MY SWEET ARISSA - 15
APA masalahnya Biarlah Wafa tidur di rumah kita! Bukan tak biasa dia datang

ke sini, tegas Puan Hanim memandang Hakimi. Pandangannya beralih ke wajah Wafa yang memandangnya.

Tak apalah Umi. Wafa boleh tidur kat hotel je.

Menyesal dia mengikut rancangan Puan Hanim. Malu rasanya apabila dia disuruh tidur di Penthouse Hotel Sweet Arena. Begitu pun memang dia tidak mengharap untuk bertemu Hakimi.

You tak ada rumah ke Kenapa tak balik ke rumah Mak dan Ayah you dulu. Kenapa tak jumpa dia orang dulu selar Hakimi.

Kaget Wafa dengan kata-kata sinis Hakimi. Lelaki ini memang tidak pernah menyenanginya dari dahulu biarpun kedua keluarga mereka sudah kenal sejak mereka belum lahir lagi.

Umi yang ajak dia terus ke sini Lagipun dia kan tunang Kimi! Spontan Puan Hanim mencelah dengan suara keras. Geram sungguh dia dengan kata-kata Hakimi yang tidak pernah manis di hadapan Wafa. Umi ni pun satu... kalau Kimi buat perkara yang sama pada Umi, apa Umi rasa

Badrul memegang bahu Hakimi sebagai menenangkan lelaki itu. Dia faham dengan maksud Hakimi.

Encik Kimi... tak baik. Bawa bersabar, pujuk Badrul.

Haa! Hakimi mengeluh kasar.

Dibuka pintu tempat duduk bersebelahan pemandu lalu masuk ke dalam. Pintu ditutup dengan kuat tanda protes dengan rancangan Puan Hanim.

Masuk Puan, Cik... biar beg-beg tu saya simpan dulu kat belakang kereta, kata Badrul. Pusing kepalanya melihat anak beranak itu bergaduh di hadapan balai ketibaan. Semua orang yang lalu lalang siap pandang mereka lagi.

Yalah.

Puan Hanim memberi isyarat kepada Wafa menyuruh masuk ke dalam kereta. Dia faham dengan maksud amarah Hakimi itu. Apa pun dia mahu Wafa yang memujuk Hakimi kelak. Dia tidak akan tunduk dengan permintaan Hakimi yang mahu memutuskan pertunangan tempoh hari. Akan dipastikan anaknya dan Wafa bersatu hingga ke jinjang pelamin.

Tak mengapa, tahulah dia nak memasukkan jarumnya di hati anak itu. Hakimi, sanggup buat apa sahaja untuk dirinya walaupun dia jenis degil yang teramat sangat.

Tak apalah Umi, Wafa ke hotel je. Wafa berbisik ke telinga Puan Hanim. Daripada dia menunggu di situ mendengar bebelan Hakimi lebih baik dia ke hotel. Badannya masih lagi penat dengan perjalanan yang makan masa berjam-jam.

Eh... jangan mengada-ada Wafa. Tidur je di rumah tu. Nanti rumah tu akan jadi rumah Wafa juga selepas kahwin nanti. Tak payah susah-susah duduk hotel. Puan Hanim cuba memujuk Wafa.

Rumah dia! Hakimi berpaling memandang Puan Hanim.

Terkejut Puan Hanim dengan soalan garang Hakimi.

Bila masa dia bayar rumah tu! keras suara Hakimi.

Sengaja dia hendak mengingatkan Uminya yang rumah itu sudah menjadi miliknya setelah dia membayar sejumlah deposit kepada Walidnya suatu ketika dahulu. Memang dia bercadang hendak menetap terus di Pulau Mutiara.

Kimi. Ini tetamu! keras suara Puan Hanim. Tetamu Umi, bukan tetamu saya! Kimi! hampir terpekik Puan Hanim.

Umi!

Wafa memegang lengan Puan Hanim sebagai mahu menenangkan wanita itu yang sudah naik hantu. Nampaknya Hakimi begitu membencinya. Adakah lelaki itu sudah tahu Tiba-tiba jantungnya bagai hendak gugur dengan tekaannya sendiri. Siapa yang beritahu Naim Hatinya terus bergolak sendiri.

Walau tetamu siapa pun... cubalah hormat! balas Puan Hanim keras.

Wafa senyap dan sesekali menelek telefon bimbitnya. Dia sudah pun menghantar mesej kepada Naim sebaik mereka berada di KLIA tadi. Namun tiada balasan daripada lelaki itu. Ini yang buat dia bengang dengan Naim yang sekejap timbul kejap tenggelam seolah-olah sudah tiada di dalam dunia ini.

Hakimi berdengus kasar.

