SAAT AKU BERPALING - 15
Ani Nadhirah duduk di depan meja Papanya. DA apa Papa panggil Nad datang ke sini hari

Dia cuba menceriakan wajah sugulnya dengan mengukir senyuman.

Sajalah. Susah betul nak jumpa anak Papa yang seorang ni tau. Balik dari majlis Kak Adelia langsung tak beritahu sesiapa. Puas Papa cari Nad.

Malam tu Nad tengok Papa busy sangat melayan tetamu sebab tu Nad balik tak cakap. Sorry.

Its okay dear. Nad, Papa panggil Nadhirah sekarang ni sebab Papa nak bincang semula tentang

Emerald Group.

Ada lagi ke Nad ingatkan dah selesai.

Benda ni takkan selesai selagi Nadhirah tak bersetuju. Papa tak nak Nad tercicir. Sementara Papa masih ada, Papa nak kedudukan Nad terjamin di Emerald Group. Papa masih lagi Pengerusi Emerald Group yang sah. Tak ada sesiapa boleh apa-apakan Nad di sana. Papa jamin semua tu.

Tapi, Nad tak nak pun semua tu Pa. Nad dah puas hati dengan apa yang Nad ada sekarang ni.

Nad, tolonglah. Dengar cakap Papa. Tolong bantu Papa di Emerald Group. Papa nak Nad ada di situ bersama-sama adik beradik yang lain.

Tapi, Nad masih sibuk uruskan Delta Properties. Bukan senang Pa nak buat dua tugasan di dua tempat yang berbeza.

Papa tahu tapi Papa yakin kemampuan Nad. Nad dah bekerja di Delta Properties 10 tahun. Papa percaya yang Nad boleh bahagikan masa.

Nad berat hatilah, Pa nak bekerja dengan abang Aidid dan abang Ammar. Dia orang pun bukan suka sangat dengan Nad.

Tak. Nad takkan bekerja dengan mereka. Papa letak Nad di sayap kiri Wisma Emerald Group. Nad akan bertugas sebagai Penolong Ketua Pegawai Pemasaran Dan Komunikasi. Abang Aidid pula di sayap kanan, dia takkan boleh nak sesuka hati membuli Nad.

Bukan ke tempoh hari Papa cakap, abang Ammar yang pegang jawatan tu

Papa dah habis ikhtiar. Abang Ammar ambil dadah semula dan sekarang bertambah sukar nak kawal dia. Kerja terbengkalai, ponteng entah ke mana. Papa putuskan untuk pecat dia dan Nadhirah yang akan menggantikan tempat dia.

Nad ingatkan dia dah pulih.

Mula-mula Papa pun ingat dia dah berhenti tapi at the end, dia buat balik kerja tak berfaedah tu. Papa kecewa dengan abang Ammar. Jadi, Papa harap sangat Nadhirah tak kecewakan Papa kali ni, Nadhirah ikut cakap Papa boleh

Nadhirah mula membuat perkiraan. Walaupun berat namun Nadhirah tidak sampai hati mahu menolak pelawaan Papanya sekali lagi. Jika dulu dia enggan berkhidmat kerana bimbang statusnya diketahui Imran namun kini Nadhirah sudah kehabisan alasan. Memandangkan Imran juga sudah tiada makna dalam hidupnya, Nadhirah mula mencongak tawaran yang diberikan Papanya.

Macam mana Papa tunggu jawapan Nad dan Papa tak nak dengar Nad cakap Nad tak nak. Tolong jangan hampakan Papa. Please!

Siapa yang akan jadi bos Nad

Encik Fahimi Arshad. Dia adalah ketua pegawai pemasaran dan komunikasi Emerald Group. Jangan bimbang. Dia orang Papa. Dia tahu tentang Nadhirah dan dia akan tolong Nad sesuaikan diri.

Papa yakin ke yang takkan ada tentangan mengenai kehadiran Nad nanti

Jangan risau pasal semua tu. Papa ada. Papa akan pastikan semua lancar untuk Nad. Tak ada sesiapa akan mempersoal mengenai kehadiran Nad nanti. Lagipun resume Nad jauh lebih baik daripada resume Ammar. Papa yakin dalam masa beberapa bulan, Nad akan boleh buktikan yang Nad bukan memegang jawatan tinggi disebabkan oleh pengaruh Papa.

