PANGGIL AKU MELAJU - 15
Tidak siapa yang tahu ke mana hilangnya Datuk Pengarah. Isterinya Datin Jumilah pun tidak tahu. Penemuan dinding pemujaan di bilik rahsia tingkat 19, Bangunan IMN itu mengejutkan bukan sahaja warga kerja Kompleks HKL, malah seluruh negara. Sejak pembunuhan bersiri keempat di IPRN, hampir setiap hari berita susulan menemui pembaca akhbar yang dahagakan berita. Dengan penemuan dinding pemujaan itu, ramai beranggapan misteri pembunuhan HKL hampir selesai. Semua akhbar memuatkan berita penemuan mandala pemujaan di muka depan. Lengkap dengan foto-foto sadis dan tragis, mozek hiasan gambar-gambar di dinding pemujaan memperlihatkan minda tidak waras yang meletakkan keganasan terhadap mangsa sebagai suatu nikmat spiritual yang diagungkan. Baik media elektronik mahupun media cetak tidak menyebut nama suspek yang baru. Ada wartawan yang menyebut kemungkinan besar suspek itu ialah salah seorang pesakit IMN. Pemberitaan itu menimbulkan rasa takut gelombang kedua pesakit kerana suspek belum ditangkap. Satu berita lagi menyebut namanya, dan suspek itu sedang diburu polis. Pihak imigresen di semua pintu keluar-masuk negara dimaklumi akan identiti suspek dalam usaha menghalang suspek melarikan diri keluar negara.

Dalam meneliti kes, para penyiasat menduga pemangsa akan duduk di hadapan dinding pemujaan dan bersemadi memuja keagungan sadisme. Di hadapan mandala itu ada persada pemujaan. Ritual pemujaan itu akan merembeskan kimia otak yang menenangkan pemangsa, kerana kimiayang sama melimpah ruah ketika dia melakukan kekejaman terhadap mangsanya. Apabila kadar kimia otak yang merangsang perbuatannya dan mendinginkan darahnya itu merendah, terjadi semacam gian yang mendorong pesakit mencari nikmat penyeksaan dan pembunuhan. Jika kesempatan itu terhalang, dia akan kembali menghadap dinding pemujaan untuk memenuhi tuntutan jiwa yang menurut minda gila itu boleh diatasi dengan menghayati arca-arca gerun yang dijadikan mandala agung.

Kini bilik pemujaan dan segala trofi yang suci sudah tiada. Balangbalang trofi puting payu dara dan foto-foto sadis itu disita polis sebagai barang bukti kes. Walaupun trofi puting payu dara mangsa disimpan dalam larutan formalin, teknologi sekarang masih boleh menjalankan pengesahan DNA dan dibandingkan dengan DNA-DNA mangsa. Apa lagi bentuk hirisan puting-puting boleh dipadankan dengan Iuka bedah pada gambar mayat mangsa. Jika sepadan dalam bentuk dan ciri-ciri puting dengan gambar-gambar mayat mangsa yang sedia ada, maka persamaan-persamaan menjadi bukti jelas yang diterima mahkamah. Keadilan tetap dituntut di depan hakim betapa pun masyarakat bakal dikecewakan oleh keputusan hakim. Pemangsa mungkin diselamatkan daripada tali gantung oleh kekebalan jasad yang mindanya dikuasai kegilaan. Proses mahkamah nantinya menjadi tatapan berbulan-buIan seolah-olah terapi kerohanian untuk masyarakat. Lebih-lebih lagi bagi anggota keluarga mangsa. Bagi para penyiasat pula, mereka tidak peduli apa yang bakal diputuskan oleh hakim. Setiap jenayah akan diperangi dengan ilmu pembuktian. Begitulah dedikasi dan integriti yang diperlihatkan oleh pihak PDRM, petugas-petugas Jabatan Kimia, Makmal Forensik PDRM, Institut Perubatan Forensik Negara, dan satu-satunya pakar psikiatri forensik, Dr. Shemelin. Ada cadangan supaya tidak mengeluarkan Dr. Shemelin daripada pasukan penyiasat berikutan beliau ada kaitan profesional dan hierarki dengan suspek pemangsa. Namun, Ketua Polis Negara mengukuhkan status Dr. Shemelin kekal dalam pasukan penyiasat berdasarkan profesionalisme dan objektiviti yang dimiliki beliau. Gagasan itu datang daripada pihak pendakwaan yang tidak mahu adanya lohong jerlus undang-undang yang mampu menawarkan segala kekuatan pembuktian apabila rantaian bukti terkumpul dicemari masalah teknikal. Dr. Shemelin bukanlah pencemar kes, malah dialah orang pertama melaporkan kewujudan dinding pemujaan kepada pihak polis. Dia akan dipanggil untuk memberikan keterangan sebagai saksi dan saksi pakar sekaligus.

