Oh, Dr. Fakar. Apa khabar
Saya ke bilik Dr. Ridzuan, dia tak ada.
Dia dipindahkan di bilik akut di tingkat 11.
Kenapa
Delusinya kambuh.
Maksud Dr. Shemelin
Dia mengalami waham semula. Dia hampir pulih. Sukar untuk mempercayai dia dibuai delusi lagi. Dr. Ridzuan sudah keluar dari penjara psikotiknya, namun dia kembali mempercayai waham barunya. Apa yang diceritakan ialah sesuatu yang luar biasa. Wajah Dr. Shemelin tampak kurang yakin tentang apa yang diutarakan meskipun dia menyebutkannya. Keraguan itu dapat dibaca Dr. Fakaruddin. Terasa ada sesuatu yang mahu disembunyikan Dr. Shemelin. Kalau berkata perkara yang luar biasa, itu sudah menjadi kebiasaannya. Sudah beberapa kali Dr. Fakaruddin bercakap dengan Dr. Shemelin. Dia biasanya cakap dengan yakin dan jelas. Tetapi kali ini, intonasi percakapannya begitu kabur dan terasa penuh kesamaran seolah-olah kenyataan rasrninya bukan daripada dirinya sendiri. Semacam gema pendapa orang lain.
Apakah yang dikatakannya
Dia kata, pembunuh bersiri HKL ada di bangunan IMN.
Dia kata macam mana
Kononnya, dia menjumpai bilik pemujaan di bilik VVlP. Apabila Dr. Shukri menolak dakwaan, Dr. Ridzuan jadi agresif. Dr. Shukri tidak ada pilihan. Terpaksa beri ubat sedatif dan masukkannya dalam jaket.
Perlukah straight jacket tu
Jika tak memerlukan, kami tak akan lakukan. Setelah nantinya dia kembali tenang, kami akan buka straight jacket itu.
Pengalaman saya bersama Dr. Ridzuan, dia jarang keliru.
Memang benar, dia seorang ahli arkeologi. Tapi itu sebelum dia menjadi psikotik. Kejadian-kejadian pembunuhan bersiri terjadi semasa dia hilang ingatan. Sukar nak fikirkan, dia sedar dan mengetahui pembunuhan-pembunuhan itu.
Boleh saya jumpa Dr. Ridzuan
Boleh. Molek jugas Mungkin Dr. Fakar boleh membantu kami menenangkan dia semula.Saya masih perlu menemu bualnya lagi. Dr. Shukri berada di bilik akut. Dr. Ridzuan sudah tidak berada dalam straight jacket. Pasti dia telah kembali tenang. Apabila Dr. Shemelin dan Dr. Fakaruddin tiba di bilik akut tingkat 11, Dr. Shukri sedang menjalankan sesi terapi bicara. Mereka mengambil tempat di belakang cermin lut pandang sehala.Jelas pada pandangan Dr. Fakaruddin, sahabatnya itu agak berbeza dibandingkan beberapa hari yang lalu. Dia ketika itu, tampak ceria dan menyatakan hasrat untuk kembali ke akademi.
Jangan panggil aku Melayu! Aku bukan Melayu! tengking Dr. Ridzuan. Dia seperti hilang rasa hormat kepada Dr. Shukri.
Jadi anda mahu dipanggil apa tanya Dr. Shukri dengan nada lembut.
Panggil aku Melaju, jawab Dr. Ridzuan garang.
Apa Melaju tanya Dr. Shukri.
Ya, Melaju! jawab Dr. Ridzuan tegas dan lantang.
Barangkali kamu masih mengeja dengan ejaan bahasa Indonesia lama
Tidak! Aku orang Melaju! Lalu Dr. Ridzuan itu menjerit aksaraaksara, M-E-L-A-J-U! Ejaan Indonesia lamanya M-E-L-A-D-J-U! Maafkan saya kerana menyangka anda keliru, balas Dr. Shukri, merendahkan nada suara seolah-olah mahu menyerah kalah selepas bertegang urat. Bukanlah maksudnya untuk berbahas dengan subjek telitiannya. Kata-kata itu pernah dilafazkan pesakit kira-kira hampir dua bulan yang lalu ketika dia dibawa masuk ke institut itu dalam keadaan hampir telanjang. Dia perlu menyelidiki setiap kata yang terucap di lidah pesakit, apalagi dengan waham terbaharunya itu. Banyak rahsia yang belum terbongkar sepenuhnya. Belitan kata perlu dirungkaikan. Etimologinya perlu didalami. Kewarasannya berlaku amat singkat. Belum sempat pun siuman bertakhta, psikosisnya kembali mengusutkan minda. Kalimat-kalimatnya dalam sesi-sesi terdahulu punya perlambangan yang teramat peribadi. Kerap mempunyai makna yang tersirat, kadang-kadang begitu terikat dalam simpulan mati yang menyembunyikan erti maknawinya. Namun, dia tidak bakal kecewa. Betapa sukar mana pun, dia berusaha keras untuk nnenembus benteng psikologi yang dibina semula dalam benak Dr. Ridzuan.
Aku orang Melaju! jerit Dr. Ridzuan mengulangi.
