Abstrak Cinta Aku & Dia - 15
BAB 15

ASSALAMUALAIKUM DIK

Waalaikumussalam.

Dikabang nak nasi lemak dengan sambal kerang

Apa dia

Nasi lemak sambal kerang.

Nasi lemak

Ya dik

Ohokey

Penjual menghulur sepinggan nasi lemak kerang kepada Akmal. Akmal menapak ke meja makan.

Makan nasi lemak pun, boleh senyum sorang-sorang

Teguran itu menyebabkan Zareen tersipu-sipu lantas tersenyum sendiri. Nasi lemak yang hampir habis dalam pinggan dikuis-kuis dengan sudu.

Teringatkan siapa tu Usik Akmal lagi.

Tak ada siapalah. Zareen berdalih.

Mama kan ayah, sekarang ni suka senyum sorang-sorang Walaupun berumur empat tahun, Irfan petah berkata-kata.

Ya Cuba tanya mama. Dia teringatkan siapa

Mama teringatkan siapa Irfan mengulangi soalan Akmal.

Iskmakan cepat. Zareen pantas mengalih tajuk perbualan. Rambut Irfan diusap perlahan. Irfan ketawa mengekek lalu menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

Comotlah anak mama ni Zareen sengaja mengusik. Irfan memuncungkan bibir mendengar usikan mamanya.

Reen teringatkan siapa Kali ini, nada suara Akmal kedengaran lebih serius.

Zareen tak menjawab. Untuk mengelak dari bertentangan mata dengan Akmal, Zareen capai gelas berisi milo ais lalu isinya disedut. Pandangan mata Akmal tidak dilawan.

Bila abang nak balik Terengganu Kali ini Zareen menembak soalan.

Petang ni. Jawab Akmal.

Zareen mengangguk perlahan.

Irfan suka tak.. tinggal kat kampung Akmal menyoal Irfan. Kampung yang dimaksudkan adalah di Terengganu.

Suka Irfan terangguk-angguk apabila berkata.

Kat kampung ada atuk, ada Uwan, ada ayahada Ucu Nani Sambung Irfan. Jujur kedengarannya.

Cuba tanya mama, mama rindu tak nak balik kampung Suruh Akmal lagi.

Mama rindu tak dengan kampung Irfan menurut saja suruhan Akmal.

Zareen tersenyum sumbing. Dia tahu, Akmal sengaja menggunakan Irfan untuk berkias dengannya.

Dah habis makan, sayang Soalan Irfan tidak dijawab. Sekali lagi, Zareen mengusap rambut Irfan.

Kami semua rindukan Reen. Akmal berkata. Wajah Zareen di depannya dipandang lama.

Zareen tak bersuara. Memandang ke arah Akmal pun tidak.

Abang pun rindukan Reen. Akmal menyambung kata. Nadanya lebih perlahan kali ini.

Zareen menarik nafas panjang.

Dah enam bulan Reen tinggalkan kami. Reen langsung tak rindukan kami ke Akmal menyoal lagi. Seperti tadi, Zareen kekal membisu.

Rindu Sudah pasti dia rindu. Ketenangan di Terengganu pastinya tidak sama dengan hiruk-pikuk di Kuala Lumpur. Bunyi ombak yang menghempas pantai di sana, tak akan sama dengan bunyi kenderaan yang bertali arus di Kuala Lumpur. Udara segar di sana, tak akan sama dengan asap yang memenuhi ruang angkasa Kuala Lumpur.

Ya, semestinya dia rindu. Tetapi, selagi dia berada di Terengganu, selagi itu dia tak mampu meneruskan hidup. Kenangan bersama arwah Asyraf sentiasa mengusik jiwa. Wajah Asyraf sentiasa berlegar-legar di ruang mata. Bukanlah dia berniat untuk melupakan terus akan arwah Asyraf. Namun, sampai bila dia harus berpaut kepada masa silam Asyraf telah pergi. Asyraf tak akan kembali lagi kepadanya. Dia perlu meneruskan hidup.

Irfan lahir tanpa Asyraf di sisi. Asyraf pergi ketika kandungannya berusia tujuh bulan. Asyraf meninggal tanpa dapat diduga. Di usia semuda 28 tahun, Asyraf meninggal akibat jantungnya tidak berfungsi secara tiba-tiba. Semenjak itu, Akmal menjadi pengganti sebagai bapa kepada Irfan. Sebab itu Irfan memanggil Akmal dengan panggilan ayah. Akmal adalah abang kepada Asyraf. Manjanya Irfan pada Akmal seperti Akmal itu bapa sebenar Irfan. Bukan saja Akmal, seluruh keluarga mertua Zareen di Terengganu, menjaga dan menyayangi mereka tanpa berbelah bagi. Irfan terutamanya kerana Irfan adalah satu-satunya cucu mereka. Budi dan kasih-sayang yang ditaburkan kepada mereka, tak mungkin dapat dibalas olehnya. Tetapi, dia tak boleh lagi tinggal di Terengganu. Dia tak dapat meneruskan kehidupan secara normal sekiranya menetap di situ. Dia tidak dapat melupakan Asyraf seandainya dia terus berada di Terengganu. Hati dan perasaannya sentiasa pilu walaupun sudah lima tahun Asyraf pergi dijemput Ilahi.

