TRAVELOG FAGHUZI - 15
Jogjakarta, Indonesia

To know, is to know that you know nothing. That is the meaning of true knowledge.

- Socrates

Memandangkan musim hujan melanda Pulau Jawa, maka hari ini juga hujan turun dengan lebat. Aku dan Haeri bangun lewat dari biasa. Namun masih terjaga sebelum jam 11 pagi untuk mendapatkan sarapan percuma. Memang tak pelik juga sarapan percuma telah menjadi salah satu stereotaip untuk pengembara Asia. Dalam travel blog ada mengatakan pengembara Asia sukakan sarapan percuma.

Kami bersarapan bersama gadis-gadis Sepanyol. Di kala bersarapan kami berbual mengenai perancangan kami. Gadis-gadis Sepanyol ingin ke Bali selepas Jogjakarta namun mengubah fikiran mereka untuk turut serta bersama kami ke Gunung Bromo. Pagi ini kami membelek pakej-pakej ke Bromo di dalam brochure yang disediakan Pak Agus. Ada pakej tour menaiki van ke Bromo berharga Rp190,000 tidak termasuk penginapan. Namun, kami tetap cuba untuk ke Bromo dengan menggunakan perkhidmatan keretapi atau bas. Melihat hujan masih berterusan tengahari ini, kami membatalkan rancangan untuk ke Candi Prambanan. Kami ingin membeli tiket keretapi atau bas sebaik saja hujan reda. Gadis-gadis Sepanyol pula dengan rancangan mereka sendiri. Mereka tetap meredah hujan dengan berpayung untuk merayau di sekitar Jogjakarta.

Apabila hari menjelang lewat petang, kira-kira jam 3 petang, barulah hujan mulai reda. Dari lebat dan kini renyairenyai. Kami berjalan keluar memijak lopak air ditemani hujan renyai. Menapak kami ke Stasiun Jogjakarta. Suasana hujan renyai tidak melengangkan Jalan Malioboro. Masih ramai berpusu-pusu. Pada malam semalam ketika dalam perjalanan pulang kelihatan orang memakai kostum hantu di jalanan. Mungkin sambutan halloween versi Indonesia kerana semua hantu-hantu yang ada adalah hantu-hantu tempatan.

Sampai saja di stesen keretapi, kami memandang ke skrin yang memaparkan jadual keretapi. Benar sangkaan kami. Banyak tiket habis untuk esok, lusa, dan hari-hari yang berikutnya. Untuk ke Bromo kami perlu menaiki keretapi dari sini ke Malang dan kemudiannya ke Probolinggo. Dari Probolinggo baru kami akan ke Bromo. Begitu juga dengan bas. Perjalanannya lebih kurang.

Aku juga ada bertanya dengan seorang kawan kami, Ubai yang sudah biasa ke Indonesia untuk mengetahui cara ke Bromo dari sini. Ubai menyuruh aku menghubungi rakannya di Malang melalui mesej Facebook. Dia menyarankan kami untuk ke gunung lain memandangkan Bromo sudah terlalu sesak umpama pasar ikan. Oleh kerana tidak mahu pening kepala menukar rancangan, kami fikir mahu tetap ke Bromo. Tiket keretapi banyak yang habis. Kali ini tiada pula ulat tiket yang datang menghampiri. Mungkin tiket yang dijual ulat tiket juga sudah habis atau kami tidak terserempak dengan mereka. Kecewa dengan kehabisan tiket keretapi, kami pun melangkah keluar menuju ke stesen bas yang terletak tidak berapa jauh. Di stesen bas, kelihatan ramai juga orang dan musim cuti ini menyebabkan nasib kami sama seperti di stesen keretapi. Tiket bas sudah kehabisan. Camne ni Tiket habis. Nak pakai pakej tu aku yang gusar bertanya Haeri.

Pakai je la pakej tu. Pakej tu pun pergi direct sampai Cemoro Lawang. Pastu pandai-pandai la kita naik apa-apa pergi Bali, Haeri bersetuju memakai pakej itu. Kata putus sudah diambil, maka petang ini kami cuma bersiar-siar di sekitar Jalan Malioboro sehingga ke Kraton Sultan (Istana Sultan). Tiada apa yang menarik memandangkan hari sudah lewat petang. Istana juga tutup. Namun tapak sebelum Istana Sultan ini mempunyai fun fair. Kami singgah sebentar di fun fair.

