Entah macam mana pemergian mereka itu telah diketahui oleh Profesor Doktor Mentadak Mentadu dan dia segera memberitahu LBB G dan H supaya merakamkan percakapan kedua-dua orang muda yang baru berkenalan itu.
Dengan sistem CJJ atau Cakap Jarak Jauh, ketua agung kaum serangga itu telah memberitahu bahawa tinggal di hotel besar di kemuncak yang murah sewanya dan juga ada menyediakan makanan dan minuman untuk orang-orang Islam, dan ada kemungkinan juga bahawa mereka akan menginap dalam bilik-bilik satu bilik, untuk mengelakkan tangkapan basah dan dituduh berkhalwat.
Berikut ini ialah rakaman yang telah diambil oleh LBB H dan G:
OPK - Ayah saya bernama Long Taib, tetapi dalam bahasa Vietnam namanya menjadi Lon Tai-fun, sebab ayah saya pandai dan berani belayar dalam laut yang bergelora. Kata ayah saya dia adalah keturunan daripada Long Yunus yang telah mulamula membuka Negeri Kelantan pada zaman dahulu kala. Long Yunus, katanya lagi, ada kena mengena dengan Long Jaafar yang telah membuka Daerah Larut dan Matang dalam Negeri Perak.
JAH - Abang ni keturunan daripada keluargakeluarga pahlawan bangsa kita. Emak abang, Siti Zubaidah, keturunan daripada Raja Kembayat Negara, dan ayah pula daripada pahlawan-pahlawan Melayu yang kisahnya telah dilupakan oleh bangsa Melayu sekarang.
OPK- Jangan Jah puji-puji sangat diri saya ini. Yang pentingnya ialah saya mengharapkan kerjasama daripada anak-anak muda Malaysia ini dalam menjalankan tugas-tugas saya yang sangat penting, iaitu menyusun satu gerakan rahsia untuk menyatupadukan rumpun-rumpun atau baka-baka suku Melayu dalam Nusantara ini (Proto-Malays) yang berjumlah 300 juta orang, termasuk yang ada dalam Thailand, Kampuchea, Vietnam, Laos, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan juga berpuluhpuluh buah pulau di Selatan Lautan Teduh (Pasifik), termasuk Singapura. Jah patut ingat bahawa Gagasan Maphilindo yang telah diusahakan oleh Almarhum Presiden Sukarno, dalam tahun-tahun enam puluhan dulu telah gagal, Dan siapakah yang menggagalkannya Sebagai seorang sarjana tentulah Jah tahu bukan Gagasan saya ini, yang wajib dirahsiakan, berdasar kepada kemungkinan berlakunya Perang Nuklcar, atau Perang Dunia Ketiga, yang pada kira-kira dan hemat saya akan berlaku tidak berapa lama Iagi, dan mengikut ramalan sarjana-sarjana di Eropah Barat dan juga di Amerika Syarikat maka bahagian utara dunia ini akan hancur lebur, Pada masa itu kelak akan terbukalah satu peluang keemasan bagi bangsa Melayu boleh jadi kuat semula dalam Dunia Melayu atau Nusantara.
JAH - Gagasan itu sangat besar yang memerlukan banyak belanja, Ingatlah bagaimana susah dan banyaknya belanja Gagasan Mahdi dalam buku yang kita baru baca itu.
OPK - Memang betul. Belanja gagasan Mahdi itu oleh CIA, M 16 dan KGB, biarpun hanya satu sahaja, memakan belanja dua billion ringgit Amerika. Untuk Gagasan Dunia Melayu ini tentulah memerlukan sangat banyak perbelanjaan. Tetapi Jah dengarlah kisah hidup saya ini. AYM, nama rahsia saya, boleh diingati dengan mudah, iaitu Ajiyesmoto, sebab Ajinomoto semua orang tahu bukan Sekarang dengarlah kisah saya selanjutnya.
JAH - Jadinya nama abang yang sebenarnya tidak boleh abang beritahu saya, sampai bila-bila jua pun
Amboi, sampai hati abang.
OPK - Tetapi di Sabah dan di Sarawak, malahan, di Brunei juga, ada ramai orang-orang Melayu yang pada pangkal namanya memakai perkataan Abang, seperti Abang Haji Openg dan lain-lain. Jah boleh panggil saya Abang Bujang Lela atau Abang Bujang Lapuk.
JAH - Abang ni pandai berjenaka dan melawak. Lebih baiklah saya ni abang panggil Jah Andartu.
