Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 15
BAB 15

FARIZ mundar-mandir di bilik. Otaknya sudah kusut. Ingatkan pulang ke kampung boleh tenangkan fikiran. Ni dah berserabut, kusut masai! Dia berpaling ke arah pintu. Lepas kejadian malam tu, opah sudah nekad nak nikahkan aku dengan minah bunga tu. Ah! Aku jugak yang salah! Gatal sangat tak nak cari jalan keluar. Aku nak gertak dia je! Adoiyaa!!!

Rizapa keputusan Riz Puan Suraya menguak sedikit pintu yang tidak berkunci.

Keputusan apa mama Riz tak akan nikah dengan Felisha tu. Riz tak buat apa pun!!

Habis yang Riz berpeluk sakan dengan Sha tu apa Macam mana Sha tu boleh ada dalam bilik Riz

Mama! Habis mama nak percaya perempuan kerek tu Fariz dah bengang.

Riz tahu tak, mama dah janji dengan mama Felisha tu. Perkara macam nilah yang mama cuba elakkan. Suara Puan Suraya sudah sebak. Apa kata Puan Bainun nanti bila dia dapat tahu Fariz dan Felisha berduaan dalam bilik.

Mama! Fariz tak akan nikah dengan Felisha tu. Dia yang masuk bilik Riz. Lepas tu, dia nak keluar, tombol pintu pulak rosak. Bukan salah Riz! Fariz bercekak pinggang.

Habis tu, Riz nak buat apa Puan Suraya juga sudah buntu.

Entahlah mama Fariz duduk sebelah mama. Dia menekup muka.

Hujung minggu ni kita kena balik lagi ke kampung. Opah nak kata putus dari kita. Puan Suraya tunduk. Kesian tengok Fariz sudah buntu macam tu.

Kena balik ke

Puan Suraya angguk.

Mamaajak Felisha sekali ke Fariz pegang tangan mama.

Felisha Kenapa

Dia kena beritahu hal sebenar pada opah. Fariz menekup muka.

Tapinak ke Felisha tu ikut Dulu pun jenuh mama pujuk. Sekarang ni, dia pun dah tahu hal ni. Puan Suraya pula serba salah.

FELISHA termenung di tepi deretan bunga dahlia. Tak sangka percutiannya di kampung nenek Fariz menimbulkan masalah besar. Dan tak sangka juga, kejadian malam tu cukup memalukan. Tentu keluarga Fariz ingat aku dan Fariz sudah buat benda tak senonoh sampai opah bertegas suruh kami nikah cepat.

Kenapa la aku tak lompat je keluar melalui tingkap malam tu Felisha meluku kepalanya sendiri. Berkali-kali.

Felisha capai telefon bimbit dari dalam poket seluar jeans. Siapa pula yang call aku ni

Hello. Ya saya.

Felisha matikan talian. Fariz nak jumpa aku Buat apa Dia menapak pula ke deretan bunga ros dan bunga tulip.

Kak! Ada orang nak jumpa!Ainul jerit dari deretan bunga dahlia.

Siapa Felisha turut melaung.

Tu! Ainul tuding ke arah seseorang di muka pintu kedai bunga.

Felisha berpaling. Fariz Cepatnya dia datang

Fariz menapak ke arah Felisha yang masih tercegat di deretan bunga ros. Bau harum semerbak aroma bunga sungguh menyamankan. Sempat dia perhatikan sekitar kedai bunga Felisha. Hmmada informasi berguna. Di dinding, ada beberapa maklumat mengenai bunga dan pokok bunga. Langkah Fariz terhenti seketika. Informasi tentang bunga itu dibaca sekilas.

Hmmbahagian-bahagian bunga Kaliks, korola, androesium, ginesium..apa ke jadah ni Ada makna rupanya bunga ni. Bunga daisi lambang kesucian hati. Bunga tulip lambang kesempurnaan cinta. Bunga ros adalah lambang cinta, kecantikan, keghairahan. Erk! Ghairah Patut la..hari tu dia ganti bunga tulip tu dengan bunga rosapa minah ni dah ghairah sangat ke nak pikat aku Malam tu buktinya. Fariz mengetap bibir.