Kelihatan ramai keluarga membawa anak-anak bermain di sini. Beberapa barang jualan dijual. Aku pusing satu fun fair dan melihat gelagat para pengunjung. Ada yang bersuka-ria dan ada yang berduka. Yang berduka adalah kanak-kanak kecil yang merengek, menangis tidak dapat apa yang dihajati kerana ibu bapanya enggan membelikan barang permainan. Malah ada yang berduka kerana tidak berjaya memenangi permainan yang ada.

Salah satu tempat tarikan pelancong adalah Taman Sari di mana ketika waktu begini sudah pun ditutup. Tempat di mana menempatkan gundik-gundik sultan suatu ketika dahulu. Di situ juga tempat sultan bermandi-manda bersama gundik-gundiknya. Di dalamnya terdapat taman dan tasik seperti yang aku lihat dalam katalog dan internet namun tiada rezeki untuk kami ke situ.

Senja menjelang, langit berubah warna menjadi kemerahan menandakan matahari sudah bersedia menukar shift. Kami menuju ke Pasar Sore Malioboro. Pasar ini terletak di hujung Jalan Malioboro dan kain rentangnya terbentang luas di pintu masuk utama pasar. Tidak sukar mencarinya. Suasanannya sama dengan pasar-pasar di Malaysia. Haeri membeli tali penghias tangan orang Jawa manakala aku membeli kain iket yang berjumlah Rp10,000 setelah berjaya tawar-menawar.

Usai membeli-belah di Pasar Sore, kami pun berjalan di jalanan yang basah untuk menjamu selera. Kali ini sebuah gerai berhampiran dengan restoran makanan segera kami singgah. Seperti biasa, kami duduk bersila di meja yang disediakan. Kali ini aku memesan nasi pecal lele dan begitu juga Haeri. Kali ini ingin merasai perbezaan masakan ini di sini dengan di Malaysia. Usai membuat pesanan, aku menoleh ke sebelah kanan, ternampak kelibat yang dikenali. Oh bukan Natalie. Gadis berambut perang, bersusuk tubuh tinggi ini adalah gadis bule yang kami nampak di Hunny Hostel pada malam terakhir di Bandung. Kami menegurnya dan dia juga ingat akan kami. Kami bertegur biasa-biasa saja ketika di Bandung, tidak pernah bersembang namun dia masih mengingati kami lalu turut serta makan bersama kami. Julia namanya dan berasal dari Belanda.

What a small world right Haha, ujar Julia sebaik melabuhkan punggung duduk bersimpuh menyertai kami dari meja sebelah.

Yea, but we actually never talk. Only said hi in Bandung. Hehe, Haeri bersuara sambil Julia mengangguk setuju. Melihatkan susuk tubuhnya yang tinggi dan besar, kami menyangkakan dia berumur dalam lingkungan 20an tapi jangkaan kami meleset. Julia baru berusia 19 tahun dan ke sini untuk melawat keluarga angkatnya di Jakarta. Di kesempatan itu juga dia mahu jelajahi Indonesia.

My Indonesian family always worried about me traveling alone here. They are just over protected because I am a girl. Hahaha! I dont know what to say anymore to convince them that I will be just fine, ujarnya kepada kami tatkala makanan yang dipesan sampai. Julia sudah pun selesai makan semasa kami sampai tadi.

Well, most Indonesian and mostly Malaysian culture are like that. They really care about others and sometimes they could be reall, really over protective. I have the same problem with my parent when I said I want to travel rather than find a job. They disagree with my decision, aku membalas sambil menyuap makanan ke mulut.

It is difference from my culture. Dutch people love to travel. Thats not really a problem for me. My parents OK with it because they also have did the same, Julia menambah sambil menghirup air minumannya.

Berdasarkan perbualan itu aku dapat simpulkan bahawa budaya mengembara masih belum diterima sepenuhnya oleh masyarakat di Asia Tenggara terutama Malaysia. Orang Indonesia sebenarnya ramai yang mengembara. Konsep kekeluargaan yang kuat lebih kurang di Malaysia. Kebanyakan mereka tersalah anggap mengenai vacation dengan travel. Kalau sekadar dua tiga hari itu hanya sebuah percutian. Mengembara perlu lebih dari tempoh itu, malah lebih dari sekadar perancangan kami yang sebulan. Ada yang makan berbulan-bulan dan ada yang bertahun-tahun. Di Malaysia sendiri sebenarnya ada saja yang mengembara secara nomad cuma ramai tidak tahu. Ada yang berbasikal sehingga ke Eropah. Ada juga kisah aku baca mengenai seorang wanita yang memilih untuk menjadi gelandangan mengembara ke satu Malaysia. Kebanyakan harinya dia berkhemah. Ada juga orang Malaysia mengembara satu semenanjung untuk berbusking.