Atas sebab itu, Zareen membuat keputusan untuk kembali semula ke Kuala Lumpur. Dia perlu mencari hidup baru. Dia tak boleh terus bersandar pada kenangan dengan Asyraf. Kuala Lumpur tidaklah setenang Terengganu namun, sekurang-kurangnya dia sudah boleh bernafas. Kesibukan kota Kuala Lumpur telah memberi semangat baru.

Reen Panggil Akmal.

Zareen mengangkat muka.

Suka betul mengelamun Sambung Akmal. Zareen dilihat tersenyum sumbing.

Irfan dah habis makan Soal Zareen.

Dah. Irfan terangguk-angguk.

Kita balik nak

Okey.

Zareen memandang Akmal. Akmal tersenyum, memahami maksud Zareen. Setelah membuat bayaran, mereka bertiga meninggalkan FRIM.

AKMAL menghantar Zareen dan Irfan ke rumah mereka di Taman Melawati. Dia ada urusan di Kuala Lumpur dan mengambil kesempatan ini untuk melawat Zareen dan Irfan. Rindu pada Irfan, tak mampu diucapkan dengan kata-kata. Empat tahun dia berkongsi kasih menjaga Irfan. Keletah anak arwah Asyraf itu sentiasa menghiburkan hatinya. Bila Irfan dan Zareen telah tiada, baru dia sedar. Bukan saja dia menyayangi Irfan, dia juga menyayangi Zareen. Dia telah jatuh cinta dengan bekas adik iparnya.

Jauh mengelamun. Tegur Zareen.

Akmal tersenyum. Kereta sudah diberhentikan di hadapan rumah Zareen. Dia mematikan enjin. Mereka bertiga keluar dari kereta.

Irfan, salam ayah sayang... Suruh Zareen.

Irfan menurut tanpa banyak soal. Tangan dihulurkan kepada Akmal. Akmal merendahkan badannya ketika menyambut tangan Irfan.

Sayang anak ayah ni Kata Akmal. Kedua belah pipi Irfan dicium.

Ayah, bila ayah nak datang sini lagi Soal Irfan.

Nantibila ayah tak sibuk, ayah datang sini lagi Jawab Akmal.

Ayah nak balik kampung ke

Ya. Ayah kena balik kampung.

Irfan nak ikut ayah, boleh Soal Irfan lagi.

Akmal menjeling sekilas ke arah Zareen sebelum menjawab.

Irfan tak boleh ikut ayah. Irfan kena jaga mama kat sini.

Ayah tinggallah kat sini. Tolong Irfan jaga mama

Kata-kata Irfan mengundang senyuman di bibir Akmal.Cuba tanya mama, dia kasi tak ayah jaga mama dengan Irfan

Mamakasi tak Irfan menoleh ke arah Zareen.

Zareen hanya tersenyum sumbing.

Ayah, mama tak nak jawab. Adu Irfan.

Akmal tersenyum. Sayang ayah tak

Sayang. Irfan menjawab lalu memeluk Akmal.

Irfan jaga diri baik-baik tau. Jaga mama elok-elok. Jangan nakal-nakal. Nanti ayah datang lagi

Okey Irfan menjawab.

Pelukan dileraikan. Akmal bangun lalu memandang tepat ke wajah Zareen. Reen, abang ada benda nak cakap dengan Reen.

Zareen menarik nafas, terdiam beberapa saat Kemudian, dia memandang Irfan.Irfan, Irfan masuk dalam dulu. Duduk dengan Makcu Zara. Kejap lagi nanti mama masuk.

Okey. Irfan menurut lalu berlari masuk ke dalam rumah.

Jangan lari. Tegur Zareen tetapi sudah pasti tidak diendahkan. Dia menoleh kepada Akmal, terdiam.

Reen, dah dua bulan abang tunggu jawapan Reen. Akmal memulakan bicara.

Abang tahu, Reen susah nak lupakan Asyraf. Tapi dah lima tahun Asyraf meninggal. Sampai bila Reen nak hidup sorang Sambung Akmal.

Reen tak tahu. Jawab Zareen pendek.

Bila Reen tinggalkan kami, hidup abang rasa kosong. Abang rindukan Irfan, abang rindukan Reen. Abang harap, Reen berikan abang peluang. Abang sayangkan Reen.

Zareen memejamkan mata. Nafasnya dihela panjang.

Reen

Abang, Reen tak ada jawapan buat masa ni. Reen tak tahu. Jawab Zareen. Akmal dilihat mengeluh perlahan.

Reen dah ada orang lain Akmal menduga.

Zareen hanya menggeleng lemah.

Reen sayangkan abang Akmal menduga lagi.

Zareen hanya tersenyum. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.

