Anak dan menantunya pun menjadi gusar. Mereka berasa terbeban dengan semua ini. Kita harus melakukan sesuatu, ujar si isteri, Aku sudah bosan menguruskan semuanya untuk ibu bapa ini.
Lalu, suami isteri itu sepakat untuk membuatkan sebuah meja kecil di sudut ruangan. Di sana, datuk akan duduk makan sendirian ketika yang lain makanan bersama.
Kerana sering memecahkan pinggan, anak dan menantunya juga sepakat untuk memberikan mangkuk kayu untuk datuk. Ketika keluarga itu sibuk makan malam, mereka sering mendengar esak tangis datuk dari sudut ruangan. Juga kelihatan air mata yang mengalir dari kelopak matanya. Akan tetapi, ini sama sekali tidak menyentuh hati anak dan menantunya, malah mereka kerap mengomel kepada datuk agar tidak menumpahkan makanan.
Cucu si datuk yang baru berusia enam tahun sering terdiam melihat semua pelakuan ibu bapanya. Suatu malam, ayah si anak ini tanpa sengaja melihat anaknya sedang bermain dengan peralatan kayu, dengan lembut dia bertanya, Sayang, kamu sedang buat apa
Lalu dengan bersahaja anak ini menjawab, Aku sedang membuat meja kayu untuk ayah dan ibu makan apabila aku besar nanti. Meja itu nanti akan kuletakkan di sudut sana, dekat tempat datuk biasa makan.
Sambil tersenyum anak itu segera melanjutkan permainannya. Sesungguhnya jawapan anak ini membuatkan ibu bapanya terpukul. Suara mereka tiba-tiba berubah menjadi parau, mulut mereka terkunci rapat dan tidak mampu berkata-kata lagi. Perlahan-lahan air matapun menitis membasahi pipi suami isteri ini.
Meskipun tidak ada kata-kata yang terucap, mereka menyedari kesalahan yang mereka lakukan. Malam itu juga, mereka menuntun tangan datuk tersebut untuk kembali makan bersama di meja makan. Tidak ada lagi omelan yang keluar ketika ada piring jatuh, makanan yang tumpah atau alas meja yang kotor. Kini mereka boleh makan bersama-sama di meja utama dengan bahagia.
Ibu bapa yang berbahagia di mana pun anda berada, anak-anak kita adalah cerminan perangai kita sehari-hari. Mata mereka akan selalu mengamati, telinga mereka akan selalu mendengar dan fikiran mereka selalu mencerna setiap yang kita lakukan. Mereka adalah murid yang luar biasa. Jika mereka melihat kita memperlakukan orang lain dengan sopan, hal itu pula yang akan dilakukan oleh mereka ketika dewasa kelak. Begitu pula sebaliknya, jika mereka melihat kita memperlakukan orang lain dengan buruk, hal itu pulalah yang akan dia lakukan kelak apabila dewasa.
Mari kita menilai setiap kebiasaan dan perilaku kita sebagai harta berharga yang disimpan dalam diri anak-anak kita, sebagai bekal mereka dewasa nanti.
Bagaikan cerminan ibu bapa, anak-anak selalu mengamati, mendengar, dan mencerna setiap apa yang kita lakukan.