DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 15
Seorang gadis berusia 17 tahun datang ke klinik. Belajar setakat Tingkatan 3 sahaja. Baru dua minggu bekerja kilang. Duduk dengan emak, bapak tiri dan 3 orang adik-beradik. Datang mengadu sakit perut dan pinggang. Perutnya memang lain macam je besarnya. Kau dah kahwin belum

Belum.

Kau mengandung ke

Entah.

Pemeriksaan seterusnya mengesahkan dia mengandung 6 bulan. Awal bulan tujuh dijangka bersalin.

Boyfriend dah tahu ke belum

Dialah yang suruh pergi check.

Emak ada tanya tak pasal perut

Ada, tapi saya tak jawab.

Macam mana nak beritahu emak

Entah.

Bayi ni nanti siapa nak jaga

Entah.

Kau tak risau ke dah termengandung

Entahlah.

Nak buat apa lepas ni

Entahlah.

Doc, jangan lupa MC saya hari ini.

Itulah realiti kehidupan gadis berusia 17 tahun yang mungkin tak lulus PMR. Apa yang sedang dan akan berlaku seterusnya, dia buat tak endah je. Macam mana aku nak tolong kalau dia sendiri pun seolah-olah tak nak menolong dirinya sendiri. Apa akan jadi kepadanya Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.