KERAMAT SEBUAH HATI - 14
'Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.'

Dan Kami bolak-balikan hati mereka dan penglihatan mereka. ( AlAnam: 110)

Manusia dari masa ke semasa akan mengalami perubahan. Manusia bermula seorang bayi, kemudian berkembang menjadi seorang anak. Dari seorang anak berubah menjadi remaja. Dari remaja berubah menjadi dewasa dan akhirnya menjadi tua.

Hingga ajal menjemput nyawa. Ini bererti manusia adalah makhluk yang selalu mengalami perubahan. Perubahan sangat dekat dengan fitrahnya. Perubahan itu sangat dipengaruhi banyak faktor. Misalnya, pengetahuan, keyakinan, pergaulan, pengalaman, dan lain sebagainya. Sangat jarang kita menjumpai manusia yang tetap tanpa perubahan. Perubahan pada diri manusia merupakan kelaziman. Pada dasarnya manusia memerlukan perubahan. Hidup terasa menjemukan jika tanpa ada perubahan.

Seorang karyawan merasa jemu melakukan pekerjaan yang tidak berubah. Setiap orang mengalami kejemuan dengan sesuatu yang berulang. Demikian juga dengan hati kita, ia akan selalu berubah-ubah tidak tetap. Terkadang hati ini lembut, terkadang sebaliknya hati mengeras. Terkadang hati ini bercahaya dan terkadang hati ini gelap. Terkadang hati begitu tawadhuk dan terkadang berubah angkuh. Suatu ketiak hati itu sabar, di waktu yang lain hati tak sabar. Suatu waktu hati ini merasa tenang, tapi suatu kali yang lain hati merasa bingung.

Hati boleh menjadi taat kepada Allah, dan boleh jadi durhaka kepadaNya. Dalam beribadah hati dapat mencapai derajat khusyuk, dan dapat pula hati lalai. Iman yang ada dalam hati pun dapat berubah-ubah. Pagi beriman, petang ingkar. Petang beriman, pagi hari kufur. Begitulah hati manusia. Perubahan hati sangat cepat dan terkadang tidak terkendali. Bisa jadi hati dihiasi oleh sifat-sifat yang luhur, tetapi hati juga bisa dililit sifatsifat tercela. Hati boleh merasakan tenteram saat bersama Allah. Hati juga merasa resah ketika menghadap Allah kerana ia merasa banyak dosa saat menghadapNya.

Hati dalam bahasa Arab disebut dengan qalb yang artinya bolak-balik. Karena memang sifatnya yang cepat berbolak-balik (berubah). Hati bagaikan bulu ayam yang tergantung di atas pohon yang dibolak-balik oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas.

Bahkan dalam hadis lain hati berubah sangat cepat melebihi perubahan air yang sedang mendidih. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari bekas yang berisi air mendidih. (HR. Ahmad)

Perubahan hati terlihat pada tutur kata dan wujud perbuatan yang dilakukannya. Karena itu, kita tak perlu hairan, jika kita menjumpai orang yang sering bersilat lidah atau orang yang tiada komitmen dengan janji yang ia ucapkan. Tetapi, walau pun keberadaan hati berubah terus, bagi orang mukmin hendaknya berusaha menjaga dan merawat kebersihan hati dari penyakit yang dapat merosaknya. Hati boleh berubah-ubah selama perubahan itu tidak menjurus pada maksiat atau durhaka kepada Allah. Tidak seorang pun yang dapat menjamin hatinya tetap dalam satu keadaan. Hati akan berubah mengikuti perkara yang sedang di hadapi.

Perbezaan perkara menyebabkan adanya perubahan hati. Misalnya dalam bekerja, jika pekerjaannya banyak membawa keuntungan, hati tenang dan ia terasa nyaman bekerja. Namun, manakala pekerjaannya kerugian, maka hati resah dan ia berpaling darinya. Hati akan condong pada perkara yang disukai dan berpaling dari perkara yang tidak disenangi. Dari sinilah, dapat diketahui bahwa perbedaan niat atau motivasi seseorang dalam melakukan pekerjaan ditentukan oleh sudut pandang yang berbeza-beza.

Orang yang solat, saat takbiratul ihram ia niat ikhlas kerana Allah, tetapi ketika berada di tengah-tengah melakukan solat hati boleh berubah, kerana ia mengingati sesuatu atau kerana ia terlena dengan pujuk rayu syaitan. Orang yang bersedekah, semua niatnya karena Allah, tetapi kerana ia mendapat sanjungan dan pujian, niatnya berubah bangga mendapat pujian.

Perubahan-perubahan itu yang harus dijauhi dan ditinggalkan oleh orang yang rindu akan rahmat Allah. Rahmat dan reda Allah akan diberikan kepada orang yang beramal kerana Allah semata mulai awal hingga akhir amalnya. Dan tidak boleh menjaga niat ini kecuali ia menyerahkan urusannya kepada Allah sebelum beramal.

