DIARI CINTA ROMEO - 15
Kau jadi pergi tak Qiu

Jadi. Sebab aku tak jadi balik minggu ni. Aku balik masa study week je nanti. Sebab kalau balik masa jarak antara dua paper tu, aku takut tak sempat study Aku

Sepatutnya aku balik Johor minggu ni. Sebab genap je pukul 12.00 malam 6 Mei 2012, cukuplah sebulan 20 hari aku tak balik Johor. Nampak macam sekejap je kan. Aku tahu dekat luar sana tu ramai lagi yang berbulan-bulan tak balik rumah. Lagi-lagi student dari Sabah Sarawak. Setahun hanya balik rumah dua kali je. Pertama, masa cuti pertengahan semester bulan 5. Kedua pulak cuti akhir tahun. Tapi aku ni lain. Walaupun aku dah biasa duduk asrama sejak sekolah menengah lagi, tapi aku tak pernah tak balik rumah sampai sebulan dan ini aku rasa kali pertama aku tak balik rumah dan jumlah harinya dah melebihi sebulan.

Semuanya disebabkan kekangan kerja dan aktiviti yang perlu aku lalui. Dah macam kerja pulak. Padahal praktikal pun belum lagi tapi sibuknya mengalahkan lelaki pertama Malaysia. Nampaknya minggu ni aku kena tunda lagi jadual balik kampung aku. Hujung minggu ni ada Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia ke-7 di Bukit Serindit Melaka.

Aku tak tahu apa rasionalnya kejohanan ni diadakan dekat Melaka.

Tujuan promosilah. Boleh je buat dekat Bukit Jalil tapi orang yang sama dan peminat hoki je yang akan datang. Lengkap semua kemudahan. Stadium pun besar. Ramai boleh sumbat. Tak macam stadium ni, dahla kecik, penonton pun boleh muat dalam seratus dua je. Maksudnya hoki ni takkan mesra rakyat. Mentaliti masyarakat kita sekarang, hoki adalah game yang mahal. Kena ada stick, kasut dan dress up tersendiri. Bukan semua orang boleh main. Tapi hakikatnya tak. Contohnya senang j. Ingat lagi Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor. Kejohanan tu dekat Stadium Hoki Taman Daya. Hasilnya, ramai orang Johor main Hoki sekarang. Takdelah sampai peringkat yang membanggakan tapi sekurang-kurangnya budaya hoki tu dah ada dekat sana. Tengok SSTMI jela sebagai contoh. Gempak tak gempak diorang panjang lebar Qiu memotivasikan aku

Oh, baru aku tahu. Mungkin jugak diorang nak buat promotion pelancongan. Melaka not bad tapi satu je aku tak suka. SESAK. Takde bezanya dengan KL. Agak-agak kalau buat dekat Kelantan, boleh dapat sambutan tak Aku

Boleh. Lagipun Kelantan ada ramai pemain star kot. Tapi tu dululah. Aku tak tahu kenapa. SSBJ pun dah tak gempak macam dulu Qiu

Jadi fahamlah aku kenapa kejohanan ni buat dekat Melaka. Mula-mula protes jugak. Dah la jauh dari KL. 118 kilometer okay. Sangat jauh. Naik bas pun lebih kurang 2 jam. Dengan keadaan stadium kecil. Hantar satu bas pun dah ramai. Tapi bila difikirkan balik rasional yang Qiu cakap dekat aku tadi, aku boleh terimalah. Apa salahnya, lagipun boleh jugak aku jalan-jalan. Walaupun hati aku dah rindu gila tahap gaban dekat Johor, tapi aku gagahi juga nak pergi Melaka.

Asyraf, anak buah aku sampai merajuk dengan aku. Bila aku telefon, dia dah tak nak cakap dah. Ada sekali tu siap hempas telefon. Sebab merajuk dengan aku. Rindu katanya, sebab dah lama aku tak balik jumpa dia. Maafkan Paksu Asyraf. Nanti balik, Paksu belikan mainan k. Budak lima tahun sekarang dah pandai menilai kasih dan sayang. Dan aku pelik, kenapa dewasa yang tua dari Asyraf tidak boleh menilai semua tu, termasuklah diri aku. Aku tahu aku rindu tapi aku tetap utamakan aktiviti aku.

Aku tersentuh bila terbaca satu quote:

Kita terlampau sibuk membesar sehingga kita terlupa kedua ibubapa kita juga semakin berusia menuju hari tua

Lebih kurang macam tu lah terjemahannya daripada bahasa penjajah tu. Ada kebenarannya dan aku sedang melalui dan mengalaminya. Aku tekad, minggu depan aku kena balik. Walaupun terpaksa melanggar peraturan. Kerana kami tidak dibenarkan balik pada study week. Apa ada pada peraturan Sebab pada aku peraturan di bina untuk dilanggar.