Saya tak pernah mendengar bangsa Melaju. Bangsa Melayu, bahasa Melayu adalah. Sebab itu, saya bertanya.
Sekarang mana ada bangsa Melayu. Yang ada cuma etnik Melayu. Cuba doktor tengok borang sakit. Sudah ketinggalan zaman. Masih menulis race bukan etnik. Ingat nak race apa 100 meter atau 400 meter race ke Borang perubatan doktor sudah tidak relevan. Semua orang adalah bangsa Malaysia. Dan, aku bangsa Melaju!
Itu saja yang kerap diulangi Dr. Ridzuan. Mengapa dia sangat sensitif dengan perkataan tertentu. Pakar psikiatri itu sedia maklum tentang perlambangan-perlambangan dalam bahasa insan psikotik, terutama yang seorang ini. Dia segera teringat ketika seorang petugas pendaftaran sedang mahu mengisi butir-butir peribadi melalui penghantarnya, Dr. Ridzuan merampas borang tersebut. Sejak hari pendaftaran lagi, lelaki tanpa kad pengenalan itu sudah membuat kecoh. Ketika baru dimasukkan ke institut tersebut, dia dilabel sebagai Mr. X kerana enggan memberitahu namanya. Mr. X atau Dr. Ridzuan dikatakan marah-marah kerana barangkali pengisian borang dilakukan oleh MA, seolah-olah merendah-rendahkan kemampuannya. Setelah merampas borang itu, dia kemudiannya mengisi di ruang race dengan 100 meter acara balapan. Doktor yang memproses kemasukan Mr. X melaporkan dalam nota bahawa pesakit sangat peka dengan perkataan bangsa. Meskipun menyedari kepekaan itu, Dr. Shukri tetap, secara penuh sedar, mengulangi pertanyaan yang pernah disoal oleh anak buahnya.
Jadi anda mahu dipanggil bangsa Malaysia keturunan Melayu
Tidak. Aku bukan orang Melayu. Aku tidak sudi dipanggil Melayu. Aku orang MELAJU! Bantahan lantang Dr. Ridzuan terdengar kepada Dr. Fakaruddin yang melakar wajah kehairanan sambil memandang ke arah Dr. Shemelin di ruang observasi di sebelah bilik akut. Perubahan yang nyata itu sangat berbeza daripada prognosis yang baik beberapa hari yang lalu.
Perkataan Melaju itu kembali bermain semula dibenak Dr. Shukri. Seperti gema kata-kata yang kerap berputar-putar di benak kritisnya, Dr. Shukri pasti pesakitnya mampu membezakan dwimakna perkataan Inggeris race itu. Memang borang isian pesakit menggunakan bahasa Inggeris seperti borang-borang lain di Institut Mental Negara. Pesakitnya itu berkelulusan tinggi dari University of Hawaii merupakan seorang etnolinguis, ahli filologi dan juga seorang ahli arkeologi. Punya PhD yang tulen. Barangkali kerana latar belakang pengkhususan akademiknya, dia begitu sensitif dengan apa yang disebut bangsa dan apa yang dimaksudkan etnik.
Sebagai seorang pakar psikiatri, Dr. Shukri tidak hairan apa yang terjadi kepada Dr. Ridzuan.Tiada sesiapa, tanpa mengira statusnya, yang kebal terhadap kecelaruan minda seperti penyakit skizofrenia. Ah, betapa ruginya cendekiawan Melayu seperti Dr. Ridzuan itu didiagnosis sebagai skizofrenia. Entah sudah berapa kali dia pernah mengesahkan ramai profesional Melayu yang menghidap kecelaruan minda itu. Dia tentunya berterima kasih pada Kraepelin, pakar psikiatri yang pertama memperkenalkan perkataan itu pada tahun 1908. Dia ingat tahun itu kerana pada tahun itu, datuknya dilahirkan. Fikirannya masih menerawang rambang di cakerawala mindanya. Berusaha menyenaraikan di peta ingatan sebab-musabab terjadinya kekacauan jiwa yang memerangkap Dr. Ridzuan terpisah dengan realiti. Apakah ada jangkitan virus semasa dia berada dalam kandungan ibunya Manifestasinya muncul pada kemudian masa. Apakah dia membawa gen skizofrenia yang menjelma pada usia primanya ketika kerjayanya melonjak tinggi Tentu dia dihimpit tekanan jiwa yang melanda daripada segenap penjuru. Sejauh mana pula pengalaman pahit lagi traumatik semasa masih kecil telah memporak-perandakan aturan minda pada kemudian usia. Itu belum terjawab. Mungkin dalam sesi-sesi psikoanalisis mampu memberikan pertanda. Belum sempat dilaksanakan, dia kambuh pula. Atau lintasan litaran dendrita-dendrita terpangkas sehingga kecelaruan pintasan yang menjerumuskannya terbenam ke alam delusi yang memisahkannya dengan alam realiti. Kenyataannya, dia begitu yakin sekali yang dia berbangsa MELAJU. Semua fakta selidikan dijadikan renungan dan kajian Dr. Shukri. Minatnya kian berganda untuk mendalami makna siratan yang tersulam di sebalik kata-kata neologi yang terus terucap berulang kali di lidah pesakitnya.
