BLACK WIDOW - 15
SEGALA-GALANYA baru di dalam suasana hidupnya. Ayu menerjah pandang ke dada cermin yang besar di dinding. Dia duduk melunjur kaki, menghenjut-henjut tilam yang tebal dan anjal. Cadar satin berwarna biru lembut beropol-ropol menghiasi tilam; bagaikan hiasan di bilik pengantin.

Perabot dalaman semuanya seragam, meja solek, katil, almari baju, dan kabinet. Meja studi disediakan lampu, berbeza dengan keadaan rumahnya di kampung.

Ayu mendongak, menatap chandeliar yang menyimbah cahaya emas. Di kepala katil tersedia punat-punat khas untuk lampu, radio, dan suis TV. Segala-galanya teratur bagaikan sebuah bilik di hotel mewah. Telefon turut disediakan, terletak di meja bersebelahan katil. Tidak perlu untuk bersusah payah cuma berbaring sambil mendail.

Di hatinya tiba-tiba lahir sekelumit perasaan. Dia 108

mula berasa jauh hati. Taraf dirinya terasa jauh, bak bumi dan langit.

Telefon berdering.

Ayu serba salah untuk mengangkatnya. Dia membiarkan sehingga deringan itu berhenti dengan sendirinya. Sejurus kemudian, telefon itu menjerit lagi. Kali ini dia teragak-agak namun akhirnya membiarkan saja sehingga talian terputus.

Dia menanti deringan lagi tetapi tidak sekali pun jeritan kedengaran.

Ayu duduk berhati-hati, takut untuk merenyukkan cadar yang berkilat dan harum itu. Sedang dia menyelaraskan diri, loceng biliknya pula yang kedengaran.

Ayu panik. Matanya membulat.

Loceng bernyanyi lagi dan kali ini Ayu bingkas menuju ke pintu yang berukiran rapi. Ada lubang ke-cil dan dia mengintai. Wajah mak ciknya; ibu Murad kelihatan melonjong dan senget- benget.

Loceng berdering dan saat ini Ayu sudah pun memulas tombol dan meleraikan engsel.

Hah Ayu... tidur ke

Tak adalah mak cik!

Habis tu... kenapa tak angkat telefon'

Oh... Ayu ingatkan bukan untuk Ayu!

Ibu Murad tersenyum. Bukankah tadi deringannya pendek-pendek... itu tandanya interkom. Kalau lain kali deringan kedengaran panjang, itu tandanya direct line!"

Sungguh, Ayu tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh mak ciknya itu.

Telefon berdering, dan kali ini deringan 109

kedengaran panjang. Hah... kalau begitu tandanya ada panggilan awam!

Ibu Murad segera meluru mencapai gagang tetapi terhenti sebelum sempat diangkat. Hah... mesti sesiapa dah angkat. Wanita itu beriya-iya menerangkan kepada Ayu.

Ayu masih belum mengerti.

Kali ini telefon berdering dan kedengaran pendek. Hah... inilah yang dimaksudkan oleh mak cik. Inilah interkom! Gagang segera diangkat. Hallo... oh... okey!

Ayu mula mengerti kerana dia dapat membezakan antara dua deringan itu.

Hah Ayu... pak cik telefon memberitahu dia pulang lewat. Marilah... kita makan dulu, hidangan dah sedia!

Ayu senyum dan dia di antara suka dan hiba. Dia suka diberi layanan mesra, tetapi sebaliknya hiba kerana terasa bagai membelakangkan keluarga di desa.

Marilah Ayu! Ibu Murad mula melangkah dan Ayu membuntutinya.

Keharuman masakan menyerbu hidung, terasa perut menyiat-nyiat apatah lagi seleranya tiba-tiba memuncak.

Murad sudah pun duduk di meja, didepani dua orang adiknya. Tempat segera diambil dan Ayu semakin terasa lapar melihat pelbagai hidangan yang masih lagi berasap.

Pembantu rumah separuh umur yang berwajah lesi mengatur pinggan dan menyendukkan nasi. Ayu terasa dirinya mewah, dilayan bagai seorang permaisuri. Ayu mengecup liur melihat aneka resipi yang lazat.110

Pap!

Libasan itu menyentakkan Ayu tetapi tidak keluarga Murad. Sebatang pemukul serangga yang kelihatan seperti raket dan bersaiz kecil bergetar di tangan bibi.

