I fikir, nak kekalkan you jadi PA I, kata Dato Emmer semasa mereka makan tengahari bersama.
Macam mana dengan Puan Saniah Tak ke nanti
dia akan kecil hati
Dia pernah berura-ura nak berhenti kerja. Tapi I yang pujuk dia supaya jangan berhenti. Tapi sekarang, dia dah ada anak. Mungkin dia ingin berhenti kerja untuk jaga sendiri anaknya. I akan lepaskan saja dia berhenti. Tapi kalau dia nak teruskan kerja di syarikat, I akan hantar dia ke bahagian lain.
Macam kejam je bunyinya, gurau Kharlissa.
Dato Emmer ketawa, Lebih kejam kalau
diberhentikan kerja terus. I masih bertimbang rasa.
I tahu Dato baik dan bertimbang rasa. Tapi Dato rasa Dato ramai musuh tak
Apa maksud you, Liss Kenapa tiba-tiba bertanya macam tu Kening Dato Emmer terangkat.
Errr... Kharlissa gugup, dia terlepas cakap. Alamak.
Dalam dunia perniagaan memang kita akan mencipta musuh, Liss. Bukan sedikit kawan yang akhirnya akan menjadi lawan. Itulah cabaran dunia perniagaan. Rakan tidak senang melihat kejayaan kita. Sebenarnya manusia ni memang tidak lepas dari sifat hasad dengki. Tapi I hanya berserah pada Allah. Semuanya atas kehendak Dia. Lagipun I berniaga dengan jujur. I sentiasa ingin mengikut langkah nabi kita dalam berniaga, kata Dato Emmer panjang lebar.
You pernah pergi ke Pasaraya One4U, milik I You boleh compare harga-harga barangan di sana. Jauh lebih murah daripada super market atau mini market lain. I nak tolong masyarakat, bukan nak seksa mereka dengan membeli barangan dengan harga tinggi. Barang-barang dijual dengan harga berpatutan supaya tak membebankan.
Untung sikit tak apa, asalkan berterusan, ceritanya lagi dengan ceria.
I ada dengar, rakan-rakan tuduh I rosakkan pasaran sebab jual barang dengan harga rendah. Kata mereka I akan jatuh bankrap. Tapi hingga sekarang, pasaraya I masih berdiri megah. Perniagaan I terus maju ke hadapan. I akui, I ramai musuh sejak I semakin berjaya, Dia mengeluh berat.
Wajahnya yang ceria sudah pun hilang, diganti dengan kerutan yang jelas di dahi. Ada di antara mereka yang ingin melihat kau mati, bisik hati Kharlissa.
Kharlissa meninggalkan keretanya yang berkunci di ruang parkir, lalu terus menapak menghala ke lif. Dia menekan punat nombor enam. Lif kosong, dia hanya seorang diri. Lif bergerak laju beberapa saat sahaja dia sudah berada di lantai enam. Kharlissa keluar dari lif dan menapak menghala ke rumah.
Tumit kasut tingginya sengaja dihentak kuat, gemanya memecah di ruang yang sepi itu. Tiba di hadapan pintu rumah, dia menoleh ke arah rumah Khairul Rasheed. Pintu rumahnya terbuka, tetapi grilnya bertutup. Dia mendengar suara perbualan. Suara perempuan kedengaran riuh saling tingkah-meningkah dengan suara Khairul Rasheed.
Sekurang-kurangnya ada dua orang perempuan di dalam rumahnya, fikir Kharlissa. Entah mengapa salah seorang dari suara-suara yang terdengar sedang berbual itu amat dikenali Kharlissa. Suara itu seperti suara Shamila. .
Kharlissa gelisah. Sejak kebelakangan ini peluang untuk bertemu dengan Khairul Rasheed bagaikan hampir tiada. Dia memang mengharapkan pertemuan walaupun sebentar. Pertemuan itu akan dibawa hingga ke alam mimpi kala dia membaringkan tubuh di malam hari.
