Aku, Dia Dan Somtam - 15
BAB 15

TINGGAL dua minggu je lagi pengajian di universiti akan berakhir. Bermakna dia perlu menyiapkan draf terakhir tesis by hook or by crook!

Anis pandang pula buku-buku masakan koleksinya yang tersusun kemas di atas rak. Dia senyum. Semangat baru mula berkobar-kobar. Cita-citanya yang sebenar mesti direalisasikan. Biar Imran tahu, dia bukan gadis yang terhegeh-hegeh! Komputer riba dibuka, mencari institusi pengajian tinggi yang menyediakan kursus kulinari. Beberapa universiti yang menawarkan kursus itu dicatat dalam nota kecil.

Hmmaku dah boleh mula mohon ni..

Lagu InsyaAllah mula bergema. Anis pandang telefon bimbit. Dia jeling nama yang keluar pada skrin.

Assalamualaikum! Anis mula menjawab.

Waalaikumussalam. Anis! Aku minta maaf.

Sejak kejadian di restoran dulu, lebih lima kali Zara call semata-mata nak minta maaf. Mesej di facebook pun dah penuh. Dah tak larat nak baca.

Zara..kan aku dah lama maafkan kau.

Tapi kalau kau dah maafkan aku, kenapa kau macam nak lari je dari aku.

Suara Izara di hujung talian macam tak puas hati.

Zara, kau kan tahu, aku tak nak fikir soal hati buat masa terdekat ni. Aku tak bersedia! Aku tak nak fikir! Anis semakin rimas dengan soal cinta.

Aku faham. Jadi kau dah maafkan akulah ni Suara ceria Izara mula kedengaran.

Ya! Kau tak buat salah apa pun. Hmm..boleh aku tanya sikit

Tanyalah! Banyak pun tak apa! Suara ketawa lembut Izara jelas kedengaran di hujung talian.

Kau dengan Imran tu..Kata-kata Anis terhenti di situ. Tidak berani dia bertanya lebih. Bimbang Izara akan salah sangka.

Kenapa dengan Imran

Err..tak apalah. Anis mula perlahankan suara. Nadanya agak mengeluh.

Kau ni..sekejap nak tanya, sekejap tak nak! FYI, Imran tu abang aku! Puas hati Izara masih ketawa.

Oh..tapi bukan ke dia tu sama umur kauerr..maksud aku sama umur kita Anis mula keliru dengan pengakuan Izara.

Kami kembarlah cik Anis oi! Apakau pun dah terjebak dalam cinta touch n go abang aku tu

Cinta Touch n go Anis berkerut kening mendengar Izara yang masih ketawa di hujung talian.

Haah! Abang aku tu tak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Cinta padanya macam touch n go! Tapi kalau kau suka abang aku, aku pun suka sebenarnya. Aku akan tolong kau usha abang aku tu!

Anis tersentap dengan kata-kata maut Izara. Jantungnya berdegup kencang. Hati mula bergetar. Kenapa dengan aku ni Kepalanya diluku berkali-kali.

Kalau diam tu maknanya kau sukalah tu! Kenapa tak cakap dari dulu Kalau aku tahu dari dulu, tak adalah aku nak padankan kau dengan Zafran tu.

Err..Zara..aku nak siapkan tesis aku ni. Aku telefon kau lagi ya! Terus talian putus. Soalan Izara tidak berjawab.

Anis mula menggelabah. Semuanya dirasakan serba tidak kena. Apa aku nak buat ni Kalau Zara beritahu Imran tentang hal ini macam mana Tidak! Ini tak boleh jadi!

Anis capai semula telefon bimbitnya dan menghantar mesej kepada Izara.

IZARA pandang iPhone miliknya. Mesej dari Anis.

Zara, aku harap kau tak panjangkan hal ini pada abang kau. Aku minta tolong sangat.

Uik! Kenapa dengan Anis ni Macam gabra jemacam ada yang tak kena. Jadi memang benarlah dia sukakan abang aku ni Izara mengusap-usap dagu dengan hujung jari telunjuk. Seperti ada sesuatu yang cuba Anis sembunyikan darinya.

Termenung nampak

Izara berpaling. Imran sudah menapak ke biliknya.

Senyum-senyum ni..ada apa sebenarnya Izara mula mengusik Imran.