Nad tak tahu. Sesak pula nak fikir semua ni. Kakak Adelia macam mana. Mak Cik macam mana Papa bukan tak tahu mulut dia orang.

Kakak Adelia kan bekerja sebagai kurator di galeri Mak Cik. Lagipun takkanlah Papa nak suruh graduan archeology yang langsung tak ada minat atau keinginan nak jadi ahli perniagaan pegang jawatan di Emerald Group. Adelia bukannya tahu pun pasal selok belok perniagaan di Emerald ni, dia minat bidang seni macam Mak Cik, rasanya itu yang terbaik untuk dia. Papa rasa cukuplah sekadar dia jadi pemegang saham.

Jangan risau Nadhirah, takkan ada sesiapa yang berani mempersoalkan keputusan Papa hatta Aidid atau Ammar. Semua anak-anak Papa dapat bahagian mereka termasuklah Nadhirah. Papa takkan pinggirkan Nadhirah dan Papa nak Nadhirah ada di Emerald Group secepat mungkin. Papa takut kalau bila Papa dah tak ada nanti, Aidid akan buat sesuka hati.

Rasanya kalau takutkan pasal benda macam tu, perkara pertama Papa kena buat adalah mengiktiraf Nad sebagai anak Papa. Nad masih berbinkan nama bapa tiri Nad. Tutur Nadhirah penuh hati-hati.

Papa tahu apa yang Nad fikirkan. Papa sekarang sedang berurusan dengan peguam. Kita akan buat permohonan. Benda ni akan memakan masa, tapi Papa janji akan pastikan Nad kekal jadi anak Papa tak kiralah apa pun yang terjadi.

Papa Nad ada benda nak tanya.

Teruskan.

Nad perlu tahu sebab sebenar Papa tinggalkan kami. Umur Nad dah dua puluh sembilan tahun. Nad langsung tak tahu, apa yang terjadi.

Setelah begitu lama mencari kesempatan, Nadhirah akhirnya memberanikan diri untuk bertanya. Lama sebenarnya masa yang diambil Nadhirah untuk memberanikan diri, dia menanti saat yang sesuai untuk mendapatkan jawapan daripada Tan Sri Malik.

Bukan masanya lagi. Not now. Bila masanya tiba nanti Papa akan ceritakan semua. Ujar Tan Sri Malik sambil dia menggengam tangan Nadhirah erat. Dia belum bersedia mahu menceritakan segalanya.

Tak apalah kalau macam tu. Nad tunggu jawapan Papa. Soal jawatan tu, Nad perlukan masa. Nad perlu tengok dulu keadaan Delta Properties. Kalau semua okey, Nad akan beritahu Papa.

Janji. Secepat mungkin.

Ya. Nad janji. Nadhirah mengukir satu senyuman palsu. Dia gagal lagi mendapatkan jawapan yang dia mahukan. Sungguh ada rasa kecewa yang begitu dalam terasa wujud jauh di sudut hatinya.

J

AM menunjukkan jam lapan malam. Nadhirah melemparkan sahaja telefon pintarnya ke dalam bakul baju. Deringan telefon yang tak berhenti, menyakitkan hatinya. Ruangan mesej dan Whatsapp pula penuh dengan pesanan ringkas dari Imran yang masih tidak berputus asa untuk menghubunginya.

Nad, saya tahu awak ada dekat dalam. Keluarlah. Kita bincang. Suara Imran kedengaran kuat dan dia tidak berhenti-henti mengetuk pintu rumah.

Lama juga dia berdiri di depan interkom sambil menilik wajah Imran. Bekas teman lelakinya ini kelihatan agak berserabut. Nadhirah rimas mendengar bunyi loceng dan ketukan dipintu silih berganti. Imran tetap juga berdegil dan tidak mahu berputus asa.

Awak nak apa lagi Imran. Baliklah. Kita dah tak ada apa-apa nak dibincangkan. Pintu rumah dibuka. Nadhirah akhirnya mengalah.