Sebelum semua barang bukti di bilik pemujaan itu disita, barangbarang itu sempat menjadi tumpuan kunjungan pelbagai peringkat kepegawaian PDRM hinggalah Ketua Polis Negara dan timbalannya. Menteri Dalam Negeri dan rombongannya pun ikut melawat. Dulunya bilik itu suatu santuari persendirian yang digunakan Datuk Kamarudin untuk memenuhi permintaan otaknya yang dijajah selsel barah peparu. Sel-sel barah itu menyelinap di bahagian-bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap pertimbangan, kebijaksanaan dan kewarasan. Litar-litar otaknya dijungkil balik, sesuatu yang sebelum itu tergolong tidak wajar terpindah aliran kelitar kewajaran, malah sesuatu yang dituntut otak untuk kesejahteraan minda tidak siumannya. Tubuhnya juga hanya mangsa kepada kecelaruan minda otaknya. Keutuhan fungsi pertimbangan otak menjadi berantakan dan berkecai. Di sebalik litar otak yang mempunyai sambungansambungan silang yang keliru, biokimia otaknya pula mengeluarkan hormon-hormon jenayah yang mengaktifkan bahagian otak primitif yang bertanggungjawab terhadap keganasan dan kekejaman. Keganasan dan kekejaman terpilih itu terarah kepada ciri-ciri mangsa tertentu pula. Dr. Shemelin menyedari faktor-faktor di luar kawalan pemangsa boleh meringankan hukuman. Biar apa pun yang bakal terjadi di mahkamah nanti, dia tidak akan mendedahkan pandangan profesionalnya terhadap bagaimana psikopatogenesis yang memerangkap pemangsa untuk melakukan perbuatan keji berulang kali. Dr. Shemelin menyedari dia kini berada pada pihak yang berlawanan dengan pasukan peguam pembela. Pasti Datin Jumilah akan mencari panel peguam yang terpandai di Kuala Lumpur. Banyak kes seumpama itu, boleh menang hanya dengan manipulasi pengetahuan sains sehingga keadilan memihak kepada yang didakwa.

Yang menjadi tanda tanya dalam kalangan pakar psikiatri IMN, apakah signifikan perlambangan trofi puting susu mangsa berperanan dalam psikodinamika minda pemangsa. Apakah superego pemangsa mengalami regresi ke fasa id, yakni kepuasan mulut dijelmakan semula mengidamkan puting payu dara sebagai suatu fiksasi minda. Itulah yang menjadi persoalan yang ditimbulkan oleh para pakar psikiatri yang pernah bekerja bersamasama di bawah Datuk Pengarah. Selama mereka bekerja dengannya, kecualilah selepas didiagnosis menghidap penyakit barah peparu, tidak nampak tanda-tanda yang Datuk Pengarah mempunyai masalah kejiwaan. Baik yang jelas mahupun tidak. Mereka tidak percaya teori yang dikemukakan Dr. Shemelin yang meletakkan fiksasi minda Datuk Pengarah sebagai punca. Benaknya terikat hanya pada keinginan oral dalam aura kehangatan payu dara yang pernah menyusui. Dr. Shemelin menerangkan bagaimana mekanisme reflek mulut menjadi suatu keharusan pada setiap bayi; apabila pipi bayi disentuh, mulut bayi akan menerpa mencari puting susu asli mahupun buatan. Apabila terjadi regresi patologi, pemangsa seperti bayi yang kelaparan akan mencari imej puting yang menjanjikan kehangatan ibu dan kepuasan oral. Dalam pelitaran semula otak akibat perubahan organik dan fungsional, refleks asasi ini menjadi aktif semula dengan iringan perbuatan sadistik terhadap mangsa.