Takkan senyum pun tak boleh Imran mula duduk di kerusi dekat dengan katil bujang Izara.

Selalunya bila senyum macam ni..ada sesuatu yang disorokkan. Atau..abang dah jatuh cinta Izara mula mengorek rahsia hati Imran. Mana tahu Imran juga suka pada Anis.

Imran ketawa. Seketika kemudian riaknya mula bertukar serius.

Entahlah dik..abang sebenarnya dah lama tutup pintu hati abang ni. Tak nak fikir soal cinta ni. Cukuplah apa yang telah perempuan tu buat dulu. Serik. Imran melontarkan kata-kata. Nada suaranya agak perlahan.

Ya ke Habis gadis-gadis yang abang bawa keluar tu, apa dia Bukan kekasih Izara sengih.

Perli abang la tu! Abang serius lah! Imran meluku lembut kepala Izara.

Abang hanya suka-suka saja. Tak serius pun. Tak tahulah pula kalau mereka tu anggap serius.

Abang jangan mainkan perasaan perempuan. Perempuan ni kalau dah dilayan lebih dari seorang kawan, mereka ingat cinta mereka telah terbalas. Hati perempuan mudah tersentuh bila disentuh. Mudah terusik.

Wah! Pandai bermadah pujangga adik ni ya! Siapa yang ajar Imran cubit manja mulut kecil milik adiknya.

Semua tu dari pengalaman, remember Izara senyum hambar.

Imran angguk. Dia faham senyuman di bibir Izara. Izara juga pernah kecewa kerana cinta.

Jadi..abang tak nak cari penggantiIzara cuba mengorek rahsia abangnya.

Entahlahabang dah fobia. Takut pisang berbuah dua kali. Imran mengeluh seketika.

Tak semua macam Natasha. Contohnya Anis. Dia sentiasa jaga batas pergaulan dan aurat. Adik tengok Natasha tu pula lain macam sikit. Bertudung tapi masih gedik. Buktinya, selamba je dia peluk abang depan adik dan mama. Kalau dia seorang yang tahu menjaga batas pergaulan, dia tak akan buat semua tu. Bertepuk bertampar dengan lelaki bukan mahram sesuka hati. Buat malu kaum yang bertudung saja! Dia tinggalkan abang kerana lelaki lain yang lebih kaya. Lepas tu tudung entah ke mana!

Nampak sangat dia bertudung tak ikhlas. Atau mungkin hanya untuk mengambil hati abang.

Imran diam mendengar kata-kata Izara. Segala apa yang Izara katakan sebentar tadi memang kena batang hidungnya sendiri.

Itulah yang dia lakukan pada gadis somtam itu dulu. Sampai sekarang kejadian itu masih terbayang di ruang matanya. Lega bila perkataan maaf sudah dihulurkan.

Entahlah dik..

Anis banyak mengajar adik tentang hidup bersyariat. Abang pun tahu kan, keluarga kita macam mana. Tak pernah serius soal agama. Nak solat ke, tak nak solat ke, terpulang. Sedangkan solat itu wajib.

Imran angguk lagi. Ya..kita sememangnya amat jauh dari landasan agama

Izara mula sebak mendengar luahan hati Imran. Memang selama ini dia tahu, abangnya kecewa dengan Natasha dan sejak itu hidupnya seolah sudah tidak berpaksikan pada agama. Imran mula berpelesiran dengan gadis-gadis. Namun begitu dia tahu, Imran tidak pernah menggunakan rupa dan harta untuk merosakkan gadis. Mereka hanya keluar bersuka ria dan berseronok.

Mungkin kerana kejahilan menguasai diri. Malah dia juga tahu, Imran tidak pernah mengambil kesempatan ke atas gadis yang tergila-gilakannya walaupun banyak kali dia dengar gadis itu sanggup menyerahkan mahkota diri untuk Imran.

Abang..adik bangga dengan abang. Izara peluk erat abangnya. Matanya mula berair.

Imran membalas pelukan Izara yang selalu memahami hati dan perasaannya.

Err..abang suka tak pada Anis Izara masih mencari jawapan.

Anis Maksud adik..minah somtam tu

Minah somtam Izara pandang Imran. Riak Imran dah sinis.

Sejak bila abang panggil dia minah somtam

Imran jeling Izara. Alamak! Kantoi la pulak.

