Mungkin anak gadis itu tahu apa sebenarnya yang diperkatakan lelaki bertatoo itu. Snowman! Ganjil benar nama dadah itu. Hati kecil Joshua berbisik.
Sedang dia leka termenung, matanya tiba-tiba terpandang kelibat seorang lelaki terhendap-hendap sebelum cuba keluar melalui sebuah tingkap di taska itu. Dia terkejut besar. Matanya segera mengecil. Tuhan! Siapa yang berani menceroboh taska itu pada waktu-waktu begini
Joshua diam-diam keluar dari kenderaannya. Dia segera menyelinap ke tepi pagar taska Sissy Kindergarden itu. Gerak-geri kelibat yang tidak dikenali itu cuba diawasi sebaik mungkin agar tidak terlepas. Kali ini dia sudah nekad mahu menangkap lembaga itu. Mungkin lembaga itu ada kaitan dengan kejadian pecah masuk di taska itu seminggu yang lalu.
Ketika lembaga itu semakin menghampirinya, Joshua sudah bersiap-sedia. Dengan hanya berbekal tangan kosong, dia segera meluru ke arah lembaga itu. Melihat kemunculan Joshua, lembaga itu terkejut besar. Kedua-duanya berguling di atas tanah. Joshua menekan tubuh lembaga itu ke tanah sambil sebelah tangannya meragut kain perca yang menutup sebahagian muka lembaga tersebut. Sebaik wajah itu terserlah, Joshua tiba-tiba kaku. Wajahnya segera berubah!
Uncle Suara Joshua jelas terkejut melihat lelaki itu. Umar juga terpegun melihat lelaki itu. Dia bingkas bangun lalu membersihkan habuk-habuk yang melekat di tubuhnya. Wajah Joshua ditatap sepintas lalu.
Apa uncle buat kat sini Soal Joshua ingin tahu.
Uncle yang patut tanya apa yang kamu buat kat sini Josh
Joshua menarik nafas panjang. Wajah lelaki itu ditatap bingung. Uncle tahu tak apa kesalahan menceroboh rumah orang Uncle boleh dikenakan hukuman penjara tau tak. Tegas Joshua.
Jangan nak berleter dengan aku Josh. Aku pernah jadi pengamal undang-undang, jadi aku tahu semua itu. Balas Umar selamba. Dia segera melangkah ke arah pintu pagar yang terbuka separuh. Sebelum melepasi pintu pagar tersebut, Umar berpaling ke arah Joshua.
Mana kereta kamu Tanya Umar.
Joshua segera menunjuk ke suatu arah. Keluhan Umar kedengaran. Namun lelaki itu tidak berkata apa-apa, lalu segera melangkah ke arah kereta yang diparkir di seberang jalan.
Melihat gerak-geri lelaki itu, Joshua sekadar menggelengkan kepalanya. Hendak tak hendak, langkah Umar segera diekori dari belakang.
Terkelip-kelip mata Joshua sebaik Umar selesai menghabiskan ceritanya. Posisi tubuhnya dibetulkan sambil tangannya memicit-micit kepala yang kian pusing. Sungguh kesabarannya teruji dengan sikap Umar yang tidak mahu berterus-terang dengannya lebih awal. Kalau dia tahu hal sebenarnya, sudah tentu dia akan membantu Umar dan Firdaus menyelesaikan kes yang tertangguh sejak sepuluh tahun yang lalu.
Jadi selama ini uncle minta saya bela Danira sebab ini Soal Joshua.
Umar mengangguk. Wajahnya kelihatan tenang.
Uncle memang dah tahu lebih awal kan yang Danira tak bunuh Firdaus
Sekali lagi Umar mengangguk.
Joshua mengetap bibir. Wajahnya merah padam kali ini.
Damn it! Dia bingkas bangun lalu menumbuk meja di hadapannya sekuat hati. Umar terpanar sejenak. Keruh di wajah Joshua direnung tidak berkelip. Dia faham Joshua benar-benar marah kali ini.
Uncle tahu bukan Danira yang bunuh Firdaus, tapi uncle lepas tangan dan tinggalkan tempat ni macam tu aje Uncle tahu tak berapa lama dia dihukum penjara sebab uncle Enam tahun! Enam tahun itu bukan jarak waktu yang sedikit bagi seorang gadis seperti dia! Gumam Joshua berang.
Kamu tak faham apa-apa Josh. Mereka bukan penjenayah biasa. Mereka adalah kumpulan penjenayah dan pengedar dadah terbesar di negara kita. Kita perlukan lebih banyak bukti untuk menjatuhkan mereka sekaligus. Aku tak nak terima nasib yang sama macam Adnan, kawan aku. Atau dibunuh seperti Firdaus! Sebab itu aku tak boleh tunggu di sini. Aku harus pergi meninggalkan tempat ini atau anak isteri aku pula bakal jadi mangsa. Tekan Umar cuba membuatkan Joshua faham kedudukannya.
Dan Danira harus jadi kambing hitam Sinis nada suara Joshua.
******
Wajah Umar keruh. Kau tahu itu bukan maksud aku Josh. Aku tak bermaksud nak menyusahkan anak itu. Dia anak kawan baik aku. Aku ambil berat padanya, tapi keadaan tak memihak pada aku ketika itu. Aku nyaris dibunuh mereka pada malam selepas aku mendapat berita tentang kematian Firdaus. Ketika itu aku dalam perjalanan mahu menemui Firdaus. Kami mahu menyusun maklumat yang kami perolehi dan bawa kes ini ke pejabat pendakwaraya. Tapi entah macam mana mereka tahu niat kami dan Firdaus dibunuh malam itu untuk menghalang rahsia ini dari terbongkar. Aku pula diculik dan ditembak. Tapi mujurlah nyawa aku masih panjang, dan hari ini aku kembali untuk membuat perhitungan dengan mereka.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimana Joshua ingin membantu Danira untuk membuktikan Danira tidak bersalah