Alyssa tersenyum. Dia mungkin akan rasa tersindir kalau Elly tahu tentang penyakit yang sedang dideritainya sekarang. Maklumlah, dia sudah tidak punya banyak masa lagi untuk melihat tumbesaran bayi dalam kandungan Elly itu. Namun, berdiam diri adalah lebih bermanfaat buat Alyssa sekarang. Sekurang-kurangnya, hanya dia sendiri yang derita.
Alah, pilihan engkau tu pun dah cukup okay dah. Cantik nama yang kau pilih tu, kena pula dengan maksudnya. Lagi pun, kan Tuan Fahreen yang memberikan pernghormatan kepada engkau untuk membuat pilihan Jadi, kau ikut sajalah kata hatimu, jawab Alyssa.
Elly dapat merasakan kelainan dalam kata-kata Alyssa itu. Dia tidak tahu, adakah itu tanda protes, jauh hati atau perasaan yang muncul kerana merasakan diri tidak diperlukan lagi. Yang pastinya, Alyssa kelihatan jauh sekali berbeza dari selalu, dari segi fizikal dan mentalnya. Dan adakalanya, Elly terlihat yang Alyssa sering terlupa akan perkara-perkara yang menjadi rutin dalam hidupnya. Dia tidak tahu mengapa, tetapi yang nyatanya Alyssa lebih mengetahui tentang apa yang sedang terjadi pada dirinya itu.
Itu adalah antara petanda yang menyatakan bahawa keadaan Alyssa itu sudah berada pada tahap yang kritikal. Dia mudah hilang ingatan,
walaupun hanya sementara. Dan apa yang paling membimbangkan, dia mungkin kehilangan ingatannya secara total sebelum berhadapan dengan kematian, jika penyakit itu terus dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya.
Keesokan paginya, Elly harus menghadiri satu lagi temujanji untuk pemeriksaan kehamilannya. Istimewanya, pagi itu dia ditemani oleh suaminya. Semenjak disahkan hamil, inilah kali pertama Tuan Fahreen menemaninya ke situ. Tuan Fahreen berasa amat teruja sekali apabila dapat melihat anaknya, yang hanya menunggu waktu sahaja untuk bernafas di muka bumi ini.
Bayi Puan Elly sihat. Kalau tidak ada apa-apa masalah, mungkin puan akan bersalin dalam masa terdekat ini. Nampaknya, baby sudah pun engage ke bawah. Puan harus sentiasa berhati-hati dan bersedia untuk pergi ke hospital sebaik sahaja berasa sakit. Disebabkan bayi ini adalah bayi sulung puan, saya nasihatkan supaya puan tidak menunggu sebarang tanda bersalin sebab dikhuatiri baby akan lemas. Sentiasa berwaspada dengan contraction, yang bakal wujud dengan lebih kerap sebagai tanda baby sudah hampir mahu dilahirkan.
Nasihat doktor itu, bukan sahaja memberi panduan untuk Elly, tetapi juga memberi satu pengalaman yang baru buat Tuan Fahreen. Dia turut merasakan debarannya, ketika menyaksikan bayinya yang sudah berada di dalam posisi yang bersedia untuk keluar, semasa imbasan tadi. Sedikit rasa terharu mencecah kalbu Tuan Fahreen, apabila
melihat zuriatnya yang bakal mendampinginya tidak lama lagi, begitu kukuh membesar dalam rahim Elly.
Tuan Zuhair Sedap juga nama itu. Elly dapat nama itu dari buku yang saya berikan itukah tanya Tuan Fahreen ketika dalam perjalanan pulang dari hospital.
Yup, maknanya bercahaya dan keindahan. Macam mana Tuan suka tak dengan nama tu
Mestilah saya suka. Kalau tanya Alyssa pun, tentu dia suka juga, ujar Tuan Fahreen, yang tiba-tiba sahaja menyebut nama isterinya itu.
Baru Tuan Fahreen tersedar, yang dia hampir melupakan kehadiran Alyssa, disebabkan kerana terlalu gembira mahu menimang cahaya mata sulung. Dia seperti telah kehilangan Alyssa dalam dirinya, walaupun saban hari, Alyssa tetap ada di sisinya. Manakan tidak, hari-hari Tuan Fahreen banyak diluangkan bersama Elly, untuk memberi sentuhan kejiwaan kepada bayi yang sedang dikandung itu.
Setiap hari, Tuan Fahreen pasti akan membacakan ayat-ayat suci al-Quran sebelum dihembuskan ke ubun-ubun Elly, supaya ianya meresap menerusi hati dan terus turun ke rahim. Biar anak di dalam perut Elly itu dibiasakan dengan didikan secara Islam. Semoga dia tidak kesesatan apabila dewasa kelak.