Ingat tak masa kita balik kampung dulu. Kan abang cari somtam. Abang beli kat gerai dialah. Sejak tu abang panggil dia minah somtam! Imran masih menggelabah. Janganlah adik aku ni banyak soal.

Oh..

Fuh! Imran mula lega melihat Izara macam berpuas hati dengan jawapannya sebentar tadi. Tiada lagi soalan maut dari Izara.

Err..abang pergi dulu. Nak habiskan tugasan yang pensyarah bagi. Esok nak hantar. Imran mula bangun tapi sempat Izara menarik tangannya. Dia terduduk semula di kerusi.

Tunggulah jap. Adik belum habis tanya lagi ni.. Izara mula bersuara merajuk.

Adik nak tanya apa lagi

Abang suka Anis takUlang Izara lagi.

Imran diam. Dia sendiri tidak tahu perasaannya sendiri. Yang pasti dia suka melihat pipi merah gadis itu bila menahan marah. Ada satu keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Abang!

Imran mula tersedar dari lamunan.Bahunya digoncang kuat. Izara masih memandangnya tidak berkelip.

Ha Err..adik tanya apa tadi

Mengelamun pulak dia! Adik tanya..abang suka tak kat Anis

Errr..emm...

Suka tak

Eh! Dulu bukan main lagi nak padankan dengan Zafran! Kenapa babitkan abang pulak Imran luku kepala Izara dengan manja.

Anis tak suka kat Zafran tu. Izara mula tunduk. Perasaan bersalahnya masih bersisa.

Tahu pun! Yang adik beria nak padankan orang tu kenapa Cinta tak boleh dipaksa. Jadi tak payah buang masa nak jadi agen cari jodoh pulak. Imran mula ketawa. Geli hati dengan tindakan Izara yang sudah seperti terdesak.

Izara diam. Dia jeling tajam Imran yang masih mengekek ketawakannya.

Dulu abang tengok adik menangis memanjang. Makan tak nak. Berkurung dalam bilik. Sampai nak bunuh diri bagai. Sekarang ni dah ceria pulak. Apadah jumpa orang baru Imran mula tukar topik. Dia sendiri pelik dengan sikap Izara yang sekejap menangis, bersedih. Sekejap pula ceria.

Eleh..kata kat orang. Abang tu apa kurangnya! Masa putus cinta dulu, macam orang gila adik tengok. Berserabai. Macamlah dunia ni nak kiamat. Izara pulangkan semula kata-kata itu pada Imran.

Itu dulu. Sekarang ni abang tak fikir dah semua tu. Menyakitkan hati. Buat hal sendiri lagi bagus. Tak berserabut otak! Imran sengih. Memang dia rasa bahagia sekarang.

Betul tu! Adik sokong! Buat apa nak dikenang perkara bodoh macam tu Buat sakit hati adalah! Kalau difikirkan, adik tak nak bercinta lagi. Sesiapa masuk meminang nanti, adik terima je! Izara mula merajuk.

Imran senyum. Nampaknya Izara juga sudah serik sepertinya.

Kalau orang yang masuk meminang tu kudung tangan, nak ke Imran mula menguji Izara.

Abang ni..takkanlah adik nak terima. Logiklah sikit. Bahu Imran ditumbuk kuat.

Sakitlah! Abang tanya je! Imran mengaduh sakit. Kuat jugak penangan tumbukan Izara tadi.

Maaf..adik tak sengaja. Bahu Imran digosok perlahan.

Imran mula minta diri. Izara pula menyambung semula tugasan yang masih tidak siap.

IMRAN kembali semula ke bilik. Komputer riba dibuka. Tugasan yang diberi oleh pensyarah tadi perlu disiapkan segera.

Buku kecil dalam beg sandang dikeluarkan.Dia menyambung kembali membaca. Halaman dua puluh lima yang telah ditanda dengan penanda buku.

Budi pekerti yang mulia dan pengucapan yang baik datang daripada hati yang bersih dan jiwa yang luhur.Namun jika hati sudah berkarat dan kotor, maka akan lahirlah pengucapan kesat dan bila pengucapan sudah menjadi kesat, maka akan lahirlah manusia durjana

Hmmbetul jugaselama ni aku selalu cakap benda yang tak baik. Dah tu buat tak senonoh kat minah somtam tu.. Imran baca kembali ayat-ayat itu.

