Telefon bimbit dalam kocek dikeluarkan. Nombor 1 ditekan. Kalau tidak disetkan pada dial pantas, nombor ini tetap terpahat kemas dalam ingatannya. Percaya atau tidak, hanya nombor Qaireen yang dia simpan selain dari nombor Amanda dan Mamanya. Puluhan nombor-nombor perempuan lain dah lama dia padamkan.
Assalammualaikum, Playboy Pencen, suara lembut di hujung sana memberi salam. Mengusik seperti selalu.
Waalaikumussalam Mrs. Playboy Pencen To Be. Adwan tergelak dengan bicaranya sendiri. Usikan Qaireen dia sambut mesra.
Wah, dah pandai buat serangan balas!
Baru tahu ke Playboy Pencen awak ni bukan sahaja mahir mengurat tau, tawa Adwan mengiringi kata-katanya.
Once a playboy is always a playboy. Encik Playboy telefon saya ni ada apa
Im not a playboy anymore, sayang! Adwan membentak.
Berapa kali dia hendak meyakinkan kekasih hatinya ini yang dia bukan seperti yang si dia katakan. Bila Qaireen mengusik, dia menyahut. Tapi, itu bukannya bermakna dia senang bila digelar begitu.
My bad, my bad. Tak maulah marah-marah. Umur tu dah 32. Nanti makin tua jadinya. Qaireen masih lagi mengusik. Dia tergelak-gelak.
Yalah. Kita ni dah tua. Dah tak laku. Adwan ubah tonasi suaranya. Mendatar. Tiada mood mahu menyambung gurauan.
Biarlah Qaireen nak kata dia mengada-ngada. Bukannya perempuan sahaja yang sensitif bila diusik dengan umur mereka. Lelaki pun sama juga, tapi bagi sesetengah orang ajelah.
Alololo, buruklah orang tua merajuk. Sekarang beritahu saya. Sayang saya nak cakap apa Kalau suara Adwan mendatar, Qaireen pula sebaliknya. Dia mengalun lembut suaranya. Memujuk Adwan.
Tersungging senyuman di bibir Adwan. Dia tahu Qaireen memang pakar memujuk. Manalah dia tak bertambah sayang dengan gadis ini.
Glad to hear that. Sejuk hati saya dengar awak sebut sayang saya.
Mengadalah. Serius awak nak cakap apa
Saya dekat rumah Akid ni.
Tahu.
Sayang, cubalah bagi muka sikit dekat saya. Buatbuatlah terperanjat ke
Hesy, Playboy Pencen ni makin mengadangadalah. So, hows everything Smooth or bad Adwan tergelak. Kan Qaireen dah cop dia suka mengada-ngada. Tak kisahlah. Asal Qaireen sudi melayan kerenah dia.
Tak tahu nak cakap macam mana. Akid tak ada dekat rumah. Dia tak balik-balik lagi. Saya tengok Aunty Min dengan Uncle Lan dah serba tak kena, dia menerangkan duduk perkara. Matanya turut memaku pandang pada meja yang dia tinggalkan tadi.
Itulah saya dah cakap, kan. Kalau awak berterusterang dengan dia orang, benda ni taklah jadi rumit macam ni. Pity them. Terdengar Qaireen mengeluh.
Bukan selalu pun, sayang. Sekejap lagi semuanya selesai ni. Adwan memberi jaminan sambil itu matanya meliar ke sekeliling. Takut kalau ada yang pasang telinga. Rahsia ini hanya dia, Papanya dan Tan Sri Razlan sahaja yang tahu.
Awak ni macam budak-budak, tahu tak. Kalau ada orang terasa hati macam mana Qaireen menduga.
Dont worry. I knew my sister very well. Adwan tersenyum sendiri.
Tak dapat nak dia bayangkan reaksi Akid dan Amanda bila segala-galanya tersingkap. Memanglah nampak dia sedikit kejam, tapi apa salahnya menduga perhubungan kedua-duanya. Nak juga tahu sekukuh mana kesetiaan mereka.
Yalah tu, nada suara Qaireen seakan-akan mengejek.
Qaireen, I will call you later. Rasanya Akid dah balik ni. Nanti apa-apa saya roger. Assalammualaikum, sayang.
Silauan lampu kereta yang menyorot tepat ke mukanya ditutup dengan tapak tangan. Adwan kalut memutuskan talian tanpa menunggu Qaireen membalas salam.
MEREKA berdua bersandar pada badan kereta BMW X6 milik Amanda. Adwan mahu pun
Qaireen merenung kosong deretan kereta di depan mereka. Cuaca redup pagi itu bagaikan menggambarkan isi hati mereka berdua.
Adwan iringkan tubuhnya. Memandang Qaireen di sisi.
Qaireen tersenyum. Ikut hati gedik nak juga buat aksi yang sama. Tapi, dia masih berpegang pada adat.
Dia masih tahu rasa malu.
Betul ni tak nak ikut Adwan bertanya lagi.
