Kepulan asap cigar itu membentuk corak seolaholah awan gemawan tercanting indah melalui hembusannya. Dia kini bersandar dengan seliratan wayar yang menyambungkan tubuh tuanya kepada Peranti Keabadian Sel; dicipta khas untuknya daripada Mama Juwita.
Selayaknya dia dihadiahkan peranti itu. Sebagai seorang laksamana ulung neo-Kuala Lumpur, Jaafar alHussein telah lama memegang tampuk ketenteraan yang tidak terhingga keunggulannya. Meskipun Israel dan Palestin bergandingan menyerang hendap, serangan mereka berjaya dikuburkan dalam masa yang singkat.
Aku tidak pernah berjumpa dengan Tuan Pemerintah.
Kemisterian yang ada di dalam sistem pemerintahan neo-Kuala Lumpur kadangkala meremangkan roma tuanya. Tertakluk di bawah presiden yang tidak pernah dilihatnya, nyata Jaafar beranggapan bahawa hanya dialah pemain utama yang membenteng kedaulatan neo-Kuala Lumpur daripada ancaman musuh. Walaupun Tinta Pujangga dan Mama Juwita bertungkus-lumus membina ketamadunan dataran ini, hanya dia sebenarnya yang mengepalai bala tenteranya secara fizikal dan berhadapan dengan ancaman musuh di perbarisan pertahanan pertama.
Aku tidak pernah berjumpa dengan Tuan Pemerintah.
Dia dihidupkan Mama Juwita yang membancuh koktel genetiknya melalui proses Penjanaan Keabadian Sel untuk memanjangkan usianya supaya dia boleh berkhidmat lebih lama untuk Tuan Pemerintah. Namun sebagai seorang laksamana, Jaafar kadangkala terkilan akan pemerintahan neo-Kuala Lumpur yang meletakkan penggubal undangundang di atas strata ketua tentera, sehingga dia selalu sahaja mengalah dengan karenah si tua Tinta Pujangga itu (ah, mereka semua tua, bukankah)
Aku tidak pernah berjumpa dengan Tuan Pemerintah. Aku tidak perlukan Tuan Pemerintah!
***
Ketika rembang suria yang membakar ketandusan Dataran Pembebasan hampir berlalu pergi, tubuh Razief teraktif sekali lagi; mengejutkan Isa yang tertidur di sebelahnya. Pemuda itu mungkin rasa bersalah namun Razief tahu kesalahan utama tergalas di bahunya. Buhaira tidak lagi kelihatan setelah dia menyebut-nyebut nama Nabi Nuh semalam; tanpa mengetahui siapa Nabi Nuh itu sebenarnya.
Mungkin sekadar dongengan Timur Tengah.
Razief...
Buh... Buhaira
Dia di Rumah Ibadat. Kenapa
Nabi... Nabi Nuh...
Hati-hati, Isa membantu Razief untuk berdiri. Pemuda separuh mesin itu kelihatan sudah hampir pulih setelah Buhaira memberikan air minuman yang dibaca dengan surah pertama Kalam Tuhan sebanyak 99 kali.
Aku... aku harus segera pulang ke neo-Kuala Lumpur.
Ah, Jangan! Minggu lepas tanah itu diserang oleh
Kesatuan Israel dan Palestin!
Celaka! Mama! Mama! Ikut aku pulang ke sana,
Isa! Razief kelihatan cemas.
Isa ketawa. Kali pertama dia melihat Isa ketawa.
Kenapa!
Hey Razief, cuba kau fikir apa yang kau miliki kini
Maksud...maksudmu Mama! Aku harus pulang!
Ikut aku pulang segera!
Hahaha ... apa kau lupa, air-car milikmu telah musnah!
Unta. Pinjamkan aku seekor unta!
Ah, tiada jaminan kau akan memulangkan kembali bila kau tiba di tempatmu nanti. Aku masih tak percayakan kau, Razief.
Mama!
Jangan risau, tentu sahaja dia selamat! Serangan yang tidak begitu lama itu hanya tertumpu di kawasan awam.
Tapi... tapi kenapa dia tidak mencari aku
Mungkin-
Transponder dalam tubuhku masih berfungsi.
Nanti aku minta Buhaira menghubungi Tinta
Pujangga.
Isa...
Sudah. Aku mahu ke pantai. Aku rasa kau perlu berehat.
Isa...
Ah, aku takkan mengajakmu lagi.
Mama aku akan menjadi seperti Nabi Nuh!
