Gadis Kebaya Merah - 15
BAB 15

SEMINGGU berlalu. Ana Dahlia semakin sibuk dengan kes yang disiasatnya. Nama-nama suspek sudah disenaraikan dan diberi kepada Detektif Razif. Mayat reput dan rangka manusia juga sudah selamat dikebumikan selepas disembahyangkan. Ana Dahlia masih sibuk meneliti bukti-bukti yang ada. Esok akan bermula sesi soal jawab bagi setiap suspek yang disyaki. Dua hari lepas, Detektif Razif sudah berpesan kepadanya, seorang pegawai dari bahagian jenayah dari balai polis Bukit Aman akan datang esok semasa sesi soal jawab.

"Hmm...Detektif Razif tak cakap pulak siapa dia.." Ana Dahlia mula berfikir sejenak. Dia meneruskan kerjanya. Laporan dan segala bukti dikemaskini dengan baik. Semua itu akan digunakan untuk pendakwaan selepas soal siasat suspek dan saksi nanti. Lama dia memerhati setiap nama yang akan dipanggil untuk soal siasat.

"Haih..jumpa lagi la Kudin ni. Agaknya apa anggapan dia bila tahu aku ni benar-benar polis.." Sebuah senyuman mula terukir di bibir.

Bila mengingati kembali apa yang telah berlaku semasa di kampung Pinang Patah dan di syarikat TM Holdings, dia tergelak sendiri.

Terpaksa berlakon bodoh alang semata-mata hendak menutup penyamarannya. Di kampung Pinang Patah, dia dicemburui Senah. Gadis itu beria ingin memikat Kudin.

"Hmm...kebaya merah yang dipakai Senah tu sebiji macam kebaya merah jelmaan gadis kebaya merah tu. Takkanlah baju yang sama. Aku pun lupa nak tanya Senah pasal hal tu." Fikiran Ana Dahlia mula menebak hal Senah.

"Agaknya..apa yang dia tengah buat sekarang ni"

DI KAMPUNG PINANG PATAH, Senah mundar mandir di rumahnya. Ayahnya yang baru pulang dari surau tidak diendahkan pertanyaannya. Berita yang didengar dari Nek Tom tadi cukup membuatkan hatinya merasa gundah dan kecewa. Sekejap dia duduk dan sekejap pula dia berdiri.

"Senah! Kamu buat apa macam kucing nak beranak tu"Pak Said, ayah Senah melaung dari ruang dapur.

"Tak ada apa ayah!" Senah turun pula ke laman. Dia duduk di atas pangkin di bawah pokok jambu air di depan rumahnya. Lama dia mencari idea untuk menghalang semua itu.

"Entah-entah Nek Tom tu bergurau je tak" Senah menopang dagu. Kata-kata Nek Tom tadi cukup membuat hatinya merasa geram. Selama ini dia yang beria nak dekat dan bersama dengan Kudin. Takkan Nek Tom tak perasan semua tu

"Ah, Nek Tom bergurau je tu. Aku ni yang sudah lama nakkan abang Kudin. Takkan Nek Tom tak tahu" Senah sengih. Dia cuba sedapkan hatinya.

Semalam, Chad balik kampung. Beria dia ingin ikut Chad ke KL. Chad pula buat tak tahu saja. Nasib baik kawan Chad sanggup tumpangkannya ke sana esok. Di KL nanti, dia akan cari Kudin. Dia perlu perubahan diri, takkan nak jadi minah kampung seumur hidup Senah semakin lebar senyumannya. Esok, dia akan ikut kawan Chad ke KL. Dia tidak beritahu apa-apa pun pada ayah. Esok, dia akan keluar awal pagi ke rumah mak saudara Chad.

DI KL, Senah tak henti-henti melihat suasana sibuk kota metropolitan itu. Dia terkebil-kebil melihat keindahan KL yang sering disebut-sebut oleh Chad dan Kudin. Kereta yang dinaikinya bersama Chad dan kawan Chad itu terasa lambat bergerak dan terasa jauh perjalanan dari kampungnya. Tidak sabar untuknya bertemu Kudin.

"Abang Chad, abang Kudin tinggal kat mana" Senah pandang Chad yang duduk di bahagian hadapan penumpang.

"Senah nak pergi sana ke"

"Yalah. Habis tu, Senna nak tinggal kat mana lagi" Senah mencebik.

"Kau tu perempuan. Takkan nak tidur satu rumah dengan Kudin" Chad geleng. Dah gila bayang minah ni.