Kenapa anda begitu sensitif dengan perkataan Melayu dan merujuk diri anda sebagai berbangsa Melaju tanya Dr. Shukri lagi.
Tak gunalah kamu bergelar pakar, sampai sekarang pun masih tak tahu makna semantiknya perkataan Melayu balas Dr. Ridzuan dalam nada menyerang.
Kerana tak tahulah saya bertanya. Apa bezanya bangsa Melayu dengan bangsa Melaju saudara itu
Kamu masih tak tahu. Eh, tak malu. Orang Melayu tak tahu erti sebenar makna Melayu. Orang Melayu tak malu, tak ada kemaluan. Dipanggil Melayu, malah berbangga. Betul-betul orang Melayu tak ada kemaluan.
Mengapa anda harus malu menjadi orang Melayu. Bukankah bangsa Melayu bangsa yang bertamadun. Punya kegemilangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Malah, menurut anda dalam sesi perbualan minggu lalu, anda ada menyebut Ptolemy, pemeta Mesir abad ke-ll Masihi sudah menamakan Melayu Kulon pada peta-peta mereka. Anda juga yang menceritakan kepada saya. Bukan Saya hairan mengapa anda harus malu menjadi bangsa Melayu Siapa yang harus malu dengan Melayu
Saya Melayu dan anda juga pernah jadi Melayu. Kenapa saya harus malu menjadi Melayu, anda juga sama.
Aku tidak pernah menjadi Melayu. Aku bangsa Melaju! Faham
Mengapa begitu sensitif sekali dengan kemelayuan anda Maaf, kemelajuan anda itu, tanya Dr. Shukri membetuli sebutannya.
Menyedari Dr. Ridzuan berdiam diri, Dr. Shukri mengolah semula pertanyaannya. Dia tidak ingin pesakitnya itu melancarkan aksi mutisme yang bakal menggagalkan siasatan ilmiahnya. Bermingguminggu yang lalu, dia terperangkap dalam mutisme, hanya beraksi dalam gerak lakon pantomimisme yang jauh lebih sukar untuk ditafsirkan.
Mengapa saya sebagai orang Melayu harus malu dengan perkataan Melayu itu tanya Dr. Shukri.
Pertama, tahukah Dr. Shukri bahawa perkataan Melayu itu suatu penghinaan.
Penghinaan yang bagaimana
Sampai sekarang pun doktor tak faham lagi. Dah jadi Melayu sampai nak pencen pun tak sedar lagi erti dan makna sebenar perkataan Melayu itu.
Satu perkataan mungkin mempunyai beberapa erti dan makna. Saya sangat berminat dengan makna Melayu dalam leksikon anda. Tidakkah doktor sedar, kata dasar Melayu itu adalah layu.
Maknanya tidak bermaya, tidak segar seperti bunga yang telah layu. Itu tentunya dipandang daripada makna lahiriahnya, bukan sintaksisnya.
Makna lahiriahnya! Sebab itulah sejak pada hari kelahirannya, setiap bayi yang lahir itu di nusa kita dipanggil Melayu dan ditulis dalam sijil kelahirannya sebagai Melayu. Dari awal lagi sudah dianggap layu, tidak cergas dan berabad-abad kita dicap malas.
Itu sebabnya anda menukar nama bangsa anda dari Melayu ke Melaju
Dalam seminar-seminar, saya cadangkan agar kerajaan menukarkan nama Melayu kepada Melaju. Tapi mereka tidak endahkan. Padahal, itu adalah suatu gagasan yang unggul.
Bukankah nama sesuatu bangsa tidak boleh diubah-ubah begitu saja melalui seminar-seminar dan kertas kerja Mengapa nama bangsa tidak boleh diubah
Banyak bangsa-bangsa lain telah merubah nama bangsa mereka dan banyak lagi bangsa-bangsa yang tidak bermartabat, masih kekal dengan nama julukan ahli taksonomi Barat.
Mana ada bangsa yang menukar nama bangsa mereka tanya Dr. Shukri sambil mulai menyedari dia mungkin berhadapan dengan kondisi bipolar dan mungkin bukan skizofrenia.
Lihat orang Sri Lanka tidak mahu dipanggil CeyIon. Orang Myanmar menolak panggilan Burma. Ahli taksonomi Barat memaksa bangsa-bangsa di dunia menerima gelaran dan julukan yang mereka berikan. Mereka mencari India melalui trans-Atlantik dengan berbekalkan peta buatan Laksamana Zheng He lalu menemui Benua Amerika. Penduduk peribumi Amerika itu dipanggil mereka Indian. Indian di India tu. Oleh sebab wajah peribumi Amerika yang merah meradang terhadap penceroboh Barat yang merampas tanah subur mereka, mereka dinamakan sebagai Red Indians. Semua bangsa di dunia ini, mereka yang beri nama. Orang China pun tidak terkecuali. Turut menjadi mangsa penamaan mereka. Orang China sebenarnya tidak memanggil diri mereka bangsa China, tetapi orang Tiongkok. Tapi sesiapa saja yang membuat China plates akan dipanggil mereka, China. China itu tidak lain daripada nama lumpur putih, bahan membuat pinggan mangkuk porselin berseni tinggi. Jadi, hiasan dan idaman aristokrat dan bangsawan Eropah. Sebab itu mereka yang membuat China plates dipanggil orang China. Negeri mereka dipanggil orang Eropah, China. Sedangkan orang Cina terdahulu tak pernah panggil mereka China. Orang Jepun mati-matian memanggil diri mereka Nippon tetapi ahli taksonomi Barat bersikeras memanggil mereka Japanese. Hingga akhirnya orang-orang Nippon itu tunduk kepada kuasa bahasa Barat lantas memanggil negara mereka Japan.