Tuan tahu tak, selama ini, Alyssalah yang sering menemani saya melakukan pemeriksaan kandungan di hospital. Setiap kali doktor menjalankan imbasan terhadap janin saya, Alyssa
pasti akan meletakkan tangannya di atas perut saya. Apa yang menghairankan saya, baby yang ada di dalam kandungan ini, seolah-olah memberikan reaksi terhadap sentuhan Alyssa itu. Saya boleh lihat mereka berkomunikasi dengan cara mereka sendiri. Bayi ini, seakan-akan memberitahu Alyssa supaya menunggu kelahirannya nanti. Macam ada chemistry, kan
Tiba-tiba, air muka Elly berubah, mendung. Dia terfikirkan keadaan Alyssa. Tuan perasan tak, sejak akhir-akhir ini, Alyssa nampak lain sekali tanya Elly apabila melihat Tuan Fahreen hanya tersenyum keseorangan.
Lain yang macam mana pula Saya tengok dia biasa saja.
Mana ada biasa, tuan. Cuba tuan tengok muka dia, mata dia dan susuk tubuhnya, bukankah berbeza dari biasa Dia kelihatan murung, sugul, pucat dan tak bermaya. Tubuhnya pula, semakin kurus. Takkanlah tuan tak perasan. Tuankan tidur dengannya setiap malam, beritahu Elly.
Ingatan Tuan Fahreen segera bersinggah kepada Alyssa. Baru dia sedar yang isterinya itu sedang hidup dalam dunianya sendiri. Tuan Fahreen tidak tahu sebabnya, tetapi Alyssa sering kelihatan keliru dan adakalanya, dia seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran suaminya itu.
Timbul pula rasa sesal di jiwa Tuan Fahreen, kerana alpa terhadap perbezaan yang sedang melanda isterinya itu. Dia terlalu sibuk mengurusi kelengkapan dan persiapan bayi sulungnya, sehinggakan terlupa yang dia punya tanggungjawab terhadap Alyssa.
Tuan, cubalah luangkan sedikit masa dengan Alyssa. Cari penyebab akan permasalahannya. Kita telah terlalu jauh meninggalkannya sendirisan di belakang. Jangan hanya teruja dengan bayi ini, tapi peka jugalah dengan keadaannya.
Entah mengapa, tiba-tiba Tuan Fahreen berasa rindu sekali kepada Alyssa. Tuan Fahreen tidak tahu, entah apa yang telah merasuknya selama itu dan mengabaikan wanita yang amat dicintainya itu. Ini semua gara-gara keterujaannya yang lebih tinggi terhadap bayi yang bakal dilahirkan nanti. Tuan Fahreen berasa menyesal kerana dia telah melukai hati Alyssa, tanpa dia sedari. Kata-kata Elly telah menyedarkannya akan kepentingan Alyssa di dalam hidupnya. Cinta pertamanya itu, akan kekal berada di sisinya sehingga bila-bila pun.
Malam itu, Tuan Fahreen cuba untuk mendekati Alyssa semula. Sudah agak lama dia membiarkan isterinya itu terkapai-kapai keseorangan, seperti mencari dahan untuk berpaut. Dan Tuan Fahreen tidak mahu menjadi dahan yang rapuh untuk Alyssa. Alyssa akan teguh bila berada di bawah kekukuhan suaminya sendiri.
Isterinya itu didekati, disentuh dan dibelai dengan lembut dari belakang. Tuan Fahreen cuba mengembalikan saat-saat romantis ketika mereka baru mengecapi kemanisan hidup berumah tangga, suatu ketika dahulu. Namun, Alyssa umpama kayu yang langsung tidak memberikan reaksi terhadap curahan kasih suaminya itu. Perasaannya seperti sudah mati dan mungkin juga dia Lupa bahawa lelaki yang sedang bersamanya itu adalah suaminya.
Sayang ingat tak, semasa kita berbulan madu di Amsterdam dulu, sayang ada melukiskan beberapa lukisan gambar bunga tulip. Kemudiannya, ada seorang mat saleh dengan teman wanitanya lalu di situ, dan terpegun dengan lukisan-lukisan sayang, sehinggakan mereka menawarkan untuk membelinya dari kita. Tetapi sayang tak mahu jualkannya, kerana sayang menyelitkan nilai-nilai memori antara kita, di dalamnya. Sayang lebih rela memasungkan nilai memori itu di dinding rumah kita sahaja, untuk kita tatap setiap masa yang terluang.