Biar pun soalan ini sudah berkali dia ungkapkan, tapi dia ingin juga mencuba. Manalah tahu Qaireen berubah hati. Mahu menemani dia menyelusuri perjalanan menghebahkan majlis perkahwinan Akid dan Amanda yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Qaireen menggeleng laju. Tanyalah berapa ratus kali pun. Keputusan dia tetap sama. Tak akan berubah.
Jomlah. Kesian saya. Qaireennn... Adwan menyeru manja. Manalah tahu Qaireen termakan pujuk.
Haip, malulah kalau orang dengar. Qaireen memukul lengan kekar Adwan. Meliar matanya memerhati sekeliling. Takut ada yang mendengar. Takut juga aksi lepas laku dia ada yang perasan.
Mana ada orang. Kalau ada pun bukan dia orang kisah. Adwan tersenyum. Lucu melihat gelagat Qaireen yang malu-malu takut. Risau sangat kata-kata orang.
Jawapan saya tetap tak nak. Kita belum ada apaapa ikatan halal, Adwan. Saya tak nak terlalu kerap ikut awak ke sana ke mari. Saya ada keluarga di kampung yang perlu dijaga nama mereka. Malah maruah saya sendiri sebagai gadis Melayu juga harus saya jaga. Qaireen cuba memberi alasan yang wajar. Dia melorek senyuman manis.
Dia masih tipikal gadis muslim. Tingkah lakunya sentiasa mendapat perhatian. Lagilah bila sudah tiada emak dan ayah. Nama baik keluarga masih perlu dijaga.
Saya rasa Papa dengan Mama tak kisah. Adwan masih tak berputus asa. Memujuk Qaireen selagi daya. Walhal dia kenal Qaireen gadis yang macam mana.
I know and they already knowing me quite well. Qaireen tersenyum.
Saya bangga, tiba-tiba Adwan tarik riak serius.
Bangga Bangga pasal apa Qaireen merenung Adwan. Dadanya sudah berdebar-debar melihat air muka Adwan.
You are not like the others, sayang. Ada pendirian kukuh. Tak lut dengan pujuk rayu saya. Alhamdulillah saya tak salah pilih. Adwan tersenyum. Matanya tepat memandang Qaireen. Menikmati wajah yang senantiasa tersenyum.
Aduh! Tapak tangan kanan Qaireen melekap di dadanya. Dahinya berkerut. Berlapis-lapis. Seolah-olah dia sedang menanggung kesakitan yang amat.
Adwan tegakkan tubuhnya. Tidak lagi bersandar pada badan kereta. Qaireen dipandang cemas.
Kenapa Qaireen, are you okay Ringan tangannya mahu memegang tubuh Qaireen. Tapi kalau dia berani buat begitu memang makan penampar percumalah.
Macam ada anak panah terpacak dekat dada saya ni. Qaireen kenyit mata. Tawanya pecah. Puas menahan gelak bila melihat gelagat Adwan yang cuak tadi.
Nada Qaireen! Suara Adwan naik seoktaf. Tangan dah mencekak pinggang. Geram dengan permainan Qaireen.
Kalau tak mengenangkan dia sayang gadis ini, memang dah ditangankannya. Qaireen tak tahu agaknya hati dia turut merasai kesakitannya tika melihat kedutan pada dahi si dia tadi. Kalau boleh dipindahkan rasa sakit itu memang dia mahu menanggungnya bagi pihak Qaireen.
Gotcha! Tak mahulah tengok muka awak stress. Nak balik kampung aje, kan Qaireen tersenyum. Tahu leluconnya tadi tak kelakar.
Yeah tapi entahlah. Hati macam rasa lain. Jantung ni macam berdebar-debar. Macam kita pula yang nak kahwin. Adwan menunduk. Kakinya menguis-nguis batu-batu kecil di atas jalanraya.
Janganlah cakap macam tu. Mungkin awak penat agaknya. Banyak benda yang awak kena uruskan.
Lepas satu, satu lagi, Qaireen jeda.
Adwan masih menunduk.
Banyakkan berzikir dalam hati. DIA sentiasa ada dengan kita. Baca doa sebelum bergerak nanti. Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar, risau juga Qaireen bila Adwan cakap macam tu. Tak pernah Adwan berperangai seperti ini.
Ya Allah, kau selamatkanlah perjalanan Adwan dan bakal mentuaku ini, doanya dalam hati.
Adwan mengangguk. Lapang dadanya mendengar kata-kata nasihat Qaireen. Debaran yang dia rasa tadi sudah beransur kurang. Barulah dia senang untuk bergerak pergi.
Saya gerak dululah. Takut lambat pergi lambat pula baliknya nanti.
Dia membuka pintu kereta. Enjin dihidupkan. Hari ini dia ke kampung menaiki kereta milik si adik. Besar dan selesa untuk membawa kedua orang tuanya.
Hati-hati. Kirim salam dekat aunty dan uncle. Qaireen berundur. Memberi ruang untuk Adwan menggerakkan kereta.
Assalammualaikum, Adwan melambai. Hon kereta turut dibunyikan.
