Mengikut hukum termodinamik pertama, tenaga haba yang bersuhu tinggi akan mengalir ke kawasan yang bersuhu rendah. Normalnya, tenaga haba dalam tubuh manusia lebih tinggi daripada suhu sekeliling. Jadi, haba akan sentiasa keluar daripada tubuh.
Pada waktu panas, suhu sekeliling lebih tinggi daripada suhu dalam tubuh. Maka, tubuh akan menyerap haba ini. Tetapi tubuh tak dapat nak manfaatkan (utilize) tenaga ini sepenuhnya untuk membantu sebarang proses tubuh. Maka, tenaga haba ini tetap akan keluar juga daripada tubuh.
Sel tisu manusia mempunyai kadar keraliran (conductivity) haba yang rendah. Maka, haba yang mengalir dari dalam tubuh hingga ke kulit manusia melalui sel tisu cumalah sedikit. