Mencari Kiblat Cinta - 147
Dia segera mengambil surat tersebut lalu merungkai sampul tersebut. Isinya dikeluarkan lalu ditatap. Sebaik dia selesai membaca surat tersebut, wajahnya segera berubah. Ya ALLAH! Kak Nira!

Aliff cepat-cepat keluar dari biliknya. Dia bergegas turun, lalu bertembung dengan Najla yang kebetulan datang dari arah bertentangan.

Aliff dah bangun ya Ma ajak kita semua sarapan sama-sama. Ujar Najla lalu tersenyum manis. Najla mahu beredar ke meja makan, namun lengannya tiba-tiba dipaut.

Naj, Cik Danira ada lagi kat sini Soal Aliff ingin tahu.

Najla tidak terus menjawab. Sebaliknya renungannya bertebar di wajah Aliff. Dia hairan mendengar pertanyaan lelaki itu.

Ada kat meja makan, tengah sarapan dengan yang lain-lain. Jawab Najla hambar. Entah kenapa hatinya merasa tidak enak. Aliff seolah-olah memberi lebih perhatian terhadap tetamu rumah mereka itu. Jangan-jangan Aliff menyukai gadis itu! Hati Najla penuh dengan prasangka. Lagipun sesiapa sahaja akan menyukai Danira yang kelihatan sopan dan ayu.

Mendengar kata-kata Najla, Aliff berasa lega. Syukurlah kakaknya masih ada di sini. Dia teringat isi surat yang dibacanya sebentar tadi. Surat yang membuatkan tubuhnya mengigil seketika.

Naufal,

Kakak sungguh gembira bila kita dipertemukan semula. Hidup kakak bagaikan dilimpahi cahaya lagi. Kakak tak pernah segembira ini sejak enam tahun dahulu. Kakak lega bila Naufal hidup dengan baik, membesar di bawah asuhan keluarga yang baik serta menerima pendidikan yang tak mampu kakak berikan untuk Naufal selama ini.Semua beban di hati kakak sudah berkurang bila melihat Naufal bahagia.

Mungkin Naufal akan rasa pelik melihat isi surat kakak kali ini. Kakak tak mampu menyatakannya di hadapan Naufal, jadi biarlah isi surat ini sahaja menjelaskan apa yang ingin kakak katakan.

Selepas ini kakak akan pergi dari sini. Kakak harap Naufal jangan datang mencari kakak lagi. Jangan beritahu keluarga Naufal tentang kakak. Kakak tak mahu mereka tahu siapa kakak dan hakikat yang kakak ni bekas banduan. Kakak juga tak mahu mereka tahu hubungan kita berdua dik. Kakak nak Naufal lupakan tentang hidup kita yang dulu. Teruskan menjadi Aliff dan hidup bahagia sayang. Kalau Naufal benar-benar menghargai kakak, tolong penuhi permintaan kakak ini.

Hatinya seolah dimamah lumat bila membaca isi surat Danira. Sungguh dia tidak mahu berpisah dengan kakaknya lagi. Dia mahu menjaga Danira dan membalas budi gadis itu untuknya selama ini. Tolong jangan pergi Kak Nira! Jangan tinggalkan Naufal lagi! Bisik hati kecilnya sebak,

Hmm..awalnya anak ma ni bangun. Jom Aliff, kita sarapan sama-sama. Suara ibunya singgah. Setiap pasang mata di meja makan segera melemparkan pandangan ke arahnya. Namun matanya hanya mencari wajah Danira. Gadis itu dilihatnya tunduk sahaja sambil menjamah mee goreng di pinggannya.

Aliff nak mee goreng ke atau nasi lemak Tanya Tengku Saida lagi.

Apa-apa sahaja ma, Aliff tak kisah. Balas Aliff lemah.

Muka Aliff nampak pucat. Tegur Tengku Saida. Wajahnya berkerut melihat anak muda itu yang kelihatan tidak bermaya.

Sekali lagi wajah Aliff menjadi perhatian setiap pasang mata tak terkecuali Danira sendiri. Filman menatap wajah Aliff dalam-dalam. Sesekali dia mengerling ke arah Danira yang kelihatan gelisah. Semenjak dia mendengar perbualan antara Aliff dan Danira, hatinya entah kenapa gusar. Dirinya tidak mampu bertenang sama sekali. Sukar dia mahu percaya bahawa Aliff dan Danira adik beradik. Tapi kenapa mereka berpisah Apa sebabnya

Aliff tak apa-apa ma. Aliff cuma tak cukup tidur, itu sahaja. Jawab Aliff beralasan. Dia sedar mata Danira menuju ke arahnya.

Kenapa Aliff tak sihat Tengku Saida mulai bimbang.

Nanti Naj temankan Aliff jumpa Doktor Hisyam. Pelawa Najla pula.

Aliff menggeleng. Tak payahlah Naj. Aliff cuma penat. Itu saja. Dia menggeleng. Hatinya mula rimas diberi perhatian berlebihan. Selebihnya dia rasa terganggu apabila Danira memerhatikannya. Kakaknya itu diam sahaja.

Danira nak tambah mee goreng lagi Tegur Tengku Saida pula pada anak gadis yang tidak banyak bercakap di meja makan pagi itu. Danira mendongak lalu berbalas pandang dengan Tengku Saida yang sudah menghulurkan mangkuk berisi mee goreng ke arahnya.

Err tak payahlah mak cik. Saya dah kenyang. Jawab Danira segan. Dia cepat-cepat menyudu mee gorengnya dan berkira-kira mahu segera meninggalkan rumah itu. Tadi sewaktu dia mahu beredar senyap-senyap, tak semena-mena Tengku Saida mengajaknya sarapan terlebih dahulu. Hendak tak hendak dia terpaksa menurut meskipun dengan hati berat.

******

Sewaktu Naufal muncul tadi, dia tahu apa yang berada di fikiran anak muda itu. Pasti Naufal sudah menemui surat yang disisipkan senyap-senyap awal pagi tadi. Dia juga yakin anak muda itu telah membacanya.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Danira tidak mahu Naufal mencarinya lagi