A.I.D.S. - 15
Golongan homosexual sahaja tidak boleh disalahkan sebagai faktor pengembang AIDS. Golongan yang melakukan hubungan jenis secara rambang, tidak memilih orang, bertukar-tukar pasangan kini merupakan penyumbang utama kepada angkaangka HIV yang meningkat. Penagih-penagih dadah juga mudah dijangkiti kuman berbahaya itu dan tanpa pengawalan ke atas bahan mentah itu, ia seakan menjadi-jadi terutama di negaranegara Asia Tenggara sehinggakan angka penghidap AIDS yang paling ramai terdiri daripada mereka yang menagih dadah.

Manusia tidak menyedari bahaya yang berlangsung ini. Kitaran maut cukup dekat kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti HIV. Kecuaian di hospital selalunya menghasilkan natijah yang tidak diingini. Orang yang tidak berdosa menderitai AIDS.

Namun, ramai yang percaya AIDS berpunca dari penyelewengan seks. AIDS berpunca dari cara hidup yang tidak lurus. Dan ini amat disedari oleh Bruce suatu masa dahulu. Bukan dia sengaja. Bukan dia mahu dan rela. Ah, semuanya boleh terjadi ketika anda masih muda.

Bruce pernah menjadi kelasi. Hidupnya belayar dari sebuah negara ke negara yang seterusnya. Hidup dibalun ombak dan dipukul gelombang tidak pernah menyenangkan. Jiwa muda kelasi-kelasi kapal dironta nafsu yang menggelegak. Setiap kali kapal berlabuh, mereka akan turun beramai-ramai mencari perempuan untuk dicurahkan segala yang terbuku dan terpendam di hati. Pelacur pelbagai warna pernah ditidurinya. Hampir semua bangsa di muka bumi ini, wanita-wanitanya pernah dikecapinya. Hairan, dia tidak pernah puas. Tidak pernah puas kerana dia jantan yang buas. Hidup berlandaskan nafsu muda.

Setelah dipukul pelayaran ganas di daratan, dia meneruskan pelayaran panjang dan menjemukan di lautan. Dalam tempoh yang berbulan-bulan tidak mengenali wanita dan nafsu pula bergelora amat, dia belajar dan diajar untuk melepaskan nafsu sesama rakan kelasi. Mereka bergelumang sesama sendiri, bertukar-tukar pasangan asalkan nafsu yang dijajah syaitan dapat dilepaskan, biarpun bukan pada tempatnya. Begitulah ia berlangsung bertahun-tahun, lelaki dan perempuan nikmatnya tanpa beza, dan dia tahu lelaki kadangkala dapat memenuhi kehendak syaitan, kadangkala wanita tidak dapat melakukan sehebat teman lelakinya!

Namun keinsanan melanda perasaannya. Teman kelasi, juga seorang biseksual mati akibat menderita penyakit siflis. Ia berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Kematian kaum keluarganya ketika perang juga menyentuh perasaannya. Dia berhenti belayar dan mulai bekerja sebagai pemunggah barang di sebuah kilang.

Setiap hari ketika memunggah barang, dia dapat melihat sekolompok gadis memerhatikannya dari jauh. Wajah kacaknya ternyata menarik perhatian salah seorang daripada mereka. Dan berminggu-minggu kemudiannya, mereka mula keluar bersama, makan malam, menonton filem, bersiar-siar. Bruce tidak tergoda untuk meniduri kekasihnya. Dia mahu segala-galanya suci. Dia mahu kali ini, ia dengan izin si gadis, dengan izin gereja dan dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.

Jill dikahwininya. Mereka hidup beranak-pinak dan bahagia. Gereja dirapatinya sehingga dia benar-benar diterima sebagai salah seorang dari pemuka gereja yang sangat dihormati.

Apabila J.C bertindak berani mengumumkan cara hidup gaynya itu dia berasa sangat kecewa dan hampa. Dia berasakan J.C telah mengulangi kesilapan yang sama. Namun bila dia berfikir semula secara waras yang nasib J.C itu sudah cukup buruk yang J.C telah menerima hukuman yang sepadan, kematian pastinya, dia menjadi simpati.

Adalah tidak adil menghukum J.C hina dan kotor sedangkan dia sendiri pernah berbuat demikian walaupun dia tidak menjadikannya sebagai satu cara hidup yang berkekalan. Kesedaran itulah yang membuatkannya menerima J.C semula dan ini memang menghairankan seisi keluarga.

Segala-galanya tetap rahsia dan akan tetap rahsia yang bakal dibawanya sama ke dalam kubur. Biarlah dia seorang sahaja yang menyimpan rahsia hitam itu. J.C masih mempunyai sedikit masa untuk sedar dan insaf, kenapa tidak mahu memberikannya peluang

***

Pauletta sedang mengemaskan barang-barang peribadi di mejanya apabila tiba-tiba Zhi Cheng menyerbunya dengan jeritan histerikal. Kau ingat The Observer ni bapak kau punya

Pauletta tenang dan telah pun menduga kelakuan Zhi Cheng itu. Beberapa orang wartawan dan jurufoto yang lalu-lalang berhampiran terkejut metah. Namun setelah dijeling Zhi Cheng, mereka kembali bertugas tetapi masih mencuri-curi pandang.