"Err..habis tu Senna nak tidur kat mana" Senah mula terfikir.

"Macam ni, apa kata Senah ikut abang. Kita pergi satu tempat. Senah kena cantik dulu baru boleh jumpa Kudin. Macam mana" Chad pandang kawan sebelahnya dan kemudian beralih pada Senah yang duduk di belakang.

"Ya ke bang" Senah sudah teruja.

"Ya. Kat KL ni, kena pandai bergaya, barulah ada kelas." Kawan Chad pula mencelah.

Senah sudah tersenyum-senyum. Dia sudah terbayang rupa dan gayanya nanti. Dia mesti dapatkan Kudin walau dengan apa cara sekalipun. Chad sudi membantunya dalam hal itu. Mungkin penampilannya yang tidak menarik dan agak kekampungan yang menyebabkan Kudin tidak memandangnya. Dia harus membuat perubahan penampilan. Harapkan Mak Jemah dulu memang tak ke mana pun. Alih-alih Mak Jemah yang meninggal.

Kereta menderum laju membelah kesibukan kota KL. Mereka singgah di sebuah kedai salon. Chad menyuruh Senah ikut saja kata pekerja di situ. Dia senyum melihat Senah terkebil-kebil bila disuruh menukar baju.

CHAD terpegun melihat Senah yang sudah berubah 360 darjah. Tak berkesip matanya melihat kecantikan Senah. Tadi sebaik tiba di tempat yang dituju,Senah dibawa ke rawatan Spa dan salon. Semuanya dibayar oleh kawannya. Senah sudah berubah sepenuhnya.

Rambut yang ditocang dua dulu sudah dilepas bebas. Solekan yang agak nipis juga turut menaikkan seri wajah Senah yang sememangnya mempunyai kulit putih. Blaus dan skirt labuh yang sempat dibeli di kedai pakaian tadi, begitu kena dengan tubuh Senah yang tinggi lampai.

"Abang Chad! Nanti Senna nak tidur kat mana malam nanti" Senah tersipu malu bila direnung lama begitu.

"Abang!" Senah panggil lagi.

"Hah Err...nanti abang fikir.." Chad sengih. Dia mula bahasakan dirinya abang.

Senah senyum. Dulu bukan main Chad sindir dan mengutuknya. Dia mengatur langkah menuju ke kereta semula. Karim yang dari tadi menunggu di dalam kereta hanya memandang Senah yang sudah berubah penampilan. Dia senyum penuh makna. Senah bakal jadi anak ayam seterusnya. Jo sudah pesan padanya. Sengaja dia menyuruh Chad mencari seorang perempuan kononnya untuk mengisi kekosongan jawatan di sebuah syarikat di KL. Chad pula hanya mengangguk setuju.

"Nak ke mana kita" Karim pandang Chad yang sudah terlopong melihat Senah.

"Err..kita ke Gombak. Aku ada kakak kat situ." Chad mula pandang Karim.

"Buat sementara ni Senah tinggal dengan kak Wati dulu ya." Chad senyum sambil menoleh ke arah Senah di belakang tempat duduk.

Senah angguk. Sudah terbayang di benaknya, dia akan bertemu Kudin nanti dengan penampilan barunya. Tentu Kudin akan terpikat.

Dia menguntum senyum.

Karim hanya senyum. Senah tidak akan lama di rumah itu. Dia akan pastikan Senah akan berada di tempat yang telah ditentukan oleh Jo. Jo sudah berjanji dengan salah seorang pelanggan dari China yang sudah sedia menunggu di situ sejak kelmarin. Kalau tidak dipenuhi, Taiko Chong akan mengamuk. Sekarang ini memang susah untuk dapat bekalan. Kereta dipandu laju menuju ke Gombak.

SAMPAI di Gombak, Chad menghantar Senah ke rumah kakaknya di situ. Dia kemudian berpatah semula ke KL bersama Karim. Mereka berdua sempat singgah di sebuah restoran. Chad dan Karim mula mencari meja kosong. Sementara menunggu makanan sampai, mereka berbual kosong.

"Karim, kau betul ke nak carikan kerja kerani untuk Senah" Chad pandang Karim yang sudah lain riaknya sejak di kampung lagi. Dia seperti curiga.

"Betullah. Syarikat tu nak pakai pekerja ni. Aku tolong je.."Karim sengih.

"Syarikat apa"

"Syarikat ekspot impot. Alah..yang jual barang ke Jepun, China tu.." Karim berdalih.

