encik Zulkifli...
Hmmm...
Orang yang encik upah tu, dah hilang. Tak ada seba rang kesan. Tak ada orang tahu ke mana dia pergi.
Zulkifli merenung wajah gadis yang berada di hada pannya.
Dia yang menyuruh Maslina mengesan di manakah Jalil berada tetapi nampaknya Maslina juga tidak berjaya. Orang di banglo itu tidak tahu di manakah salah seorang pekerja baru itu berada.
ah! Karut ni! dia mengeluh.
Maslina diarahkan supaya keluar dan bekerja seperti biasa. Zulkifli mencari sebuah fail yang sudah diatur di atas meja besar itu.
Suhaili! aku tak berpuas hati selagi kau tidak angkat kaki dari syarikat ini, dia bersuara menderam.
Sememangnya dia sudah lama menaruh perasaan den dam terhadap pengerusi eksekutif. Sekalipun majoriti saham hak milik Suhaili, tetapi dia tetap berusaha untuk memiliki pegangan itu.
Sebagai langkah pertama, dia telah membeli sebaha gian daripada saham Syarikat Percetakan Zalhir. Kepada lem baga pengarah, dia mengatakan dia menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan syarikat percetakan ters ebut, tetapi sebenarnya itu merupakan sebahagian dari pada usahanya untuk mengambil alih pentadbiran dan pengurusan Syarikat Setia Jaya.
Sebahagian saham syarikat ini adalah milik Salimah Tan Sri Wan Hasyim. Kalaulah aku dapat me ma damk an nama nya dan menggantikan dengan nama aku, 60% sah am dalam syarikat ini adalah kepunyaan aku. Masal ahnya siapakah Salimah dan di mana dia berada Suhaili send iri masih belum menemui Salimah.
Zulkifli merenung jendela yang terbuka di hadapan nya. Kenderaan yang bertali arus di tengah bandaraya itu bagai menggambarkan kehidupan sebenarnya. Dia ter pak sa ber sesak, mencelah mencari ruang untuk sampai dahulu. Dia tidak peduli siapa yang akan dicantas atau dimatikan. Yang penting matlamatnya sampai. Yang penting, segala yang dicitacitakan terkabul.
Dia memulakan tugasnya di syarikat gergasi itu seba gai kerani biasa. Kemudian mendapat tawaran daripada Tan Sri Wan Hasyim ketika lelaki itu masih hidup untuk melanjutkan pelajaran di luar negeri.
Sebagai seorang pemuda yang lahir di dalam keluarga mis kin yang kekurangan serbaserbi, dia terpaksa bekerja ke ras. akhirnya dia berjaya.
Tan Sri Wan Hasyim melantiknya menjawat jawatan pembantu Pengurus besar. Dia berjaya dalam tugasnya. Se ba hagian daripada masa berliburnya ditumpukan kepa da pekerjaan. Tan Sri Wan Hasyim tertarik dengan sikap nya.
Saya akan tukarkan pengurus besar Setia Jaya ke anak sya rikat yang lain. Kamu akan dilantik menjadi pengurus besar, kata Tan Sri Wan Hasyim ketika dia dijemput un tuk menghadiri sebuah majlis makan malam di hotel ter ke muka di bandaraya.
Ketika itu, dunia ini dirasakan kepunyaannya. namun dia tidak menunjukkan kegembiraannya secara nyata. Dia tidak mahu Tan Sri Wan Hasyim tahu yang dia adalah seo rang opportunist.
Dia berjaya sekali lagi tetapi sebelum Tan Sri Wan Hasyim melantiknya sebagai salah seorang lembaga penga rah dengan syer peruntukan, Tan Sri Wan Hasyim me le takkan jawatan selaku pengerusi eksekutif. Dia digan tikan oleh anak perempuannya, Suhaili.
Di sinilah bermulanya satu mimpi ngeri. Dia langsung tidak dipandang walau sebelah mata pun oleh Suhaili. Dia diibaratkan sebagai patung bernyawa. Tugasnya se laku pengurus besar sering diambil alih oleh Suhaili. Suhaili terlalu banyak campur tangan di dalam setiap uru san yang dilakukan.
Suhaili pula langsung tidak memberikan peluang kepadanya untuk menunjukkan kehebatannya mengen dalikan sebuah syarikat besar. Suhaili hanya menganggap dia sebagai seorang pekerja biasa sekalipun jawatannya ada lah pengurus besar. bahkan Suhaili akan mengherdikn ya walaupun di hadapan pekerjapekerja bawahan yang lain.
aku akan tunjukkan kepada mereka bahawa aku ada lah orang yang terbaik untuk menguruskan syarikat se besar ini. begitulah azam yang berdetak di hatinya ketika Suhaili menandatangani perjanjian menjadikan Setia Jaya sebagai public listed company.
Di sinilah dia mula memainkan peranannya. Sangkaan awalnya, dia akan berhenti di takuk itu sahaja ruparupa nya membawa rahmat. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, dia mula membeli sahamsaham yang dipasarkan di bursa saham.
