Demi Ajai - 15
bab 15

TEMPOH persengketaan antara Cikgu Isa dengan Ajai sudah lama tamat. Mereka sering dilihat bersama ke mana-mana. Pada hujung minggu, Ajai dan gurunya itu akan berjoging di taman. Setiap malam juga mereka akan beriringan ke surau.

Cuti pertengahan semester ini akan digunakan sebaik mungkin untuk mengakrabkan kembali hubungan yang bersela suatu ketika dahulu. Gana juga kerap dijemput ke rumah untuk bersama-sama menelaah.

Cikgu, tahun lepas di sekolah kita tu berapa ramai yang cemerlang dalam PMR soal Ajai tiba-tiba.

Cikgu tak berapa ingatlah. Dalam lingkungan 20 orang jugalah. Kenapa kamu tanya Saja nak tahu, balas Ajai bersahaja.

Cikgu Isa yang sedang memandu di sebelahnya tersenyum halus. Jauh di sudut hatinya, dia bimbang tidak berkesempatan melihat kejayaan anak Jakun itu.

Cikgu, bolehkah saya masuk ke sekolah berasrama penuh Ajai kembali bertanya.

Kalau kamu cemerlang, insya-Allah boleh. Kenapa

Tak ada apa-apa. Saya akan cuba yang terbaik. Riak muka Ajai berubah. Sebenarnya dia takut untuk berterus-terang. Sampai ke hari ini dia masih memikirkan soal pengenalan dirinya. Dia makin gusar.

Baguslah. PMR berapa lama lagi Sempatkah kamu nak ulang kaji Cikgu Isa bertanya kepada anak jagaannya itu.

Empat bulan lagi. Tolak cuti itu, cuti ini mungkin dalam tiga bulan saja ada.

Macam mana dengan subjek Bahasa Inggeris Dah kuasai Cikgu Isa menduga. Dia tahu Ajai lemah sedikit dalam subjek itu. Awal tahun ini, dia mendapat markah yang paling rendah dalam kelasnya. Semua pelajar di kelas itu memandangnya sebagai seorang budak kampung yang mundur. Tetapi selepas itu dia mula tekun mempelajari bahasa yang sedikit asing baginya.

Bahasa Inggeris Bolehlah kalau setakat nak lulus tu, terang Ajai malu-malu.

Nak lulus saja Mana boleh macam tu. Kena cemerlang juga macam subjek lain. Suara Cikgu Isa sedikit keras. Dia tidak berkenan dengan sikap sambil lewa Ajai.

Ya, nanti saya cuba, suara Ajai merendah. Takut barangkali.

Cikgu Isa menoleh. Dia nampak Ajai tertunduk.

Si Kameena tu bijak. Belajarlah dengan dia. Dia anak orang kaya memang mahir berbahasa Inggeris.

Ajai terkedu. Nama yang pantang didengarnya. Baru-baru ini dia bersesah lagi dengan Kameena. Ajai masih berdendam dengan gadis itu sejak awal tahun lagi.

Mereka sudah pun sampai ke Kampung Kelipuk. Dua hari bercuti di sini, Ajai akan bersama teman-teman lamanya. Dia pasti merindui kampung halamannya ini. Tok Batin Kutam sudah lama tidak ditemui, pasti banyak cerita baharu sepanjang ketiadaannya di situ.

Teja senja memerangkap suria yang kian pudar warnanya. Teratak Tok Keman menerima kunjungan cahaya jingga seiring kehadiran Ajai dan Cikgu Isa. Mereka berdua akan menetap di situ. Buat kali pertamanya, Cikgu Isa ke Kampung Kelipuk tanpa menyewa chalet. Rumah tinggalan itu kini rumahnya.

MAKIN hebatlah ajeh. Tokki berbangga sangat dengan kelantangan ajeh bersuara.

Kan malu sebenarnya. Kan belum lagi

PMR, tapi cakapnya dah macam berjaya sangat, Ajai merendah diri. Memang dia bimbang ada cakap-cakap belakang kerana dia bukanlah yang selayaknya berucap di hadapan orang ramai tadi. Tetapi, atas permintaan guru besar di sekolah itu, dia gagahkan juga. Lagi pula, Cikgu Isa ada bersama untuk menyokongnya.