Dia menyambung lagi membaca. Penuh khusyuk menghayati setiap ayat.Olahan dan segala catatan dalam nota itu dah macam satu cerita novel kehidupan.

Hmmsiapa dia ni Imran mula bermonolog dengan nota kecil di tangannya.

Sudah sepuluh halaman dibaca. Hatinya mula berdegup bila halaman ke tiga puluh enam dibaca. Ayat itu cukup membuat hatinya tersentuh. Diulang lagi membaca.

Hati yang tenang akan bersyukur apabila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela memberi maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda: Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. (riwayat Bukhari Muslim)

Imran mula termenung. Bait ayat itu memang dah kena batang hidungnya sendiri. Selama ini hatinya dipenuhi perasaan pentingkan diri, mudah marah dan selalunya tidak pernah bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Mungkin kerana dia dilahirkan dalam keluarga kaya. Tidak pernah merasa apa erti susah. Bangga dengan harta kekayaan orang tuanya sehingga memandang rendah pada yang miskin. Sombong. Wajah minah somtam mula berputar ligat di ruang benak. Selama ni suka sangat aku buli dia. Gadis itu dianggap tidak layak sedangkan semua hamba Allah adalah sama di sisiNya kecuali taqwa. Imran mula berfikir dirinya yang terlalu jauh hanyut dalam keseronokan dunia yang diciptanya sendiri. Tidak pernah ambil kisah tentang perasaan orang lain. Perasaan bersalah mula menghantui diri. Komputer riba ditutup.

Dia menapak ke katil. Esok dia perlu melakukan sesuatu. Pasti!

SEAWAL lima setengah pagi, Imran sudah bangkit dari tidur. Dia melangkah perlahan menuju ke bilik air. Sehelai sejadah yang jarang dibentang dicapai dari rak. Kedua kakinya mula berdiri di atas sejadah. Lama dia meraup muka. Di pagi yang hening itu, buat pertama kali dalam hidupnya, dia ingin mengabdikan diri kepada Allah. Namun dia masih berdiri kaku di situ. Terasa tiada apa yang mampu menggerakkan kaki dan hatinya untuk solat.

Ya Allahlama sungguh aku tinggalkan solat. Solat wajib pun aku tinggal, inikan pula solat sunat. Imran meraup sekali lagi mukanya. Mata dipejam seketika..

Sayup kedengaran suara azan subuh berkumandang dari masjid di hujung taman. Masjid yang sudah lama tidak diimarahkan. Dia segera capai kunci kereta. Biarlah pagi yang indah itu disinari cahaya keimanan. Kereta dipandu berhati-hati menuju ke masjid.

Usai solat subuh, sebuah al-quran dicapai dari rak di sudut dinding masjid. Dia lihat jam bulat di dinding masjid. Enam setengah pagi. Masih terlalu awal untuknya ke kampus. Bermula minggu ini hanya kerja tesis sahaja yang perlu disiapkan. Dah tak payah masuk kelas. Ayat-ayat suci al-Quran dialunkan perlahan-lahan. Tersangkut-sangkut lidahnya menyebut setiap ayat. Sesekali Imran mengeluh. Hampir sepuluh tahun dia tidak menyentuh apatah lagi membaca kalimah suci itu.

Assalamualaikum!

Imran mendongak. Seorang lelaki tua berjubah putih dan berkupiah tersenyum memandangnya. Ada sedikit janggut.

Waalaikumussalam.. Imran turut tersenyum.

Lama orang tua itu diperhatikan. Ada riak tenang di wajahnya. Lama mereka berpandangan.

Nampaknya anak ni macam dah lama tak baca Quran Lelaki itu senyum lagi menampakkan sebaris gigi putih berseri. Jelas senyumannya menusuk kalbu. Sungguh tenang. Jernih.

Err..ya pakcik.Imran mula tunduk malu. Wajahnya mula berubah rona. Malu. Dah besar gedabak macam ni masih merangkak-rangkak membaca Quran.

Hmm Pakcik tua tu mengusap-usap janggut sejemputnya.

Cuba bacapakcik nak dengar.. Lelaki tua itu mula duduk di sebelah Imran. Mendengar dan menegur bacaan Imran yang masih tidak lancar.

