Mencari Kiblat Cinta - 144
Tanpa penjagaan yang sebaiknya, rumah itu semakin kurang menerima anak-anak terbiar yang lain. Sehingga akhirnya rumah itu ditutup sejak beberapa bulan yang lalu. Dan hari ini kehadirannya bersebab. Dia telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli rumah anak-anak yatim itu, tempat di mana dia dan Zahlia sama-sama membesar dahulu.

Kalau kita kaya, kita beli rumah besar dan tinggal sama-sama. Suaranya berkumandang di tengah hiruk-pikuk kenderaan yang bersimpang siur di hadapan warung mamak di Bangsar.

Zahlia menoleh. Mata itu terkelip-kelip memandangnya.

Kalau Rul kaya, lebih baik Rul berikan wang tu pada umi. Supaya umi boleh besarkan rumah anak-anak yatim tu. Budak-budak lain juga akan lebih terbela nasibnya. Tutur Zahlia tenang.

Umi takkan terima duit Rul. Umi kata duit Rul ni duit haram. Dia membalas dengan wajah sugul. Hatinya tiba-tiba terluka apabila terang-terangan umi menolak pemberian duitnya beberapa bulan lepas. Kata wanita itu, dia bekerja di kelab malam. Kelab yang menjual arak dan perempuan. Jadi wang gaji yang diperolehinya adalah wang haram. Hatinya memang cukup terbakar mendengar kata-kata umi ketika itu meskipun wanita itu menolak dengan baik.

Sejak dari itu dia tidak pernah menghulurkan wang pada wanita itu lagi.

Agaknya memang betul, duit yang kita perolehi dari kerja di kelab malam tu wang haram Rul. Sebab itu dah dua tahun kita kerja kat sana, kita masih tak mampu kumpul banyak wang. Ujar Zahlia muram.

Dia mendengus keras. Wajah Zahlia ditatap serius. Lia pun nak jadi macam umi jugak Kita bukan buat apa-apa pun kat kelab malam tu. Kita cuma bekerja macam orang lain, apa yang salahnya Hujahnya tidak mahu kalah.

Tapi jual arak tu haram Rul. Kadangkala kelab tu adakan acara perjudian. Jadi semua wang hasil dari kelab tu haram. Balas Zahlia.

Kalau Lia baik sangat, Lia berhenti ajelah dari kelab tu. Tapi Rul takkan berhenti. Wang hasil bekerja di kelab itulah yang tampung hidup kita selama ini. Wang itu juga yang beri kita makan. Bukan wang umi, bukan wang orang lain. Ujarnya tetap berdegil.

Macamana dengan rumah ni tuan Sapa satu suara. Cobe tergaman sejenak. Suara agen hartanah yang membawanya melihat-lihat tapak rumah anak-anak yatim itu, sedar tak sedar membuatkan lamunannya terputus begitu sahaja. Dia menoleh memandang lelaki berperut gendut dan berkepala botak itu.

Mana kontrak tu Tanya Cobe dengan wajah serius.

Mendengar pertanyaan lelaki itu, agen hartanah itu tersenyum lebar. Gembira kerana berjaya menjual satu lagi aset di bawah jagaannya.

******

Usai menguruskan beberapa hal, kunci rumah dan geran tanah itu kini bertukar tangan. Cobe merenung geran tersebut dengan wajah lesu. Inilah yang Zahlia mahukan dan dia telah berjaya menunaikan keinginan Zahlia. Sejak kematian Zahlia, dia akan menghabiskan beberapa hari dalam seminggu untuk bekerja sambilan di tapak pembinaan. Gaji yang diperolehinya akan disimpan sedikit demi sedikit untuk membeli semula tanah bekas rumah anak-anak yatim yang pernah dihuninya dahulu bersama Zahlia.

Kenapa perlu bersusah payah begini Cobe Kau bukan tak ada duit. Kalau perlu, aku akan dapatkan rumah tu untuk kau. Tim pernah menawarkan bantuan sebaik tahu apa yang sedang dilakukannya. Tapi dia menolak.

Aku ada sebab aku sendiri Tim. Jangan tanya apa-apa sebab kau takkan faham perkara ni. Ujarnya.

Kau mencintai Zahlia bukan

Dia hanya mampu membisu. Apa gunanya lagi jika wanita yang amat disayanginya bukan lagi miliknya Kerana mengenangkan kata-kata Zahlia tentang wang haram yang diperolehinya, maka dia membuat kerja-kerja kasar untuk mengumpul duit membeli rumah anak-anak yatim itu. Meskipun gaji yang diperolehi tidak banyak, tapi dia cukup berpuas hati. Hampir lima belas tahun dia melakukannya dan kini dia mampu membeli tanah tersebut dengan titik peluhnya sendiri. Wang yang benar-benar bersih! Tapi mampukah dosa-dosanya dibersihkan sepertimana wang itu Cobe benar-benar merasa keseorangan kini!

Sudah berjam-jam lamanya dia menanti Danira di taska Sissy Kindergarden, namun kelibat gadis itu tidak pernah kelihatan. Dia benar-benar risau. Keselamatan Danira menjadi keutamaannya apatah lagi dia tahu Danira kini menjadi sasaran sebuah organisasi dadah antarabangsa.

Pertemuannya dengan lelaki bertatoo naga itu masih segar di ingatan. Permintaan lelaki itu agar dia membantu mencari formula dadah sintetik yang kemungkinan besar disorokkan oleh ayah Danira, Profesor Adnan benar-benar membuatkan dia hampir tidak percaya. Di mana dia harus mencari benda yang diinginkan lelaki itu Tak mungkin Danira menyimpannya seperti yang dikatakan lelaki itu!

Kalau kau benar-benar ambil berat tentang dia, kau boleh bantu aku dapatkan benda tu. Dan aku janji keselamatan Danira akan terjamin. Kata-kata lelaki itu tak henti-henti berlegar di fikirannya.

bersambung

Bab akan datang:

Benarkah keselamatan Danir akan terjamin dibawah jagaannya