Mencari Kiblat Cinta - 141
Tapi lepas kakak dipenjarakan, Naufal tak boleh terima semua ini. Bila kakak tak nak jumpa Naufal, Naufal fikir yang Naufal akan hilang kakak untuk selama-lamanya. Kemudian Naufal kemalangan dan hilang ingatan. Sehinggalah kakak muncul semula..

Danira tersentak. Ya ALLAH! Apakah itu sebabnya anak muda itu seakan-akan tidak mengenalinya tempohari

Kemalangan apa Naufal Danira ingin tahu.

Aliff menggelengkan kepala. Dia tidak sanggup mahu mengulang kisah lama itu. Semakin dia cuba mengingati semua kisah lamanya yang pahit, kepalanya akan semakin sakit.

Lain kali saja Naufal cerita pada kakak. Sekarang yang penting kakak. Naufal tak sangka yang Naufal akan jumpa kakak lagi. Mungkin kalau kakak tak muncul, Naufal takkan ingat semua perkara lama. Mungkin Naufal takkan ingat tentang ayah dan umi lagi. Bisik Aliff sebak.

Bila Naufal kemalangan, keluarga ini yang selamatkan Naufal. Mereka bawa Naufal ke mari dan jaga Naufal macam anak sendiri. Ma dan ayah benar-benar baik pada Naufal kak. Mereka tak pernah beza-bezakan kasih sayang mereka pada Naufal. Sambung anak muda itu lagi.

Danira tersenyum. Sungguh hatinya lega melihat Naufal membesar di bawah jagaan keluarga Filman. Enam tahun dahulu dia tidak mampu mendidik anak muda itu menjadi insan yang baik. Sekarang Naufal bukan lagi seperti dulu. Anak muda itu benar-benar sudah berubah. Dia gembira sekaligus bahagia.

Kakak sepatutnya berterima kasih pada mereka sebab jaga Naufal selama ini. Kalau bukan sebab Filman dan keluarganya, mungkin kakak tak berpeluang jumpa Naufal lagi. Selepas kakak keluar dari penjara, kakak cuba cari Naufal tapi gagal. Sampai adakala kakak rasa putus asa. Tapi kakak tetap menyimpan hasrat agar suatu hari nanti kita dipertemukan kembali. Syukur alhamdulillah, ALLAH penuhi hasrat kakak. Dia pertemukan kakak dengan adik kesayangan kakak ni. Danira menangis hiba seraya mengusap wajah Naufal yang dirinduinya. Tangannya segera disambut anak muda itu lalu dikucup bertalu-talu. Luruh jua titis-titis air jernih dari kelopak mata Aliff lalu membasahi tangan Danira.

Di luar beranda, di suatu sudut, Filman berdiri tegak. Wajahnya menegang. Hatinya berbolak balik. Sudah lama dia berdiri di situ dan mendengar segala-galanya. Dia benar-benar tak menyangka akan mendengar sesuatu yang mengejutkan seperti ini. Sudah dua kali dia mengalami kejutan begini. Kali pertama dahulu ialah ketika dia mengetahui Danira, gadis yang dicintainya adalah bekas banduan. Dan kini soal Aliff pula. Ya ALLAH! Apakah Aliff benar-benar adik kandung Danira Benarkah begitu

******

Daun pintu di hadapannya dikuak perlahan. Dia melangkah lemah lalu melempiaskan tubuhnya di salah sebuah kerusi di sudut bilik bacaan. Lampu ruangan itu tidak dibuka, lantaran dia lebih senang bergelap begini. Entah kenapa kepalanya benar-benar pusing. Pelbagai perkara tentang Danira membuatkan dia pening. Entah selepas ini apa lagi rahsia Danira yang akan diketahuinya. Gadis itu benar-benar menyimpan banyak rahsia, sehingga dia jadi bingung dibuatnya.

Aliff! Jadi Aliff yang selama ini tinggal di rumahnya adalah Naufal yang dicari-cari gadis itu. Patutlah Aliff sentiasa berada berhampiran dengan wad Danira sepanjang gadis itu dimasukkan ke hospital. Malah wajah anak muda itu kelihatan cemas dan risau. Dahulu dia menyangka reaksi Aliff begitu kerana anak muda itu mengambil berat tentang Danira yang telah menyelamatkannya. Rupa-rupanya tindak tanduk Aliff bersebab.

Filman tiba-tiba teringatkan sesuatu. Tiba-tiba sahaja wajah seorang teman bermain di fikirannya. Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor pada keypad. Hampir dia terlupa tentang Haris yang diminta membantunya mengesan Naufal Benjamin, adik Danira seperti yang diminta anak gadis itu padanya suatu ketika dahulu. Dia juga sempat menyuruh temannya itu menyiasat tentang kes Danira yang menyebabkan anak gadis itu dipenjarakan.

Haris, aku ni. Kau dah buat siasatan tu untuk aku

Diam.

Bila kau hantar Petang tadi Oh ya aku keluar dari pejabat agak awal tadi. Tak mengapa, esok aku tengok. Terima kasih sebab tolong aku. Nanti bila free, aku belanja kau makan okey.

Klik! Panggilannya diputuskan. Dia bersandar di kepala kerusi. Wajahnya lesu dan muram. Sepatutnya dia bertemu dengan Danira tadi. Ada banyak benda yang harus diberitahunya pada gadis itu. Tapi setelah dia terserempak dengan perkara yang tak diduga begini, terpaksalah dia beredar dengan tangan kosong.

Saham Mednex Laboratories terus mendadak naik di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Syarikat farmaseutikal terbesar di Kuala Lumpur itu memang dikenali namanya oleh sebahagian besar masyarakat kerana peranannya membekalkan ubat-ubatan kepada hospital dan farmasi-farmasi seluruh bandaraya. Dan bila menyebut tentang Mednex, ada nama besar yang menjadi tulang belakang syarikat itu.

bersambung

Bab akan datang:

Siapakah nama besar yang dimaksudkan itu