Waalaikumussalam, Qaireen melambai juga. Menanti hingga bayang BMW X6 itu hilang. Tiba-tiba terasa dadanya berdebar-debar. Laju dia meletakkan tangannya di situ.
Ya Allah, Kau permudahkan urusan mereka sekeluarga hari ini, doanya.
Dia melangkah masuk ke dalam kedai. Hanya mampu tersenyum bila Amanda dan Lydia mengusik. Oh, ya! Lydia juga merupakan teman baik dia dan Amanda. Awalnya mereka bertiga bersama-sama mengusahakan Lovely Bakery. Cuma sekarang ni Lydia terpaksa menguruskan perniagaan keluarganya. Hmmm rindunya saat manis mereka bertiga.
Selepas Lydia pulang, rutin kerja diteruskan seperti biasa. Qaireen menyemak senarai pesanan pelanggan yang sudah penuh untuk sebulan. Alhamdulillah, rezeki Lovely Bakery. Mungkin juga berkat perkahwinan Amanda dan Akid yang bakal berlangsung tak lama lagi.
Reen, ikut aku keluar sekejap! Suara Amanda melaung kuat nama Qaireen dari luar.
Huh
Kalut Qaireen mencapai beg tangan. Bergegas keluar dari bilik pejabatnya. Mencari Amanda. Dia mengejar Amanda yang terlebih dulu keluar dari kedai. Nak bertanya lanjut, tapi dia tak sempat bila Amanda sudah meloloskan diri ke dalam kereta yang berhenti betul-betul di depan Lovely Bakery.
ENTAH sudah kali ke berapalah jemarinya menyeka air mata yang mengalir tidak berhenti.
Sampaikan satu ketika dia hanya membiarkan sahaja air mata itu tumpah.
Patutlah debaran di dada dia menggila tika menghantar pemergian Adwan. Patutlah dia risau dengan ungkapan Adwan. Rupa-rupanya Allah mahu menguji. Menguji ketahanan hati seorang perempuan seperti dia.
Sayang, stop crying. I really hate to see you like this.
Suara serak Adwan mematikan lamunan hatinya. Qaireen merenung Adwan yang terbaring lemah di atas katil hospital.
Tak tahu nak cakap macam mana, bicaranya dalam sendu.
Janganlah macam ni. Tangan dengan kaki aje yang injured. Adwan angkat sedikit kepalanya. Melihat kakinya yang sudah bersimen. Menyeringai wajahnya bila ngilu terasa pada tangannya yang patah.
Pagi tadi awak sihat. Awak boleh berjalan. Awak boleh memandu. Sekarang ni sebak yang menghambat dada menghalang Qaireen dari meneruskan bicaranya. Belakang tangannya digunakan untuk menyeka air mata yang semakin lebat mengalir menuruni pipi.
Peritnya hati dia melihat Adwan yang tidak dapat melakukan apa-apa melainkan terbaring sahaja. Mengapalah jodoh dia dan Adwan lambat Kalau tidak mudah dia nak menjaga Adwan.
Astaghfirullahalazim, Qaireen! Dia beristighfar dalam hati.
Qada dan Qadar, Qaireen. Kun Faya Kun. Allah kata jadi maka jadilah. Diatak akan menguji kita melebihi apa yang kita mampu. I believe in Him. Ini semua ujian. Ujian untuk kita renungkan kembali apa yang telah kita lakukan untuk Dia. Adwan cuba menenangkan Qaireen.
Dia sebenarnya tidak kisahkan keadaan dirinya.
Dia lebih bimbangkan Papa dan Mamanya yang masih lagi koma. Dia juga risaukan Amanda. Majlis perkahwinan si adik semakin hampir. Ada banyak lagi persediaan yang perlu dibuat.
Maaf. Saya pernah kehilangan. Saya tak nak kehilangan lagi. Qaireen menunduk. Cuba menenangkan hati. Dia takut sejarah lama berulang semula. Kehilangan orang tersayang amat sakit. Tak terucap dengan kata-kata.
Perkara tak akan berlaku kalau Allah tak mahu ianya berlaku. Qaireen, awak perlu kuat. Jadi kuat untuk saya. Jadi kuat untuk naikkan semangat adik saya semula. Saya memang harapkan awak. Hanya awak yang dapat membantu kami. Adwan memujuk lagi.
Qaireen panggung wajah. Pandangan matanya bertembung dengan Adwan yang tunak memandang dia. Mata itu seperti merayu pertolongan dari dia.
Ya, dia perlu kuat. Kecederaan Adwan bukannya separah mana. Tidak seperti bakal mentuanya. Dalam keadaan ini semangat Amanda tentu saja lemah. Masa inilah dia perlu memainkan peranan.
Tolong saya, Qaireen Adwan mengulang lagi permintaannya.
Insya-Allah. Saya bantu setakat yang mampu. Qaireen tersenyum. Segera disekang air mata yang hampir menitik. Tidak mahu lagi pipinya basah kembali.