Pakcik..terima kasih. Selama ini saya abaikan semua ini. Solat dan mengaji Quran dah lama saya tinggal Imran menutup kitab Quran. Al-Quran diletakkan di rak semula.

Pakcik hanya menolong mana yang termampu. Alhamdulillah, anak ni nampaknya telah dipilih oleh Allah untuk mengenali semula diri. Tentu ada sebabnya anak ni nak berubah. Ingat..kita hidup di dunia ni hanya menumpang. Menumpang berteduh sebelum berlalu pergi ke tempat asal kita. Dan setiap penumpang perlu membayar untuk berteduh. Tiada yang percuma. Beramal soleh dan mensyukuri nikmat Allah adalah jambatan menuju ke tempat asal kita. Itulah bayaran yang perlu kita buat.

Imran diam mendengar kata-kata lelaki tua itu. Segala kata-kata yang diluahkan oleh lelaki itu adalah benar. Sedangkan di dunia ini, tiada yang percuma. Semuanya perlu dibayar. Betapa selama ini dia tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Begitu senang melakukan dosa. Malah bangga dan megah dengan dosa yang dilakukan.

ImranImran

Imran mula tersedar dari lamunan bila tangan lelaki itu menyentuh lembut bahunya. Macam mana pakcik ni tahu nama aku Rasanya aku tak cakap apa-apa tadi.

Err..ma..macam mana pakcik tahu nama saya

Pakcik pergi dulu. Ingat kita hanya menumpang. Kita ni pengembara.. Lelaki tua itu bersalam dengan Imran. Soalan Imran tidak berjawab. Dia mula bangun.

Err..pakcik..nama pakcik siapa Imran turut bangun.

Firdaus. Dia segera berlalu pergi.

Firdaus. Imran berfikir sendiri. Dia berlari anak mengejar lelaki tua itu yang sudah mula menuruni anak tangga masjid.

Sebaik tiba di tangga, tiada sesiapa di situ. Hanya beberapa jemaah lain yang mula keluar dari masjid. Tiada seorang pun yang menyerupai pakcik Firdaus. Cepatnya pakcik ni pergi Imran mula menggaru kepala. Matanya masih melekat pada arah jalan keluar ke pintu utama masjid. Tak mungkin secepat itu orang tua tu pergi.

PULANG dari masjid, Imran terus ke rumah. Dah hampir tujuh setengah pagi. Dia segera ke bilik mengambil beg sandang yang selalu dibawanya ke kampus. Buku kecil yang selalu dibaca turut dimasukkan ke dalam beg.

Abang! Awalnya nak ke kampus Izara sudah tercegat di depan pintu bilik sambil menguap.

Haah..abang nak habiskan tesis ni. Nak cari rujukan kat library. Adik nak ikut tak Imran membetulkan baju dan mula menyikat rambut.

Tak apalah. Adik dah janji dengan Anis. Hmm..abang hujung minggu ni adik jemput Anis makan malam kat rumah kita tau. Abang jangan ke mana-mana pulak. Izara sengih.

Sengaja dia menyuruh Imran tidak ke mana-mana. Dia ada rancangannya sendiri.

Eh! Apa kena mengena dengan abang pulak Imran pandang Izara yang tersengih-sengih dari tadi.

Laa..ingat tak hari tu..adik jemput kawan adik makan tengah hari tapi tak jadi. Dia tiba-tiba balik. Sebenarnya adik nak kenalkan dengan keluarga kitalah. Hari Ahad nanti, abang kena ada kat rumah. Adik dah bagi tahu kat mama dan kak Dina. Izara senyum. Tangan Imran dipegang erat.

Yalah..abang makan kat rumah. Tapi abang tak janji tau! Err..tak panggil Zafran sekali ke Imran kenyit mata pada adiknya.

Buat apa

Laa..tanya pulak dia. Bukan ke dulu adik yang beria-ia nak satukan dia orang berdua tu. Imran mula sengih. Wajah Izara mula berubah.

Memanglah tapi Anis tak suka Zarfan tu. Adik rasa dia sukakan abang la Izara menjeling manja Imran yang turut berubah riak.