Kharlissa mandi dan menukar pakaian. Perut terasa lapar, tetapi tiada keinginan untuk memasak. Dia memerhati sahaja kunci kereta yang diletakkan di atas meja kopi. Apakah dia akan keluar
Kharlissa pantas masuk ke dalam bilik tidur, mencari baju lain. Dia ingin memasang badan, memakai sesuatu yang menarik dan bergaya. Dia mahu keluar untuk menghiburkan hati. Mungkin dia akan ke disko, kelab malam ataupun sekurangnya pergi ke pub di hotel, menghabiskan masa yang sangat membosankan itu.
KHAIRUL RASHEED tahu, Kharlissa pulang awal. Tetapi di rumahnya ada Datin Zora dan Shamila. Mereka datang lewat petang tadi. Entah mengapa sejak akhirakhir ini dia melihat Datin Zora dan Shamila kelihatan begitu rapat sekali. Kini kedua-dua wanita itu sedang memasak di dapur. Khairul Rasheed membiarkan mereka menyediakan makan malam.
Sejam selepas pulang, Kharlissa keluar semula. Khairul Rasheed memerhati melalui tingkap ruang tamu. Dia mendapati Kharlissa berdandan rapi. Seluar ketat, kasut but dan baju yang ranggi. Rasa curiga bermain di hati Khairul Rasheed. Dia menekan punat telefon, hanya satu nama yang bermain di fikirannya kala itu.
Kau kat mana tanya Khairul Rasheed dengan tergesa-gesa.
Aku dalam kereta dekat-dekat dengan kawasan rumah kau. Aku nak balik rumah aku ni. Kenapa
Bagus! Kau ikut Kharlissa boleh tak
Gila kau. Kenapa kau nak suruh aku ikut dia
Ikut sajalah! Aku rasa dalam masa lima minit lagi dia akan keluar dari pintu pagar kawasan kondo ni. Kau tunggu kat tepi pagar tu. Kau ikut dia ya
Alah, kenapalah kau tak ikut dia sendiri Kenapa kau suruh aku pula
Mami aku ada kat rumah aku ni. Tolonglah Man! Kaulah satu-satunya kawan baik aku! Dia merayu.
Amboi, kalau pasal merayu nak minta tolong lembut gigi dari lidah! Sampai ke tulang belakang lembut, lemah-gemalai, kata Norman.
Khairul Rasheed gelak kecil, Kau nak berapa pun
upah, aku bagi. Just name it!
Yalah! Yalah!
Norman memberhentikan kereta di tepi pintu pagar kondo. Tidak sampai seminit dia melihat kereta Kharlissa bergerak keluar dari pintu dan terus membelok menghala ke Jalan Pahang. Mujur muncung keretanya juga menghala ke sana, tak perlulah dia membuat pusingan 180 darjah. Dia mengekori kereta Kharlissa dengan hati yang penuh dengan pertanyaan. Kebanyakan soalan berkisar tentang kenapa dan mengapa Khairul Rasheed selalu bertindak gila begini!
Kharlissa memasuki Jalan Silang, kemudian terus ke Jalan Pudu. Dia mencari tempat parkir, kemudian berjalan menghala ke Puduraya. Kharlissa mencari kerusi, duduk di satu sudut yang agak tersembunyi dari orang ramai. Dia kelihatan termenung. Wajahnya nampak sedikit sugul.
Kharlissa! Siapa yang kau tunggu Soal hati Norman.
Telefon bimbit Norman bergetar. Ada mesej daripada Khairul Rasheed bertanya apakah dia dapat mengekori Kharlissa. Norman menghantar laporan menyatakan Kharlissa berada di Puduraya, seperti menanti seseorang. Entah siapa yang ditunggunya, tiada siapa yang tahu.
KHARLISSA leka memerhati manusia yang langsung tidak dikenali. Mereka terlalu asing di penglihatannya. Mereka tidak kenal Kharlissa dan wanita muda itu juga tidak kisah, tidak ingin mengetahui apa-apa. Kharlissa hanya peduli pada satu wajah. Wajah ibunya. Namun dia bagaikan sudah lupa wajah sebenar wanita itu.