Dr. Siew menolak teori itu mentah-mentah. la tidak menerangkan mengapa satu puting payu dara yang diambil, tidak keduaduanya. Teori itu tidak menjelaskan mengapa pesakit mengalami ketumbuhan sahaja dipilih kecuali mangsa pertama. Dr. Siew tidak menyatakan teori alternatif. Dia sendiri menganggap masalah minda Datuk Pengarah terlalu kompleks untuk dipermudah dengan teori psikoseksual Freud yang tidak lagi dianuti mana-mana institusi mental di dunia.

Dr. Shukri pula mengutarakan teori kelebihan nor-adrenalin akibat aktiviti sel-sel barah yang merangsang rembesan hormon itu di hipotalamus dan amigdala. Teori itu, menurut Dr. Roslan, tidak menerangkan peranan trofi puting payu dara dalam kes Datuk Pengarah. la lebih sesuai untuk pembunuh-pembunuh bersiri thrill seekers. Kekurangan nor-adrenalin mempengaruhi tingkah laku yang mematuhi tuntutan reseptor untuk memulakan rangsangan agar rembesan nor-adrenalin yang berlebihan. Kadar nor-adrenalin yang tinggi di jaringan otak itu pula menunaikan naluri ketagihan yang sukar dibendung. Jadi, ia merupakan suatu kitaran. Kitaran syaitan. Keganasan berdarah dingin ialah ciri-ciri penagihan yang menjadikan kekejaman sebagai alat mencapai kepuasan dalaman.