Tahu tak, sayang juga ibarat lukisan tulip itu. Harga diri sayang lebih tinggi dari segala harta yang abang ada, dan abang tak mungkin dapat membeli sayang dengan kekayaan. Hanya cinta dan pengertian yang memasung sayang untuk terus berada di sisi abang. Nilai-nilai memori kita berdua, terlalu indah, untuk kita kenang sepanjang hayat kita. Itulah satu-satunya harta yang akan kita bawa sampai mati, ucap Tuan Fahreen cuba untuk mencari pengertian isterinya.
Namun, Alyssa masih tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia seperti terlupa, yang dia pernah melalui detik-detik indah bersama suami yang amat dicintainya. Alyssa lupa yang dia telah menitipkan masa depannya di bawah naungan suaminya. Apa yang dia ingat, suaminya sudah mempunyai sesuatu yang lebih berharga darinya. Sesuatu yang akan mewarisi segala kebanggaan dan kebesarannya.
Abang sudah tidak perlukan Lyssa dalam hidup abang lagi. Keinginan abang kepada sesuatu yang lebih berharga, telah menenggelamkan keperluan Lyssa kepada abang. Lyssa ibarat patung hidup yang hanya kaku dan tak bermaya di mata abang, rintih Alyssa.
Hei sayang, dengar sini. Abang tak pernah pinggirkan sayang dari hidup abang. Malahan, abang terlalu cintakan sayang, sehingga mata abang jadi buta. Abang tidak nampak yang isteri abang menyimpan seribu macam masalah dari abang. Adilkah untuk sayang sembunyikan segala-galanya itu dari pengetahuan abang Abang tahu, sayang ada merahsiakan sesuatu dari abang, kan
Alyssa tersentak mendengar pernyataan suaminya itu. Mengapakah dia berkata sedemikian Dengan tiba-tiba sahaja, Tuan Fahreen seperti naik angin. Mungkinkah dia sudah tahu tentang penyakit yang dihidapi Alyssa itu Bagaimana pula perasaannya, bila hanya mengetahui perkara tersebut dari mulut orang lain, dan bukan dari isterinya sendiri
Apa yang abang tahu Tolong abang, berterus-terang dengan Lyssa, desak Alyssa, seolah-olah Tuan Fahreen pula yang menyembunyikan rahsia darinya.
Sayang sembunyikan perasaan cemburu sayang pada Elly dan anak yang bakal lahir itu, kan Sayang berprasangka, yang Elly akan merampas abang daripada sayang. Sayang bimbang pula, kelahiran anak itu nanti, akan meraih perhatian yang lebih dari abang. Sebab itu, sayang berkelakuan aneh pada abang. Sayang nak boikot abang kan tingkah Tuan Fahreen.
Bukan, abang. Apa yang abang cakap ni Sebenarnya...
Pengakuan Alyssa terhenti apabila mereka terdengar pintu bilik diketuk seseorang. Mereka berasa hairan, kerana rasanya mereka tidak bertengkar sehingga mampu membangunkan seisi rumah besar itu. Namun, apabila pintu dibuka, Mak Chom pula yang muncul dengan wajah cemas.
Tuan, puan, cepat tengok keadaan Puan Elly sekarang. Tiba-tiba, dia tumpah darah.
Keadaan berubah menjadi agak haru biru di rumah besar itu. Masing-masing panik apabila melihat darah keluar dengan begitu banyak sekali dari celah kangkang Elly. Tuan Fahreen pula, segera mengarahkan pemandunya bersedia. Mereka sama-sama memapah Elly beramai-ramai, untuk diangkat ke hospital. Mereka berharap agar segala-galanya berjalan dengan lancar.
Tiba sahaja di hospital, Elly segera dikejarkan ke bilik bersalin untuk pemeriksaan selanjutnya. Keadaannya seperti sudah tidak bermaya lagi, yang berkemungkinan besar disebabkan oleh tumpah darah yang terjadi semasa di rumah tadi. Masing-masing menunggu di luar bilik tersebut dengan perasaan yang berdebar-debar. Masing-masing membuat spekulasi sendiri tentang situasi Elly ketika itu.
Alyssa pula terperuk di suatu sudut, menahan sakit kepalanya yang menjadi-jadi. Dia tertekan dengan situasi sekarang. Dia dilanda dengan pelbagai kebimbangan. Apa lagi, bila dia melihat keadaan Elly yang berdarah tadi, menyebabkan dia terkenang kembali saat dia ditimpa kecelakaan, suatu masa dahulu. Alyssa menjadi trauma dengan keadaan di sekelilingnya yang serba tak kena itu.