Ternyata Dr. Shukri menyedari bahasan pesakitnya logik dan koheren. Cuma nadanya sedikit hype. Tidak nampak komponen waham yang menyerlah. Mungkin ubat-ubat psikoterapi sedang bekerja semula atau fasa manik bipolarnya menjelma hingga diagnosis awal mungkin tidak boleh dipertahankan.
Seingat saya, semasa pemerintahan Maharaja Chin, tanah besar itu dipanggil China, mencelah Dr. Shukri.
Ah! Tidak. Orang-orang Tiongkok sudah membuat China plates lama sebelum pemerintah Dinasti Chin. Sejak pembukaan jalan sutera, pinggan mangkuk dan sutera orang-orang Tiongkok sudah diperdagangkan ke Benua Eropah.
Dr. Shukri tidak mahu terus mencabar ilmu pesakitnya. Maklumlah itu bidang keilmuannya. Dalam ketidakwarasannya itu pun masih ada unsur kewarasan yang bertahan. Dia sedia maklum. Kegilaan dapat melibatkan pengideaan yang dipegang teguh dan tidak akan roboh dengan sekadar bahasan kata-kata.
Jadi itu sebabnya anda tidak mahu menjadi bangsa Melayu lagi Apa Iagi Saya ingin tahu. Benar, saya sungguhsungguh ingin tahu. Doktor tahu tak, orang putih panggil orang Melayu itu apa
Malays.
Bahasanya
Malay.
Doktor tau apa maknanya Malay dan Malays.
Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu. Apa Iagi tanya Dr. Shukri sambil menunjukkan kehairanan. Terasa sekali gerangan siapa pula yang dirawat dengan terapi bicara.
Perkataan Malay berasal dari dua suku kata. Mal merupakan abnormal, luar biasa, seperti pada perkataan malfunction, malaria, malabsorption dan sebagainya. Lay bermakna berbaring. Jadi, orang-orang Malays itu adalah orang-orang yang berbaring berlebih-lebihan seperti orang yang sedang sakit atau gering. Secara semantiknya, keadaan kegeringan itu dalam bahasa Greko-Latin adalah malaise. Asas baku bahasa Inggeris itu berasal daripada pelbagai sumber bahasa termasuk Greek dan Latin. Huruf i dan y dalam tradisi tulisan Eropah silih berganti. Bila y dalam Malays itu digantikan dengan huruf i, lalu menjadi malais. Akhirnya dalam evolusi perkataan dan fonetik Melayu, sebutannya menjadi malas. Jadi, bangsa Barat itu terus memerli kita. Kita malas. Seperti orang sakit-sakitan. Jadi, buat apa saya mahu berbangga dengan bangsa Melayu. Layu dan malas!
Saya fikir tidak benar dengan pemikiran itu. Kenapa orang Barat mahu memanggil kita Malay sebagai malas
Bangsa Barat tidak menjelajah ke Dunia Baru tanpa sebarang niat. Mereka rakus. Mereka lakukan eksploitasi. Selain merampas tanah hak peribumi, mereka memerlukan tenaga manusia untuk mengusahakan tanah-tanah rampasan mereka itu. Hamba abdi adalah jawapannya. Menggambarkan ciri-ciri pelbagai bangsa yang dikunjungi, menjadi tugas yang tidak kurang pentingnya. Kerana pemusatan terhadap perdagangan hamba, mereka memberi nama yang mempunyai nilai dagang yang rendah untuk orang-orang Melayu. ltulah punca terbitnya kata Malays sebagai perlambangan malas. Menjadi hamba pun orang Melayu tidak laku dan tidak ada nilai pasaran. Apalagi di zaman globalisasi ini
ltu tidak benarlah, balas Dr. Shukri sambil ketawa kecil meskipun dia cuba menyembunyikan.
Doktor jangan menafikan kebenarannya. Jika doktor membaca wacana Barat zaman kolonial bangsa Melayu digambarkan sebagai orang rural, loyal to his ruler, conservative and relaxed to the point of laziness.