Mesyuarat kali ini benar-benar luar biaa. Banyak yang menyatakan kekesalan. Bagaimana reputasi IMN dikotori peristiwa sbegini Di mana kita harus meletakkan air muka kita Tanya Dr. Mahsur. Dr. Shemelin meyakinkan para psikiatri dalam mesyuarat tidak rasmi itu agar eyingkirkan tanggapan kolot yang para doktor seperti superbeing. Merek, katanya, manusia biasa yangg kebetulan mempunyai kecerdasan akademik untuk menjadi doktor. Doktor bukan malaikat tanpa cela. Sejarah Malaysia akhir-akhirnya berbicara sendiri. Ada doktor yang menjual dadah secara terbuka di tempat letak kereta di perkarangan hospital. Beberapa doktor ditangkap menjual ubat batuk kepada penagih-penagih. Ada doktor yang kena tangkap basah kerana berkhalwat dengan jururawat, malah ada doktor yang melarikan anak dara orang ke Siam untuk berkahwin lari. Beberapa doktor yang lain dituduh melakukan keganasan seksual terhadap pesakit-pesakitnya. Masyarakat masih inat bagaimana seorang doktor Malaysia dibunuh kiennya kerana terlibat dalam sindiket menjual Subitex di kelab-kelab malam dan karaoke. Malah, ada doktor wanita yang terlibat dalam money laundering berjutajuta dolar Amerika. Belum lagi cerita seorang pakar yang disyaki membunuh isterinya; juga seorang doktor, dengan racun arsenik. Pernah dilaporkan dalam akhbar, seorang doktor bersubahat membunuh seorang pemungut hutang. Jadi, kalau doktor didapati memalsukan surat sakit hampir setiap hari, ia suatu perkara biasa. la dianggap salah suatu sumber mata pencarian yang berlindung di bawah akta perubatan. Ada doktor yang berlindung di belakang akta perubatan lalu memenuhi kehendak pesakit-pesakit yang kehabisan cuti tahunan, cuti dibekukan kerana ada upacara dan acara besar. Tidak semua mc dikeluarkan kerana kerakusan wang ringgit. Pertimbangan dan budi bicara berasaskan masyarakat penyayang sering diterapkan dalam memberikan mc kepada ibu-ibu atau waris penjaga kerana anak mereka demam tinggi. Pemalsuan mc semacam itu mempunyai justifikasi sosial yang tidak dipertikaikan. Sayangnya, masih ada doktor yang bekerjasama dengan individu terdakwa untuk menunda perbicaraan di mahkamah. Kadangkadang hanya kerana peguamnya ada kes lain yang didengar di mahkamah lain, atas arahan peguamnya, anak guamnya memujuk doktornya mengeluarkan mc. Doktor-doktor melakukan beratusratus jenayah pengguguran janin saban hari pada siang bolong dalam benderang undang-undang. Paparan mengenai salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh sebi langan kecil doktor yang membawa lumpur kotor ke dalam profesion perubatan, seyogianya tidak menjejaskan martabat, integriti dan harga diri para doktor yang masih menyanjung Sumpah Hippocrates. Oleh itu, Dr. Shemelin meminta agar rakan-rakan psikiatri mengekalkan profesionalisme mereka dan terus menjalankan tugas dengan tabah. Doktor-doktor ialah manusia biasa, bukan malaikat. Mereka mewakili ragam manusia dalam populasi umum yang kebetulan memiliki sekeping ijazah perubatan. Apa-apa yang terjadi bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malah katanya, kes-kes kesugulan dan bunuh diri paling tinggi antara doktor pakar jiwa daripada doktordoktor pakar bidang lain. Begitu juga penyakit kejiwaan yang ringan dan juga yang psikotik, pakar psikiatri mendahului mana-mana bidang kepakaran yang lain. Apabila ditanya Dr. Mahsur, mengapa demikian, Dr. Shemelin menjawab, dia yakin mereka yang memilih bidang psikiatri mempunyai pengalaman kejiwaan yang menjemput mereka mendalami bidang itu sebagai suatu pencarian terhadap masalah mental yang mereka hadapi. Dr. Bala dengan berani dan berseloroh lantas bertanya apakah Dr.Shemelin pun menghidap masalah yang sama. Dr. Shukri tangkas menyampuk: Anorexia Nervousa. Ketawa berderai. Sejenak kes Datuk Pengarah dilupakan. Dr. Lufti segera menambah: Bulimia. Sekali lagi ketawa kerana Dr. Shemelin tidak terkata apa-apa melainkan tersenyum. Mereka mungkin beranggapan bentuk badan langsing yang menyamai peragawati itu datang daripada aktiviti Bulimia. Masing-masing membayangkan bagaimana Dr. Shemelin menjolok kerongkongnya apabila setiap kali selesai makan, lalu memuntahkan makanan yang belum terhadam itu. Sebab itu, dia tetap langsing sehingga pakarpakar psikiatri kontrak yang nnenjangkau usia 65 tahun itu suka mengusiknya. Mereka memanggil dia princes dan merujuknya sebagai Princes Diana.

Telefon bimbit Dr. Shemelin berbunyi. Hampir semva telefon bimbit mendendangkan lagu-lagu popular masa kini, namun telefon bimbit Dr. Shemelin mendering seperti telefon tahun lima puluhan. Ya, Dr. Shemelin.

Waalaikumussalam.

ASP Dahlan. Ya, saya. Dr. Shemelin meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dan mengaktifkan butang bebas-tangan. Gayanya membalas telefon amat berbeza apabila dia menerima panggilan telefon ASP Dahlan pada pukul 12.00 tengah malam. Tampak di permukaan, intonasi perbualan begitu rasmi. Akhir-akhir ini Lan, nama dipanggil Lin di luar tugas rasmi, kerap bertemu dan bersembang mesra dalam meneroka titik-titik pertemuan antara mereka berdua.