Tidak berapa lama kemudian, doktor yang merawat Elly di bilik bersalin, keluar dari bilik tersebut. Dia membawa berita yang agak kurang enak didengar oleh semua yang menunggu di situ.
Doktor, bagaimana dengan keadaan isteri saya tanya Tuan Fahreen, masih cemas.
Tuan, keadaan Puan Elly agak kritikal. Pendarahan yang banyak tadi telah meningkatkan risiko dalam proses bersalin ini. Semasa dia baru tiba tadi, saya sudah nampak kepala baby seperti sudah hendak keluar. But, suddenly it turns, sebab Puan Elly tidak punya kekuatan yang cukup untuk meneran keluar bayinya dengan segera, terang doktor tersebut pula.
Habis tu, apa ikhtiar doktor sekarang Tolonglah selamatkan anak dan isteri saya tu, doctor, rayu Tuan Fahreen pula.
Kami sedang berusaha ke arah itu, tuan. Cuma, saya nak maklumkan bahawa kami sedang mempersiapkan Puan Elly untuk pembedahan mengeluarkan bayinya itu. Tetapi, saya tak boleh jamin yang kami boleh selamatkan kedua-duanya sekali. Tuan Fahreen perlu membuat pilihan, sama ada anak atau ibu yang harus kita selamatkan dahulu, jika berlaku sebarang komplikasi.
Kata dua dari doktor tersebut telah membuatkan Tuan Fahreen serba salah. Dia buntu mahu memikirkan pilihannya. Memang dia sayangkan anak di dalam kandungan Elly itu dan mahu ianya lahir ke dunia, tetapi dia tidak sampai hati membiarkan perempuan sebaik Elly pula yang terkorban. Buntu fikiran Tuan Fahreen yang diminta memberikan keputusannya dengan segera itu.
Doktor, andainya tiada pilihan nanti, selamatkanlah si ibu. Saya tidak boleh kehilangannya, sahut Alyssa memecah kebuntuan.
Secara tidak langsung, Alyssa telah membantu suaminya dalam membuat pilihan. Alyssa tidak boleh membenarkan Elly terkorban setelah mengambil tanggungjawab mengandung dan melahirkan darinya. Cukuplah pengorbanan yang sahabatnya itu lakukan selama ini, tetapi janganlah dirisikokan nyawanya pula.
Keadaan menjadi gamat semula, setelah Tuan Fahreen menandatangani borang kebenaran bersalin dengan pilihan yang dihulurkan oleh jururawat sebentar tadi. Masing-masing tetap dengan tanggapan sendiri, akan nasib yang bakal menimpa Elly. Mereka turut mendoakan yang terbaik supaya anak dan ibu dapat diselamatkan.
Tekanan yang dihadapi Alyssa menjadi bertambah parah lagi. Apa lagi, bila dia turut sama memikirkan untung nasib Elly bersama anak yang dikandungnya. Kerisauan yang melampau mula melanda jiwanya. Tiba-tiba, Alyssa merasakan kepalanya terlalu sakit seperti dihempap dengan batu besar. Dia berasa berpinar-pinar, seperti terlihat bintang-bintang yang beribu. Tubuhnya pula menggeletar kuat, seperti mahu tertanggal tulang dari kulit. Kakinya juga, sudah tidak mampu menampung berat badannya yang terumbang-ambing itu. Akhirnya, Alyssa rebah jua di situ.
Alyssa, sayang, sayang! Kenapa ni sayang Apa yang telah terjadi kepada sayang ni Mak Chom, Mak Chom, teriak Tuan Fahreen.
Mak Chom segera menjerit memanggil kakitangan hospital untuk mengusung Alyssa ke dalam bilik kecemasan. Abang Mat yang turut berada di situ, membantu Tuan Fahreen untuk mengangkat Alyssa untuk dibaringkan di atas bangku sementara menunggu bantuan tiba. Akhirnya, kakitangan hospital tiba juga, untuk mengusung Alyssa pula ke dalam bilik kecemasan.
Sabar tuan, kita berdoa sahaja supaya keduanya selamat, ucap Abang Mat, untuk menenangkan Tuan Fahreen.
Saya tak tahu macam mana nak fikir lagi, Abang Mat. Elly di bilik sebelah sana, sedang bergelumang dengan pembedahan, manakala Alyssa di sebelah sini pula, sedang berperang dengan sesuatu yang masih belum jelas lagi. Buntu kepala otak saya memikirkannya, rintih Tuan Fahreen.
Seketika kemudian, doktor yang merawat Alyssa pula keluar dari bilik kecemasan tersebut. Wajahnya juga kelihatan amat cemas. Tuan Fahreen dapat menduga sesuatu yang tidak baik juga terjadi kepada Alyssa.