Masyarakat kita ada kalanya terlalu kisah dengan duit yang disimpan. Kalau mengembara lama, nanti duit habis. Ada yang kata membazir. Jika hendak dikatakan membazir, lain orang lain cara bazirnya. Semua bergantung kepada minat masing-masing. Kepada yang suka mengembara, aku rasa tidak pelik mereka membazir duit semata-mata memenuhi keinginan mengembara. Sama juga dengan mat-mat kereta yang sanggup perhabis duit bikin kereta. Mat-mat gamers menghabiskan duit dengan game onlinenya, mat-mat rempit perhabis duit bikin motor mereka. Adakala kita tidak layak nak mengatakan orang itu membazir dengan perkara yang mereka minati kerana setiap orang berbeza minatnya dan kerana itu juga, apa yang terbazir menjadi keutamaannya. Di kala kami rancak bersembang, seorang kanakkanak comot menghampiri meja kami untuk meminta derma. Aku dan Haeri memberikan sedikit sumbangan. Keadaan itu menyebabkan Julia bertanya mengapa kami berikan wang kepadanya. Kami kata saja sedekah namun pada pendapat Julia, jika masyarakat selalu memberi sedekah maka mereka ini makin lama makin malas. Mungkin benar katanya itu memandangkan ada saja gelandangan yang memilih jalan hidup sebegitu kerana tidak mahu terikat dengan komitmen. Tapi kita pun tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka sepanjang hidup. Malah interpretasi kami berbeza mengenai isu ini. Julia mengatakan di negaranya terdapat elaun untuk gelandangan meneruskan hidup. Gelandangan di sini dan Malaysia tiada elaun khas untuk mereka seperti di kebanyakan negara-negara barat. Aku juga tidak menyalahkan pandangan Julia kerana dia datang dari latar belakang negara yang berbeza.

Aku mengeluarkan sebatang rokok Marlboroku dan api dicucuh. Begitu juga Haeri manakala Julia hanya memandang dan selepas itu bersuara Can I have one of your Marlboro I have a cigarettes but it taste awful for me, aku pun menghulurkan kotak rokokku kepadanya dan dia ambil sebatang lalu dibakar. Julia mengeluarkan rokok yang dimaksudkannya. Bungkusannya berwarna seperti kuning tahi barangkali dengan warna merah sedikit di atas dan bawah serta tertera perkataan Dji Sam Soe. Tak sangka pula dia beli kretek yang begini.

You think its awful Haeri bertanya. Julia mengangguk. Yea it is awful. I think it is a cigarettes for old folks in here, Julia menyatakan pendapatnya. Kami pun bertanya kenapa dia beranggapan begitu.

When I bought it at supermarket, the cashier and her friends laugh at me when I asked for this cigarettes, jelasnya lagi.

Maybe it because this cigarettes only familiar with local people only. Haha. They must be surprise to know that you want to buy this cigarettes, Haeri menambah. Julia seakan bersetuju. Sedang menghisap rokok itu juga, Julia memberikan kami rokok Dji Sam Soenya sebagai hadiah.

Usai makan malam dan bersembang, Julia meminta diri untuk kembali ke homestaynya yang tidak berapa jauh. Kami masih duduk berehat untuk menyelesakan perut yang kekenyangan. Pecal lele di sini memang gurih! Lebih sedap berbanding yang aku pernah makan di Malaysia. Sambalnya lebih pedas membuatkan aku ketagih ketika makan tadi. Siap minta tambah sambal. Selepas itu, Haeri mahu ke apotek (farmasi) untuk membeli ubat buang angin. Apotek adalah pinjaman dari Bahasa Belanda ke dalam Bahasa Indonesia. Selepas itu, kami pulang ke homestay. Pak Agus dan isterinya juga baru pulang dari makan di sebuah gerai. Duduk di meja seperti biasa dan aku mencampakkan rokok Marlboro serta Dji Sam Soe di atas meja. Meritxell dan Noelia juga baru sampai dan menyertai kami di meja.

Dji Sam Soe! Gurih rasanya. Bisa ambil satu bilang Pak Agus. Aku pun tersenyum dan menghulurkan sebatang kepadanya.