Apakah orang Melayu sekarang seperti begitu Mereka telah berubah. Banyak yang rajin-rajin. Kerana mereka telah berubah, apa yang tercatat dalam wacana kolonial sudah berlalu, lapuk dan dianggap sejarah.Tengok contoh kita, kan dah berubah. Anda berjaya membuat tesis mengenai etnolingualisme di universiti ternama. Begitu juga saya. Sudah menjadi pakar dalam bidang ilmu kejiwaan, saya atau kita sudah kukuh tidak tergoyah keperibadian kita hanya kerana mengaku berbangsa Melayu, biar apa pun makna semantiknya.Apa ada pada sekadar nama
Nama memberi seribu makna, doktor. Bangsa Melayu itu tidak kukuh pendirian dan keperibadiannya. Mereka ibarat lalang di tiup badai. Datang kepercayaan Hindu, Hindulah mereka. Datang Buddha, Buddhalah mereka. Datang agama Islam, Islamlah mereka. Mereka bersyukur dengan kedatangan agama Allah. Mereka pinjam budaya, bahasa Arab dan tulisan Jawi. Anehnya, apabila Barat menakluki Tanah Melayu, bukan penjajah-penjajah itu menghapuskan tulisan Jawi. Sebaliknya yang terjadi. Setelah mereka merdeka, mereka sendiri membunuh tulisan Jawi dan memartabatkan tulisan Rumi. Apabila tiba pula neokolonialisme dalam gelombang globalisasi, bahtera bahasa Melayu yang mereka layari di perairan pertiwi itu dikaramkan untuk memberi laluan bahtera bahasa Inggeris.
Dr. Shukri terdiam. Lalu cepat diisi kekosongan waktu itu oleh Dr. Ridzuan.
Sebab itu saya tidak mahu memanggil diri saya Melayu. Kerana perkataan itu suatu penghinaan. Dipanggil layu, kita tidak membantah. Dipanggil malas malah mengiakan.
Siapa yang mengiakan
Kita. Yang masih memanggil diri kita Melayu. Aku mahukan suara revolusi bahasa. Kita pilih nama-nama yang mulia dan baik-baik untuk memanggil nama bangsa kita. Sesuai dengan keadaan orang Melayu sekarang yang menggilai kemajuan di pentas global maka mereka harus memanggil dengan nama baru. Bangsa Melaju!
Minggu lalu, anda ada menceritakan bagaimana orang-orang Melayu Purba di era prasejarah meninggalkan Pulau Taiwan sejak 4000 tahun yang lalu dengan berbekalkan beberapa perkataan asli Melayu, makan - apa lagi
Kening,jari, mata, susu, tangan dan kaki.
Ya, dahi. Perkataan makan ikut belayar bersama-sama penghijrahan orang Melayu Purba yang dikenal sebagai Nomad Laut. Betul Memang benar. Ke mana saja mereka singgah, mereka tinggalkan perkataan makan. Makan, kata kerja yang paling asasi. Ma, bukaan mulut mesti besar. Kan, tutup mulut cepat-cepat, gigi-gigi kacip jadi rapat. Maaakaan. Maaakaan. Dr. Ridzuan mengangakan mulut lalu segera menutup mulut. Dia mengulangi perlakuan itu berulangulang.
Jadi, orang Melayu Purba itu mendarat di mana
Mula-mula mereka hanya mengharung lautan cetek melalui jambatan bumi ke Pulau Luzon. Hanya apabila lautan menjadi dalam, mereka berperahu layar. Selain makan, kening, jari, dahi, mereka ada membawa bersama perkataan rahsia. Bukan saja ke Luzon, malah ke Palawan, Cebu, Mindanao dan Sulu. Duludulu, ratusan ribu tahun yang lalu mereka boleh berjalan kaki mengharungi lautan cetek ke Pulau Palawan dan Pulau Sulu lalu menyeberanginya ke pesisir pantai Sabah. Ke mana-mana perkataan rahsia itu dibawa dan ditinggalkan. Dalam bahasa Tagalog juga ada perkataan rahsia itu. Bahasa Bisayak juga pakai. Malah semua sukusakat peribumi Kalimantan, Iban, Bidayuh, Kelabit, Kenyah, Murut, Melanau, Melayu Brunei hinggalah ke Melayu Sarawak.
Apakah perkataan rahsia yang dibawa ke semua singgahan orang Melayu Purba itu
Aku tak dapat sebut.
Kenapa
la perkataan keramat.
Kalau anda keberatan memberitahu sekarang, mungkin pada lain kesempatan anda mahu mengakhiri teka-teki itu.
Aku amat malu menyebutnya.
Menjadi Melayu anda malu; menyebut perkataan rahsia itu pun anda malu juga.
Sudah aku katakan, ia mulia lagi keramat.
Di mana saja perkataan rahsia itu bertapak
Di seluruh Nusantara. Orang Madura, Bawean, Bali, Lombok, Bugis, Makasar, Halmehara malah ke seluruh dunia Melayu semuanya mengkeramatkan perkataan itu. Orang Rohinya dan orang Moken pun sebut perkataan rahsia itu.
Ia kata buat atau kata nama
Kata nama. la sebuah nama.
Katakan apa dia desak Dr. Shukri.
Akan aku beri klu yang paling jelas.
Apa dia
la sebuah gerbang awal kehidupan.
Apakah ia merupakan bahagian tubuh manusia
Ya. Setiap wanita.
Apa dia. Sebutlah!
Ah! Aku malu menyebutnya! Mimik mukanya berubah menandakan dia serius untuk merahsiakan perkataan rahsia itu.
Melihat perubahan itu, Dr. Shukri tidak berhasrat memburu perkataan rahsia itu. Dia sudah beberapa kali mendengar sumpahan keramat yang tercetus dari mulut pesakit. Dia pura-pura tidak tahu. Jadi, dari pantai persisiran Sabah dan Sarawak, ke mana orangorang Melayu Purba seterusnya merantau
Ke Pantai Barat Kalimantan, sekitar Pontianak dan Balikpapan.