Chad angguk-angguk. Dia pandang Karim yang sudah tersenyum. Dia cuba mencari riak Karim. Karim hanya dikenali dua bulan lepas semasa dia sedang mencari kerja di KL. Karim yang menolongnya mendapatkan kerja yang lebih baik di KL ni. Jadi dia tidak teragak-agak bila Karim inginkan seorang perempuan untuk mengisi jawatan kerani di sebuah syarikat. Namun dia juga ada agendanya sendiri.

"Eh, Chad! Kau buat apa kat sini"

Chad mendongak. Kudin sudah tersenyum berdiri di depannya.

"Kudin Bila kau datang KL" Chad bangun dan berjabat dengan Kudin.

"Eh..dah lama. Tak sangka jumpa kau kat sini." Kudin teruja bertemu Chad.

"Eh, duduklah. Kenalkan ni kawan aku, Karim." Chad kenalkan Karim pada Kudin. Kudin berjabat pula dengan Karim.

"So, kau buat apa kat KL ni Kerja ke apa Atau kau sambung semula kerja dulu" Chad sengih.

"Tak adalah..aku dah tinggal dah kerja tu." Kudin senyum hambar.

"Hmm..kau kerja kat mana Aku tak pernah tahu kau kerja kat mana" Kudin pula bertanya Chad.

"Dulu aku kerja satu syarikat ni..la ni aku rasa nak tukar kerja. Ni, Karim yang tolong aku." Chad pandang Karim dan kemudian mengalih pandang pada Kudin semula.

"Oh..baguslah."

Mereka bertiga mula menikmati makanan bersama sebelum bersurai ke destinasi masing-masing. Kudin sempat mengambil nombor telefon bimbit Chad dan juga alamat rumah Chad.

KUDIN henyak tubuh di sofa. Balik dari restoran tadi, tak sangka terjumpa kawan sekampung, Chad. Dia jeling bilik Lepat. Pintu yang terbuka luas itu memang jelas nampak Lepat terbongkang tidur, mungkin kepenatan. Apa yang dia tahu Lepat selalu kerja di luar pejabat. Kadang-kadang, langsung tidak balik ke rumah.

"Hmm..sampai bila aku nak tumpang rumah Lepat ni. Aku dah ada rumah kat Damansara." Kudin letak kepalanya di sofa. Mata menghala ke siling. Dia berfikir lagi.

Tadi semasa di restoran, Chad begitu berseri-seri wajahnya. Karim pula dilihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dari riak wajah lelaki itu. Chad pula sudah berpindah kerja di KL.

"Hmm...dia kerja apa kat KL ni Dulu kat Kuantan. Karim..macam pelik je aku tengok. Chad macam layan je mamat tu." Kudin berkata sendiri.

Fikirannya beralih pula pada Ana Dahlia yang sudah seminggu berhenti kerja. Tadi dia menerima surat dari balai polis menyatakan dia kena menghadirkan diri untuk soal siasat berkenaan kes kematian Tengku Muzafar.

"Pelik...tiba-tiba polis panggil aku. Aku ni suspek ke apa" Kudin berkerut kening. Telefon bimbitnya berdering kuat. Dia jeling skrin. Chad!

Lama mereka berbual. Chad ajak berjumpa sekejap lagi.

"Hmm..macam ada yang tak kena.." Kudin bingkas bangun semula dan capai kunci motosikal. Dia menapak semula ke tempat letak motosikal.

TIBA di tempat yang dijanjikan, Kudin menuju ke sebuah restoran mamak. Dia pandang jam di pergelangan tangan. Menghampiri sebelas malam. Dia mengukir senyum sebaik melihat Chad sudah melambai ke arahnya. Laju saja langkahnya diatur ke arah Chad.

"Ada apa kau nak jumpa ni" Kudin letak helmet atas meja.

"Aku ada hal penting. Tadi masa kat restoran tu, Karim ada, jadi aku tak boleh beritahu kau. Ni, kita minum dulu." Chad panggil pelayan restoran. Minuman dipesan untuk dua orang. Chad kembali memandang Kudin.

"Hal apa yang penting sangat tu" Sekali lagi Kudin tanya. Riak Chad sudah lain.

"Aku balik kampung dua hari lepas. Baru hari ni aku sampai KL tapi Senah, dia ikut aku datang sini." Chad mula bercerita.

"Apa Senah datang sini" Kudin menelan liur. Mimpi apa minah becok tu datang KL.