Kedegilan Imran membuatkan dia naik muak. Jadinya dia memilih untuk berdepan dengan Imran buat kali terakhir. Dia mahu semuanya ditamatkan malam ini juga.

Saya dah cakap yang kita kena bincangkan tentang hubungan kita. Imran masih berusaha untuk memulihkan keadaan.

Dan saya pun dah cakap yang kita dah putus. Dah tak ada apa-apa yang mampu sambungkan hubungan kita. Baliklah Imran. Tak guna lagi awak nak memujuk saya. Buang masa awak je buat semua tu.

Pertunangan berlaku disebabkan oleh orang tua saya. Saya langsung tak ada apa-apa perasaan dengan Adelia. Please Nad, jangan layan saya macam ni.

Awak nak saya layan awak macam mana Kalau nak diikutkan hati, saya boleh je call polis atau pengawal dekat bawah. Cakap je dekat dia orang yang awak mengganggu saya. Sementara saya masih lagi ada sedikit rasa sabar, lebih baik awak balik.

Kenapa awak nak buang saya macam tu je. Awak tahu selama ni saya tak pernah buat benda yang awak tak suka. Sekali ni je saya minta peluang kedua. Maafkanlah saya. Kita reconcile Pujuk Imran lagi.

Fine. Awak nak berbaik dengan saya Boleh! Kedegilan Imran membuatkan Nadhirah meradang. Saya boleh je nak berbaik balik dengan awak. Tapi, awak putuskan pertunangan awak dengan Adelia. Pulangkan balik cincin pada dia. Beritahu pada parents awak, pada semua orang yang awak dah ada saya. Boleh Nadhirah melontarkan permintaan yang dia sendiri tahu tak mungkin akan tertunai.

Nad, tolong faham saya. Orang tua saya mengharap pada pertalian saya dan Adelia. Saya tak boleh nak abaikan harapan dia orang.

See, jawapan dah ada pada awak. Kenapa nak buang masa datang cari saya Awak dah pun pilih dia. Kenapa nakkan saya lagi Nadhirah sudah putus harapan. Tiada apa lagi yang boleh dia sandarkan pada Imran.

Adelia cuma akan jadi isteri atas kertas je. Tak lebih dari tu. Saya betul-betul nak miliki awak sebagai isteri saya. Saya serius. Takkanlah 8 tahun usia hubungan kita, awak tak boleh nak pertimbangkan permintaan saya ni

Awak dah gila Imran. Yang kiri awak nak, yang kanan awak inginkan. Yang di atas awak tadah, yang di bawah awak nak kendong. Awak nak apa sebenarnya

Saya tak boleh kehilangan awak. Saya terdesak Nadhirah. Imran menggelengkan kepalanya.

Awak tak faham lagi ke Imran dengan situasi kita sekarang ni Kalau awak pilih Adelia, awak dah tak boleh pilih saya lagi.

Apa yang awak cakapkan ni Nad Kenapa pula

tak boleh Saya boleh jadikan awak dan Adelia isteri saya. Saya lebih dari mampu untuk berpoligami. Imran tercengang.

Sekarang kita bukan bercakap pasal poligami! Tengking Nadhirah. Lelaki... Nafas dihela perlahan, Imran, cuba awak tanya diri awak sendiri. Kenapa saya ada di rumah tu Kenapa saya dijemput sedangkan hanya keluarga terdekat saja yang hadir Kenapa saya boleh masuk ke rumah Tan Sri Malik sesuka hati Nadhirah melontarkan bertubi-tubi soalan untuk dijawab oleh Imran.

Make it clear, boleh tak Imran menyoal Nadhirah. Fikirannya sudah buntu. Dia langsung tiada mood mahu berteka teki.

Awak tak boleh tangkap lagi ke maksud di sebalik semua tu Sinis Nadhirah bertanya.

Apa maksud awak Nad Imran tercengang.

Saya, anak Tan Sri Malik, adik Adelia. Awak tak faham lagi ke Nadhirah berterus terang. Rahsia yang disimpan sudah tiada gunanya lagi. Imran telah mengkhianatinya.

What! Imran tergamam.