Dari situ mereka ke mana
Ke seluruh Nusantara. Ada ke Jawa. Perkataan makan itu jadi mangan. Yang tetap di Kalimantan, makan jadi makai. Orang Iban sebut makai apabila ajak makan. Ada sekumpulan berhijrah ke Sulawesi. Tapi yang berhijrah ke Jambi dan Palembanglah, orang Melayu Purba itu benar-benar mengembangkan bahasa Melayu yang akhirnya menjadi bahasa Melayu moden. Sebab itu di Palembang ada sebatang sungai yang mengalir ke Sungai Musi dipanggil Sungai Melayu. Di pesisiran Sungai Melayu inilah, bahasa Melayu berkembang pesat. Pengaruh Sanskrit dan Hindu ikut membentuk bahasa Melayu di zaman Srivijaya. Bahasa Tamil meminjamkan sate ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Sebab itu Orang Melayu sekarang masih suka makan sate. Perkataan makan itu berasal daripada bahasa kuno orang asli Taiwan dan sami-sami Hindu pula memperkenalkan sate, maka orang-orang Melayu moden boleh makan sate..., kata Dr. Ridzuan sambil ketawa gila.
Jadi, kenapa ada harus menukar menjadi bangsa Melaju Sedangkan bangsa dan bahasa Melayu mempunyai sejarah yang cukup lama setanding bahasa-bahasa besar dunia.
Tapi nama Melayu bukan nama yang kita pilih. Bangsa Eropah yang menggelar kita dengan nama itu. Kita adalah penurut yang setia. Hegemoni mereka tidak terhad pada kuasa tentera tetapi juga bahasa.
Kenyataan-kenyataan anda ada yang kontradik.
Kontradiksi yang bagaimana
Anda sangat terikat dengan isi fikiran mengenai tuduhan Barat menamakan kita sebagai malaise, malay, malays kemudian Malaysia.
Doktor masih tak percaya dengan teori saya bahawa ahli taksonomi Eropah yang memberi nama pada segala sesuatu yang mereka temui dalam penjelajahan mereka ke Dunia Baru. Bukan saja sekadar nama bangsa, malah semua benua, pulau, gunung, bukit, banjaran, sungai dan lautan, merekalah dahulu memberi nama. Meskipun sesuatu itu sudah ada nama tempatan, nama-nama itu diabaikan. Mereka pilih nama yang sedap di lidah mereka. Selepas menamakan orang asli Amerika sebagai Indian -- Red Indian, mereka ke Kepulauan Carabean lalu memanggil West Indies. Mereka tiba di Peru, mereka panggil Peruvian Indian. Semua orang yang lebih gelap dari kulit mereka, dipanggil Indian sempena ink atau tinta hitam yang mereka gunakan untuk menulis. Bila pertama kali mereka tiba di India, mereka menamakan penduduk dan benua itu sebagai India, sesuai dengan warna tinta yang mereka bawa. Bayangkan orang Belanda memanggil penduduk Nusantara sebagai Nederlandsch-lndie yang akhirnya menjadi Indonesia.
Tetapi orang Filipina tidak digolongkan orang Ink, mencelah Dr. Shukri.
Orang Filipina lebih teruk. Lebih baik orang Myanmar yang enggan dipanggil Burma. Atau orang Sri Lanka yang tidak sudi negara mereka dipanggil Ceylon. Kenapa orang Filipina lebih teruk
Filipina bermakna rakyat milik King Philips, Raja Sepanyol yang memerintah. Lihat betul-betul, selepas Filip, ada in yang bermakna ink. Sesiapa saja kulit mereka lebih gelap daripada kulit orang Eropah, dimasukkan suku kata ink atau in itu. Orang Filipina patut menukar nama mereka kerana mereka bukan Iagi rakyat milik King Philips. Mereka sudah merdeka. Orang Filipina, orang Melayu dan orang Indonesia patut mengikut jejak orang Sri Lanka dan Myanmar. Menukar nama. Sebab itu orang Melayu harus menukar menjadi orang Melaju.
Dr. Shukri menyedari Dr. Ridzuan ada tetamu di belakang cermin. Dr. Shemelin membawa Dr. Fakaruddin masuk ke bilik akut.
Dr. Ridzuan segera mendapatkan sahabatnya. Mereka berpelukan. Rasa kasih antara dua sahabat terasa mendalam oleh pemerhati. Kasih yang terpancar dengan cepat menenteramkan gundah kemelut kejiwaan yang merobek minda seorang ahli filologi.
Apabila menatap wajah Dr. Fakaruddin, keadaan hiperaktifnya mereda. Dr. Ridzuan tunduk ke lantai selepas pelukan lerai. Dia kembali sayu, tampak sedih dengan garis naso-labial yang melendur dan lengkungan bibir yang muram.
Dr. Shemelin memposisikan dirinya untuk bertanya kepada Dr. Ridzuan. Pagi itu dia telah mencuba menemu bual, tetapi Dr. Ridzuan tidak berada dalam keadaan mental yang sesuai. Dia ketika itu, menjerit sekuat halkum terdaya melakukannya. Sumpahan keramat entah berapa puluh kali keluar daripada mulutnya. Malu juga Dr.Shemelin mendengar sumpahan itu. Namun, dia tetap profesional. Biasanya dalam sehari hanya sesekali atau dua dia terpekik di tengah-tengah epik pelayaran yang menelusur genealogi bangsa Melayu.