Abang pergi dulu. Setelah terdiam beberapa ketika, Akmal meminta diri.

Zareen mengangguk.

Reen jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa, call abang

Zareen mengangguk lagi.

Kirim salam pada abah, mak. Pada Nani Zareen berkata perlahan.

Akmal mengangguk.

Kirim salam pada semua. Balas Akmal. Wajah Zareen direnung lama.

Zareen hanya menundukkan wajah.

Assalamualaikum. Ucap Akmal.

Salam Akmal disambut Zareen. Akmal dilihat kembali ke keretanya. Sehingga Akmal hilang dari pandangan, barulah Zareen masuk ke dalam rumah.

ZARA sedang melayan Irfan menonton Astro Ceria di kaca televisyen. Kartun Upin & Ipin adalah kartun kegemaran Irfan. Walaupun diulang siaran beratus kali, Irfan masih setia menonton tanpa jemu. Dialog Upin & Ipin juga sudah dihafal.

A- Aa, YAM yam. A-yam. Watak Ijat sedang mengeja ayam. Irfan turut mengeja sama.

Zareen ketawa. Irfan, lepas ni pergi mandi. Suruh Zareen.

Okey. Irfan menjawab tanpa memandang Zareen. Leka menonton.

Zareen mengatur langkah ke dapur. Sebotol air masak dicapai dari atas kabinet. Setelah isinya dituangkan dalam gelas, dia menarik kerusi lalu duduk di meja makan.

Abang sayangkan Reen.

Kata-kata Akmal bergema. Zareen melepaskan keluhan. Air masak diteguk perlahan.

Akak! Zara menyergah dari pintu masuk dapur.

Isk..adik ni kan. Kalau akak tersedak tadi Omel Zareen.

Zara hanya tersengih.

Beranganlah tu Usik Zara.

Zareen memutarkan biji mata. Zara menghampiri Zareen lalu menarik kerusi, melabuh duduk.

Kak Panggil Zara lagi.

Apa dia

Lama akak berbual dengan Akmal

Apa salahnya

Tak salah pun Balas Zara. Tersengih lagi.

Zareen menggeleng. Dia sudah dapat menjangka soalan yang bakal diajukan kepadanya selepas ini.

Soakak macam mana dengan Akmal

Macam tulah

Takkan akak tak rasa apa-apa kot

Zareen mengangkat bahu. Air masak diteguk lagi.

Akmal cakap apa

Akmal ajak akak kahwin. Zareen berterus-terang.

Zara tersenyum.

Akak terima tak

Akak tak jawab apa-apa lagi. Entahlah dik. Akak pun tak tahu

Ke akak teringatkan anak ikan akak tu

Kurang asam kau, dik! Anak ikan kau panggil

Zara tergelak besar. Zareen turut ketawa sama.

Zack kanlagi muda dari akak. Berapa umur dia Lupa pulak

Dua puluh tujuh.

Hah..sebaya adik tu. Kalau dia kahwin dengan akak, adik kena panggil dia abang jugak ke

Apa adik merepek ni Akak tak ada apa-apalah dengan Zack.. Balas Zareen.

Zara ketawa lagi. Lucu melihat Zareen yang tak keruan begitu.

Elehmalu konon. Malumalu..tapi mahu Zara menyanyi lagu Ramlah Ram. Siap pura-pura memegang mikrofon.

Adik ni kanmalas akak nak cerita apa-apa lagi lepas ni Marah Zareen.

Zara ketawa mengekek.

Akakkalau bukan adik ni yang jadi kaunter pengaduan akak nak cerita pada siapa lagi

Zareen hanya menggeleng.

Zack tahu tak akak dah kahwin Zara menembak soalan.

Zareen geleng lagi.

Kenapa akak tak nak beritahu dia

Zareen hanya senyum sumbing.

Akak takut Zack tak boleh terima

Terima apanya Akak dah banyak kali cakapkan. Akak dengan Zack tak ada apa-apa. Tegas Zareen sekali lagi.

Tak ada apa-apa pun, dalam diam-diam...akak tengok jugak...kan

Akak tengok aje bukan kena bayar. Balas Zareen.

Zara mengekek ketawa lagi.

Entah-entah, Zack pun dah ada girlfriend. Lagipun, cuba adik fikir. Takkanlah Zack nak terima janda anak satu macam akak ni. Lebih tua pulak tu

Alaa kak. Zain Saidin dengan Rozita Che Wan tu okey aje

Tawa Zareen terburai.

Dik, kalau ya pun nak buat perbandingan, cuba cari yang sepadan. Rozita Che Wan tu artis. Akak ni siapa Tempelak Zareen.

Zara menyambung ketawanya.

Sudahlah dik. Cerita pasal lainlah. Bosanlah nak cerita pasal feeling ni.

Yalah kak. Balas Zara.

Adik nak keluar kejap lagi. Sambung Zara lalu bangun dari kerusi.

Pergi mana

Adalah. Balas Zara lalu meninggalkan Zareen di dapur dengan senyuman.