Lepas ni Danira nak ke mana Singgahlah lama sikit di rumah ni, boleh makcik perkenalkan dengan ayah Filman. Suara Tengku Saida muncul sekaligus mematikan lamunannya.
Dia mengerling ke arah Filman. Sejak tadi dia perasan Filman tidak banyak berceloteh dengannya. Lelaki itu diam sahaja sambil menghabiskan baki mee gorengnya sendiri. Entah apa yang tidak kena dengan Filman! Takkan lelaki itu marah kerana dia tidak
Tiba-tiba Danira terbatuk agak kuat. Wajahnya terus berubah! Ya Tuhan! Mungkinkah Filman sudah tahu tentang Naufal Semalam dia datang ke balkoni rumah itu untuk menemui Filman, sebaliknya yang ditemuinya ialah Naufal. Mungkinkah Filman juga ada berdekatan balkoni itu dan mendengar apa yang dibincangkannya dengan adiknya
Mendengar Danira batuk agak kuat, Filman segera mengambil gelas berisi jus oren lalu menyuanya ke arah Danira. Namun tindak tanduknya jadi kaku tatkala pada masa yang sama, segelas jus lagi dihulurkan ke arah Danira dari arah bertentangan. Mata Filman segera beralih arah, lalu merenung Aliff yang melakukan hal yang sama. Anak muda itu turut memandangnya. Untuk sedetik, mata kedua-duanya bertaut.
Danira terpegun melihat dua gelas jus oren itu disua ke arahnya dari arah bertentangan. Dia jadi serba-salah kini. Wajah kedua-duanya dipandang silih berganti. Suasana yang tiba-tiba kekok itu turut menjadi perhatian Tengku Saida dan Najla yang kelihatan mencuka. Cepat-cepat dia mengambil jus oren yang dihulurkan Filman lalu meneguknya sedikit.
Err mak cik, maaf saya tak boleh singgah lama. Saya masih ada hal yang nak diuruskan. Kalau boleh saya nak minta diri. Ujar Danira tiba-tiba. Dia tidak peduli meskipun Filman merenungnya satu macam. Aliff juga gelisah memandangnya! Apa yang dia tahu, dia harus cepat-cepat beredar dari rumah itu sebelum dia jadi semakin berat hati untuk pergi.
Dah nak pergi Tak boleh tunggu sekejap
Maaf mak cik, saya benar-benar ada hal lain lepas ni.
Wajah Tengku Saida kelihatan hampa. Apa boleh buat kalau Danira betul-betul sibuk. Tapi lain kali jangan segan-segan datang ke rumah kami lagi. Pesan wanita itu.
Danira mengangguk lalu bingkas bangun.
Saya hantar Filman tiba-tiba bersuara.
Err..tak payahlah. Saya boleh naik teksi aje. Danira menolak separuh gugup. Dia langsung tidak berani memandang ke arah Aliff.
Ma, Fil hantar Danira ya Ujar Filman pada ibunya. Penolakan Danira hanya dibuat endah tak endah. Dia turut bingkas bangun dari kerusinya. Ketika dia berpaling, matanya terpandang kelibat tubuh yang baru muncul dari suatu arah. Tengku Saida dan yang lain-lain turut menoleh.
Awal awak balik Saya ingat flight awak sampai petang Tegur Tengku Saida pada lelaki yang baru muncul di ruang makan.
Saya tak berapa sihat, sebab tu saya ambil penerbangan awal pagi tadi dari Pulau Pinang. Ujar Tengku Amar seraya meletakkan beg bimbit dan kotnya di atas para almari di tepi sudut.
Bang, kenalkan ini Danira. Dia yang tolong Aliff tempoh hari. Tengku Saida tak membuang masa memperkenalkan suaminya pada gadis yang berdiri di samping Filman.
Mata Tengku Amar beralih arah. Wajah si gadis di hadapannya ditatap dan diteliti. Matanya mengecil melihat gadis yang kelihatan kaku di hadapannya.
Danira ni cikgu baru Melly kat taska tu. Jelas Tengku Saida lagi.
Kerut di dahi Tengku Amar semakin melebar. Wajah gadis itu seperti pernah dilihatnya. Dia termenung sejenak. Da..Danira Nama itu juga seperti pernah didengar. Nama itu sama seperti nama Kali ini wajah Tengku Amar berubah drastik. Urat di wajahnya mula timbul dan menegang. Ada sesuatu yang mula menular di fikirannya dan ia membuatkan emosinya mendadak naik. Dia meluru ke arah gadis itu dengan perasaan berbaur.
Pang! Telapak tangannya singgah kuat di pipi gadis itu.
Tengku Saida terkejut besar. Filman juga ikut terkejut. Aliff sudah bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Malah Najla juga ikut kaku. Tindakan Tengku Amar benar-benar mengejutkan mereka semua.
Ayah! Teriak Filman. Dia segera mendekati Danira yang terpinga-pinga kebingungan. Matanya mendarat pada bekas merah di pipi gadis itu angkara tindak tanduk ayahnya sendiri.
bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Tengku Amar menampar Danira secara tiba-tiba Apa yang dah dilakukannya