Boleh ceritakan apa yang terjadi malam itu
Buat apa tanya Kamu kata aku jatuh.
Sekarang Dr. Ridzuan lebih tenang.
Tenang...tenang kerana paksaan psikoterapi kamu.
Wan...berilah kerjasama, pujuk Dr. Fakar dengan nama timangan Dr. Ridzuan.
Aku terdengar bunyi tapak kaki orang berlari di luar bilik. Pukul berapa tanya Dr. Shukri.
Tak pasti.
Jawapan itu mencetuskan pertukaran pandangan mata antara kedua-dua pakapsikiatri itu.
Ya. Aku ingat. Selepas Night-Line di TV3, aku masih menonton. Sekarang aku yakin lebih kurang pukul 1.00 pagi.
Dr. Ridzuan tak ambil ubat tidur yang diberi jururawattanya Dr.
Shemelin.
Ya. Aku makan. Tetapi tak jalan, katanya dengan nada berbohong.
Dr. Shemelin dan Dr. Shukri sedang menilai keadaan mental pesakit yang mengambil ubat tidur. Apabila tidak berjaya, mereka mungkin mengalami fenomena psikedelik ibarat mimpi di waktu jaga. Halusinasi visual, magis dan realistik. Suatu prejudis perubatan yang sukar dikikis. Pakar psikiatri selalu menggunakan logik aksi farmakologi sebagai penjelasan untuk setiap fenomena mental. Mereka kerap menganggap ada jawapan bagi setiap persoalan yang dihadapi. Hanya masa menentukan diagnosis akhir untuk setiap kegilaan atau gangguan jiwa.
Jadi, ke mana Dr. Ridzuan pergi tanya Dr. Sheelin.
Aku keluar mengekori bunyi tapak, naik ke atas, lalu memasuki sebuah bilik apabila ternampak cahaya.
Dr. Ridzuan hanya nampak cahaya. Tidak mendengar apa-apa sambung Dr. Shemelin bertanya.
Ya, aku dengar bunyi tapak kaki manusia.
Dr. Shukri memperlihatkan keyakinan pada halusinasi visual dan auditori dengan mimik muka yang memandang ke wajah Dr. Shemelin. Perhubungan gerakan otot-otot muka selalunya berlangsung antara terapi meskipun tanpa perlu meletuskan kata-kata. Bahasa muka digunakan untuk mengelakkan perasaan tersinggung pesakit apabila kata-kata dan komen diutarakan di hadapan pesakit. Tidak semua doktor menjaga etiket dan tatatertib menemu bual pesakit. Ada sebilangan doktor yang bertindak macam seorang penyiasat inteligen, malah ada yang berlagak seperti penyiasat CIA dengan tahanan al-Qaeda.
Apa yang Dr. Ridzuan temui di bilik itu
Ada pintu rahsia.
Maksud Dr. Ridzuan di Balai Tunggu Diraja tanya Dr. Shukri memastikan.
Aku tak tahu.Tapi memang porch dan mewah.
Balai Tunggu Dirajalah tu, balas Dr. Shemelin mengesahkan.
Tapi mana ada pintu rahsia, respons Dr. Shukri.
Dr. Shemelin memandang tepat ke muka Dr. Shukri. Dia tidak mahu Dr. Shukri meneruskan penafian. Penafian boleh membuat pesakit menarik diri, enggan berkongsi pengalaman visual dengan penemu bual.
Apa yang Dr. Ridzuan nampak masa melewati pintu rahsia itu Aku ternampak dinding pemujaan.
Seperti gua-gua di Pulau Easter itu tanya Dr. Fakaruddin mencelah. Mereka kerap mengunjungi tapak arkeologi di guagua yang dindingnya dipenuhi lakaran rock arts yang merupakan pemujaan semangat nenek moyang dengan pengorbanan nyawa dara sunti.
Tidak,jawabnya tegas. Dia tidak mahu mereka beranggapan dia mengimbau memori lampaunya.
Dia yakin penglihatan itu baru terjadi dan real. Jadi
Apa yang kamu tengok
Gambar-gambar wanita-wanita didera dengan kejam. Tampak wajah wanita itu berlumuran darah. Poster-poster besar bercampur baur dengan keratan gambar yang kecil, memperlihatkan bahagianbahagian tubuh yang ditetak dan dikelar. Sungguh mengerikan. Semuanya dilekat di dinding bilik rahsia. Ada balangbalang puting susu di atas altar pemujaan. Berapa jumlah semuanyatanya Dr. Shemelin.
Empat semuanya.
Selepas itu apa yang terjadi
Aku tak ingat. Sedar-sedar aku di katil.
Dr. Shemelin yakin apa yang didengarnya. Dia menyeluk sakunya dan mula menekan butang-butang di telefonnya.
Siapa yang kamu telefon tanya Dr. Shukri
ASP Dahlan.
Kenapa Whats in your mind
I think its Datuk.
Which Datuk
Datuk Pengarah!
Are you out of mind
Dia akhir-akhir ini berperangai aneh.
