BUTANG baju kemeja dibutangkan Airish satu persatu dengan ralitnya. Hari ini, dia akan memulakan hari yang baru. Dia akan bertemu dengan pengurusnya untuk bertanyakan segala perihal tentang kerjanya yang akan berlangsung di Malaysia nanti. Dengarnya, dia kini sudah mendapat banyak tawaran untuk drama tempatan. Fuh! Tak sabar rasanya untuk dia memulakan hari yang baru ini.
Skinny jeans putih dicari dalam almari. Pintu itu diselak kemudiannya. Rancak matanya meneliti satu persatu seluar yang tersusun kemas di situ. Dari satu tingkat ke satu tingkat. Akhirnya matanya terhenti. Senyumannya diukirkan. Sini kau, menyorok, ya! Pantas, seluarnya disarungkan. Disebabkan potongan seluar itu yang fit menyukarkan Airish untuk menyarungkannya. Selamat pagi!
Ah! jerit Airish
Lelaki itu segera berlari dan masuk ke dalam bilik mandi. Terkial-kial dia berlari dengan seluar yang masih lekat di lututnya. Kotorlah seluar aku bila main seret atas lantai macam ni! Adoi! Minah ni pun satu. Segera seluarnya dizipkan. Pantas kemudiannya Airish keluar dari bilik mandi.
Kau ni dah kenapa Tak reti nak ketuk dulu ke pintu! marah Airish dengan tangannya bercekak pinggang. Sergahan Afiqa itu benar-benar mengejutkannya. Main redah saja dia ni.
Awak nak pergi mana
Amacam Kacak bergaya tak aku Hari ni penting tau!
Penting
Sibuk pulak kau ni. Jawablah! Handsome tak bebel Airish. Penampilannya ditilik di cermin seketika.
Hm, tak sesuailah!
Tubuh Afiqa yang mendekat secara tiba-tiba menyentakkan Airish. Jarak yang sangat rapat antara mereka, sedikit sebanyak membuatkan dada Airish bergetar hebat. Airish yang agak tinggi daripadanya memaksa Afiqa untuk menjungkitkan sedikit tumit kaki. Rambut Airish diubah mengikut cita rasanya. Dipacakkan sedikit di atas, di hadapan dialunkan lembut. Setelah gubahannya selesai,
Afiqa tersenyum puas. Senyumannya bagaimanapun mati tatkala bertembung pandang dengan Airish.
Kenapa soal Afiqa pelik melihat Airish yang tergamam itu.
Hah
Airish bagaikan baru tersedar daripada lamunannya. Pandangan nakal Afiqa itu terasa bagaikan mengusiknya.
Kau kenapa marah Airish apabila dengan selambanya Afiqa meletakkan telapak tangannya di dada Airish.
Wow! Awak berdebar, eh usik Afiqa.
Semakin galak apabila melihat wajah Airish yang sungguh ketara akan perubahannya.
Mana... mana ada!
Airish, awak berdebarkan
Erat Afiqa menggengam tangan Airish apabila matanya menangkap akan suaminya yang mahu beransur keluar. Gigi Airish dikancing kuat. Pantas, kepala Afiqa ditolak sedikit.
Sudahlah kau! Malas nak layan kau!
Airish meluru keluar dengan lajunya. Fuh! Gila punya perempuan. Tak pernah aku jumpa perempuan macam kau! Pintu rumah dibuka Airish perlahan. Kasutnya dicapai.
Tunggu!
Airish berpaling.
Tak nak makan dulu ke Saya masak.
Masak apa
Eh, saya ni masak apa pun sedap tau! Rasalah sikit. Nanti sakit perut, ujar Afiqa.
Suaranya disengajakan agar kedengaran manja. Airish berhenti. Entahlah. Agaknya dia sudah gila mendengar suara manja Afiqa itu. Pantas, kepalanya dipusingkan sedikit. Bulu mata Afiqa yang dikerdipkan berkali-kali membuatnya ketawa.
Jom!
Afiqa menarik lengan Airish agar mengikutinya memasuki ke ruang meja makan. Suasana ruang makan antara mereka berlangsung agak baik, walaupun ikatan mereka tidaklah seperti pasangan suami isteri yang lain.
YOU dah sedia nak kerja
Airish tergelak mendengar kata-kata pengurusnya, Daniel itu.
Soalan apa tu Mestilah dah sedia!
Airish meneliti satu persatu muka surat manuskrip yang diserahkan Daniel.
Ini semua skrip-skrip yang aku terima daripada pelbagai produksi filem dan drama. Aku dah pilih mana yang sesuai.
Airish mengangguk faham. Daniel kemudian kembali ke arah meja kerjanya. Menyambung kerjanya kembali.
Tiba-tiba...!
Ah, sudah! Dahi Airish berkerut seribu seperti sedang menahan sesuatu. Tangannya mencengkam kuat perutnya. Adoi! Sakitnya. Daniel yang berada di hujung sana, terliang lintuk hidungnya berkerut dari atas dan ke bawah seperti sedang menghidu sesuatu.
Kenapa bilik ni bau semacam tiba-tiba Are the perfumes does not functioning well Daniel menapak terus ke arah pewangi bilik yang terletak elok. Tin pewangi itu dibeleknya. Masih berat lagi. Habis tu
Airish. Kau kenapa soal Daniel bimbang, tatkala memandang Airish yang sepertinya tertunduk-tunduk sedari tadi.
Airish pantas bangun. Tombol pintu dibukanya kasar.
Airish
Airish menggeleng dengan matanya terpejam rapat. Dia perlu cepat! Ah! Airish merengus. Kini, dalam kepalanya otaknya hanya tersemat satu nama sahaja.
Afiqa!
Daniel menggeleng melihat kelakuan Airish. Apa kena dengan dia ni
BERATLAH! Berapa berat badan awak ni bebel Afiqa.
Marah bercampur geram. Pautan lengan Airish di bahunya begitu membebankan. Sudahlah dia ni kecik molek, dapat pulak mamat tegap ni. Nak papah macam mana Mahu patah habis tulang empat keratnya. Tinggal berapalah pulak. Dua kerat Satu kerat
Dah! Jangan nak membebel. Kau jugak yang buat aku macam ni. Sampai lembik aku. Kau bubuh racun ke apa, hah
Racun tikus! laju Afiqa membalas. Banyak sangat cakapnya. Sudahlah depan orang ramai. Malulah dia. Nasiblah hospital swasta.
Mari saya tolong papahkan.
Sapaan suara seseorang itu menyentakkan Afiqa dan Airish. Kemunculan Aidil dan Katerina menyelamatkan bahu Afiqa yang dah terasa nak roboh.
Terbayang pada layar ingatan Afiqa bagaimana cemasnya Aidil tiba di rumahnya, ketika dia sedang enak berbual bersama Katrina. Rupanya Airish sudah dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan.
Amboi, teruk sangat ke masakannya
Aidil terhenti di hadapan pintu kereta. Afiqa segera faham. Kepala Airish ditarik lalu disandarkan spontan pada bahunya, membawa Airish masuk ke dalam kerata. Airish yang awalnya tersentak dengan kelakuan Afiqa, mulai selesa dalam diam. Lambat-lambat bibirnya mengukirkan senyuman.
Afiqa...!