Mungkinkah dia akan ditemui

Maksudnya, Datuk Pengarah

Ya. Atau tidak mungkin ditemui selama-lamanya. Macam sebilangan kanak-kanak dan remaja yang hilang. Ada yang tidak dapat ditemui lagi buat selama-lamanya. v

Di tingkat 18, Dr. Ridzuan kernbali dilambung epik pelayaran baru pada awal abad ketujuh. Minda khayalannya mengisahkan pelayaran saudagar Arab, Abu Naqqas dari Semenanjung Arab membawa syiar Islam ke alam buana Melayu-Hindu di Nusantara. SekaIi lagi, perdagangan mengiringi penyebaran agama baru tanpa ada apaapa ikatan. Sifat-sifat mulia, ikhlas dan jujur mengiringi pedagangpedagang Arab selepas Abu Naqqas seperti Ibn Khurdadhbib, Suleiman al-Tajr, Ibn Faqih, dan Ibn Rusta menjadi ikutan dan amalan yang bukan dibuat-buat. Keperibadian mereka menambat hati pedagang-pedagang Melayu yang memperkenalkan mereka kepada raja-raja Melayu-Hindu. Abu Naqqas dalam pelayarannya ke China dalam rangka merintis ke arah pembukaan Kedutaan Arab di sana, dia singgah di pelbagai pelabuhan di Sumatera dalam usaha membina rangkaian perdagangan yang lebih luas lagi di Nusantara. Islam diperkenalkan kepada bangsawan Melayu-Hindu secara bertahap melalui penonjolan keperibadian Islam yang unggul. Dr. Ridzuan membayangkan pertuturan yang terjadi antara pedagang Melayu dengan pedagang Arab. Diketahuinya, pedagang-pedagang Arab sudah mahir bercakap Tamil, jadi tidaklah sukar bagi keduadua pelaut dan pedagang itu berunding hal ehwal perdagangan. Minda itu melihat penyerapan perkataan-perkataan Arab mengalir ke dalam leksikon Melayu sebelum pengislaman bermula. Bahasa rojak Melayu-Hindu-Arab di kota-kota maritim Sumatera terus berkembang antara pedagang yang rata-rata merupakan intelektual semasa yang mahir dengan pelayaran laut dalam. Kapal-kapal layar mereka membelah lautan dengan petunjuk ilmu falak yang tinggi. Kota-kota maritim di pantai timur Sumatera tumbuh sebagai entrepot untuk pedagang-pedagang China, Parsi, Arab,Tamil dan Melayu. Pada zaman kegemilangan Kerajaan Srivijaya terdapat lebih daripada dua ratus ribu pedagang dan pelaut yang menggunakan laluan selat antara Semenanjung Emas dengan Sumatera.

Jatuhnya kerajaan-kerajaan Melayu-Hindu Srivijaya dan Majapahit kerana raja-rajanya mulai tertarik konsep ketuhanan yang dibawa saudagar-saudagar Islam selain iringan misi perdagangan yang tidak kurang daya tarikannya. Bingkisan keagamaan dan perdagangan yang dibawa mereka jauh lebih menarik dan menguntungkan jika dibandingkan hubungan tradisional dengan pedagang-pedagang Hindu. Sesungguhnya jiwa Melayu itu lebih suka pada sesuatu yang baru. Mereka, pendengar yang tekun, pemikir yang rasional dan terbuka. Jika pemikiran mereka tertutup, nescaya Melayu itu kekal Hindu. Apa pun ragam kontak Melayu dengan unsur-unsur luar alamnya, ia mudah teruja. Penyerapan unsur-unsur itu dilaksanakan secara adoptif dan adaptasi. Apabila perdagangan, agama dan bahasa dipasarkan dalam satu bingkisan, maka Melayu baik dulu mahupun sekarang, tidak mempunyai banyak pilihan. Namun, selepas enam ratus tahun pengislaman Melayu, IsIam bagi orang-orang Melayu kini sudah melembaga daam sanubari mereka. Menyedari hakikat iu, kuasa-kuasa luar menggugurkan agama daam pakej mereka, setelah lima ratus tahun mencuba, daam upaya merubah pendekatan penaklukan tersembunyi mereka. Dr. Ridzuan melihat kuasa-kuasa besar menggantikan misi triniti dengan agama globalisasi. Sebutan keramat iu menawan hati pemuka dan pemikir Melayu. Kini pula, perdagangan, agama globalisasi dan bahasa adidunia dibungkus daam satu bingkisan, Mahu tak mahu kena ambil. Pemuka dan pemikir Melayu tidak terfikir bahawa mereka adalah tidak lebih daripada sasaran pemasaran kuasa ekonomi yang menjana dan meneruskan hegemoni ke atas dunia ketiga. Pada mereka, tiada dunia kedua. Mereka pertama dan lain-lain ialah dunia ketiga. Apabila ada ahli dunia ketiga yang mahu mengorak langkah untuk menjadi ahli dunia pertama, beberapa syarat ketat dikenakan. Daam keghairahan untuk meletakkan diri Melayu dan kerajaan yang dipimpin setara dengan status dunia maju, mereka sanggup mengorbankan apa saja termasuk bahasa ibunda. Itulah yang terus mengganggu fikiran Dr. Ridzuan. Dia rela hanyut daam epik pelayaran masa silam, mengenangkan detik-detik datangnya gelombang- gelombang pedagang yang membawa bagasi tambahan yang membentuk, mewarnai dan membudayakan orangorang Melayu iu. Sekali gus menyatakan, daripada tinjauan epik pelayarannya iu, Melayu ialah hasil akhir suatu proses pembuatan bangsa terbitan akibat pendedahan unsur-unsur luar terhadap orang-orang asli nomad laut yang gemar berkelana dari pulau ke pulau. Daripada suatu etnik kecil Ilha Formosa sehingga menjadi suatu bangsa yang membina monumen tertinggi di dunia.