Tuan Fahreen, Puan Alyssa memerlukan pembedahan segera. Dia mengalami pendarahan otak yang kritikal sekali. Nyawanya bakal terancam jika kita tidak mengambil tindakan secepatnya, jelas Doktor Hussin.
Ini tak mungkin terjadi doktor. Bila masa pula isteri saya sakit Selama ini, Alyssa sihat sahaja. Doktor sengaja mahu mengadakan cerita kan ujar Tuan Fahreen, terkejut.
Tuan, Puan Alyssa memang benar-benar ada pendarahan dalam otak. Kalau tuan nak tahu, sakit kepalanya yang melampau disertai dengan muntah-muntah itulah, tanda-tanda penyakitnya. Untuk pengetahuan tuan juga, Puan Alyssa ada datang bertemu dengan saya bulan lepas, dan dia tahu akan risiko yang ditanggungnya jika lambat dibedah. Saya ingin menyarankan kepada tuan, agar membenarkan kami melakukan pembedahan dengan segera ke atasnya, ujar Doktor Husin lagi.
Tuan Fahreen yang masih lagi berada dalam kejutan akibat kejadian yang menimpa Elly tadi, dikejutkan pula dengan berita penyakit Alyssa. Tuan Fahreen berasa sesal kerana tidak mengetahui tentang penyakit Alyssa itu. Dia tidak mengerti, mengapa Alyssa sanggup merahsiakan semua itu dari pengetahuannya.
Walau bagaimanapun, Tuan Fahreen percaya yang Alyssa punya alasannya yang tersendiri. Apa yang dia harapkan, kedua-dua isterinya itu akan selamat. Akhirnya, Tuan Fahreen terpaksa juga merelakan pembedahan segera dilaksanakan terhadap Alyssa. Dia tidak punya apa-apa pilihan lagi. Dan sekarang, dia hanya perlu menunggu, sebarang kemungkinan yang bakal dihadapinya. Tuan Fahreen benar-benar berdoa agar dia tidak kehilangan wanita yang paling dicintainya.
Ya Allah, ya Tuhanku, aku pohon sedikit belas ehsan-Mu untuk keselamatan kedua isteriku. Berikanlah mereka kekuatan untuk menempuh ujian ini. Anugerahkanlah mereka dengan kesejahteraan- Mu. Sesungguhnya, aku hanya hamba-Mu yang lemah, lemah dalam menghadapi ujian-Mu ini. Kau berikanlah kekuatan untuk aku menempuhi sebarang kemungkinan buruk. Aku redha, jika itulah yang terbaik untukku. Namun, dalam kesempatan yang singkat ini, aku benar-benar memohon, Kau selamatkanlah isteri-isteriku dan anakku. Amin, ya Rabbal Alamin.
Mereka menanti dengan penuh sabar akan keputusan dari pembedahan yang dijalani oleh Elly dan Alyssa. Tuan Fahreen tidak sangka yang dia akan terpukul sebegini, apabila kedua-dua isterinya menjalani pembedahan serentak dalam dua kategori yang berbeza. Dia cuba mencari ketenangan dan kekuatan dari dalam dirinya sendiri, supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Semua yang berada di situ, turut mendoakan yang sama untuk
kedua-dua wanita tersebut. Mak Chom, Mak Cik Markonah, Abang Mat, Kamal dan juga Doktor Haris, mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua.
Beberapa jam kemudian, doktor yang membedah Elly keluar dan membawakan perkhabaran gembira buat mereka. Semua yang berada di situ, segera mengerumuni doktor tersebut untuk mengetahui perkembangan Elly dan bayinya.
Tahniah. Puan Elly telah selamat melahirkan seorang bayi laki-laki. Apa yang mengembirakan saya, kedua-duanya telah dapat diselamatkan. Alhamdulillah, beritahu doktor tersebut.
Alhamdulillah. Semua mengucap syukur di atas kejayaan pembedahan itu. Berkat doa dari mereka, Elly telah berjaya melepasi saat-saat kritikalnya dan melahirkan Tuan Zuhair, nama indah yang diberinya, ke muka bumi Allah Taala ini. Tiada apa yang dapat digambarkan melainkan perasaan gembira dan syukur tidak terhingga, di atas kebesaran Yyang Maha Esa, yang mencipta, mengutus dan memberkati setiap umatnya di muka bumi ini.
Alhamdulillah, segala-galanya selamat. Puan Elly selamat, bayinya pun selamat dilahirkan. Syukur sangat, kata Mak Chom kepada Mak Cik Markonah yang turut menitiskan air mata kesyukurannya.