OPK - Jah pun pandai bergurau senda juga. Tetapi dengarlah cerita saya, kisah hidup saya ini
Pada suatu malam yang tidak bergelora, laut tenang, ayah saya dan saya pun belayarlah hala ke selatan dari Pulau Kundur, dalam kapal kecilnya yang dinamakan Lang Nusantara. Setelah dua hari dua malam belayar maka selamat sampailah kami berdua ke Pulau Tioman. Kami dapat menyeludupkan 50 kati emas yang kemudian kami sembunyikan dalam beberapa buah gua di Pulau Tioman.
JAH - Wah! Banyak duitnya itu Bagaimana ayah abang, Lon Tai-fun, dapat mempunyai begitu banyak emas
OPK - Itu tidak banyak, Jah. Lon Nol, pemimpin Kemboja yang pro-Amerika, telah lari membawa satu lori emas, dan kini khabarnya beliau sedang hidup mewah di sebuah negara asing di Dunia Barat. Begitu juga Nguyen Cao Cay, pegawai angkatan udara Vietnam yang juga pro-Barat dan juga Nguyen Van Thieu. Mereka sekarang sedang hidup mewah di negara-negara Barat, berharap dan menunggu satu masa kelak apabila kuasa-kuasa komunis dapat ditewaskan Oleh kuasa-kuasa demokrasi dalam satu peperangan nuklear. Kita dari suku-suku keturunan Melayu hendaklah memakai falsafah Sang Kancil, iaitu apabila gajah sama gajah berjuang, si kancil janganlah mati tersepit
JAH - Sekarang mulalah saya mengetahui citacita abang. Silalah abang terangkan bagaimana abang dan ayah abang telah menjadi warganegara Malaysia, bagaimana abang sekolah dan kemudian dapat pula melanjutkan pengajian abang di England dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam Ilmu Sains Politik. Tetapi yang lebih penting bagi saya ialah apa nama abang sekarang, nama dalam kad pengenalan abang
OPK - Nama yang saya pakai sekarang ialah Long Indera bin Long Taib. Ini untuk pengetahuan Jah seorang saja. Tolonglah rahsiakan.
Dari Pulau Tioman kami pindah ke Pulau Rawa, menyamar sebagai nelayan biasa, menggunakan sebuah sampan kecil sahaja. Kapal kecil yang kami bawa dari Pulau Kundur atau Paulo Condor itu kami jualkan kepada sebuah syarikat nelayan di Mersing, syarikat kerjasama yang diselenggarakan oleh saudara-saudara kami di Mersing. Jah ada bacakan kisah Tengku Mark, keluarga Sultan Johor, dalam Asia Magazine Ada motel-motel untuk para pelancong di pulau itu, sebagaimana ada juga di Pulau Tioman. Saya telah belajar di sebuah sekolah private di Mersing dan kemudian melanjutkan pengajian saya di sebuah sekolah swasta di Johor Bahru hingga lulus STPM, dapat kepujian dalam bidang Kesusasteraan Melayu, Penulisan Kreatif dan Bahasa Inggeris.
JAH Saya ingin nak tahu, jika boleh, bagaimana abang dan ayah abang begitu mudah telah dapat kad pengenalan warna biru, dan bagaimana pula kemudian abang telah dapat pula pasport antarabangsa untuk pergi ke London
OPK - Alahai, Jah seorang pegawai tinggi di Malaysia ini, takkanlah tak tahu bagaimana gagahnya pengaruh emas Dua tahil emas berapa harganya Dan kami ada mempunyai 50 kati emas yang ada tersimpan dalam beberapa buah gua di Pulau Tioman yang akan kami gunakan untuk Gagasan Dunia Melayu, atau Nusantara. Sekarang, di seluruh Nusantara, ada tidak kurang dari 300 juta manusia yang berbahasa Melayu. Kalau Jah tidak tahu bolehlah tanyakan kepada sarjana-sarjana di Universiti Malaya dan lain-lain pusat pengajian tinggi. Bukankah telah diadakan Pertemuan Dunia Melayu, lebih kurang setahun yang lalu, di Melaka Jah tidak menghadiri persidangan itu
JAH - Saya menghadiri pertemuan itu bang, tetapi saya tidak faham apa tujuan-tujuannya. Memanglah saya mengakui bahawa perbuatan-perbuatan rasuah, penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa banyak berlaku di tanah air kita ini, dan sedikit emas sahaja boleh meluluskan jarum, dan lulus jarum, luluslah kelindan
OPK - Tetapi mujurnya, Jah, angin baru sedang bertiup di negara kita ini. Lulusnya beberapa Pindaan Perlembagaan memberi harapan yang cukup baik bagi masa depan Nusantara. Soalnya ialah, adakah rakyat jelata Malaysia, Indonesia dan lain-lain dalam Nusantara yang sedang mabuk kebendaan, yang pemuda-pemudanya sedang dirasuk oleh hantu dadah dan filem-filem bermutu rendah, nyanyian-nyanyian yang menanam perasaan gundah-gulana, puisi-puisi yang bermutu rendah, ada mempunyai pandangan jauh ke hadapan
JAH - Abang nampaknya nak cuci otak saya, ya Kalau boleh saya menyatakan pendapat saya, abang sekarang sedang bermimpi atau khayal seperti para pemimpin kebangsaan sebelum negara ini mencapai kemerdekaannya. Allahyarham Ibrahim Yaakub telah bermimpi, Doktor Burhanuddin pun telah bermimpi, khayal dengan Gagasan Dunia Melayu.