Sukakan abang Biar betul! Adik tahu tak minah tu garang gila! Imran senyum sinis. Hatinya masih tidak boleh terima cinta sesiapa. Tika ini hanya seorang gadis saja yang ingin dikenali dengan lebih rapat. Gadis yang tidak pernah dia jumpa secara berdepan.

Garang Macam mana abang tahu dia garang Bila abang cakap dengan dia Bertubi-tubi soalan dari Izara. Wajah senyum Imran sudah bertukar riak.

Kenapa abang menggelabah je ni Izara merenung Imran menyambung bicara.

Erralah..abang kenal dia gitu-gitu je. Dia kan kawan adik. Mestilah abang kenal. Semua kawan adik abang kenal apa! Imran mula mencari alasan sesuai. Dijelingnya Izara yang masih merenungnya dengan muka berkerut seribu. Dah macam nenek pulak dia ni!

Hmm..tapi macam mana abang tahu dia garang Entah-entah abang ada usik dia tak Izara mula mengusik abang kembarnya yang jelas menggelabah.

Eh! Mana ada! Minah kerek tu bukan cita rasa abang. Lagipun kan semua perempuan yang dekat dengan abang semuanya seksi! Tak macam minah kampung tu. Imran pandang sekilas Izara yang masih merenungnya menunggu jawapan yang sebenar. Dia segera minta diri.

Okey! Tak apa. We will see!I bet you! Sekali abang kenal dia, abang akan suka seratus kali ganda tau! Izara melaung dari atas beranda bila melihat Imran sudah melangkah ke arah kereta.

TIBA di kampus, Imran segera ke medan selera untuk bersarapan. Dia berjalan perlahan di sepanjang gerai-gerai di medan selera. Melihat makanan yang terhidang di setiap gerai membuat dia terasa sangat lapar.

Eh..ni macam somtam. Err..makcik, somtam ni makcik buat sendiri ke Imran mula bertanya makcik yang tersenyum dari tadi.

Tak..ada orang tumpang letak.Kenapa

Ohtak ada apa..err..bagi saya nasi lemak dua bungkus dan somtam tu tiga ringgit. Imran senyum. Sekeping duit sepuluh ringgit dikeluarkan dari dompet.

Nak makan sini ke nak bungkusMakcik Senah pandang Imran yang melihat-lihat makanan lain di gerainya.

Makan! Imran senyum lagi.

Makcik Senah cedok dua senduk kecil somtam ke dalam pinggan dan meletakkan dua bungkus nasi lemak yang sudah siap dibungkus dengan daun pisang ke atas pinggan lain.

Terima kasih. Imran menyambut nasi lemak dan somtam yang dihulur makcik itu. Sebelum beredar, matanya tertancap pada satu dompet di tepi dinding di atas gerai.

Err..makcik..ni dompet siapa Kalau dompet makcik, jangan letak kat sini. Nanti senang je orang ambil! Imran pandang makcik Senah yang sibuk melayan pelanggan lain.

Dompet Bukan dompet makcik nak..

Imran hanya pandang makcik Senah sibuk dengan pelanggan yang ingin membeli sarapan. Dia mula ambil dompet untuk melihat siapa pemiliknya.

Anis Hanifah Kawan adik aku pun Anis jugak..mungkin ni dompet dia. Err..makcik, dompet ni kawan saya yang punya la. Nanti saya bagi kat dia! Imran ambil dompet dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

Makcik Senah menoleh sekilas dan angguk. Dia kembali melayan pelanggan. Imran pandang makcik Senah yang sibuk dengan pelanggan. Entah dengar entah tidak apa yang dikatakan olehnya sebentar tadi. Dia mula mencari tempat duduk setelah membeli kopi o panas. Beg sandangnya diletak di sebelah kerusi. Dia mula menikmati nasi lemak. Somtam yang dibeli dipandang sejenak.

Hmm..apa agaknya rasa somtam ni. Imran mula mengambil satu sudu. Dia mengunyah perlahan.

Hmm..sedap jugak rupanya..walaupun tak sesedap salad. Macam kerabu pun ada. Bukan..macam jeruk kut. Imran meneka-neka sendiri. Riak mukanya berubah-ubah. Berkerut-kerut kening. Dia mengambil satu sudu lagi.

ANIS tergesa-gesa ke medan selera semula. Dah pucat. Dia meluru ke gerai makcik Senah. Terjenguk-jenguk melihat pelanggan yang semakin ramai di gerai itu.