Begitu juga dengan Abang Mat dan Kamal, yang turut berasa gembira di atas kejayaan itu. Sekurang-kurangnya, penantian mereka untuk memberikan sokongan kepada Tuan Fahreen, berbaloi. Doktor
Haris yang bergegas ke hospital tersebut, sebaik sahaja diberitahu akan keadaan Elly ketika itu, terus mendekati Tuan Fahreen untuk menyampaikan ucap selamatnya.
Tahniah Tuan Fahreen, tuan sudah menjadi seorang ayah. Nampaknya, kehidupan tuan telah lengkap sekarang. Tiada apa yang perlu tuan bimbangkan lagi, ucap Doktor Haris sambil menghulurkan tangannya yang disambut mesra oleh Tuan Fahreen.
Dari kaca mata orang luar, mungkin kehidupan Tuan Fahreen sudah sempurna sekarang. Dia sudah punyai seorang zuriat yang bakal mewarisi segala kekayaan dan kemegahannya.
Namun, hidupnya masih belum lengkap sekiranya keselamatan Alyssa yang sedang berada di bilik pembedahan, masih terumbang-ambing. Tuan Fahreen tidak mampu memikirkan bagaimanakah nasib Alyssa di dalam sana. Dia mengharapkan agar Alyssa dapat menempuhi keadaannya dengan tenang dan cekal.
Tuan, bayi tuan telah kami bersihkan dan sedang menunggu tuan untuk diazankan. Kalau boleh, minta tuan segera ke bilik nursery bertemu dengan bayi tuan yang comel tu. Tuan juga boleh mengambil air sembahyang di situ untuk mengazankan bayi tuan, beritahu jururawat yang bertugas di situ.
Semua yang berada di situ, berasa teruja sekali untuk menatap wajah zuriat Tuan Fahreen itu untuk pertama kalinya. Namun debaran dan keterujaan yang hebat, pastinya dirasakan oleh Tuan Fahreen sendiri. Dia tidak sabar untuk tahu, bagaimana rupa bayinya itu Adakah dia mirip ayahnya, ibunya ataupun Mama Alyssanya. Apa sahaja rupa anaknya itu, Tuan Fahreen tetap terima dengan penuh reda dan ikhlas. Dia berjanji pada dirinya sendiri, untuk mendidik khalifah kecil itu dengan sempurna, supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Amboi, comelnya bayi ni. Macam rupa Tuan Fahreen ketika baru dilahirkan dulu. Sebiji tak tumpah macam dia, seloroh Mak Chom.
Mereka telah diperlihatkan dengan bayi bernama Tuan Zuhair bin Tuan Fahreen itu, sejurus selepas selesai diazankan oleh ayahnya. Namun, mereka tidak dibenarkan memegang atau menggendong bayi itu kerana terdapat beberapa prosedur dan pemeriksaan yang bakal dilakukan terlebih dahulu, sebelum dihantar kepada ibunya untuk disusukan. Elly pula masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi, kerana belum sedar akibat dari ubat bius yang disuntik ke tubuhnya, sejurus sebelum pembedahan tadi. Tetapi, doktor ada memberitahu yang Elly bakal sedar tidak lama lagi. Jadi, mereka tidak perlulah khuatirkan keadaannya lagi.
Dalam keseronokan mereka menatap bayi baru dan melihat keadaan Elly, mereka hampir terlupa dengan Alyssa yang sedang bergelut dengan mautnya, di bilik pembedahan. Tetapi, suaminya, Tuan Fahreen tidak pernah terlupa akan keadaan
isterinya itu, malah di hatinya tidak seminit pun berhenti berdoa agar Alyssa diberi ruang untuk pulih semula. Dia tidak sanggup menghadapi sebuah kematian dari sebuah kelahiran.
Fahreen, kita semua mendoakan yang terbaik buat Alyssa. Tetapi, jika Allah mengkehendaki yang sebaliknya, tiada apa yang termampu kita lakukan untuk mengatasi kekuasaan-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui di atas setiap kejadiannya. Berdoalah Fahreen, selagi punya kesempatan, ujar Kamal, memberikan sedikit kekuatan untuk kawan baiknya itu.
Tuan Fahreen tahu, tiada apa yang termampu dilakukannya sekarang, selain dari berdoa. Harta kekayaan yang dimilikinya, sudah tidak mampu lagi membeli nyawa Alyssa. Hanya ehsan dari Tuhan yang amat dia harapkan, sekarang. Sejurus selepas itu, mereka menyaksikan Doktor Hussin keluar dari bilik pembedahan, di mana Alyssa ditempatkan. Mukanya tampak sugul, membayangkan berita yang kurang menyenangkan.