Isa ketawa. Kali kedua dia melihat Isa ketawa. Tetapi hanya Isa yang ketawa.
***
Apa hajatmu memanggilku, Tuan Laksamana
Hologramnya terpancar jelas di hadapan Jaafar; sebetulnya ini kali pertama laksamana itu memanggil dia. Mungkin Jaafar sudah muak diperkotak-katik oleh sejarawati tua yang bongkak itu, lalu dia terpaksa memanggil lembaga itu hari ini.
Ini kali pertama.
Aku ingin bertanyakan kepadamu perihal neoKuala Lumpur.
Khabarkan kepadaku.
Apa yang kamu tahu mengenai Tuan Pemerintah
Tidak sebanyak kamu, laksamanaku.
Cerita ini tidak punya watak yang ramai; salah seorang dari kita mungkin adalah Tuan Pemerintah yang sebenarnya!
Sungguh, itu terbatas di luar pemikiranku, Jaafar. Kamu pernah jumpa dengan Tuan Pemerintah
Jaafar bertanya.
Lembaga itu diam. Ini kali pertama. Lembaga itu diam.
Belum pernah.
Barangkali takkan pernah!
Apakah yang ada di dalam pemikiranmu sekarang ini, laksamanaku
Mungkin sama juga dengan apa yang telah lama kamu fikirkan! Hahaha ...
Jaafar ketawa. Hologram lembaga itu juga bersinar-sinar ketika ketawa. Mata mereka saling tertancap; seolah-olah bersetuju dengan pemikiran yang serupa. Ada sesuatu di sebalik cakera minda mereka; dan nyawa Tuan Pemerintah mungkin adalah bayarannya.
Lembaga itu masih ketawa. Jaafar turut serta. Ini bukan lagi kali pertama.
***
Ah, kenapa aku perlu mengikut baca
Razief mendengus; ini kali pertama dia dipaksakan sesuatu yang tidak disukainya. Kalau mengikut darah mudanya yang tidak henti-henti mendidih itu; dia ingin sahaja mencuri unta Buhaira dan terus pulang menemui mama nya di neo-Kuala Lumpur.
Tetapi transponder nya masih berfungsi. Itu bererti mama tahu bahawa dia masih selamat. It is just a matter of time, pujuk hatinya. Tetapi malam ini, dia perlu melakukan sesuatu yang dipaksa oleh Buhaira dan Isaiah untuknya. Inilah kali pertama dia memegang sesuatu yang dikenali Buhaira dan Isa sebagai Kalam Tuhan.
Razief, kamu sudah jadi sebahagian daripada kami...
Apa maksudmu Isa Aku ini sungguh jauh berbeza-
Apa kamu takut
Aku seorang neo-Human, Isa. Itu msutahil!
Jadi ikut serta sama aku belajar dengan Buhaira. Apa kamu takut
Apa yang harus aku takutkan Isa Itu sekadar lembaran kulit yang dijilid tulis dengan dongengan Timur Tengah.
Maka, kamu takut dengan dongeng-dongengan juga ya Isa menguji.
Sudah, kita mulakan sekarang; Razief, Isa.
Buhaira mula mengambil tempat di ruang tamu rumahnya. Isa dan Razief duduk menghadap.
Pada awalnya Tuhan menempatkan keseluruhan Kalam-Nya di suatu tempat yang agung, Luh Mahfuz namanya. Lalu sekaligus kalam ini diturunkan ke Baitul Izzah pada suatu malam ketika mereka semua sedang berpuasa.
Semacam asteroid dari langit
Diamlah sekejap, Zief! Isa mulai jengkel.
Buhaira menyambung;
Lalu di suatu kawasan di Timur Tengah, dikatakan bernama Gua Hira wahyu pertama itu turun kepada pesuruh yang bernama Muhammad,
usianya 40 tahun diriwayatkan.
Apa diturunkan sekaligus, ayah Isa bertanya.
Tidak Isa, Razief. Turunnya jujukan wahyu itu secara bertingkat-tingkat; 22 tahun, 2 bulan, 22 hari bermula hari ke tujuh belas bulan orang berpuasa 610 Masehi sehinggalah 9 zulhijjah, tahun 10 Hijri.
Apa dongengan ini turut menyatakan bahawa
kalam ini jatuh begitu dari langit atau bagaimana
Buhaira tersenyum, lalu menyambung;
Adapun terdapat tiga cara Muhmmmad yang Terpuji itu mendapat wahyu; melalui Malaikat Jibril yang datang dengan rupanya yang asli, iaitu ketika kali pertama dia bertemu Muhammad yang Terpuji itu di gua Hira. Adapaun cara kedua dan ketiga; kadangkala Malaikat Jibril itu menyamar sebagai manusia biasa dan tidak terzahir namun baginda tetap menyedarinya.