Lantaran itu, Dr Ridzuan pun gemar berkelana, dari era ke era dan dari zaman ke zaman. Pelayaran minda itu cuba menjenguk realiti masa lampau yang memperlihatkan bagaimana MelayuHindu bertutur bahasa rojak Melayu-Tamil-Sanskrit yang tidak ubah dengan pertuturan rojak Melayu-Inggeris dalam kalangan orang melayu termasuk dirinya sendiri. Barangkali kerokaka itu yang memperkaya leksikon Melayu. Dia juga melihat, kedatangan islam itu tidaklah tanpa bagasi lain. Orang-orang Melayu-Islam pula kemudiannya, merojakkan pula dengan bahasa tinggalan Melayu-Tamil-Sanskrit dengan epistemologi Arab-Islam. Pola itu berulang dengan kedatangan bahasa-bahasa vernaakulalr Eropah dan kemudian bahasa adidunia. Sebab itu istilah-istilah Melayu terutama sains dan matemaik dirundung walang. Sentiasa dikerumuni masalah yang dicanang-canang para pelobi globalisasi. Wakil-wakil zaman silam sering bertelangah dalam penciptaan istilah yang kemelutnya diakhiri dengan kematian bahasa Melayu ilmiah itu sendiri. Kelompok puris-konservatif tidak serasi dengan golongan liberal. Golongan kolonialis dan nasionalis tidak sebulu. Pertembungan terjadi antara fraksi itu yang mewakili zaman lampau tanpa menyedari proses pematangan bahasa itu mengambil masa ribuan tahun. Ada penggila fonetik, ada penganut morfologi. Akhirnya, anglofilik yang menang. Kemenangan itu mengerandakan bahasa Melayu ilmiah.

Mengenangkan kemangkatan bahasa Melayu ilmiah itu, dia menjadi sayu. Kematiannya tidak diratapi sesiapa. Malah, menulis dalam wacana apresiasi pun dilarang, apalagi berbicara dalam forum umum. Pelaksanaannya dibuat dalam senyap-senyap. Tiada perbincangan awam, dan tiada pengundian dalam referendum.

Dengan kuasa yang ada, bahasa Melayu ilmiah dibunuh tanpa sebarang kesalahan atau jenayah besar yang dilakukannya. Bukan kerana bangsa itu gagal mencipta istilah-istilah sains dan matematik, tetapi hanya kerana gagal mencapai kesepakatan dalam menentukan istilah mana yang lebih tepat.