Kita harus mengetahui bahawa hati berada dalam genggaman Allah. Allah berfirman: Ssungguhnya Allahlah yang membatasi antara manusia dan hatinya. ( Al-Anfal:24). Iaitu yang menguasai hati manusia. Allah SWT tidak akan menerima amal kecuali orang yang hatinya bersih (ikhlas): Firman Allah SWT: Kecuali yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih. (As-Syuara: 89).

Hati menjadi keras kerana banyak melakukan larangan Allah dan sering meninggalkan perintah Nya. Demikian juga orang yang jauh dari ulama hatinya akan membatu. Sering tertawa, memakan yang haram, melakukan dosa besar menyebabkan hati menjadi beku. Hati yang beku sukar menerima sentuhan hidayah Ilahi.

Hati yang terus beku jauh dari rahmat Allah. Allah berfirman: maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah. ( Az-Zumar :22). Allah bakal mengampuni dosa orang yang takut pada azab Allah dan ia datang dengan hati yang bertaubat. Allah menggolongkan pada hamba-hamba yang beruntung, orang yang terus terpaut dengan Allah. Allah berfirman: bagi orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Allah itu tidak kelihatan (olehnya) dan ia datang dengan hati yang bertaubat. (Qaaf :33).

Seorang mukmin harus mengetahui keadaan hati yang selalu berubahubah. Dan juga hendaknya mengetahui penyebab hati menjadi rosak dan cara pencegahan, serta penyelesaiannya. Jika kita mengetahui hati mulai terasa sakit, cepat-cepat ia mengubati hatinya sebelum tertutup yang pada akhirnya membuat dirinya akan hancur.

Masalah ini sangat penting, kerana Allah SWT telah mengingatkan kita akan bahaya hati yang keras, lalai, sakit, buta, tertutup, terbalik, dan terkunci mati. Tanpa menyedari bahawa hati itu selalu berubah-ubah, sering kali ia menghadapi. Dengan menyedari bahawa hati yang selalu berubah-ubah, seseorang akan lebih bersiap sedia menjalani hidup di bawah ketetapan Allah.

Perhatikan anjuran Rasulullah di kala kita menyukai sesuatu! Rasulullah pernah bersabda:

Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti. (Hadis riwayat. Tarmizi)

Demikian juga, saat syaitan turun ke hati dan mengajaknya untuk mengikut keinginan nafsu, maka malaikat akan turun ke hati untuk menghalau setan dari hati. Kalau syaitan menarik hati untuk berbuat buruk, maka malaikat menarik hati untuk berbuat kebaikan. Kerana itu, suatu waktu terjadi perebutan antara syaitan dan malaikat untuk menguasai hati. Hati penuh dengan sifat-sifat keburukan, jika mengikuti bisikan syaitan dan mengikut bisikan itu. Hati penuh dengan sifat-sifat yang baik, jika hati mengikuti bimbingan malaikat dan merealisasikan dalam perbuatan. Kerana itu, hati selalu berubah-ubah.

Meskipun hati selalu berubah, ada hal yang tidak boleh berubah, iaitu ketaatan kepada Allah dan keimanan kepadaNya. Iman dan taqwa jangan sampai berubah-ubah, kerana keduanya teras kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat kelak. Baik dan buruk, bahagia dan susah, pahala atau siksa, syurga atau neraka bergantung pada keduanya. Doa Rasulullah s.a.w :

Wahai Zat Yang Memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan kepada Mu! (HR. Muslim).

Keikhlasan harus tetap terjaga kualitinya pada saat beramal. Jika ia rosak maka cedera amalnya. Ikhlas beramal kerana Allah tidak boleh berubah, karena ia ruh ibadah. Tanpanya, sia-sialah amalan. Demikian juga, tetap berpedoman dengan al-quran dan as-sunnah. Ini tidak boleh berubah atau berpindah pada pedoman yang lain. Keduanya pelita hidup dan pedoman menuju syurga Allah. Orang yang berpegang pada ke duanya akan selamat di dunia dan di akhirat.

Akhirnya kita hanya boleh berusaha dan berharap, semoga Allah memberikan ketetapan iman, ketaqwaan, keikhlasan, dan pedoman dengan al-quran dan as-sunnah. Kerana dengan ketetapan hati pada halhal ini, merupakan modal awal untuk selalu bersama Allah. Semoga Allah melindungi kita dari hati yang lalai, lupa, dan buta. Hingga kita dapat merasai keagungan dan kebesaran Allah SWT.

Hati Yang Kotor

Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada dengannya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.

(Surah al-Muthaffifiin :14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Baqarah: 74)