Awak nak apa

Fariz berpaling. Felisha sudah tercegat di sebelahnya.

Awaksaya nak minta tolong awak. Minggu depan saya kena balik kampung. Awak kena jelaskan pada opah apa yang sebenarnya berlaku malam tu. Fariz pandang Felisha tak berkelip.

Bukan salah saya. Awak yang tak nak cari jalan keluar. Felisha menyindir.

Awak sindir saya ke apa Fariz ketap bibir.

Tahu tak apa. Saya ni bukan pilihan awak. Tak cantik, dan sopan macam Azza tu, sentiasa pakai baju kurung. Tak macam saya ni. Dengan seluar jeans dan baju ketat macam ni. Felisha jeling Fariz yang sudah merenungnya. Banyaklah kau punya tenung!

Eh, awak ni suka sangat sindir saya kan Awak tahu tak makna berpakaian tapi telanjang Fariz semakin dekat dengan Felisha. Berbisik.

Erk! Apa hal mamat ni Tiba-tiba je nak berteka-teki bagai Fobia aku dengar perkataan telanjang ni! Felisha menapak ke belakang dua langkah. Fariz sudah semakin dekat. Aapa maksud awak

Tu la! Asyik dengan bunga je hari-hari! Berpakaian tapi telanjang tu, macam awaklah! Pakai tudung tapi pakai seluar jeans dan baju ketat.

Nampak segala lekuk! Masih tak menepati syariat! Nampak jelas bentuk betis dan paha tu! Apa awak suka sangatlah tayang benda tu semua Fariz semakin dekat.

Eh! Yang awak sibuk ni kenapa Saya bukan sesiapa dengan awak! Kawan Bukan. Kekasih Pun bukan! Bini Jauh panggang dari api! Felisha capai pasu bunga ros yang agak besar dan menghadang tubuh di bahagian depannya.

Memang bukan! Awak tu saudara seagama. Pakaian awak ni mengundang dosa orang lain! Fariz sudah geram. Memang bengap tak habis! Dia pandang Felisha atas bawah. Tahu pun malu!

Felisha menelan liur. Apa mamat ni merepek kat kedai aku ni Jadi ustazlah pulak! Tajdid tak ada pulak macam dia ni! Felisha pandang blaus dan seluar jeans di tubuhnya. Ketat Gila ke apa mamat ni Mana ada ketat Seluar jeans aku biasa je, blaus yang aku pakai pun longgar. Tudung Alahsingkat sikit je.

Itu masalah awak! Saya pakai semua ni bukan nak suruh awak.. Kata-kata Felisha terhenti. Fariz sudah semakin rapat.

Suruh saya apa Tergoda dengan awak Macam tu Fariz pegang kedua bahu Felisha.

Ni! Bukan dosa ke Felisha jeling tangan Fariz yang sudah melekat pada bahunya. Nasib baik aku pakai blaus tebal.

Kak! Erk! Maaf! Ainul terhenti di situ. Dia orang ni ada apa-apa ke

Ainul nanti! Felisha tepis tangan Fariz. Dia menapak ke arah Ainul.Ada apa Ainul

Pelanggan tanyakalau nak hantar sepuluh jambak bunga daisi pukul dua petang esok sempat keAinul jeling lelaki yang rapat dengan Felisha tadi.

Stok kita ada berapa

Cukup.. Ainul jenguk ke arah deretan bunga daisi.

Kalau macam tu, beritahu pelanggan, akak hantar esok sebelum pukul dua petang. Jangan lupa ambil alamat dan contact number sekali. Felisha turut jenguk ke arah deretan bunga daisi.

Awak..

Felisha buat tak dengar.

