Mencari Kiblat Cinta - 140
Beberapa kali dia berjalan berulang-alik di biliknya. Wajahnya gelisah. Entah patut atau tidak dia keluar menemui Filman seperti yang dimahukan lelaki itu Atau patutkah dia berdiam diri saja di biliknya dan berpura-pura sudah tidur Percayakah Filman nanti

Tapi bagaimana kalau Filman berdegil datang mencarinya dan mengetuk pintu biliknya Danira menarik nafas panjang. Sejujurnya dia mahu menemui lelaki itu. Dia juga mahu mendengar apa yang mahu diperkatakan Filman padanya.

Sejak dia mendengar pengakuan Filman tempohari, perasannya bercampur baur. Ada gelodak resah mengintai sanubari. Namun keresahan itu sesekali dilitupi rasa bahagia. Seolah-olah kata-kata Filman sudah lama dinanti, sudah lama ditunggui-tunggui. Sungguh dia merasa bahagia mengetahui Filman menyukai dirinya. Dia sendiri tidak pernah tahu sejak bila dia juga menyukai lelaki itu.

Bukan kekacakan Filman yang mengoda hatinya. Malah bukan kerana status lelaki itu yang membuai segenap penjuru perasaannya. Bukan juga kekayaan yang melimpah ruah dalam hidup lelaki itu yang menggoncang naluri kewanitaannya. Bukan! Dia menyukai Filman kerana itulah perasaan pertama yang dirasainya sebaik dia melihat lelaki itu. Sebaik dia berbual-bual dengan Filman.

Filman lelaki yang baik! Itu yang selalu dicanang Kamila padanya suatu ketika dahulu. Namun dia tidak perlukan jaminan Kamila itu. Hati kecilnya sering merasakan yang Filman sememangnya lelaki yang baik. Lelaki yang boleh dipercayai dan diharapkan. Dan alangkah baiknya dia boleh bergantung harap pada lelaki itu tentang kesusahan hidupnya. Alangkah baiknya kalau dia boleh berkongsi dengan Filman tentang semua penderitaan yang pernah dilaluinya. Tapi mana mungkin semua itu berlaku seperti yang diharapkannya!

Tapi hati kau masih mahu menemuinya bukan Suara hatinya berbisik.

Takitu tak benar!

Jangan berbohong dengan diri sendiri Danira. Kau mencintai lelaki itu.

Aku tak layak untuknya!

Itu bukan perkara yang patut kau putuskan. Itu hak Filman. Sekurang-kurangnya, jumpalah dia dan dengar apa yang mahu diperkatakannya.

Danira terdiam. Keluhan kecil meniti keluar dari bibirnya. Dia tidak sepatutnya menerima pelawaan Najla untuk minum bersama. Kalau bukan sebab adik Filman itu, dia takkan sampai ke mari. Dia sepatutnya terus pergi begitu sahaja. Bodoh kau Danira! Kenapa kau harus tersekat di sini seperti ini

Tanpa disedari, tangannya sudah menolak daun pintu, Dia melangkah keluar lalu mengheret tapak kaki ke arah beranda di situ. Matanya segera terpandang sesusuk tubuh sedang menanti di sebalik kain putih yang menjadi tirai beranda itu.

Danira menarik nafas panjang. Dia harus bertemu Filman dan mendengar apa yang mahu Filman katakan. Selepas itu dia akan pergi dari sini. Cukuplah dia melihat Naufal buat seketika. Hatinya sudah puas. Wajah Naufal yang gelisah menatapnya akan disimpan dalam hati buat selama-lamanya. Dia takkan sesekali mengganggu anak muda itu lagi. Dia juga takkan sesekali muncul di hadapan Filman lagi selepas ini. Takkan!

Filman, saya

Kelibat itu menoleh. Danira terpegun. Bukan Filman!

Mata berbalas pandang. Namun lidah terasa kelu dan kaku. Danira menatap wajah itu dalam-dalam. Hatinya berpupuk sayu. Tak sangka dia akan dapat melihat lagi wajah Naufal dari jarak dekat. Sangkanya dia takkan mendapat peluang seperti ini lagi.

Kak Nira. panggil anak muda itu.

Danira tunduk sayu. Dia mengigit bawah bibirnya. Hatinya benar-benar sedih mendengar anak muda itu memanggil namanya seperti dulu. Memang dia mengharapkan Naufal mengingatinya. Sungguh dia benar-benar merindui adiknya itu.

Naufal, adik kakak bisik Danira seraya menitiskan airmata kegembiraan. Dia berlari ke arah anak muda itu lalu memeluknya sekuat hati.

Aliff turut membalas rangkulan itu tak mahu dilepaskan lagi. Di bahu Danira dia tak segan-segan menumpahkan airmata kesedihan.

Maafkan Naufal, kak. Naufal dah banyak berdosa pada kakak. Bisik Aliff dengan rasa bersalah yang begitu kuat mengusik emosinya.

Naufal tak salah sayang. Kakak yang salah. Kakak yang abaikan Naufal selama ini. Tentu Naufal kecewa dan bencikan kakak. Balas Danira dengan airmata berlinang di pipi.

Aliff menggeleng. Mana mungkin dia membenci kakaknya sendiri. Gadis yang telah mengorbankan seluruh hidup untuknya. Sebaliknya dia membalas pengorbanan kakaknya dengan tuba berbisa. Memang dia seorang adik yang tidak berguna. Yang telah menyusahkan hidup kakaknya sendiri.

Selang beberapa ketika, mereka berdua berdiam diri di situ. Mata masing-masing merenung jauh ke arah kawasan perumahan yang masih dilalu-lalangi oleh kenderaan-kenderaan yang bersimpang siur. Fikiran masing-masing tenggelam.

Selama kakak di penjara, Naufal ada lawat pusara ayah dan umi Soal Danira ingin tahu.

Aliff terdiam. Seketika kemudian kepalanya digelengkan. Wajah Danira berkerut sedikit melihat reaksi anak muda itu.Kenapa

Aliff tidak terus menjawab. Wajahnya muram.

Susah Naufal nak berterus-terang dengan kakak.

bersambung

Bab akan datang:

Apa yang membuatkan Naufal sukar berterus-terang