Mencari Kiblat Cinta - 142
Mr. Kay tersenyum senang. Keuntungan yang masuk ke poketnya kini menjadi lima kali ganda setiap tahun. Dia menutup helaian akhbar yang dibacanya. Tangannya segera mencapai gelas wine di atas meja lalu diteguk. Air syaitan itu terasa sejuk di anak tekaknya.

Tim tiba-tiba menjengah masuk. Melihat kelibat lelaki itu, senyuman Mr. Kay terus melebar. Dia bingkas bangun lalu menepuk bahu lelaki itu berkali-kali.

Tuan panggil saya Soal Tim seraya tunduk hormat ke arah lelaki itu.

Sila duduk Tim. Kau nak minum Dia mempelawa.

Tim menggelengkan kepalanya. Kerusi di hadapannya ditarik berhadapan dengan lelaki itu.

Apa khabar dengan Cobe Soal lelaki itu tersenyum.

Dia baik. Jawab Tim sedikit gugup. Hatinya tertanya-tanya tujuan lelaki itu memanggilnya. Ada apa sebenarnya yang mahu diperkatakan lelaki itu padanya

Apa yang Cobe buat sekarang Tim Dah lama aku tak bertemu dia Apa yang dia sibukkan sejak akhir-akhir ini Tanya lelaki itu lagi.

Hal biasa saja tuan. Dia sibuk dengan urusan di kasino-kasino kita. Tapi keuntungan di Kawasan Emas lebih dua puluh peratus dari tahun lepas. Ujar Tim.

Aku tahu itu. Cobe dan kau memang pembantu-pembantu yang aku hargai. Cekap dan bijak menguruskan sesuatu. Selama ini aku melihat Cobe sebagai orang yang boleh aku percayai. Tapi aku tak tahu sampai bila lagi aku boleh percayai dia. Ujar Mr. Kay agak sinis.

Tim tersentak. Kata-kata lelaki itu membuatkan dadanya berdebar-debar. Apa sebenarnya maksud lelaki itu

Kenapa tuan cakap macam tu

******

Lelaki itu mengambil sesuatu dari poket bajunya lalu mencampakkannya ke arah Tim. Tim terkedu. Dia nampak jelas wajah yang tertera pada gambar tersebut.

Kau nak jelaskan pada aku tentang budak perempuan ni Soal Mr. Kay dengan wajah tenang. Tim gugup. Macamana lelaki itu tahu tentang Danira

Err..dia anak Profesor Adnan. Jelas Tim tergagap-gagap.

Aku tahu siapa dia, Tim. Faruk dah ceritakan segala-galanya pada aku. Aku tak berminat pada hal lain. Aku cuma nak tahu, betul ke dia ada formula tu

Tim tergaman. Rupa-rupanya Faruk sedang mendahului mereka dengan menggunakan Mr. Kay. Dia mula mencium masalah yang kian hampir. Tak boleh jadi! Walau apa cara sekalipun, aku harus melindungi Cobe! Tim nekad.

Aku juga dengar Cobe ambil berat fasal gadis itu sehingga mengundang masalah antara dia dan Faruk Betul begitu Tanya lelaki itu lagi.

Tim mengeluh kecil. Hendak tak hendak dia terpaksa menceritakan segala-galanya pada lelaki itu agar lelaki itu tidak curiga pada mereka berdua.

Apa yang Faruk cakap tak sama seperti apa yang kau cakap Tim. Kata Faruk, Cobe sengaja mahukan formula itu untuk dirinya sendiri. Kerana itu dia bebaskan budak perempuan tu dari penjara dengan harapan dia dapat cari formula tu dahulu. Ujar Mr. Kay dengan wajah berkerut.

Itu tak benar tuan. Kami berdua masih setia pada tuan. Cobe sedang cuba mencari formula itu, tapi bukan kerana sebab yang tuan katakan itu. Faruk sebenarnya yang mahukan formula itu untuk dirinya sendiri supaya kedudukan Cobe di Kawasan Emas tergugat. Jelas Tim membela Cobe.

Mr. Kay terdiam. Ada kemungkinan juga kata-kata lelaki itu. Lagipun dia sudah lama kenal dengan Faruk yang licik dan suka mengambil keputusan melulu di belakangnya. Dia segera mengutip kembali gambar yang memaparkan seraut wajah ayu bertudung di hadapan sebuah taska. Wajah gadis itu ditatap agak lama.

Jadi budak perempuan ni anak Zahlia Soal Mr. Kay ingin tahu.

Tim terpaksa mengiyakan.

Dia cantik, macam ibunya. Komen Mr. Kay seraya tersenyum. Kelibat seorang wanita yang sedang berdiri di tepi pintu menarik perhatian Mr. Kay. Dia berpaling lalu bertembung dengan renungan wanita itu yang ternyata tajam. Senyuman yang tadinya menghiasi bibirnya segera menghilang. Kehadiran wanita itu ternyata tidak disenangi.

Aku sangka kau dah uruskan budak perempuan ni. Gumam Mr. Kay bagaikan tidak berpuas hati. Si wanita melangkah masuk tanpa mempedulikan Tim yang turut memberi perhatian padanya. Kerusi yang berada di situ segera diduduki sambil dia mengirai-girai rambutnya yang hitam lebat.

Aku ada rancangan aku sendiri. Kalau bukan sebab orang-orang kau yang bodoh tu, dah lama kita boleh dapatkan formula tu. Tapi sebab orang-orang kau, tak fasal-fasal dia dipenjarakan dan kita terpaksa tunggu selama ini. Ujar wanita itu tanpa gentar.

Mr. Kay mengetap bibirnya berulangkali. Kata-kata wanita itu bagai memperlekeh-lekehkan dirinya sebagai ketua. Sudah lama dia makan hati dengan keceluparan mulut wanita itu. Jika diikutkan hatinya, ingin benar dia singkirkan wanita itu, tapi berurusan dengan perempuan selicik itu bukan senang.

bersambung

Bab akan datang:

Apa yang ada dengan formula itu Mengapa begitu penting