Mencari Kiblat Cinta - 143
Lagi-lagi semua rahsianya berada di tangan wanita itu. Dengan wajah merah padam, Mr. Kay memandang ke arah Tim.

Tim, aku nak kau dan Cobe uruskan fasal formula tu. Selepas dapat formula tu, aku nak Cobe bunuh budak perempuan tu. Arah Mr. Kay.

Tim tersentak. Arahan lelaki itu membuatkan dia terpanar. Bunuh Tak mungkin Cobe akan bersetuju. Lelaki itu terlalu menghargai anak gadis itu.

Kenapa Ada masalah Mr. Kay merenung tajam ke arah Tim yang kelihatan teragak-agak.

Err..tak tuan. Jangan bimbang, kami berdua akan pastikan formula tu jatuh semula ke tangan kita. Gadis itu akan kami hapuskan. Tim segera memberi jaminan sebelum lelaki itu mengesyaki apa-apa.

Di suatu sudut, wanita itu tertawa sinis mendengar arahan yang diberikan Mr. Kay pada anak buahnya. Sepuluh tahun yang lalu, lelaki itu memberikan arahan yang sama agar anak-anak Profesor Adnan dan Zahlia dibunuh. Tapi dia sengaja membiarkan kedua-dua anak itu hidup. Melihat anak-anak wanita yang dibencinya hidup terseksa lebih baik dari membunuh mereka. Dia juga yang memberi idea pada Kamal dan Musliha agar merampas rumah peninggalan Profesor Adnan itu dan menghalau kedua beradik itu dari rumah. Malah dalam diam-diam dia sengaja memerhatikan gerak-geri Naufal, si bongsu yang agak nakal dan liar. Anak muda itu sengaja diperangkap agar terjebak dalam organisasi mereka. Dan umpannya mengena bila anak muda itu terbabit lebih jauh dan menyebabkan kakaknya di dalam kesusahan.

Dia ketawa kecil. Selama ini dia begitu seronok duduk diam dan memperhatikan segala-galanya. Dia ibarat mastermind yang sedang menggerakkan setiap kunci yang ada di tangannya. Dan saat ini, kedua-dua beradik itu sedang melalui jalan yang sudah diaturkan untuk mereka. Dan dia akan menjadi penonton sehingga ke akhirnya!

******

Tim masuk ke dalam perut kereta yang sudah menunggu di hadapan bangunan itu. Si pemandu kenderaan itu yang berbadan agak besar segera berpaling ke arahnya.

Macam mana

Tim tidak menjawab. Sebaliknya dia menghembus nafas kasar. Tingkah laku Tim membuatkan Badak kebingungan.

Kenapa

Tim sekadar menggelengkan kepala. Enggan menjelaskan apa-apa pada Badak.

Ada berita budak perempuan tu Soal Tim ingin tahu.

Belum. Bayangnya juga tak kelihatan. Jangan-jangan ini angkara Faruk tak Duga Badak. Sudah berhari-hari lamanya dia cuba mengesan kelibat Danira seperti yang diarahkan Cobe, namun semuanya gagal.

Tim terdiam. Angkara Faruk Tak mungkin! Mustahil Mr. Kay menyuruhnya membunuh Danira, jikalau benar gadis itu berada dalam genggaman Faruk. Atau mungkin juga Faruk sengaja mahu mengaburi mata mereka semua. Boleh jadi juga! Tim berfikir sedalam-dalamnya.

Cobe kat mana sekarang

Entah. Waktu-waktu begini, bukankah dia selalu menghilangkan dirinya

Tim berpaling. Badak sudah tersenyum-senyum memandangnya.

******

Wang sebanyak puluhan ringgit itu kini berganti tangan. Dia tersenyum lebar menatap wang gaji dari hasil penat lelahnya membanting tulang di tapak pembinaan. Malah dia sempat bersalaman dengan beberapa orang buruh yang turut bekerja bersama-samanya di situ.

Hari ni hari akhir saya. Saya takkan kembali lagi ke sini. Ujarnya sekadar memaklumkan kepada lelaki-lelaki di hadapannya itu.

Awak nak ke mana Azrul Tanya salah seorang dari lelaki-lelaki itu.

Kerja saya dah selesai. Wang saya juga dah cukup. Saya ada hal penting yang harus diuruskan. Abang-abang semua, jagalah kesihatan diri baik-baik. Ujarnya seraya tunduk hormat kepada lelaki-lelaki yang pernah berkerja bersama-samanya di tapak pembinaan.

Dia segera melangkah keluar dari kawasan pembinaan itu. Baju dan topi yang dipakainya ditanggalkan lalu diserahkan kepada penyelia tapak pembinaan itu. Setelah berbual-bual dengan penyelia itu beberapa minit kemudian, Cobe segera memasuki keretanya lalu memandu keluar meninggalkan kawasan itu. Dia mengerling wang upah dari kerjanya hari itu dengan wajah berseri-seri. Enam puluh ringgit yang berada di tangannya ketika ini seolah-olah seperti enam ribu ringgit. Ini duit halal! Mungkin ia tidak sebanyak seperti yang diperolehinya semasa bekerja dengan Mr. Kay. Tapi duit ini benar-benar dari hasil titik peluhnya sendiri.

******

Bangunan itu sudah usang benar. Lagipun sudah hampir lima puluh tahun bangunan dua tingkat itu tegak berdiri. Warna cat kelihatan luntur, meskipun ada tanda-tanda ia pernah dicat berulang-kali.

Pandangannya terpesong pada papan tanda yang juga sudah buruk dan berlubang-lubang di sana sini. Ada taman permainan kecil di laman rumah tapi kelihatan sudah rosak.

Kalau dulu taman permainan itu kelihatan cantik dengan aneka bunga-bungaan yang ditanam oleh umi, penjaga di rumah anak-anak yatim itu. Tapi sejak umi meninggal dunia hampir dua belas tahun yang lalu, rumah anak-anak yatim itu jatuh ke tangan anak saudara wanita itu.

bersambung

Bab akan datang :

Kemanakah haluan Azrul selepas ini