Ayah, apakah cara penyampaiannya mudah
Anakku Isa, wahyu yang diterima sebegini juga amat payah, sehinggakan diceritakan bahawa Muhammad yang Terpuji itu menitiskan peluh yang banyak di dalam cuaca yang sejuk; segala kekuatan dikumpul untuk menerima, menghafaz dan memahaminya
Buhaira..., giliran Razief bertanya.
Iya anakku
Apa jujukan mimpi yang aku alami itu, dikira wahyu
Malam itu sangat dingin; semenjak aruhan elektromagnetik bumi tidak lagi stabil, cuaca di Dataran Pembebasan dan neo-Kuala Lumpur sudah tidak mampu diramal lagi. Di dalam cuaca yang sejuk begini, hanya Razief terasa hangat; entah takut atau menafikan. Barangkali gerun tetapi cuba memberanikan.
***
Juwita ...
Daun pintu Makmal Keabadian terbuka perlahan, Tinta Pujangga menghampiri sahabat karibnya yang berdiri di hujung makmal; dia sedang melihat pergerakan jujukan DNA yang berlingkar sambil memaparkan susunan neonucleotide. Jujurnya dia risaukan Juwita dan juga dirinya; kalau-kalau Juwita menganggap bahawa dialah yang menghasut Razief supaya ke Dataran Pembebasan sebelum pemuda itu hilang (atau menghilangkan diri).
Pujangga... masuklah.
Kamu, bagaimana
Mereka saling berpelukan. Di waktu-waktui sebegini, mereka berdua memerlukan sokongan masing-masing.
Kamu dahulu, ceritakan kepadaku. Aku dengar
dari sepuluh pemuda itu, darah kamu mendidihdidih di Bilik Persidangan WU, apa benar
Begitulah Juwita. Aku sangat berang dengan tindakan Israel dan Palestin.
Bukankah dahulu proto-Human sibuk ingin
meleraikan pergaduhan mereka
Sudah tidak ada apa yang mustahil, Juwita.
Benar, tidak mustahil Razief itu sengaja melarikan diri dari aku...
Juwita....
Dia menggunakan air-car aku untuk terbang di bawah radar. Cincip berjaya mengesan air-car itu sebelum petanda lokasi kedudukannya hilang. Malah transponder pada tubuh Razief pun teraktif; malah semakin aktif sedari tadi. Barangkali, dia benar-benar ingin menghilangkan diri.
Mungkin dia memilih Dataran Pembabasan untuk berjumpa dengan Buhaira.
Tinta Pujangga ...
Bukan sekarang Juwita, aku tahu. Aku berjanji akan menemanimu ke Dataran Pembebasan, namun situasi sekarang tidak mengizinkan. Si Jaafar masih bacul untuk mempertahan negara; sedang Isratin itu pasti merancang serangan kedua. Aku takut Tuan Pemerintah mengesyaki kita.
Kamu benar Pujangga. Tetapi aku ini seorang ibu...
Memang itulah apa yang kamu lakukan sekarang Juwita; menjadi seorang ibu yang memastikan keselamatan anaknya walau dia sedang bergelumang dengan gelandangan proto-Human di sana.
Nanti, temankan aku ya, Pujangga.
Aku berjanji Juwita. Kamu, masih dengan projek seterusnya
Ya.
Khabarkan aku...
Ah, sudah aku nyatakan kepadamu Tinta Pujangga. Apa kamu lupa
Aduh, otakku kini hanya untuk mengatur strategi menyerang balas Isratin. Apa pengkajian terbaharumu, wahai Srikandi MahaMencipta Mama Juwita yang cantik menawan Pujangga merangkul mesra lengan Juwita.
Hahaha... sudah. Pujangga, bukankah aku sudah memberitahu mu; bahawa aku ingin menjadi seperti Nabi Nuh
Ah, gaya kamu tidak ubah seperti Buhaira. Sikitsikit, dengan dongengan Timur Tengah. Hahaha ...
Mereka ketawa. Transponder Razief masih menyala. Buhaira tidak dapat tidur lena. Sedang Isa; masih belum mahu berhenti meneka. Jaafar masih menghisap cigar nya, manakala lembaga itu merakam segala-galanya.
Pada suatu masa nanti, manusia akan melupakan Tuhan.