Seingat Kharlissa, ibunya sangat cantik. Berkulit putih seperti dirinya. Bayangan wajah ibunya sudah lenyap perlahan-lahan dari ingatan. Suara ibunya juga dia sudah lupa. Namun dia tidak pernah lupa pada kata-kata yang pernah diungkapkan si ibu. Kata-kata itu kini bermainmain dalam fikiran, mengusik hati sanubari.
Terkadang Kharlissa tidak pernah dewasa. Dia masih merasakan bahawa dia seorang anak kecil yang amat memerlukan sentuhan tangan ibunya. Dia ingin memeluk ibunya seerat yang boleh. Dia rindukan pelukan ibu. Dia rindukan kehidupan lalu biarpun susah. Dia rindu. Kerinduan ini tidak pernah ada titik noktah.
Seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba duduk di sisinya. Kharlissa mengesot sedikit. Dia tidak suka dihimpit. Bukankah masih banyak ruang kosong mengapa lelaki berkaca mata hitam itu harus duduk di sisinya. Dia memerhati jejaka itu memegang beg hitam dari kulit. Beg itu diletakkan di sisi Kharlissa.
Aku Ario. Tentu Maxy ada beritahu kau pasal
aku, katanya sambil menoleh pada Kharlissa.
Ada kiriman dari Maxy. Dalam beg ni ada senjata yang sudah aku siapkan, katanya bagaikan berbisik, cuba mengatasi suara hingar bingar orang di sekeliling mereka.
Kharlissa merenung Ario tidak percaya.
Aku tak perlukan senjata tu, balas Kharlissa.
Ario duduk lebih rapat dengannya dan kali ini Kharlissa membiarkan sahaja.
Kau perlukannya. Ambil beg ni, bawa balik. Kau harus belajar menggunakannya, tegas suara Ario, bagaikan satu perintah yang tidak boleh dimungkiri.
Tak! Tak! Aku tak nak, bantah Kharlissa dengan nada tegas.
Dia ingin bangun tapi Ario menariknya supaya duduk semula.
Kau harus ambil. Belajar gunakannya. Ia senjata buatan tangan. Pelurunya juga buatan sendiri.
Aghhh... Go to hell! kutuk Kharlissa.
Ario mencengkam tangan Kharlissa, Kalau kau enggan, nyawa kita berdua dalam bahaya. Aku tak mahu mati disebabkan kebodohan dan keegoan engkau, kata Ario dengan tegas, setengah memaksa agar Kharlissa mengambil beg yang berisi dengan senjata.
Kharlissa gelisah. Dia memerhati Ario yang masih duduk di sisinya. Ario juga masih memegang lengannya dengan erat. Kharlissa cuba melepaskan diri dari Ario. Tiba-tiba Norman muncul di hadapan Kharlissa.
Kharlissa! Are you okay Dia kacau kau tanya Norman.
Ario terkejut, dia terus bangun dan berjalan laju meninggalkan Kharlissa. Sekelip mata tubuhnya hilang dalam pusuan orang ramai.
Norman! Awak buat apa kat sini
Saya... Saya hantar Ruby balik Perak. Saya ternampak awak diganggu lelaki tu tadi. Saya datang nak selamatkan awaklah! Terus lelaki tu lari. Takut rupanya dia kat saya! kata Norman sambil tergelak kecil.
Kharlissa tersenyum kelat. Beg kulit hitam di sisinya terpaksa diambil dan diletakkan di atas riba. Mahu tak mahu dia terpaksa membawanya pulang. Masakan mahu ditinggalkan di situ.
Awak buat apa kat sini Dia pura-pura bertanya.
Saya juga hantar kawan saya. Tapi dia nak balik ke Johor. Basnya baru bertolak, jawab Kharlissa dengan lancar.
Norman tersenyum. Mereka sama-sama berbohong. Segalanya memang adil! Pembohongan dibalas pembohongan.
Lepas ni awak nak ke mana Saya free. Boleh je temankan awak ke mana awak nak pergi.
Terima kasih sajalah. Saya dah nak balik, balas Kharlissa sambil mendakap erat beg kulit yang diberikan Ario tadi.