Badrul yang baru masuk menutup pintu kereta Mercedes Benz E250 kepunyaan Hotel Sweet Arena dengan kuat. Geram pula dia dengan mereka. Tak habis-habis lagi. Rasanya ini hanya baru bunga-bunga pertengkaran. Belum lagi Puan Hanim dan Wafa tiba di rumah. Mahu meletup rumah Bosnya nanti.

Saya nak memandu. Saya tak boleh memandu kalau orang yang saya bawa bergaduh. Silap-silap kita semua ke batu dua! keras suara Badrul.

Awak ni tak elok cakap macam tu tau! sergah Wafa.

Pantang sungguh dia orang berkata begitu dalam kenderaan. Memang terasa gerun sangat-sangat. dia belum bersedia untuk mati!

Eh, jangan tengking driver aku ya! tengking Hakimi pula sambil menuding jari telunjuknya ke muka Wafa.

Terkejut Wafa. Matanya beralih memandang kepada Puan Hanim.

Badrul senyap. Rasa hendak ketawa pun ada. Namun rasa bangga dirinya dipertahan oleh Hakimi. Memang begitulah sikap Bosnya. Jika terdapat kesilapan atau apa sahaja yang berkaitan dengan kakitangan hotel, Hakimi terlebih dahulu meminta maaf. Katanya kesilapan kakitangan itu datang darinya yang tidak cekap dalam menangani masalah itu.

Itu yang menyebabkan ramai kakitangan hotel amat sayangkan Pengarah Urusan Hotel Sweet Arena Pulau Pinang jika dibandingkan dengan pengarahpengarah urusan yang lain.

Jalan, Badrul! suruh Puan Hanim dengan suara agak keras.

Pusing kepalanya sejak keluar dari balai ketibaan. Terasanya keputusannya mengajak Wafa memang satu kesilapan dan memang betul apa yang dikatakan oleh Hakimi tadi.

Siapa ada kat rumah Mak Cik Ruhaya soal Puan Hanim sambil membetulkan tudungnya.

Badrul memandang Hakimi yang tidak bersuara dan kelihatan begitu tenang sekali. Yalah, tenang di wajah tidak semestinya tenang di hati. Si Arissa entah macam manalah di rumah tu Tak sabar rasanya hendak melihat lakonan Bosnya dan Arissa sebentar lagi.

Ada surprised untuk Umi, kata Hakimi terus memandang ke hadapan.

Surprised Berdebar-debar Puan Hanim mendengar ucapan Hakimi. Apa surprisednya

Kalau dah beritahu bukan surprised lagilah, balas Hakimi tanpa memandang Puan Hanim yang duduk di belakangnya. Dia berharap Arissa sudah bersedia di rumah. Dadanya bagai hendak meletup sebak teringatkan isteri di sana.

Puan Hanim memandang Wafa yang ralit memandang keluar.

Walid kirim salam. Puan Hanim bersuara lagi.

Waalaikumussalam. Mendatar je jawapan Hakimi.

Senyap.

Walid bila nak balik sini soal Hakimi.

Badrul dan Wafa membiarkan dua beranak itu berbual sebagai memenuhi ruang sempit di dalam Mercedes Benz E250 yang sepi sebentar tadi.

Tak tahulah. Tengok dulu keadaan Walidnya macam mana. Tenang-tenang sahaja jawapan Puan Hanim. Umi dah tak larat nak tinggal kat sana.

Hakimi senyap. Lain macam ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Uminya. Matilah dia kalau wanita itu terus-terusan tidak pulang ke Doha. Bagaimana dengan rancangannya Adakah Arissa terpaksa menjadi isterinya terus

Kenapa Umi tak suka tinggal kat sana ke Sengaja hendak mencungkil kata-kata Puan Hanim. Entahlah... Puan Hanim mengeluh sambil melempar pandang keluar.

Hakimi senyap.

Lebih setengah jam dan mereka sudah menghampiri kawasan perumahan tempat Hakimi tinggal. Degupan jantung Hakimi bagai hilang rentak sebaik kereta yang dipandu oleh Badrul mula memasuki simpang ke kawasan kediamannya. Bersediakah Arissa untuk berdepan dengan Uminya kini

DEGUPAN jantung Arissa bagai mahu terhenti sebaik melihat kereta yang sering digunakan oleh Hakimi untuk ke pejabat berhenti di bawah porch sebaik pintu pagar terbuka. Sekali imbas dia melihat wajahnya di cermin hiasan di ruang tamu dan dia berjalan perlahan ke pintu rumah.

Lama dia memandang tombol pintu rumah. Perlahan-lahan tangannya memegang dan memusingnya. Nafas ditarik dalam-dalam sebaik melihat Hakimi keluar dari kereta dan di belakang seorang wanita berusia separuh abad.

Puan Hanim, hatinya berbisik sendiri.

