Mencari Kiblat Cinta - 146
Usai berkata demikian, Umar membuka butang kemejanya. Kemejanya diselak menyerlahkan dua parut lama bekas tembakan berdekatan dengan dada sebelah kiri. Joshua tergaman melihat bekas luka itu.

Inilah sebab kenapa aku terpaksa mendiamkan diri enam tahun yang lalu. Kumpulan penjenayah ini menyangka aku sudah mati. Dan kesempatan ini aku gunakan sebaiknya untuk mengintip gerak-geri mereka. Itupun selepas anak isteri aku di bawah perlindungan yang selamat. Jelas Umar.

Joshua menarik nafas panjang. Penjelasan Umar membuatkan dia berasa serba-salah kerana menuduh lelaki itu tanpa usul periksa. Dia langsung tidak tahu apa-apa mengenai kejadian yang menimpa Umar ketika itu.

Apa kaitan Danira dengan kumpulan penjenayah tu Soal Joshua ingin tahu.

Dia tidak ada apa-apa kaitan, tapi ayahnya.

Wajah Joshua berkerut. Kata-kata Umar gagal difahami.

Profesor Adnan merupakan profesor dalam bidang farmakologi. Selain mengajar dia juga membuat pelbagai penyelidikan tentang ubat-ubatan. Mednex Laboratories kemudiannya telah membiayai penyelidikannya untuk membuat kajian tentang sejenis daun yang dikatakan boleh merangsang otak dan sistem saraf manusia. Selama bertahun-tahun dia membuat kajian tentang potensi daun tersebut. Dia menyangka Mednex mahu menggunakan daun itu untuk menghasilkan ubat yang boleh membantu pesakit yang gila otak.

Malangnya dia ditipu dan diperdayakan. Sebaik dia mengetahui niat sebenar mereka, Adnan cukup marah dan mahu menghentikan kajiannya. Tapi mereka mengugut akan membunuh anak isterinya jika Adnan tidak meneruskan kajiannya dan menghasilkan sejenis dadah yang amat berbahaya. Bertahun-tahun lamanya dia terpaksa mengikut telunjuk mereka. Tapi setelah formula dadah yang dipanggil Snowman itu siap, Adnan hubungi aku dan menceritakan segala-galanya. Dia mahu meminta pertolongan aku untuk menghapuskan kumpulan pengedar dadah tersebut, lalu kami buat rancangan. Aku cadangkan Adnan kumpul semua maklumat tentang kumpulan tersebut terutama dari semua peringkat supaya lebih mudah kami mendedahkan pekung mereka. Tapi belum sempat dia serahkan maklumat tu, Adnan dibunuh dengan kejam. Keluh Umar.

Sebelum meninggal, Adnan cukup bijak menyembunyikan maklumat-maklumat tersebut dalam cip yang terdapat dalam dua utas rantai. Salah satunya dimiliki oleh Danira. Sambung Umar lagi.

Kali ini wajah Joshua menunjukkan kejutan. Wajah Umar ditatap serius.

Aku dah dapatkan rantai tu dari Danira. Ia mengandungi senarai nama penjenayah-penjenayah yang terlibat dalam organisasi tu. Tapi formula dadah sintetik tu masih belum ditemui. Ia mungkin terdapat dalam rantai yang dimiliki oleh adik Danira, Naufal.

Sekali kali Joshua tersentak. Naufal

Uncle dah jumpa Danira Bila

Kelmarin. Aku dah ceritakan segala-galanya pada gadis itu Josh. Dia berikan aku rantainya tapi dia enggan jelaskan apa-apa tentang Naufal. Sebab itu aku kembali ke rumah itu untuk mencari rantai yang satu lagi. Jelas Umar.

Joshua menarik nafas panjang. Naufal hilang uncle. Sudah lama Danira mencari adiknya tu. Tutur Joshua.

Wajah Umar berubah. Maksud kau

Enam tahun dulu, Naufal gagal dikesan. Saya dah puas cari Naufal untuk Danira, tapi gagal. Tak ada sesiapa pun yang tahu apa sebenarnya berlaku pada budak tu. Sehingga kini Danira masih mencari adiknya tu. Jelas Joshua lagi.

Dengusan kasar menerpa dari bibir Umar. Lelaki itu tersandar lemah. Kita kena cari cip yang satu lagi agar kedua-duanya boleh dibawa kepada pihak polis dan pihak pendakwa. Keluh Umar risau.

Sejauh mana pentingnya formula dadah tu pada mereka, uncle Soal Joshua ingin tahu.

Mereka sanggup membunuh semata-mata untuk mendapatkan formula itu. Snowman adalah dadah sintetik yang mempunyai tahap ketulenan yang cukup tinggi, Josh. Malah ia disamakan dengan dadah Crack yang boleh menghasilkan kesan yang lebih pantas walaupun digunakan dalam kuantiti yang sangat kecil. Dan ia akan membawa akibat yang cukup buruk pada negara jika ia berjaya dihasilkan Ia juga boleh dijadikan senjata dalam peperangan. Bayangkan jika sesebuah negara terdedah kepada dadah ini. Sistem saraf mereka akan lumpuh dalam masa yang singkat. Tutur Umar serius.

Joshua terdiam seketika. Lama termenung, tiba-tiba dia mengangkat wajahnya. Bagaimana kalau kita jumpa dengan Tengku Amar Dia harus diberitahu tentang semua ini. Cadang Joshua.

Namun Umar menggeleng. Belum masanya lagi Josh. Kita harus cari cip itu terlebih dahulu. Itu yang lebih penting saat ini.

******

Perlahan-lahan Aliff membuka matanya. Cahaya terik yang mencelah masuk dari langsir di biliknya yang terselak separuh menyukarkan pandangan. Dia bingkas bangun dari tempat baring, namun tidak berganjak-ganjak dari katil. Matanya merenung jauh, memikirkan sesuatu. Wajah Danira yang pertama muncul di fikirannya! Apakah kakaknya itu masih berada di rumah ini

Matanya tiba-tiba terpandang sesuatu. Sekeping sampul surat berwarna putih tertulis namanya terselit di bawah pelapik bantalnya. Matanya segera mengecil. Surat apa ni

bersambung

Bab akan datang:

Apakah strategi mereka untuk mendapatkan cip tersebut