Aku akan saman kau! Zhi Cheng menyambung lagi.

Pauletta tidak menghiraukan Zhi Cheng sama sekali bahkan terus memasukkan dua tiga bingkai bergambar ke dalam kotaknya. Dia cuba bertenang.

Mustahil The Observer tak boleh bergerak tanpa aku.

Zhi Cheng membeliakkan matanya dan menghentak meja Pauletta. Pauletta terkejut. Zhi Cheng dengan terketar menahan marah yang semakin membuak-buak bersuara menjawab. Ya, dengan mudah kita boleh ambil sesiapa dari headquarter untuk ganti kau, kita ada ramai lagi jurufoto yang bagus-bagus di cawangan Eropah.

Jadi Pauletta bersedia untuk bertempur.

Kau tanya Kau tanya aku Biadab!

Ia, kata kau tadi, kau ada ramai yang lebih baik daripada aku, jadi kenapa halang aku

Zhi Cheng kelihatan seperti ibu ayam yang laparkan wang lacuran. Perletakan jawatan kau tak sah!

Kenapa Kerana kau mahu terus dijadikan kesayangan oleh HQ Ya, kalau tak kerana cawangan di KL ni The Observer dah bungkus Kalau tak kerana J.C Randa! Aku

Kalian pentingkan diri!

Kami pentingkan diri Ah, jenaka, ah, lawak bodoh! Pauletta melepaskan suaranya. Jurufoto lain telah berhenti bertugas, sibuk memerhatikan pertengkaran yang sangat menarik dan terkini. Pekerja-pekerja lain turut hadir. Barangkali dari tingkat atas.

Kau masih ada kontrak tiga tahun. Kau pencetus mogok dan masalah di sini, kau ingat kau boleh lepas Aku nak saman kau!

Sundal, kau akan batalkan kontrak itu dengan aku. Pauletta menjerit sambil merenung tajam Zhi Cheng.

Kau panggil aku sundal Kau nak suruh aku batalkan kontrak kau Gila! Seperti J.C kau gila dan kotor!

Ya, kau akan batalkan kontrak itu. Kau memang sundal...

Shut your mouth! Perempuan tak bermaruah!

Pauletta tergesa menarik laci mejanya dan mengeluarkan sampul yang sarat dengan sesuatu. Dia mengoyakkan sampul itu dan mengeluarkan tiga puluh keping gambar. Dan kemudian menunjukkannya di hadapan Zhi Cheng yang terbeliak dan ternganga mulutnya.

Jangan sangka kau tu suci sangat! Aku tahu semuanya!

Zhi Cheng terketar dan dia gesit merampas gambar-gambar itu daripada Pauletta. Dia terketar-ketar menyumbatkannya ke dalam poket skirt labuhnya.

Kau fikir kau suci Kau upah budak-budak sekolah dan kau jadikan mereka gigolo dan kau paksa mereka setubuhi kau dan kau bayar mereka, kau fikir aku tak tahu Kau fikir aku tiada salinan!

Diamm! Zhi Cheng melutut di atas lantai, memekap kedua belah telinganya. Gambar-gambar itu jatuh berselerakan di atas lantai. Sekeping menunjukkan Zhi Cheng dalam keadaan yang cukup aib bersama seorang pemuda remaja.

Karier kau dah berakhir, dan kau boleh bunuh diri! Pauletta sempat meluahkan kata-kata tajam itu sebelum melangkah keluar meninggalkan Zhi Cheng teresak dikerumuni pekerjapekerja The Observer pelbagai lapisan. Pauletta tenang melangkah keluar.

Kita berjaya J.C. Dia menguntum senyuman puas.

***

Tanah perkuburan Subang itu dijejakinya. J.C berjalan perlahanlahan, mengelakkan nisan-nisan yang bercerancang di sana dan di sini tidak teratur. Matanya mencari-cari seketika, kemudian berjalan membelok ke kiri dan membongkok. Dia berhadapan dengan kuburan Norman. Siap berpagar dan pohon bunga puding di tanam di sekeliling. Marmar turut diratakan supaya kelihatan lebih terjaga. Ada kuntuman mawar yang sudah layu tercacak begitu sahaja.

Lama J.C merenung tanpa dapat berkata-kata. Air matanya mengalir deras. Berada di sini dia berasa pilu. Gilirannya juga bakal tiba.

Lama kau di sini

J.C menoleh. Dia tidak cam suara yang menegurnya. Hatinya bimbang kerana takut dituduh menceroboh perkuburan orangorang Islam memandangkan dia bukan muslim.

Maafkan saya. J.C merenung gadis bertudung putih di hadapannya. Gadis itu tersenyum pahit dan melangkah ke hadapan menghampiri J.C perlahan dan berhati-hati.