Dia tidak pernah bertemu dengan wanita itu tetapi kerap bertemu dengan Encik Razali suatu ketika dahulu.

Siapa tu Pembantu rumah baru ke soal Puan Hanim cemas sebaik melihat seorang gadis manis berdiri di muka pintu rumah. Masakan pembantu rumah cantik begitu. Elok pula pakaiannya.

Hakimi memandang Arissa. Kemudian menggamit isterinya yang berada di muka pintu. Dadanya mula berdebar-debar hendak menemukan dan memperkenalkan kedua mereka.

Arissa akur dan seketika dia sudah berdiri di sebelah Hakimi. Terkejut dia apabila jarinya ditaut erat oleh Hakimi.

Gamam Puan Hanim melihat reaksi Hakimi dan dia dapat mengagak tetapi tidak pasti. Dadanya rasa seperti hendak meletup dengan pemandangan di hadapannya.

Umi... ini Arissa Mohd Salleh yang pernah Kimi cerita dulu. Dia isteri Kimi. Hakimi memandang Arissa sejenak dengan senyuman.

Arissa membalas senyuman Hakimi dengan rasa tidak keruan. Namun tidak pasti bagaimana bentuk senyumannya itu. Jantungnya yang berdegup sudah tidak menentu rentaknya.

Apa! terpekik Puan Hanim mendengarnya.

Wafa juga terkejut. Tidak disangka sepantas itu Hakimi membuat keputusan untuk bernikah. Apa sebenar yang berlaku antara dua beranak ini Hatinya bersoal sendiri.

Apa ni Kimi Kan Umi kata kita akan bincang bila Umi balik! pekik Puan Hanim tidak sabar sebaik mendengar penjelasan Hakimi yang sudah bernikah.

Untuk apa bincang. Masa tunang dulu pun Umi tak bincang apa-apa pun dengan Kimi. Tau-tau Kimi dah ada tunang! selar Hakimi pula. Memang dia tidak puas hati dengan tindakan Puan Hanim ketika itu.

Terkedu Puan Hanim. Dia memandang Wafa yang tidak memberi apa-apa reaksi.

Bila perkara ini terjadi Bila Kimi nikah Puan Hanim menghampiri Hakimi dan Arissa. Berombak dadanya dengan soalan yang diajukan kepada Hakimi. Dua minggu yang lalu. Hakimi menjawab. Semakin kuat tautan jejarinya di jari Arissa. Sebenarnya dia sendiri takut. Tidak tahu apa yang ditakutkannya.

Arissa senyap. Tunduk. Takut dia dengan pandangan tajam dari mata Puan Hanim. Rasa kering darah di dalam tubuhnya.

Haa tercengang Puan Hanim mendengarnya. Apa semua ni Kimi! pekik Puan Hanim. Kakinya belum lagi jejak ke dalam rumah namun dia sudah mendapat kejutan yang benar-benar mengejutkannya.

Wah, mereka berdua ni dalam bulan madulah! Hati Wafa berbisik sendiri.

Ada rasa lega mendengar berita yang baru diketahuinya. Tidak perlulah dia susah-susah memikirkan bagaimana hendak memutuskan pertunangannya dan Hakimi. Seperti Hakimi dia juga dipaksa untuk menyetujui bertunang dengan anak kenalan rapat kedua orang tuanya.

Kimi dan Arissa dah nikah. Sekali lagi Hakimi mengulangi pengakuannya.

Tapi kenapa tegang suara Puan Hanim dan sudah bercekak pinggang.

Kita masuk dulu ke dalam Umi, ajak Hakimi lalu melepaskan jari Arissa.

Rasa tidak manis berbincang kisah peribadi di luar rumah. Walaupun kebanyakan daripada jiran-jiran di situ tidak ambil peduli kisah mereka.

Tak payah, Umi nak tahu sekarang juga! tempik Puan Hanim. Dadanya berombak menahan marah tetapi tidak tahu pada siapa patut dilemparkan rasa marahnya itu.

Umi... Hakimi cuba memujuk wanita itu.

Arissa mula rasa tidak senang melihatkan situasi yang semakin tegang namun masih terkawal. Dadanya bagai mahu pecah mendengar tempikan Puan Hanim tadi.

Kenapa tiba-tiba Kenapa tak bagi tahu Umi dan Walid pasal hal ni Kenapa ketepikan kami pekik Puan Hanim geram. Entah mengapa dia merasa sedih dengan tindakan Hakimi yang membelakanginya dan Encik Razali.

Hakimi senyap. Dia tidak punya alasan.

Kena tangkap basah ke teka Puan Hanim.

Dia tidak dapat fikir alasan lain dengan situasi Hakimi dan gadis yang sudah menjadi isteri anaknya. Kalau tidak masakan Hakimi bernikah tergesa-gesa.

