiran stadium. Kereta mewah yang dipandunya amat menggerunkan.
Terdapat sebuah amporium yang menjual semua product MU. Bayangkanlah sebesar-besarnya Emporium tersebut hanya menjual satu product sahaja. Dari T.Shirt hingga ke kertas memo ada dijual disini.
Petang kami makan tengahari bersama-sama dan terus balik ke stesyen keretapi untuk balik ke Nothingham. Aku ucapkan terima kasih dan meminta diri. Pada keesokan harinya Suhana minta untuk balik awal ke Sheafel. Selepas sarapan pagi kami hantar beliau ke stesyen bas.
Dia adalah anak saudaraku yang paling rapat dengan aku sedari kecil hingga kini. Walaupun semasa beliau kecil aku suka membuli dan membuatkannya menangis tetapi rupanya itu merapatkan dan mewujudkan keserasian antara kami. Kematangan serta rasional yang ada pada beliau menyebabkan kami mudah berbincang.
Kenangan manis di MU menjadi satu nostalgia buat kami berdua dan saat manis yang dilalui tidak akan kami lupakan. Pada sebelah malam kami tidak ke mana-mana kecuali hanya menonton rancangan TV yang berkisar tentang rancangan hiburan Blind Date.
Pemenang akan dapat hadiah melancung. Yang menarik perhatian aku adalah nama Pulau Pangkor merupakan salah satu hadiah destinasi pelancongan yang ditawarkan. Sudah tentu Malaysia sinonim dengan majoriti rakyat Britain kerana ia adalah bekas tanah jajahan Britain.