Murad sengih. Jangan terkejut Ayu, bibi ni memang terkenal kecekapannya memukui lalat!

Bibi senyum hambar, mungkin dipaksa keluar daripada wajah lesinya. Dia menarik bangkai lalat - tidak - bukan lalat tetapi serangga yang telah leper dan melekat di raket itu telah menangkap perhatian Ayu.

Apabila diamati, Ayu ternganga dan menjerit. Bangkai kecil itu dirampas daripada jari bibi lalu terus diratapi.

Ayu tidak jadi makan, terus berlari naik ke dalam bilik.

Murad terpinga-pinga dan tanda tanya bersarang di benak.

Kenapa puan... saya hanya memukul lalat....

Bukan lalat mummy! Si kecil yang duduk paling hampir bersuara. Bibi pukul spider!

Namun, kata-kata adik Murad itu tidak diendahkan kerana mereka lebih bertumpu terhadap per-lakuan pelik Ayu sebentar tadi.

Murad... pergi tengok Ayu!

Baik mummy! Murad bergegas memanjat tangga dan pintu bilik diketuk bertubi-tubi di samping menekan punat loceng.

Namun, Ayu tetap tidak muncul.

Ayu tidak mengendahkan deringan telefon yang kedengaran pendek itu kerana tumpuannya hanya kepada bangkai labah-labah yang telah hancur.

Hatinya hiba, mengapa tergamak bibi membunuh serangga yang tidak berdosa. Tetapi, mungkin juga 111

wanita itu tidak perasan kerana disangkanya lalat. Lagipun, labah-labah itu muncul secara tiba-tiba dan Ayu sendiri tidak pasti. Dia hanya menyedari serangga itu labah-labah semasa bibi menariknya daripada raket plastik itu.

Ya, aku tak salahkan bibi, cuma hatiku hiba. Telefon berdering lagi dan kali ini Ayu mengangkatnya. Suara Murad kedengaran cemas. Beberapa soalan dibiarkan berlalu.

Ayu! Ayu!

Tak ada apa bang... cuma Ayu terkejut!

Ayu... tapi kenapa Ayu terus lari Kenapa tak jamah makanan Mummy risau!

Maafkan Ayu bang! Ayu tak berniat untuk menyusahkan sesiapa. Cuma, Ayu sensitif apabila penganiayaan terhadap serangga....

Bibi hanya bunuh lalat, lagipun lalat kotor dan pembawa taun....

Tapi ini bukan lalat!

Bukan lalat

Bukan!

Habis tu apa

Labah-labah!

Labah-labah Murad menyedari kebenaran kata-kata adiknya. Tapi, dia sendiri menyangkakan bibi memukul lalat. Betullah seperti kata bibi tadi bahawa dia sendiri kesal apabila didapati dirinya terpukulkan labah-labah yang disangkanya lalat.

Ah, Ayu salah sangka. Ayu... kalau begitu maafkan bibi. Dia sendiri mengakui kesilapannya kerana bibi ingatkan lalat!

Penjelasan itu meredupkan Ayu. Dia mengesat kelopak mata, mencuit bangkai labah-labah.

Ayu! Ayu!112

Ayu juga meminta maaf bang! Ayu tak sepatutnya bertindak melulu. Ayu nak minta maaf... mungkin bibi dimarahi mak cik!

Tak adalah... cuma kami masih lagi berharap agar Ayu sudi makan...semua menanti di bawah!

Baiklah bang... Ayu turun!

Ayu menyimpan bangkai labah-labah itu ke dalam laci, melangkah tenang ke pintu.

Di pertengahan jalan, mereka bertembung di tangga. Murad memimpin Ayu.

Kenapa Ayu sensitif sangat apabila labah- labah itu mati

Ayu terpempan.

Kenapa Ayu

Sebab... labah-labah adalah binatang kesayangan Ayu.

Kesayangan

Ya abang... Ayu harap abang mengerti dan jangan Ayu disoal lagi mengenai labah-labah dan jangan dihebohkan kepada sesiapa terutama mak abang!

Okey!

Dan... impian Murad tercapai untuk sekali lagi melihat senyuman di bibir Ayu. Sudahlah Ayu... Ayu makan dan tidur cepat sebab esok nak kena bangun pagi!

Ayu angguk dan terus tersenyum meriangkan semula hati mummy dan bibi.113