Kharlissa! Kenapa awak selalu dingin dengan saya. Awak tak suka saya tanya Norman seperti tersinggung.
Saya bukannya berniat jahat dengan awak. Kenapa kita tak boleh jadi kawan Sedangkan hubungan awak dengan Kay baik tapi dengan saya, awak lain.
Taklah, perasaan awak saja tu. Saya berkawan dengan sesiapa saja. Kenapa awak fikir saya dingin dengan awak
Entahlah. Tapi awak macam tak suka kat saya. Kalau awak betul-betul nak berkawan dengan saya, buktikanlah. Kita pergi makan nak tak
Kharlissa meraba-raba perutnya. Memang dia kelaparan. Dia belum makan. Keluar dari rumah tadi, dia terus ke Puduraya. Akhirnya Kharlissa mengangguk.
Kita makan kat mana tanya Kharlissa.
Kita jalan-jalan dulu. Pergi Petaling Street. Malam Sabtu macam ni ramai orang.
Tunggu kejap kat sini, saya pergi simpan beg dalam kereta, Kharlissa sudah bangun.
Tapi jangan sampai awak tak datang tau! pesan Norman.
Kharlissa belum pernah pergi ke Petaling Street sejak menginap di KL. Apa salahnya sesekali berjalan dengan Norman.
Mereka mengunjungi pasar malam yang terkenal di Petaling Street. Setelah penat berjalan, barulah mereka mencari restoran untuk minum dan makan. Restoran yang terletak berhadapan dengan Central Market menjadi pilihan.
Semasa sedang makan, telefon bimbit Norman asyik bergetar dan berbunyi. Norman hanya membaca mesej, kemudian kembali berbual dengan Kharlissa. Dia langsung tidak menjawab mesej yang masuk ke dalam telefon bimbitnya. Tidak lama kemudian telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Ada panggilan masuk, namun tidak dihiraukan oleh lelaki itu. Sebaliknya dia terus menutup telefon bimbit dan menyimpannya dalam jaket.
Kenapa awak tak jawab panggilan tadi
Agh! Menyibuk je. Bukan hal penting pun, jawab Norman.
Sejurus kemudian telefon bimbit Kharlissa pula yang berlagu. Berkumandang lagu Adele, I Set Fire To The Rain. Kharlissa menekan punat hijau. Dia tidak pasti siapa yang menghubunginya kerana nombor itu tidak pernah direkodkan.
Hello Lissa. Awak kat mana Terdengar suara Khairul Rasheed.
Agh, lelaki! Baru sekarang kau mahu menghubungi aku sedangkan sejak seminggu yang lalu aku asyik menunggu. Tapi sekarang ni, aku sedang sibuk. Rasa bagai ingin diputuskan sahaja panggilan daripada Khairul Rasheed.
Kenapa awak nak tahu segala Saya tengah makan malam dengan kawan.
Kawan Siapa dia
Dah mula dah buat aksi boyfriend yang cemburu.
What is wrong with you Saya nak keluar dengan siapa, makan malam dengan siapa, kenapa awak nak tahu Saya tak pernah pun ambil tahu apa yang awak lakukan. Saya tahu Shamila ada kat rumah awak sekarang kan
Ya, memang dia ada di sini dengan mami saya.
Awak jangan ganggu saya boleh tak Saya cuba nak menikmati makan malam saya ni. Awak juga tentu sedang makan. Shamila masak untuk awak Kharlissa mula beremosi.
Bukan dia yang masak, tapi mami saya.
Actually, I dont care! balas Kharlissa.
Khairul Rasheed merengus kasar dan mematikan panggilan.
Eee... sakitnya hati aku! Rungut Khairul Rasheed dalam hati. Dia dapat mengagak, Norman sedang makan malam dengan Kharlissa. Norman langsung tidak membalas mesej darinya. Panggilan juga terbiar sepi.
Norman telah pun menutup telefon bimbitnya, tidak mahu diganggu. Buat apa perlu aku diganggu bila aku sedang bersama dengan perempuan yang bak bidadari ini Norman tersenyum girang seorang.