Awak! Saya minta tolong ni! Fariz mengekori Felisha ke arah bunga daisi.

Awak ni kenapa Tadi awak ugut saya. Sekarang ni merayu pulak! Felisha mengetap bibir.

Saya harap sangat awak ikut saya balik kampung hujung minggu depan. Saya janji, saya tak akan buli awak lagi. Promise! Fariz angkat sebelah tangan. Lagak bersumpah.

Nantilah saya fikir. Saya pun tak nak orang kata ikut jantan balik rumah! Mana tahu kali ni awak rogol saya! Saya pun ada maruah! Felisha semakin menyindir Fariz.

Fariz merenung tajam Felisha. Aku buat betul-betul karang, baru menangis tak ada lagu!!

Thank you. Lusa saya nak jawapan dari awak. Awak jangan gatal nak tukar nombor! Fariz mula senyum. Terpaksa mengalah demi opah.

Nombor apa

Fariz ketap bibir. Bengap betullah perempuan zaman sekarang ni. Tanya lagi soalan bodoh tu!

Nombor telefon la! Apa awak ingat nombor ekor atau nombor jampi mantera ke hapa Fariz semakin geram.

Eh, tak boleh ke cakap elok-elok. Nak minta tolong dengan orang tapi cakap macam nak telan orang! Felisha mula menyinga.

Habis awak tu bengap sangat! Jangan lupa lusa saya nak jawapan. Fariz mula beredar dari kedai Felisha.

Felisha menjeling tajam ke arah Fariz. Rasa nak hempuk kepala Fariz tu dengan pasu bunga aku ni!

Ainul mula mendekati Felisha. Kaksiapa dia tu

Orang gila! Felisha ketap bibir.

Hah Ainul berkerut kening.

Tadi Ainul tengok, dia macam ugut akak je. Muka dah handsome dah tapi mengapa mamat tu sentap tiba-tiba Ainul jenguk ke luar kedai. Jelas dia melihat lelaki tadi menuju ke kereta Camry.

Biarlah dia! Dah cukup jambak bunga daisi tu Felisha beralih ke arah deretan bunga daisi.

Ainul angguk. Kak..dia tu boyfriend akak ke

Mati hidup balik akak tak akan couple dengan dia tu! Felisha susun bunga dalam pasu.

Memanglah tak couple tapi esok-esok nikah, dah jadi suami akak la! Usik Ainul bersahaja.

Eh, dulu bukan main usik akak dengan Tajdid tu. Sekarang ni mamat tu pulakFelisha pandang Ainul yang dah tersengih-sengih sambil menyusun jambak bunga daisi.

Dua-dua ada kelebihan sendiri. Tajdid tu, Ainul lihat very gentleman, cakap pun sopan je. Mamat tadi tu pulak, walaupun agak kasar tapi Ainul rasa dia lelaki idaman perempuan. Dari gaya dia tu, dia seorang yang sangat komited pada kerja, tidak suka berpelesiran, bermakna tak ada atau tak ramai girlfriend. Ainul melontarkan pandangannya.

Felisha menoleh. Hmmmana budak ni belajar semua tu

Lelaki macam mamat tadi tu kalau jadi boyfriend kak Sha, okey jugak. Ada cabaran. Ainul kenyit mata.

Cabaran Felisha berkerut kening.

Ainul angguk. Ya cabaran! Tadi, jelas dia suka desak akak tapi pada masa yang sama, dia tunjuk dia tak suka pada akak. Apa yang Ainul nampak, dia sebenarnya seorang yang suka sesuatu yang sukar dimiliki. Lagi sukar, lagi dia suka nak dapat! Ainul senyum lebar.

Felisha berfikir sejenak. Itu dah macam perangai aku! Aku pantang dicabar. Fariz dah beri warning pada aku yang dia tak akan jatuh cinta pada aku. Lagi la aku nak dia melutut merayu cinta aku! Patutkah aku menyahut cadangan opah Fariz tu Nikah dengan Fariz. Eii! Aku nak dia jatuh cinta je, bukan sampai nak nikah! Parah macam ni!

