EPILOG KITA - 15
TERDUDUK Hani di atas katil milik Ryan. Dadanya turun naik dengan laju. Ibarat ternampak sesuatu yang menakutkan. Tangan yang melekap di dada, mengurut perlahan. Menenangkan jiwanya.

Tak mungkin dia... Tak mungkin! Hani menggeleng dengan sedikit bergenang.

Kejadian enam tahun lalu, galak menujah ingatannya. Lintasan bayangan seorang gadis, buat nafasnya sedikit sesak.

Tak mungkin.

Dia cuba menidakkan apa yang dia lihat, tapi masih terbayang kalung di tangan Puan Laila tadi, dia kelu.

Ryan! Bilik Ryan! Pasti bilik ini ada menyimpan apa yang dia perlu tahu saat ini!

Mata Hani meliar ke arah meja solek yang terkaku di satu sudut. Laju saja dia bangun dan menghampiri laci-laci yang terdapat di bahagian bawah meja solek. Satu persatu diterokai dengan rakus.

Tak ada. desisnya sendiri.

Darahnya terasa bagaikan mengalir laju. Dia cuba bertenang namun tak mungkin! Riana! Dia perlu tahu siapa Riana! Siapa Riana kekasih Ryan! Siapa Riana yang menjadi penyebab Ryan berdendam. Hanya Riana saja ada jawapan terhadap persoalan di dalam mindanya.

Matanya tiba-tiba tercacap pada laci meja kecil yang menempatkan lampu tidur. Kakinya digerakkan, namun ada sesuatu yang buat hatinya gelisah. Bagaimana Riana adalah orang yang...

Argh!!!

Perlahan-lahan laci itu dibuka. Matanya menangkap satu bingkai gambar yang tertakup ke belakang. Tangannya mencapai bingkai gambar itu. Pelbagai kesimpulan bermain di mindanya.

Adakah jika dia balikkan bingkai gambar itu, dia akan melihat wajah arwah kekasih Ryan Atau ini hanya sekadar gambar biasa Bagaimana jika apa yang dia lihat nanti, betul-betul menjawab persoalannya Macam mana kalau Riana adalah perempuan itu Macam mana dia nak beritahu pada Ryan

Hani menghembuskan nafas perlahan sebelum membalikkan bingkai gambar itu. Apa yang dia lihat buat dia terpaku sesaat sebelum tubuhnya sendiri terduduk di birai katil.

Riana! Gadis itu adalah Riana dan Riana adalah...

Apa kau buat dalam bilik aku!

Hani terkesima. Suara milik Ryan buat matanya membesar. Dengan tangan erat memegang bingkai gambar itu, matanya dialih ke arah suara garau yang menegurnya.

Ryan

Kau buat apa dekat katil aku Ryan mara dengan mata membulat. Lagi bulat matanya bila melihat laci yang terbuka.

Hani tergamam.

Laci aku... Apa yang kau cari dalam laci tu

Terpinga-pinga Hani seketika. Dengan otaknya masih tak dapat menerima gambar di dalam bingkai itu, Ryan datang membuat dirinya kelu.

Riana... hanya itu mampu disebut.

Berkerut dahi Ryan mendengar sepotong nama itu. Namun kerutannya beralih menjadi riak tegang bila matanya menangkap bingkai gambar di tangan Hani. Bingkas dia merampas kasar.

Siapa suruh kau pegang gambar ni hah! herdik Ryan kasar.

Saya... saya cuma...

Kau ni memang tak guna! Kenapa kau ceroboh bilik aku Aku tak suka orang ceroboh bilik aku! Kau ni memang... Berambus... berambus

sekarang!

Ryan, saya...

Berambus! Aku kata berambus! Ryan menjerit sepenuh hati sampaikan terhinjut bahu Hani.

Aku cakap berambus. Baik kau pergi sebelum aku buat kau menyesal. Get lost!

Hani berdiri terus. Seperti lipas kudung dia berlari ke biliknya. Pintu ditutup dan Hani menyandarkan dirinya disitu. Sungguh! Muka Ryan sangat-sangat menakutkan. Hilang saja wajah Hani, Ryan merengus geram. Tmarahnya lebih pada diri sendiri.

AK guna! marahnya. Namun

Sebelah tangannya meraup rambutnya ke belakang. Dia tak tahu apa yang sudah jadi padanya. Dia tak mampu mengawal marah. Di pejabat tadi dia tak habis-habis memikirkan hal semalam. Dia asyik fikirkan Hani. Dia asyik fikirkan marahnya pada Hani semalam.

Jadi dia pulang awal kerana keresahan yang muncul tiba-tiba. Dia tak senang hati bila fikirkan wajah keruh Hani semalam. Memang betul kata Hani, bawa Hani masuk ke dalam dunianya seakan tiada fungsi. Neneknya langsung tak menunjukkan kebencian melainkan kemarahan. Tapi, ada sesuatu yang buat dia rasa ingin menahan Hani supaya berada terus di dalam rumah itu.

Tak sangka, kepulangannya disambut dengan Hani yang sedang menceroboh biliknya. Gambar Riana! Kenapa Hani pegang gambar Riana tadi Ryan menundukkan kepalanya. Melihat gambar kaku Riana di dalam bingkai di tangannya.

Aku minta maaf Ria, aku tak dapat sakitkan hati orang tua tu. Aku tak mampu beri dia kesakitan sama seperti yang kau lalui. Aku minta maaf. Bicara Ryan penuh kesal.

Punggungnya dilabuhkan di birai katil dengan mata setia memandang wajah ceria milik Riana di dalam gambar itu. Ada senyuman bertunas di bibirnya. Sesungguhnya, senyuman Riana itu ibarat penawar.

Sikap arwah Riana yang periang banyak menghilangkan kesunyiannya dalam hidup.

Kerana sikap Riang itu dia jatuh cinta, tapi kerana cinta, gadis periang itu menghilang. Gadis itu menderita dan pergi dengan rayuan cinta yang tak kesampaian.