SURAT DARI SYURGA: Kisah Benar Teoh Beng Hock - 15
Aku kini sibuk bersama teman-teman baruku. Beberapa kali aku jengahkan ke dunia kerana inkues aku masih didengari di mahkamah.

Di sini aku ingin mengambil ketegasan dan rasa kekecewaan aku di mana kes kematian misteriku yang dikaitkan dengan bunuh diri amat tidak wajar. Ini kerana tidak ada hujah atau bukti kukuh yang mampu mengesahkan aku membunuh diri. Malah, pakar psikatari yang menyiasat kes ini terpaksa mencari sumber tambahan lain bagi penyelidikan mereka.

Di lembaran ini aku senaraikan 10 fakta penting bagi tatapan anda semua yang sudi berkongsi. Aku ingin memanjatkan rasa terima kasihku kepada Majlis Peguam yang bekerja keras, tanpa bayaran berkongsi pandangan professional mereka dalam hal aku ini.

Aku ingin tegaskan sekali lagi kepada anda semua yang budiman bahawa aku tidak bunuh diri!

Pertamanya, bukti bahawa terdapat nota bunuh diri yang kononnya ditulis olehku adalah satu percubaan pembohongan. Kesahihannya diragui. Sekiranya benar aku menulis nota tersebut, mengapa terdapat senggang masa yang lama sebelum ia ditemukan dan ia juga boleh dianggap sebagai kecuaian. Kesasihan surat itu amat diragui. Surat palsu itu sepatutnya telah diuji oleh saksi-saksi terbabit sebelum ini. (Aku tidak menceritakan kepadamu mengenai hal ini sebelumnya kerana pihak terbabit mengambil masa terlalu lama untuk menemui surat ini dalam beg milikku).

Keduanya, aku tidak akan berupaya untuk membunuh diriku sendiri sedangkan aku berada dalam jagaan, tahanan dan dikawal oleh pegawai-pegawai SPRM sendiri. Pintu yang berkehendakkan kad akses untuk membolosnya tidak memungkinkan aku keluar dari pejabat SPRM sewenang-wenangnya.

Ketiganya, aku tidak dilepaskan dari tahanan dan kawalan pegawai-pegawai SPRM selepas pernyataan aku direkodkan sekitar jam 3.30 pagi dan kegagalan ini membawa kepada perlakuan kejam dan seksaan yang mempunyai tujuan tertentu.

Keempat, aku terdedah dan menjadi sasaran kepada perilaku yang agresif, bertubi-tubi, zalim dan prosedur soal-siasat yang tidak bertanggungjawab.

Kelima, majoriti pegawai SPRM dilihat kurangnya sifat bertimbang rasa terhadap sensitiviti manusiawi, dan pengambilan pegawai SPRM perlulah termasuk penilaian psikologi untuk menilai kesesuaian mereka bagi tugas penyiasatan.

Keenam, kebanyakan saksi yang terdiri dari pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi pada 15 hingga 16 Julai 2009 tidak boleh dipercayai kerana mereka mempunyai sikap untuk berbohong yang tidak dapat dielakkan. Kenyataan yang mereka bentangkan kepada pesuruhjaya Suruhanjaya juga tidak konsisten.

Ketujuh, operasi besar-besaran yang dilakukan SPRM Selangor yang kemudiannya dikepalai oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim terhadap ahli-ahli Dewan Negeri Pakatan Rakyat hanya berpandukan maklumat yang kononnya diperolehi melalui telefon tanpa sebarang pengesahan atau penyiasatan secara terperinci.

Kelapan, Hishamuddin Hashim sendiri bersikap angkuh, bercakap bohong dan tidak bertolak ansur dan dia juga terlalu degil untuk mengakui kesalahannya. Mengapa masih ada lagi pihak yang mempercayai kenyataannya

Kesembilan, bukan sahaja Hishamuddin Hashim terlibat malah dia juga membiarkan pegawainya melakukan apa jua tindakan termasuk arahannya untuk mendapatkan apa yang diingini dan itu telah menjurus kepada kematianku.

Kesepuluh, SPRM Selangor tidak memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dalam penyiasatan mereka terhadap aduan berlakunya serangan dan kesalahan yang dilakukan terhadap saksi-saksi mereka yang lain. Sebab itu aku pernah nyatakan sebelum ini bahawa SPRM mungkin memiliki kaedah-kaedah lain dalam tatacara penyiasatan mereka.

Teman-teman, kamu pembaca yang sudi mendengar celotehku di sini,

Apa yang telah berlaku merupakan akibat daripada sikap tidak bertimbang rasa dan angkuh. Akhirnya, saksi yang sepatutnya dihargai dilayani umpama orang yang disyaki. Sifat peri kemanusiaan semakin hilang dalam jiwa insan. Sampai bilakah perkara sebegini akan terus menghantui kita

Pada hari ini aku telah menjadi mangsa dan juga saksi mata perlakuan zalim pihak berkuasa. Jika kita terus leka, suatu hari kelak kamu mungkin menjadi mangsa seterusnya ditimpa nasib yang sama seperti aku lalui. Sebarkanlah coretanku ini kepada teman dan orang yang terdekat denganmu. Aku tahu dan aku faham, walaupun kamu menyebarkan coretanku ini, aku tidak akan lagi wujud sebagai Teoh Beng Hock yang kamu kenal. Namun, dengan cara begitu, aku terus berdoa agar kebenaran akan muncul jua, dan mereka yang bersalah dihukum selayaknya.

Sampaikan salam kasihku buat teman-teman kita yang lain.

Beng Hock.