Ridicolous! Aneh sahaja tak cukup untuk menuduh. Proposterous! Dr. Shukri menggeleng-gelengkan kepalanya menyesali bagaimana anak buah yang diasuh Datuk Pengarah mempunyai prasangka seburuk itu.
Pertimbangannya memilih psikoterapi tidak rasional. Dia merubah preskripsi pesakit-pesakit kepada yang berbahaya.
Tahukah kamu, dia sedang sakit
Saya tahu. Bronchogenic Ca.
Apa hubungannya dengan HKL Killer
Barahnya dah menyebar ke otak.
Bagaimana kamu tahu
Saya diberitahu pakar onkologinya, Datuk Dr, Rajan. Menurut laporan MRI, sel-sel barah dah sampai ke neo-korteks bahagian frontalnya. Ini boleh menyebabkan dia hilang pertimbangan dan boleh menjadi psikotik.
Bagaimana dengan bilik rahsia itu
Ingat tak bilik kosong di sebelah pejabat Datuk pengarah. Bilik itulah menjadi Balai Tunggu Diraja. Datuk Pengarah menggunakan kontraktor peribadinya untuk mengubah suai. Bajetnya pula dari Jabatan Perdana Menteri.
Maksud kamu
Saya selalu mengesyaki, balai itu agak kecil daripada sepatutnya.
Kamu dah berjumpa dengan bilik pemujaan itu
Belum.
Jadi, mengapa kamu membuat tuduhan melulu
Saya dah selidik latar belakang Datuk. Dia ada kes semasa mahasiswa dulu.
Kes apa
Psikiatri.
Di mana
Di Ireland dulu, semasa belajar perubatan. Menurut laporan yang saya terima, dia diterima kembali ke fakulti perubatan apabila pakar psikiatri universiti mengesahkan dia dah O.K. Sedangkan laporan sebenarnya adalah residual schizophrenia.
Kamu tak cukup bukti.
We have to stop this madness, kata doktor psikiatri forensik itu. Dr. Shemelin menyuruh Dr. Shukri membaca laporan psikoanalisis daripada psikoanalis universiti di Ireland. Ada unsur-unsur fiksasi oral dengan preokupasi pada puting susu. Dr. Shemelin yakin dengan profiling yang dibuatnya. Sejarah pencapaiannya mengenai penyelesaian pembunuhan bersiri hampir sempurna.
If youre wrong, youre digging your own grave. I can assure you that, kata Dr.Shukri dalam nada mengancam.
Jika kita tak bertindak segera pasti akan ada mangsa kelima, balas Dr. Shemelin.
Bagaimana dengan suspek MA yang ditahan reman polis
Polis percaya banyak bukti yang dijumpai di ION itu diletakkan oleh pelaku untuk mengelabui penyelidikan forensik.
Bagaimana dia boleh dapat sampel serat daripada pakaian suspek
Siasatan mendapati suspek mengenali Datuk Pengarah.
Mengenali
Ya. Kita belum jelas bagaimana mereka saling mengenali. Tapi Datuk Pengarah mengetahui minat suspek terhadap kes-kes pembunuhan bersiri. Semasa pembunuhan keempat terjadi, suspek masih dalam tahanan khas di Penjara Sungai Buluh.
Bagaimana pula semen yang dikesan pada mangsa ketiga
It was planted.
Semen siapa
Daripada seorang donor.
Dari bank sperma Institut Fertiliti Negara. Kami mendapati donor pada masa kejadian berada di luar negara. Dia tidak mungkin menjadi pemangsa kecuali ada orang lain mencuri sampel semen
itu.
Banyak rangkaian bukti tidak terbina.Contohnya, bagaimana
Datuk Pengarah mempunyai akses di Institut Fertiliti Negara
Ya. Dia ada.
Bagaimana
Dia merupakan salah seorang donor di bank sperma.
Saya bukan seorang pakar patologi forensik tetapi bila semen yang ditemui pada faraj mangsa, bagaimana polis mendapat klu yang sampel itu milik donor dari IFN.
Ceritanya panjang. Ringkasannya saja, polis ada menjumpai tabung uji Bank Sperma IFN dengan kod nama donor dalam tong sampah.
Dr. Fakaruddin dan Dr. Ridzuan mendengar sahaja perbahasan antara dua pakar psikiatri. Pada saat mereka masing-masing menghela nafas, Dr.Fakaruddin mencelah.
Marilah kita pergi tengok bilik rahsia itu,cadang Dr. Fakaruddin.
Tidak siapa yang membangkang cadangan itu. Rasa tegang antara mereka dapat terasa bahangnya. Dua pakar psikiatri dan dua ahli arkeologi keluar bilik akut itu menuju ke tingkat 19. Bagi Dr. Fakaruddin, apabila Dr. Ridzuan mengatakan ada ruang rahsia di mana-mana lokaliti, Dr. Fakaruddin pasti percaya padanya tanpa ragu-ragu. Kalau dia mampu mengesan ruang-ruang gua yang tersembunyi dua puluh dua ribu tahun yang lalu, tidaklah sukar baginya untuk mengesan sebarang tempat persembunyian pada abad ke-21. Apalagi di bangunan Institut Mental Negara.