Tidak mahu ada istilah sinonim atau pilihan kedua. Ketepatan mutlak yang dicari, tentunya tidak mungkin kerana kita bukan pencipta ilmu. Untuk membaca dan mengajar ilmu orang Iain pun kita bertelingkah. Ada tiga universiti, ada tiga istilah yang diperjuangkan untuk merebut mahkota ketepatan. Persengketaan itu memberi ruang kepada anglofilik yang berdendam pada nasionalis, lalu mengatur rencana pemusnahan bahasa Melayu ilmiah. Dari dulu hingga sekarang, Melayu itu bangsa pengguna. Pengguna bahasa, budaya dan agama dari luar alamnya.

Minda itu bertambah sedih dan sayu. Alam cerah dulu bagaikan kelabu mengurung murung. Sinarnya telah pudar. Dua hari Dr. Ridzuan berbohong pada jururawat yang mengunjungi biliknya. Dia berlakon menelan pil-pil yang diberikan. Dengan keramahan, dia mengusir jururawat yang gembira dengan lakonan patuh yang dipersembahkan. Dia tidak sudi lagi menjadi bangsa patuh. Yang patuh pada kuasa-kuasa luar. Dia ingin Melayu bertukar menjadi bangsa Melaju yang ingin maju tanpa meninggal kan bahasanya. Tetapi, bangsa itu ingin kekal Melayu, ghairahkan kemajuan tanpa bahasanya. Selama ini, bahasa Melayu itu dengan setia mengikuti bangsanya ke mana saja bangsa itu pergi dari zaman ke zaman, mengharung lautan, menjelajahi pulau demi pulau, membawa sumpahan keramat dari llha Formosa hingga Pulau Easter di Lautan Teduh. Bahasa ibunda itu tidak sekali-kali membelakangi bangsanya, malah ia menjadi benih bagi beribu-ribu bahasa-bahasa AustroMalayonesia yang masih hidup dan telah mati. Bangsa itu telah lupa pada bahasa ibundanya. Bahasa yang mengangkat suatu etnik kecil menjadi bangsa yang bermaruah dan bermartabat. Apabila bahasa Melayu itu mati, maka Dr. Ridzuan mahu mati bersamasamanya. Memang benar tidak pernah orang mengatakan demi bahasa, seseorang itu sanggup mati. Demi negara dan bangsa, orang sanggup berkorban. Tidak bahasa. Tetapi, dia bukan orang-orang atau patung yang dipacak menghalau burung-burung perosak. Baginya, bahasa itu jiwa bangsa. Bangsa tanpa bahasa maknanya tanpa jivva. Sukmanya tiada, rohnya juga tiada. Biarlah bahasa Melayu itu mati dan bangsa Melaju itu hidup sebagai bangsa pemaju yang mendewakan agenda globalisasi. Dia ingin mati bersamasama bahasanya. Hanya satu perkataan dalam bahasanya yang ingin dibawa bersama. Dia mencoret empat aksara di atas sekeping kertas nota kecil. Sumpahan keramat Yang selalu dipekikkannya. Kata suci itu gerbang kemunculan segala kehidupan manusiawi.

Jiwanya kini dirundung murung yang mendalam. Kimia-kimia Otak semuanya terus mendesak. Paras serotonin menjadi paling rendah hingga membangkitkan gen apoptosis yang dirangsang galak. Pusat emosinya di amigdala memutuskan segala hubungan dengan neo-korteks. Tiada lagi pertimbangan daripada otak rasional untuk meredakan ledakan emosi di amigdala. Pada mulanya dia memasuki bilik mayat tanpa dikesan. Baginya bilik itu amat sesuai untuk menempatkan Melayunya yang mati, sementara kakinya yang menggeletar membawa tubuh dan ghairah hidup Melajunya dengan berhati-hati, agar tidak dilihat oleh petugas hospital. Dengan tangan kanan menggenggam erat kepingan nota jeritan sumpah keramat, dia menyelinap keluar, dengan imejan hutan dan gua muncul di hadapannya. Sumpahan keramat dendangannya itu masih kekal di seluruh alam Melayu, Melanesia dan Polinesia. Abadi selamalamanya. Perkongsian sumpahan keramat itu ialah bukti filologi bahawa warga pengucapnya berasal daripada rumpun keibuan yang sama ribuan tahun Yang silam.