Maafkan kami, Tuan Fahreen. Kami sudah berusaha sedaya upaya kami untuk menyelamatkan Puan Alyssa. Diharap tuan bersabar dengan dugaan ini.
Penjelasan Doktor Hussin itu telah menyebabkan kaki Tuan Fahreen lemah seperti tidak berpijak di bumi nyata. Dia berasakan ketar di seluruh tubuhnya. Khabar dari Doktor Hussin telah mematikan keceriaannya menyambut kelahiran anaknya, sebentar tadi. Tuan Fahreen tahu, itu adalah dugaan hebat yang harus dia tempuhi dalam kehidupannya, kini. Apa-apa pun, dia harus kuat.
Ya Allah, andainya inilah yang engkau duga pada aku dan Alyssa, aku terimanya dengan reda dan ikhlas. Sesungguhnya, aku tidak berdaya, namun aku berjanji yang aku akan menempuh dugaan-Mu ini dengan tabah, kata hatinya.
Lalu di situ jua dia terduduk sambil memekik perlahan lalu mengalirkan air mata, Alyssa! Alyssa! Alyssa!
Masa berlalu begitu pantas sekali. Segala-galanya sudah berakhir. Penderitaan, kesukaran dan tangisan lalu menjadi pelapik kenangan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Semua yang masih hidup dan bernafas di muka bumi, ada dunianya sendiri. Mereka tidak boleh berhenti dari terus memperjudikan nasib mereka demi kehidupan yang lebih selesa dan bahagia.
Elly sudah pulih sepenuhnya. Selepas hampir enam bulan berehat, dia berhasrat mahu memulakan sesuatu yang baru di dalam kehidupannya. Dia mahu meneruskan rencananya yang tergendala suatu ketika dahulu. Pengorbanan yang dilakukan selama ini, sudah cukup untuk memberikan suatu anugerah yang tidak terhingga kepada Tuan Fahreen. Tuan Fahreen harus meneruskan kehidupan bersama anaknya yang ditumpangkan sementara kepada Elly, sebagai penegak semangatnya yang sudah mula goyah suatu ketika dahulu.
Kamu nak pergi juga, Elly
Elly yang sedang mencium anak yang dilahirkannya itu, segera mengendong bayi tersebut untuk diserahkan kepada ayahnya. Elly lantas tersenyum dan memberikan semangat yang begitu padu kepada lelaki yang bakal bergelar bekas suaminya itu.
Tuan, ini janji saya pada diri saya, pada tuan, pada Tuhan dan pada Alyssa. Kehadiran saya di samping tuan hanya untuk sementara sahaja, demi memberikan sebuah kebahagiaan yang berkekalan kepada tuan. Saya titipkan anak ini di bawah didikan tuan. Jagalah dia sebaik mungkin, sebagaimana tuan menyayangi nyawa tuan sendiri.
Kamu tak mahukah menjaga, mengasuh dan membesarkan dia dengan tangan kamu sendiri, kerana kamu adalah ibunya, soal Tuan Fahreen pula.
Tuan, saya hanyalah ibu yang melahirkannya, tetapi ibunya yang sejati, adalah Alyssa. Bayi ini lahir dari kekuatan dan semangat kasih yang ada dalam diri Alyssa. Hak tuan adalah bersama dengan mereka, sedangkan hak saya, untuk menikmati kehidupan saya bersama seseorang yang amat saya cintai. Tak ada siapa yang boleh mengubah kenyataan dan janji saya itu, terang Elly dengan tenang tetapi tegas.
Tuan Fahreen mengerti. Dia tidak boleh memaksa Elly mengingkari sumpah yang telah dilafazkannya. Dan sebagai lelaki, tidak betah rasanya jika dia memungkiri segala janji yang sudah dimeterai, demi kepentingan dirinya sendiri. Telah banyak yang Elly lakukan. Banyak sekali sehingga tidak terhitung dengan harta dan kemewahannya.
Baiklah Elly, saya akan kabulkan setiap impian kamu. Saya izinkan kamu keluar dari rumah ini, dengan hati yang ikhlas. Saya akan uruskan segala urusan penceraian kita di mahkamah dengan segera, supaya kamu tak perlu menunggu dengan lebih lama lagi, bagi memulakan kehidupan kamu yang lebih bahagia.
Terima kasih tuan, kerana memahami saya. Kenangan menjadi isteri tuan akan kekal selama-lamanya dalam ingatan saya. Saya mengaku yang saya gembira selama menjadi isteri tuan, kerana tuan sekeluarga adalah insan yang paling baik sekali pada saya. Saya minta, tuan halalkan segala makan minum dan pemberian kepada saya, selama saya tinggal di sini, sebagai isteri tuan, ungkap Elly pula.