OPK - Mereka telah bermimpi Itulah namanya citacita murni. Itu, Gagasan Mahdi, yang Jah telah baca ceritanya adalah suatu jenis impian juga bukan Yang bermimpi siang ialah orang ramai yang berpusupusu di Kemuncak Kasino ini, yang dalam istilah bahasa kita dinamakan makan angin bersuka ria, tanpa sebarang cita-cita hidup yang murni, tetapi hanya makan angin, dan walaupun dikawal, orangorang Melayu terus mahu cuba masuk ke kasino, mahu berjudi. Kena tangkap dan kena hukuman denda atau penjara pun mereka tidak peduli.
Inilah penyakit besar atau wabak keruntuhan bangsa kita. Tetapi, seperti kata saya sebentar tadi angin baru sedang bertiup, harapan baru sedang bercahaya. Besok atau lusa saya akan berangkat ke Medan, saya akan melawat Aceh, Palembang dan lain-lain daerah dalam Pulau Sumatra untuk mencari pertanda dan petunjuk mengenai Gagasan Nusantara atau Dunia Melayu. Malangnya, saya tidak dapat mengajak Jah ikut sama. Walau bagaimanapun, tolonglah Jah doakan abang. Entah berapa lamakah kita akan berpisah hanya Tuhan saja yang mengetahui. Namun demikian hati saya agak berat hendak berpisah lama dengan Jah. Buat sementara, wahai adikku, tolonglah rahsiakan pekerjaan saya penuh bahaya ini, tolonglah, tolonglah Jah, abang hanya boleh mengucup dahi Jah sahaja, sebab mencium bibir Jah, menyentuh dada Jah adalah perbuatanperbuatan yang dilarang sebelum kita berijab kabul.
JAH - Abang sayang pada saya Kalau betul saya ucapkan Alhamdulillah. Mudah-mudahan cita-cita kita bersama itu akan dimakbulkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui, Penyayang dan Pengasih.
OPK - Jah sayang, marilah kita turun dari Bukit
Kayangan ini. Malam ini saya perlu bersiapsiap untuk melawat ke seluruh Nusantara. Dari Sumatra saya akan pergi ke Pulau Jawa, Sulawesi, ke Filipina dan lain-lain. Entah berapa lama saya akan balik semula ke Kuala Lumpur, belum saya boleh ramalkan. Sementara itu tolonglah Jah simpankan guntingan-guntingan akhbar yang mengandungi berita-berita Jodoh pertemuan adalah diketahui oleh Allah Subhanahu wataala sahaja. Sebelum kita turun dari Puncak Kasino ini saya suka nak tanya Jah berapakah umur Jah yang sebenarnya
JAH - Baru dua puluh lapan tahun, bang. sudah andartu saya ini, dan abang sekarang berusia berapa tahun
OPK - Jah kiralah sendiri. saya telah dilahirkan di Kampung Aur, Pulau Kundur, pada 31 hari bulan Ogos, 1944, iaitu satu tahun sebelum Indonesia mencapai kemerdekaannya.
JAH - 31.8.44 + 31.8.54 = 10. 31.8.54 + 31.8.64 dua puluh tahun. 31.8.64 + 31.8.74 tiga puluh tahun. Sekarang bulan tiga, tahun 1984. Ahh, abang masih muda lela lagi, bang.
OPK - Senyum-senyum macam itulah, Jah. Wanita kesateria mesti berhati tabah, berani dan bijaksana, seperti Allahyarham Siti Zubaidah, dalam ceritanya menyelamatkan suaminya, Sultan Zainalabidin, daripada telaga beracun di Negara China. . . .