Apa yang nak dimalukan Ajeh boleh berjaya nanti. Tokki yakin diasema akan dengar cakap ajeh.

Terima kasih, Tokki.

Ajai tersengih sambil tangannya dihulurkan kepada ketua kampung itu. Pantas disambut Tok Batin Kutam.

Sungguh dia tidak menyangka kepula-

ngannya begitu dialu-alukan oleh orang kampung. Kanak-kanak di sana pun masih mengen alinya. Sudah lama dia tidak digelar abang. Kali ini dia kembali mendengar panggilan itu.

Ajai, boleh Tokki cakap sikit Tok Batin Kutam berwajah serius. Mungkin ada perkara penting yang ingin dibualkan.

Boleh, apa dia

Ajeh budak pandai, kan Boleh Tokki tahu dalam bahasa Melayu, apa maksud jakun

Ajai terdiam. Satu soalan yang tidak duga terpersil dari mulut Tok Batin Kutam. Dia sendiri tidak pasti jawapannya. Malah, dia masih mengkaji.

Maaf, Tokki. Kan tak pasti tentang itu. Nanti kan tanya sama Cikgu Isa. Dia guru Bahasa Melayu di sekolah, dalih Ajai.

Ada riak kecewa pada wajah Tok Batin Kutam. Dia mengangguk pura-pura faham.

Kenapa Tokki tanya Ajai musykil.

Semalam, ada orang kampung kita bergaduh dengan orang luar, balas Tok Batin Kutam bersungguh.

Ajai terkejut. Berkerut dahinya. Dia berminat untuk mendengar cerita selanjutnya. Bergaduh Kenapa

Pelajar-pelajar universiti tu buat pelancongan desa di kampung kita ni. Petang semalam ada pameran kraftangan. Entah macam mana pula seorang daripada kumpulan tu sebut jakun dekat kawan dia. Orang kampung kita dengar kecil hatilah.

Lepas tu tanya Ajai gelojoh.

Lepas tu, tak fasal-fasal Si Ayap anak Pak Rajang tu melenting. Dia tak puas hati dengan pelajar tu. Pelajar itu mengejek kawannya berkalikali dengan perkataan itu. Manalah Ayap tak mengamuk, cerita ketua kampung itu.

Macam mana boleh jadi sampai macam tu. Lepas tu Ajai kelihatan berminat.

Ayap tengkinglah, tanya kenapa hina orang Jakun. Budak tu pun panas baran juga. Dia melawanlah. Dia kata dia maksudkan

jakun yang lain. Si Ayap ni dah tahu orang luar yang cakap macam tu mesti ada maksud lain, tapi dia nak berlagak hero.

Ajai tergaru-garu dagunya. Dalam hatinya, dia memuji tindakan Ayap. Apa salahnya kalau dia pertahankan kaumnya. Tok Batin Kutam pula tentu rasa serba salah sebab dia ketua kampung ini.

Ajai termenung. Dia sendiri tidak pasti apakah maksud jakun. Apakah betul ada maksud lain Yang menjadi kemusykilannya ialah apa yang dimaksudkan dengan jakun yang lain itu seperti merendah-rendahkan martabat suku kaum Jakun. Apa tidaknya, setiap yang tidak elok atau pelik-pelik sahaja mesti disandarkan kepada jakun. Macamlah suku kaum Jakun benar-benar begitu.

Macam inilah, Tokki. Nanti kan tanya Cikgu Isa dulu, ya Ajai mahu mengendurkan ketegangan di jiwa orang tua itu.

Eh, tak apalah, Ajai. Tokki cuma bertanya. Kalau ajeh tak tahu, tak mengapa. Tokki saja nak cerita.

Tok Batin Kutam memaksa bibirnya dilebarkan. Ajai nampak senyuman palsu orang tua itu.

Sekarang Ajai benar-benar terjentik. Dia mahukan kebenaran yang pasti. Selepas itu, dia mahu semua golongan menghormati suku kaumnya. Tetapi, apakah mungkin itu semua berlaku