Saya halalkan.
Sebelum melangkah keluar, Elly sempat bersalaman dan mencium tangan suaminya itu, buat kali terakhir. Selepas ini, ikatan antara mereka bakal terlerai dengan satu lafaz sahaja dari Tuan Fahreen. Hanya kenangan dan Tuan Zuhair, bayi mereka, yang menjadi penghubung antara mereka. Elly harus pergi, membawa diri dan penghidupan barunya bersama Doktor Haris, lelaki yang sentiasa menghuni hatinya.
Doktor Haris yang sudah sedia menunggu Elly di perkarangan rumah besar itu, segera mendapatkan mereka, untuk mengucapkan selamat dan penghargaannya.
Haris, saya serahkan Elly untuk kamu jaga, sayang dan cinta buat selama-lamanya. Jangan sia-siakan dia, kerana dia adalah satu berjuta bidadari yang mengindahkan. Jagalah dia dengan nyawa kamu sendiri. Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu berdua.
Doktor Haris menerima tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh Tuan Fahreen itu. Dia sendiri sudah bersumpah untuk melindungi Elly, dalam apa jua keadaan. Semoga Tuhan melengkapkan mereka dengan kebahagiaan sejati yang mereka cari selama ini.
Dari jauh Tuan Fahreen memerhatikan kereta Doktor Haris melunjur lancar meninggalkan perkarangan rumahnya, bersama Elly. Tanpa disedari, mata Tuan Fahreen merah. Mungkin dia sedih kerana melepaskan Elly, tetapi dia gembira kerana berjaya menunaikan impian kehidupan isteri keduanya itu. Tuan Fahreen telah menyerahkan sedikit kemewahan kepada Elly untuk dijadikan bekalannya menempuh hari-hari mukanya bersama Doktor Haris. Semoga Elly berjaya dalam impiannya.
Tuan, dah siapkah Tuan Zuhair kita ni, dah siap sedia nak jumpa mama dia di sana, beritahu Mak Chom sambil menggendong bayi kecil molek itu.
Tuan Fahreen tersenyum. Dia juga tidak sabar untuk bertemu wanita yang paling dicintai, seumur hidupnya. Walau apa jua takdir yang melanda, dia sekali-kali tidak akan menyisihkan Alyssa, kerana dia amat penting dalam kehidupan Tuan Fahreen dan anaknya Tuan Zuhair.
Setibanya di situ, Tuan Fahreen segera menyentuhkan anaknya kepada perempuan yang sedang terlantar koma itu. Dia mahu isterinya merasa buah kasih mereka, yang indah lagi menawan yang akan menjadi peneman sepanjang kehidupan mereka.
Alyssa koma semenjak menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku dari otaknya, lebih kurang enam bulan lepas. Doktor sendiri tidak dapat menjangkakan, bila dia akan sedar semula. Kemungkinan juga, dia akan hilang ingatan, apabila sedar nanti. Namun, itu semua bukan penghalang untuk Tuan Fahreen berhenti dari terus menyayangi isterinya itu. Selagi dia hidup, Alyssa adalah nyawanya, dan dia akan sentiasa berada di sisi isterinya itu sehingga Tuhan mengkehendakkan sesuatu yang lain pula berlaku. Apa-apa pun yang terjadi, Alyssa tetap merupakan bunga tulip kebanggaannya, yang tampak hidup dan segar setiap masa. Bunga tulip kesukaan isteri Tuan Fahreen itu, akan sentiasa mengiringi hari-hari terlantar Alyssa di hospital tersebut.
Tuan Fahreen lantas memegang tangan isterinya yang kaku itu, di samping anaknya yang tampak memahami kecintaan yang wujud dalam hati ayahnya, untuk mamanya.
Sayang adalah bunga tulip kesayangan abang, yang akan sentiasa mewarnai hati abang dengan warna-warna indahmu. Kerana bunga tulip akan tetap kelihatan nyata walaupun dalam keadaan kaku, ibarat keadaan sayang sekarang. Walaupun sayang terbaring sahaja di sini untuk satu jangka masa yang tidak dapat di pastikan, tetapi abang akan pastikan yang sayang akan sentiasa dalam lindungan dan naungan kasih sayang abang. Abang dan anak kita, akan tunggu sayang sampai bila-bila, kerana sayang kau telah lukiskan kehidupan dan kenangan yang indah untuk abang.
Alyssa, engkau adalah bidadariku kerana pada dirimu dan cintaku, telah Terlukis satu Lukisan Asmara untuk kita...
TAMAT