KITAB XX - 30 Langkah Memikat Lelaki - 15
Menjadi seorang gadis yang bakal disunting sebagai isteri kepada seorang lelaki adalah impian setiap insan. Tiada yang tidak mahu berkahwin, mempunyai anak dan sebuah keluarga yang bahagia. Semua inginkannya.

Walaupun kamu benar-benar mahukan jejaka tersebut menjadi pasangan anda, usah tunjukkan padanya. Biarkan diri kamu menjadi gadis yang penuh tanda-tanya. Lelaki sukakan ini. Semakin sukar si dia memahami dan mengenali kamu, semakin kuat perasaan ingin tahunya.

Lelaki akan lebih menghargai barang yang sukar diperolehi. Secara jujurnya, seseorang yang mudah mendapat sesuatu, kurang menghargainya. Berlainan dengan orang yang sukar memperolehinya.

Mahukah kamu menjadi gadis yang sangat dihargai oleh lelaki Mahukah kamu menjadi seorang gadis yang sangat disayangi oleh lelaki yang akan menjadi pasangan kamu nanti Sudah tentu kamu mahu, bukan

Justeru, kawallah diri kamu di hadapannya. Usah tonjolkan yang kamu sangat terdesak untuk mendapatkannya. Selagi kami berjaya mengawal diri, selagi itulah kamu akan menjadi gadis yang sangat dihargai oleh lelaki yang berjaya memilikimu nanti.

Secara fitrahnya, lelaki terkenal dengan sikap mereka yang lambat memahami isyarat daripada seorang gadis. Mereka kurang menumpukan pada apa yang kamu tunjukkan. Sudah menjadi kebiasaannya begitu. Usah kamu khuatir yang dia tidak memahami isyarat kamu. Sebaliknya, kamu teruskan sahaja apa yang kamu lakukan untuk memikat si dia.

Sentiasalah terbuka dalam menghadapinya. Bukan mudah mahu menambat hati seseorang. Apatah lagi dalam situasi ini seorang gadis yang mahu memikat si lelaki. Pastinya akan memakan sedikit masa yang panjang.