Penguasaan dia di dalam pasaran andil menjadikan dia sebahagian daripada lembaga pengarah kemudiannya. namun nasibnya masih lagi malang. Suhaili bercadang untuk mem beli keseluruhan saham yang ada dan menjualk annya dengan harga tertinggi.
I dont care. What ever happen was happened. Priority saya kepada syarikat ayah saya ini ialah, membuat ke untungan semaksima mungkin. ini adalah salah satu da ri pada usahanya, kata Suhaili apabila mengulas ten tang tindaktanduknya.
Pada mulanya, dia gembira. Dia menunggu bilakah masa nya andil Setia Jaya meningkat di pasaran, tetapi pe nan tiannya seolaholah tidak berhasil. Harganya sema kin menurun. Kerugian mula terbayang jelas di matanya. Dia tersepit.
ah! Suhaili memang hendak mematikan aku.
Dia bertemu dengan beberapa orang rakan rapatnya. Mereka berbincang tentang tindakan yang akan dilakukan terhadap Suhaili. Tekadnya untuk menguasai Setia Jaya dan anakanak syarikatnya, semakin teguh.
Kami boleh tolong kau. Dengan satu syarat, kata sa lah seorang teman rapatnya ketika mereka mengadakan pertemuan di pangsapuri mewahnya di tengah pusat bandar.
Dia bersetuju dengan segala syarat yang diberikan. Hasil nya, mereka memberikan sejumlah pinjaman yang cukup besar bagi menampung keperluannya untuk me nguasai syarikat gergasi itu.
Dia mula membeli sahamsaham di pasaran. Suhaili menge tahui tentang hal itu. Suhaili mengeluarkan se bahagian besar wangnya sendiri untuk mempertahankan syarikat ayahnya. Sedangkan dia pula berada dalam kedud ukan yang paling selesa dan berpihak kepadanya.
Harga saham mula meningkat. Suhaili semakin risau. Dia tahu Suhaili bimbang sebahagian besar saham sya rikat yang disenaraikan di papan kedua dibolotinya.
Suhaili kesempitan. Dia telah menggunakan sebaha gian besar daripada wang simpanan dan peninggalan arwah suaminya, seorang jutawan.
Dalam pada itulah Ramlan muncul. Ramlan telah meng khabarkan berita yang begitu menggembirakan. Tan Sri Wan Hasyim telah mewasiatkan tiga suku harta nya kepada Suhaili dengan syarat, Suhaili menemui saudara perem puannya, Salimah.
Ketika itulah dia menyedari bahawa tugasnya masih tidak selesai. Seorang daripada ahli lembaga pengarah Setia Jaya dan anakanak syarikat ialah Salimah Tan Sri Wan Hasyim. Dia tidak pernah tahu tentang perkara ter sebut. Tiada siapa yang memberitahunya, malahan Suhaili sendiri tidak pernah menyebut tentang perkara itu.
Dato Mansor yang menjadi pengarah urusan tidak da pat berbuat apaapa. Dia telah menjalankan cara yang pa ling berkesan untuk menjatuhkan lelaki tua yang lemah apa bila berhadapan dengan perempuanperempuan cantik itu.
Dia telah mengupah Jalil. Seorang anak muda yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan sejum lah wang. Mereka memeras ugut Dato Mansor. Hasilnya, Dato Mansor meletakkan jawatan dengan alasan kesi hatan. Sebahagian daripada saham Dato Mansor berpin dah kepadanya. namun jumlah ekuiti pegangannya masih tidak mencukupi untuk dia menguasai sepenuhnya syari kat gergasi yang menjalankan perusahaan mencarigali minyak di Laut china Selatan dan Laut andaman.
Dia tiada jalan lain. Dia mengarahkan Jalil supaya membunuh Suhaili, tetapi Suhaili dan Ramlan bagaikan men cium bahaya yang mereka hadapi. Ramlan telah mengajak Suhaili ke Gunung Kemuning, tempat di mana dipercayai Salimah tinggal. Sekali lagi usahanya gagal.
Dan sekarang, Jalil pula yang hilang tanpa dapat di kesan.
Ke mana pula si setan tu pergi Kalau Suhaili berjaya men dapatkan jumlah wang yang diwasiatkan oleh Tan Sri Wan Hasyim, sudah pasti segala usaha aku akan bera khir. aku akan kembali seperti dulu atau barangkali juga aku terp aksa meninggalkan Setia Jaya, Zulkifli men congak sendiri.
Rasa kesal semakin menundanunda hatinya. alang kah baiknya jikalau dia membenarkan penggunaan helikopter untuk mencari Suhaili dan Ramlan. Tetapi dia...
Tentu ada cara lain.
Zulkifli beredar dari tepi tingkap bilik pengarah urusan itu. Dia berjalan pantas menuju ke pintu. Sesuatu akan dilakukan. Sesuatu yang merupakan jalan terakhirnya bagi mengabulkan hajatnya.