Kak Sha fikir apa

Hah Err..taktak ada apa.. Felisha cepat-cepat menyusun bunga.

PULANG dari kedai, Felisha singgah di rumah mama. Sejak pulang dari kampung Cermai dua hari lepas, perasaannya berkecamuk. Berdebar.

Aku harap mama tak tahu lagi pasal tu. Felisha henyak tubuh di atas sofa.

Ha, Sha! Awalnya tutup kedai

Felisha mendongak. Mama sedang menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

Ya mama. Hari ni tak ada mood. Remote control tv dicapai dari atas meja sofa. Butang ditekan malas.

Kenapa ni Takkan balik dari kampung Fariz tu, terus tak ada mood. ApaSha rindu Fariz ke Puan Bainun mengusik anak gadisnya.

Hish! Tak ada maknanya nak rindu mamat tu. Felisha mencebik.

Habis tutak ada mood macam ni

ErrPuan Suraya ada cerita apa-apa kat mama tak Felisha merenung mata mama.

Cerita apa Tak ada apa pun. Puan Bainun bingkas bangun dan melangkah ke ruang dapur.

Ceritalah! Anything! Felisha turut mengekori mama ke dapur.

Hmmlain macam je Sha ni. Ada apa-apa yang mama tak tahu ke Puan Bainun mula membancuh kopi.

Tak..tak ada apa. Bila mama buat muffin ni Felisha ambil sebiji dan dikunyah sampai habis.

Pagi tadi. Papa yang nak makan. Bawa muffin tu ke ruang tamu. Puan Bainun bawa dulang bersama teko kopi dan cawan.

Felisha membawa pinggan berisi muffin coklat dan turut melangkah semula ke ruang tamu. Dia masih berfikir.

Mamasebenarnya Sha tak suka pun kat Fariz tu. Puan Suraya yang beria nak Sha ikut sekali. Kalau ditakdirkan Puan Suraya masuk meminang, Sha tak setuju. Sha beritahu awal-awal pada mama. Felisha menuang kopi ke dalam cawan.

Habis tu, Sha layan pelawaan mereka tu kenapa Puan Bainun jeling Felisha. Anak aku nidah beri harapan, cakap tak setuju pulak.

Sha tak sampai hati. Farizdia ajak lagi Sha balik ke kampungnya. Tak naklah mama. Macam mana Sha nak cakap ni Felisha pegang lengan mama. Matanya dah merenung wajah Puan Bainun yang sudah tersenyum di sebelah.

Pelik. Takkan baru balik, dah ajak balik kampung lagi. Tentu ada apa-apa ni Puan Bainun tenung mata Felisha. Faham sangat kalau anak gadisnya itu berbohong atau cuba sorokkan sesuatu darinya.

Tak ada apasaja dia nak Sha ikut dia. Sha bukannya suka sangat keluar dengan lelaki. Tambah lagi nak pergi jauh macam tu. Felisha sudah merajuk.

Sha balik berdua je ke

Tak ada la berdua. Mama dan adik dia ikut sekali.

Shakalau Sha tak suka, berterus terang dengan Puan Suraya tu. Jangan biarkan orang berharap macam tu. Mama tak suka anak mama mainkan perasaan orang. Puan Bainun geleng.

Entahlah mama. Sha ni jenis yang susah nak hampakan orang. Felisha mula serba salah.

Dah la tu. Fikirlah baik-baik. Nak tidur sini ke nak balik

Balik kut.Hanim sorang kat rumah tu nanti. Najwa pulak dah dua hari outstation. Felisha ambil lagi sebiji muffin.

Kalau macam tu, bawa muffin ni sikit. Puan Bainun mula masukkan muffin ke dalam bekas plastik untuk Felisha bawa pulang nanti.

Felisha minta diri.