"Ya..dan dia datang sini sebab nak jumpa kau. Aku rasa esok tentu dia suruh aku temankan dia jumpa kau." Chad mula teguk teh ais yang baru sampai.

"Jumpa aku"

Chad angguk.

"Untuk apa" Kudin berkerut kening.

"Laa..tanya lagi kau ni. Tentulah nak jumpa buah hati dia. Senah tu kan dah lama syok kat kau tapikan..dia dah cantik tau. Tadi, aku bawa dia pergi grooming. Fuh! Kalah Nasha Aziz tu bro!" Chad sengih. Dia juga terlopong melihat penampilan Senah.

"Kau jangan nak buat lawak sengal boleh tak Senah tu nak samakan dengan pelakon tu Kau mimpi jatuh pokok ke apa" Kudin sengih.

"Aku serius la bro. Tak apa..itu tak penting sangat. Ada lagi yang lebih penting ni. Kau ingat Karim" Chad kembali ke topik yang ingin dibicarakan.

Kudin angguk.

"Senah tu ditawarkan kerja sebagai kerani di sebuah syarikat ekspot impot. Dia apa lagi teruja la. Terus nak ikut aku datang KL, sambil tu dia kata boleh jumpa kau. Apa yang menjadi masalahnya, aku rasa lain macam la. Syarikat apa yang ekspot impot" Chad garu kepala.

"Entah..banyak syarikat yang macam tu. Sejak bila kau kenal Karim" Kudin pula ingin tahu.

"Dua bulan lepas..aku percaya kat dia sebab dia tolong aku carikan kerja di KL ni." Chad menjelaskan perkara sebenar.

"Hmm...okey. Senah kat mana sekarang"

"Dia kat rumah kakak aku di Gombak. Dia mulanya nak tinggal dengan kau." Chad sengih lagi.

"Gila apa minah tu. Mana boleh tinggal dengan aku!" Kudin mencebik.

Telefon bimbit Chad mula berdering. Dia jeling skrin. Kak Wati yang menghubunginya. "Err..kejap ya. Kakak aku call."

Chad mula menjawab telefon. Dahi dan keningnya mula berkerut. Dia mundar mandir di situ. Telefon masih ditekap di telinga.

Kudin hanya memerhati tingkah Chad yang sudah ke hulu ke hilir di depan meja. Macam ada sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa Chad" Kudin terus tanya setelah perbualan Chad tadi selesai.

"Senah..dia hilang!"

"Apa Macam mana boleh hilang" Kudin menelan liur.

"Kakak aku cakap, Senah keluar sekejap kat depan pintu pagar rumah sebab ada orang nak jumpa. Kakak aku ingat kawan-kawan Senah ke apa ke. Sejam dia tunggu, Senah tak masuk-masuk ke dalam rumah. Bila kakak aku jenguk, Senah dah tak ada. Macam mana ni" Chad mundar mandir lagi.

"Tu la..kau kan dah tahu Senah tu suka merayap malam-malam ni. Dia ingat KL ni macam kampung agaknya. KL ni ramai penyangak!" Kudin pula bingkas bangun. Dia juga sudah buntu.

"Habis macam mana sekarang Nak lapor polis" Chad sudah gelisah. Rasa bersalah kerana telah bawa Senah datang ke KL.

"Cuba kau tanya Karim. Karim ada beritahu apa-apa tak sebelum kau balik dari restoran tadi" Kudin teringat tingkah Karim yang sudah lain tadi.

"Hmm..dia ada cakap yang dia nak cari rumah sewa untuk Senah." Chad pandang Kudin yang sudah menggelabah.

Chad mula menghubungi Karim. Tiada jawapan. Dia hubungi lagi. Kali ini Karim menjawab.

"Macam mana" Pantas Kudin tanya sebaik talian diputuskan.

"Karim tak tahu jugak. Dia kat rumah dia sekarang ni." Chad melepaskan keluhan.

"Ya Allah! Apasal minah tu berani sangat nak keluar malam-malam macam ni Apa yang kita nak jawab kat ayah dia nanti Wait! Ayah dia tahu ke Senah datang KL" Kudin pegang bahu Chad yang sudah tunduk.

Chad geleng. "Senah ikut senyap-senyap. Aku dah larang tapi Karim pujuk dia dan janjikan kerja kerani tu."

Kudin pula mundar mandir di situ. Chad sudah duduk di kerusi. Rambutnya dicengkam kuat dengan kedua belah tangan. Masing-masing sudah buntu. Esok pula Kudin akan hadir di balai polis. Chad dilihat masih bingung.