Kimi tak seburuk itu Umi! rasa tercabut jantungnya mendengar telahan Uminya.

Habis tu Kenapa tergesa-gesa. Budak ni dah mengandung

Kering darah Arissa mendengar tuduhan Puan Hanim. Ini baru permulaan pada perkenalan dengan mentuanya, dia sudah dituduh macam-macam. Dia memandang Wafa yang banyak membisu dan kelihatan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Umi! hampir terpekik Hakimi dengan tuduhan melulu Puan Hanim. Tidak disangka sampai ke situ fikiran Uminya.

Kalau tidak kenapa Kimi buat macam ni Sekali lagi Puan Hanim memekik.

Kalau Kimi bagi tahu Umi... Umi bagi Kimi nikah dengan Arissa Hakimi membalas.

Terkedu Puan Hanim. Ya, Kalau Hakimi beritahunya adakah dia akan merestui pernikahan anaknya dan Arissa. Lama dia memandang Arissa. Boleh tahan juga gadis yang sudah menjadi menantunya. Kemudian memandang Wafa. Apakah alasan yang patut diberikan kepada kedua orang tua Wafa

Umi Hakimi memegang tangan Puan Hanim.

Puan Hanim memandang Hakimi kemudian beralih memandang Arissa pula.

Apa tujuan kau kahwin dengan anak aku haa! sergah Puan Hanim dengan rasa marah. Duit!

Terkejut Arissa. Astaghfirullah al-azim, apakah inilah bayaran daripada lakonan yang sedang dilakonkannya. Ya Allah, rasa seperti mahu menangis dituduh begitu. Beginikah rasanya bila berkahwin dengan orang kaya-kaya.

Umi! Hakimi menarik lengan Puan Hanim. Kita masuk dulu. Apa-apa kita bincang di dalam. Malu kalau orang dengar kita bertengkar di luar ni, pujuk Hakimi lagi.

Ooo... tahu malu, yang Kimi buat tu tak malu balas Puan Hanim yang sudah menyinga.

Kami dah nikah Umi. Dah sah jadi suami isteri. Nak malu apa. Dia halal untuk saya! tingkah Hakimi bengang dengan terjah Uminya. Kami bukan bersekedudukan. Arissa tu sah isteri saya. Umi tak percaya Kimi boleh tunjuk surat nikah dan Kimi bukan nikah di Siam ya! tekan Hakimi.

Puan Hanim berdengus kasar sambil merentap lengannya.

Walid tak tahu kan! Mencerlung pandangannya pada Hakimi. Mahu sahaja ditelan anak itu.

Hakimi menggeleng. Perkara ini pasti akan menjadi besar dan hangat kelak sebaik Walidnya mendapat tahu. Tidak tahu apakah reaksi lelaki itu pula.

Puan Hanim pula menggeleng beberapa kali. Dia memandang Badrul yang sedang menjinjing beg pakaiannya untuk di bawa masuk.

Bad... hantar saya ke hotel. Puan Hanim kembali membuka pintu kereta.

Tercengang Badrul lalu memandang Hakimi.

Umi! Hakimi sempat menyambar tangan Puan Hanim sebelum wanita itu memboloskan diri masuk ke dalam kereta.

Puan Hanim menoleh.

Umi penat. Nak rehat di sana dulu. Tak larat dia hendak bertekak dengan Hakimi. Perkara sudah pun terjadi. Biarlah dia berehat dan tenangkan fikirannya dahulu.

Perlahan-lahan Hakimi melepaskan lengan Puan Hanim.

Bos Badrul seperti bertanya dan masih tercegat berdiri di tempat tadi.

Hakimi mengangguk.

Tolong hantar Umi saya ke Penthouse hotel, pintanya perlahan.

Badrul akur dan kembali meletak beg pakaian Puan Hanim dan Wafa di belakang kereta. Wafa sudah pun masuk ke dalam kereta sebaik melihat Puan Hanim masuk ke dalam kereta sebentar tadi.

Seketika kereta yang dipandu oleh Badrul hilang dari pandangan Hakimi dan Arissa. Hakimi memandang Arissa yang masih berdiri di hadapan pintu.

Awak nampak pucat tadi. Hakimi senyum sambil menghampiri gadis itu.

Umi Encik nampak kecewa sangat-sangat masa dia tengok saya tadi. Arissa tidak membalas kata-kata Hakimi. Encik tak rasa bersalah ke dia memandang Hakimi.

Hakimi menggeleng.

Saya tak kesal dengan apa yang saya buat. Dan saya tak kesal nikah dengan awak! tekannya lalu melangkah masuk ke dalam. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari Arissa. Bimbang hatinya akan berubah kepada Wafa.

Terkedu Arissa dengan jawapan Hakimi. Ayat terakhir itu membuat jantungnya kembali berlagu kencang.