CARTA HATI - 15
MASUK saja ke pejabat pada pagi itu, Syakila disapa dengan semua staf yang tiba-tiba mendekatinya.

Syak, apa hubungan kau dengan Zairis

Kau dengan dia dating ke hari Sabtu tu

Cuba kau explain pada kami. Hari tu gambar kau dengan dia masuk Opss Media, ni artikel pulak. Apa cer ni

Bertalu-talu soalan yang Syakila terima. Kesudahannya, dia tidak membalas pun seluruh soalan tersebut. Kalau dibalas makin meleret perbualan nanti.

Begitulah hari-hari berikutnya sepanjang dia bekerja, tiap-tiap hari pasti ada saja yang bertanya. Yang pasti, Syakila tidak memberi sebarang jawapan pun. Dia hanya berdiam saja.

Sehingga tiba pada hari Sabtu, hari yang dinantikan mungkin untuk semua yang menggilai dunia hiburan tanah air. Waktu itu, jam telah menunjukkan pukul 5 petang. Zainura awal-awal lagi sudah keluar. Katanya nak datang awal. Nak duduk di barisan yang tidak jauh dari para artis dan selebriti.

Syakila membuka telefon pintar. Ada satu mesej yang diterimanya. Daripada nombor yang tidak dikenali.

+601123521653: Hello, ni aku Irsyad Hakimi. Pembantu peribadi Zairis. Pukul 6 petang nanti turun bawah. Zairis suruh aku jemput kau, dia tunggu dekat kawasan PWTC.

Syakila: Okey.

Itu mesej yang diberi kepada Irsyad Hakimi. Syakila mula mengambil dress yang berada di almari.

Dress itu dipadankan dengan tubuhnya.

Harap-harap okeylah. Berdebar pula, tak pernahpernah pergi majlis besar macam ni, ucap Syakila sendiri. Dia meletakkan dress tersebut di atas katil. Tuala dicapai lalu langkah diatur menuju ke bilik air.

USAI bersiap, Syakila meneliti dirinya di sebalik cermin bilik. Berkali-kali, dia merenung diri sendiri. Mahu memastikan penampilannya

nampak sempurna malam ini.

Okeylah ni. Lagipun, pertama kali. Tak adalah nampak teruk sangat, komen Syakila. Selesai meneliti, dia mencapai beg tangan kemudian berlalu dari bilik.

Selepas mengunci pintu rumah, Syakila turun ke bawah. Kelihatan kelibat Irsyad Hakimi sudah berada di situ. Sedaya upaya dia mengatur langkah. Tidak mahu cacamarba di hadapan semua orang. Untuk kali ini, dia perlu praktis. Berdebar mungkin jika sudah sampai di sana.

Betul ke Zairis dah ada kat sana Soalan daripada Syakila memecahkan tembok kesunyian sepanjang perjalanan.

Mata Irsyad Hakimi mengerling ke sebelah. Dia memandu sambil bersuara.

Ya, dia tengah tunggu dekat ruang lobi. Nasib baik pergi awal. Takut sampai sana, jalan jammed. Tak dapat tempat parkir.

Oh

Kenapa Zairis ajak kau, eh Tiba-tiba soalan itu diajukan kepada Syakila.

Syakila terpinga-pinga apabila diajukan soalan begitu.

Setahu aku, majlis seperti ini untuk para selebriti saja. Zairis memang ajak kau ke Atau kau dijemput Sekali lagi, Irsyad Hakimi mengeluarkan soalan untuk dijawab. Tapi, gadis itu masih diam dan tidak menjawab pertanyaannya.

Tak adalah, pihak TV3 yang jemput aku.

Patutlah. TV3 perasan dari mana

Kali ini, Syakila benar-benar tiada modal untuk membalas. Dia tidak tahu dari mana. Agak peliklah perkara itu terjadi. Kenapa TV3 boleh menjemputnya Sedangkan masih ramai lagi manusia yang boleh diundang

Kau jangan fikir lain pula. Aku cuma tanya ajelah

Ya, aku tahu.

Suasana kembali sepi. Sewaktu perjalanan, Syakila merenung jam tangannya. Begitu pantas masa bergerak. Sempat ke dia sampai di sana sebelum pukul 9 malam Iaitu majlis akan dimulakan pada waktu tersebut

TEPAT jam 8.30 malam, kereta tersebut sudah terparkir di tempat yang disediakan. Kawasan PWTC, agak sesak dengan pelbagai kenderaan.

Ramai juga sudah berpusu-pusu masuk ke dalam.

Syakila memerhati kawasan sekeliling.

Kau pergilah masuk dulu. Zairis tengah tunggu kat dalam

Okey. Syakila menuju ke arah pintu kawasan masuk. Apabila berada di ruang lobi PWTC, Syakila mula rasa seperti tubuhnya ditolak-tolak. Ramai juga manusia yang menghadiri majlis tersebut. Dari jauh, kelihatan para selebriti dan artis yang dipenuhi dengan ramai peminat.

Syakila melangkah lagi. Mencari kelibat Zairis. Dia menebarkan pandangan ke sekeliling.

Asal lambat sangat Acara karpet merah dah nak mulalah Zairis pandang Syakila dari atas hingga bawah.

Asal kau pandang aku macam tu

Entahlah, kau nampak pelik Dahi Zairis sedikit berkerut.

Pelik macam mana pula Kau jangan macammacam. Aku tak nak sebenarnya pakai dress ni. Menyusahkan aje! Kain labuh betul. Nasib baik tak menyapu lantai! rungut Syakila.

Pakai ajelah. Aku yang bayar tu. Mahal tau!

Kalau aku tahu, baik aku pakai baju kurung. Lagi best!

Banyak bunyi pulak dia ni. Aku tumbuk kang, baru tahu

Zairis!!

Ohh my Zairis. I love you so much, baby. Akhirnya dapat juga I jumpa you!

Zairiss, I nak tandatangan you sayang!

Secara tiba-tiba seluruh peminat lelaki itu menyerbu. Syakila dapat lihat Zainura juga berada di situ. Terkejut! Mujur gadis itu tidak menghalakan pandangan ke arahnya.

Cepat-cepat Syakila memalingkan tubuh. Janganlah kantoi dengan Nura. Masak dia!

Hai, Seorang pemuda kacak mula menegur Syakila. Syakila segera mengangkat wajah. Tersentak dirinya. Hahh... bukan ke pemuda ini

Nazim Othman Takkan pelakon ini yang tegur dia

Biar betul!

You ni teman istimewa Zairis, kan tanya Nazim.

Syakila hanya mampu mengangguk. Angguk

ajelah, dah terlampau gugup ni. Gila tak gugup Tibatiba pelakon terkenal ni tegur dia Rasa tak sangka pula!

Oh, I kawan Zairis. Tak sangka dia ada someone special seperti you.

Zairis yang sedang memberikan tanda tangan dan mengambil gambar bersama peminat-peminatnya terus menjeling ke arah Syakila yang bersama dengan Nazim.

Tak adalah. Biasa-biasa saja. Saya pun, bukannya selebriti.

Bukan selebriti, tapi dia selalu cerita pasal you dekat I. Kadang-kadang, kita orang lepak memang cerita pasal you saja. Ni I tahu wajah you pun, dari telefon dia juga.

Erk, bercerita pasal dia Luar biasanya kenyataan ini. Tapi, hari ini memang banyak perkara di luar jangkaannya.