Err..makcik! Ada nampak dompet saya tak Anis mendekati makcik Senah yang kelihatan sibuk melayan pelanggan.

Hah Dompet Makcik Senah mula jeling ke arah Anis yang tercari-cari sesuatu di gerainya. Sekejap dia pandang ke arah lain sambil melayan pelanggan yang datang.

Anis angguk. Ada tak

Rasanya tadi ada orang ambil. Katanya dompet tu kawan dia yang punya. Hmm..ha..tu dia! Makcik Senah panjangkan lehernya menjenguk ke tempat duduk. Jarinya menuding ke arah Imran yang masih duduk di situ.

Anis turut memandang ke arah yang ditunjukkan oleh makcik Senah. Takkanlah

Err..makcik..maaf, maksud makcik, lelaki yang pakai baju kelabu tu ke Anis inginkan kepastian. Dari jauh dia melihat seorang lelaki yang berkemeja kelabu dan berseluar jeans sedang enak menikmati sarapan.

Makcik Senah angguk acuh tak acuh. Dia masih melayan pelanggan. Anis pandang lelaki itu dengan wajah serba salah. Lama berfikir. Ah! Itu dompet aku! Aku kena berani bersemuka dengan mamat tu!Pujuk hatinya. Dia mula mengatur langkah.

Assalamualaikum.. Anis berdehem kecil. Salam diberi agak perlahan.

Imran mendongak. Minah somtam dah terpacak di sebelah. Ada riak cemas.

Waalaikumussalam..awak nak apa Imran bertanya selamba.

Err..maaf, awak ada ambil sesuatu kepunyaan saya. Tergagap-gagap Anis bersuara.

Oh ya Kepunyaan awak Apa dia Saya ke Imran pura-pura tidak tahu. Dia menghabiskan nasi lemak dan somtam yang dibeli tadi. Sedikit pun tidak memandang Anis yang masih terpacak di depannya macam tiang elektrik!

Eii! Mamat ni! Buat tak reti pulak! Sakit hati dengan sikap Imran yang berpura-pura.

Maaf..tadi makcik tu cakap, awak yang ambil dompet saya. Jadi saya nak balik dompet tu. Anis cuba bermanis muka. Terpaksa.

Oh..dompet. Ingatkan saya tadi. Mana tahu, awak claim saya ni kepunyaan awak! Sengih Imran semakin menjadi.

Dia pandang Anis yang sudah merah pipinya menahan marah. Sweet!

Mengada-ngada! Anis renung Imran yang tersengih-sengih. Tak kelakar pun!

Mana dia

Apa

Awak jangan nak bergurau dengan saya. Dompet saya mana Anis mula geram. Nada dah mula tinggi.

Kalau awak nak dompet awak, awak kena buat sesuatu untuk saya dulu. Selamba Imran meneguk kopi o panas sambil bersandar di kerusi.

Eh, tak ada masa nak layan awak. Mana dompet saya Anis semakin geram.

Terpulang! Baliklah jalan kaki Imran ketawa sinis. Dia pandang gadis somtam itu atas bawah. Baju kurung biru yang dipakai sepadan dengan tudung biru muda berbunga merah kecil di tepi. Boleh tahan minah ni!

Baiklah! Apa yang saya kena buat Anis mengetap bibir.

Hmm..macam tulah! Saya nak awak buat somtam untuk saya.

Itu saja

Dan awak kena hantar somtam tu pada saya esok tepat jam tujuh pagi di sini. Imran jeling Anis yang mula berubah riak.

Kenapa sambung Imran lagi dengan nada sinis.

Eh, awak ni dah gila ke apa Anis jengilkan mata melihat muka selamba Imran.

Terpulang!Imran angkat bahu.

Baiklah. Anis mula senyum. Janji yang dibuat tidak akan ditunaikan. Permintaan gila Imran tidak perlu dilayan!

Good! Nah! Imran menghulurkan kad pengenalan dan beberapa keping wang kertas milik Anis.

Err..dompet saya

Selagi saya tak dapat somtam esok, dompet awak ada kat sini. Imran tepuk-tepuk beg sandangnya dan mula berlalu pergi meninggalkan Anis tercengang sendirian di situ.