Kami sebapa berlainan ibu. Tak mungkin boleh berkongsi suami. Kalau pun boleh, saya tak mungkin berkongsi apa-apa dengan Adelia.

How come saya tak tahu semua ni Kenapa awak rahsiakan semua ni dari saya Wajah Imran berubah riak. Marah mungkin.

Awak tak pernah tanya. Lapan tahun kita bersama, kita cuma bercakap pasal keluarga awak, latar belakang awak, harta-harta awak. Nadhirah cuba menarik nafas dalam-dalam. Semua tentang awak saya tahu, tapi pernah tak awak luangkan seminit untuk tanya saya tentang diri saya, hidup saya Tak pernah, the only thing that matters to you is yourself. Nadhirah tersenyum sinis.

Memang Imran adalah lelaki yang mengajarnya tentang cinta, namun sikap pentingkan diri Imran membuatkan Nadhirah sering merasa yang dia bersendirian. Kehadiran Imran di dalam dunianya hanyalah sekadar peneman.

Semua ni mengarut Nadhirah! Mulut Imran tidak dapat ditutup rapat kerana terlalu terkejut.

Dia masih tidak dapat mempercayai apa yang sedang didengarnya. Kata-kata Nadhirah seakan-akan satu gurauan kejam. Memang dia mahu mendapatkan kedua-dua. Dia mahu puaskan hati ibubapanya dan hati sendiri, namun angan-angan itu seakan-akan musnah dengan penjelasan Nadhirah.

Saya tahu dah terlambat. Tapi, saya nak awak tahu yang Tan Sri Malik ayah saya, Adelia kakak saya. Tak ada cara lain yang boleh awak guna untuk halalkan hubungan ini. Dah tak guna pasang angan-angan!

Nad, awak kejam! Awak patut jelaskan pada saya. Awak tahu keluarga saya dengan keluarga Tan Sri Malik rapat. Sepatutnya awak cakap pada saya. Berterus terang dengan saya.

Dahlah Imran. Kita tak mungkin boleh bersama lagi. Cukuplah. Terima kasih kerana sudi luangkan 8 tahun untuk saya. Nadhirah enggan membuang masa memikirkan sesuatu yang sudah jelas jawapannya.

Ya, dah lapan tahun kita bersama. Takkan semudah tu awak nak kita putus

Tak mudah Imran. Dalam hidup saya selama lapan tahun, saya cuma ada awak dan Alana. Masa saya, hati saya, cinta saya. Semua tu awak punya. Kalaulah awak pernah fikir betapa saya perlukan awak, saya tak rasa awak akan buat saya macam ni. Ikutlah cakap orang tua awak. Adelia is the best option. Shes better and perfect enough for your perfect family. Nadhirah menjarakkan diri.

No, this is not what Ive imagine.

Hubungan kita dah cukup teruk Imran and you make things worse. Nadhirah sebak mengenang apa yang terjadi.

Saya ingatkan awak berubah sebab bebanan kerja. Rupa-rupanya awak ada orang lain. No wonder saya selalu dipinggirkan.

Nad, one more chance. Itu saja saya minta dari awak.

Baliklah Imran. Saya penat, anggap aja semua yang terjadi sebab kita dah tak ada jodoh. Jangan buang masa lagi. Nadhirah lelah.

Penat dengan semua drama yang berlaku sejak beberapa hari ini. Pada Nadhirah, cintanya pada Imran sudah ternoktah. Dia akhirnya memilih untuk meninggalkan Imran yang masih terpinga-pinga di depan pintu.

PUTUS cintakah dia

Faliq bertanya sendiri kerana dia kurang jelas dengan apa yang diperbualkan dua insan di luar sana namun, melalui riak wajah mereka yang kelat, Faliq pasti yang mereka sedang bergaduh besar. Wajah lelaki yang sedang berbual dengan jirannya ini ditatap lama.

Dia bersandar di pintu kecemasan. Dia yang baru pulang dari berjoging memilih untuk menggunakan tangga ke tingkat sepuluh demi kesihatan jantungnya akhirnya terkandas di tangga sahaja dek kerana ada pergaduhan di luar.