Pak, kami mau paket ke Bromo itu. Cuma pengangkutannya saja. Enggak mau penginapan, ujar Haeri. Bisa! Bisa! Berapa orang dan kapan mau bertolak ke sana Saya bisa uruskan, tanya Pak Agus. Pada masa yang sama kami bertanya gadis-gadis Sepanyol. Mereka juga mahu turut serta memandangkan tiket bas dan keretapi sudah habis.

Kami berempat. Tanggal 25 Disember, Haeri bersuara sambil dibalas anggukan Pak Agus.

Bisa diatur! Esok saya akan uruskan, Pak Agus membalas.

Kemudian kami banyak berborak dengan gadis-

gadis Sepanyol. Senang cerita lebih banyak berbual dengan Meritxell sambil diselangi tugas menterjemah kepada Noelia. Mereka pergi melihat persembahan wayang kulit tentang Ramayana. Ia sebuah persembahan yang popular di sini. Walaupun mereka tidak faham apa yang diceritakan tapi mereka tetap gemarkannya. Meritxell menunjukkan gambargambar yang diambil untuk aktivitinya hari ini. Kelihatan juga mereka berdua menguap beberapa kali. Barangkali keletihan.

Kalian berdua udah punya cewek tiba-tiba pertanyaan itu keluar dari mulut Pak Agus. Kami berdua tersengih menggelengkan kepala.

Enggak apa, suatu hari nanti pasti ketemu. Namun apabila bertutur sama wanita, mata harus bertentang mata samanya. Kalau mau tau cewek itu punya hati sama kamu, apabila bertentang mata, dia tidak akan menoleh ke tempat lain. Percayalah. Namun, kalau dia menoleh dan tidak mau membalas tenungan mata kamu, mungkin dia tiada hati sama kamu. Hahahaha! Pak Agus berseloroh memberikan tips untuk bercinta. Kami pun tergelak. Bu Aria juga tersengih melihat Pak Agus yang mengusik kami.

Kamu enggak percaya kamu bisa coba! selorohnya lagi. Kemudian aku pun menepuk bahu Noelia yang berada di sebelahku untuk mencuba. Noelia menoleh dan aku merenung matanya. Dia memandang mataku. Beberapa minit kemudian dia tersengih dan mula memandang ke sekeliling, mungkin kebingungan kerana tidak faham. Meritxell juga tersengih melihat gelagat kami. Tak tahulah dia faham ke tidak.

Waduh, jangan begitu. Dia sudah kebingungan. Haha! Enggak apa, nanti kalian sendiri bisa memahami bagaimana caranya. Yang penting hati kalian. Luahkan perasaan hati itu melalui pandangan mata kalian. Itu yang bisa membuatkan mereka terpesona dan jatuh hati, ujar Pak Agus lagi sambil menggelakkan cubaan aku kepada Noelia. Bu Aria hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami lalu meminta diri.

Usai Bu Aria meminta diri dan tidak kelihatan, Pak Agus tiba-tiba bersuara, Saya pernah berpacaran dengan ramai cewek bule. Bekas kekasih sebelum saya berkahwin dahulu adalah orang Belgium dan kini menetap di Bali membuka chalet. Selain itu, saya juga punya 26 bekas teman wanita yang berbeda kerakyatan. Hehehehehehe... kemain rancak lagi Pak Agus bercerita mengenai kisah nakalnya setelah isterinya meminta diri. Kami tertawa mendengar cerita dan pengalaman Pak Agus. Gadis-gadis Sepanyol yang muka keletihan dari tadi meminta diri untuk masuk tidur.

Dari cerita mengenai senarai panjang bekas teman wanita Pak Agus topik beralih kepada cara mengikat iket di kepala. Pak Agus menunjukkan kepadaku beberapa jenis ikatan. Cara-cara ikatan adalah berbeza mengikut suku kaum. Antara cara-cara ikatan yang ditunjukkan adalah cara ikatan orang Jawa, Bali, Madura, Lombok, Batak dan Sunda. Dapat tutorial free. Dalam banyak-banyak cara ikatan itu, yang paling mudah bagi aku adalah cara ikatan orang Madura. Cara ikatan yang lain agak sukar untuk dihadam. Pak Agus memang berpengetahuan luas mengenai Indonesia serta serba sedikit mengenai Malaysia. Memang seronok mendengar Pak Agus berseloroh. Ada saja perkara yang hendak dibualkan dan dia memang tidak kedekut berkongsi pengalaman hidup. Jikalau kami ke Jogjakarta lagi, pastinya kami akan menetap di sini.