Melissa.

J.C terpegun matanya tidak berkedip. Maafkan saya, saya tidak berniat nak menceroboh.

Melissa tersenyum nipis. Raut wajahnya sungguh tenang dan bercahaya.

Oh, saya baru saja, baru lagi....

Melissa berdiri di sebelah J.C, menghadap ke arah kuburan Norman. Dia meletakkan sejambak bunga mawar dan membuang mawar yang telah layu. Dia mencangkung dan mulai meragut rumput-rumput liar dan tumbuh mengelilingi kuburan itu. Saya datang dua minggu sekali.

J.C membongkok, dia gelisah sedikit. Awak betul-betul sayangkan dia.

Melissa tersenyum pahit lagi. Kubur bapanya nun di sana, di belakang sana tu kuburan ibunya.

Ohhh, begitu.

Awak nampak kemas. Melissa terus meragut rumput rampai itu.

Saya singgah, saya nak pulang ke Amerika, pukul satu nanti berlepas. J.C berdiri tegak semula. Melissa selesai meragut, dia bingkas dan berjalan ke sebelah hujung kuburan itu. Mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu.

Awak tak salahkan saya

Melissa memandang muka J.C. Dia tahu J.C menanti masa mati. Awak nampak sihat sedikit.

Saya terima darah semalam, awak tak salahkan saya Ulang J.C.

Melissa sekadar tunduk merenung tanah, lama dia begitu, kemudian dia mendongak menampakkan mukanya, air mata bergenang. Melissa tersedu-sedu. Siapa pun tak salah. Dulu saya dan Norman lupa Allah. Cuma Norm, tak sempat...

J.C menghulurkan tisu. Nah.

Melissa enggan menerimanya. Encik J.C, maaf... Melissa melangkah pergi segera.

Cik Melissa, nanti dulu.

Melissa berhenti. J.C tergesa-gesa mendekatinya.

Tolong, tolong beritahu saya, apakah awak marah

Melissa menggeleng. J.C melangkah longlai, keluar dari tanah perkuburan Islam itu. Melissa memerhatikan dari jauh.

Encik J.C, awak masih cintakan Norman

J.C tidak menjawab. Dia terus melangkah longlai.

***

Baizura... Ahlamy merempuh kamar pejabat Baizura Marwan. Baizura yang ketika itu sedang menandatangani surat-surat yang diserahkan oleh setiausahanya terkejut metah. Dia segera menarik muka masam. Nak apa Sejenak kemudian dia menoleh kepada setiausahanya. Awak boleh keluar.

Setiausaha Baizura meninggalkan mereka berdua. Hah, apa halnya Baizura bersuara kurang sopan.

Janganlah begitu, hah, aku ada berita baik ni.

Baizura enggan melayan. Hah, hidup aku bertuah kalau ada berita yang cukup bagus untuk diraikan.

Hei perempuan, kau diberi kes besar, kes yang menguji kau, kes yang bakal meletakkan kau sebagai rakan kongsi!

Baizura ketawa besar. Oiii, kau ni makan pil tidur banyak sangat.

Tak menghargai langsung! Ahlamy naik marah.

O.K. O.K apa dia, betul ke ni Baizura kembali serius. Mana kau dapat cerita ni

Orang atas, setiausaha Encik Osman Thazilan, nama kau naiklah. Ahlamy kelihatan ghairah.

Aku tunggal Baizura mahukan kepastian.

Kau akan dibantu oleh anak Encik Osman sendiri, Hezry, handsome you dan wow, seksi!

Issyyy, tak berminatlah aku. Baizura ketawa kecil melihat telatah Ahlamy.

Intercom berbunyi beep memanjang. Baizura menekan punat on dan suara keluar darinya. Cik Baizura saya Osman Thazilan tolong naik ke atas. Sekarang ya.

Baizura melopong. Ahlamy tersengih. Aku dah kata... Ahlamy cepat-cepat menarik tangan Baizura. Jangan tunggu lagi pergipergi cepat.

Baizura didesak keseronokan segera keluar untuk ke pejabat Encik Osman. Dia bertembung dan berlanggar dengan seorang pemuda. Habis bertaburan fail-fail yang dibawa oleh pemuda tersebut.

Maafkan saya. Kata Baizura.

Tak mengapa, err boleh saya tahu pejabat Encik Osman di mana

Pengawal di bawah tak beritahu Baizura semacam menyindir pemuda tersebut.

Saya terlupa, mereka tak tahan saya pun.

Mustahil orang luar boleh bebas dalam bangunan ni. Baizura berdiri serentak dengan pemuda itu dan menyerahkan failfailnya semula.

Oh, saya lupa nak perkenalkan diri, saya Hezry Osman.

Baizura tersenyum pahit dan pemuda di hadapannya pula tersenyum memikat.

Maafkan saya, kalau nak ke atas, marilah bersama. kata Baizura tersipu-sipu. Dari pintu pejabat Baizura, Ahlamy tersenyum nakal. Senyuman bermaksud mendalam.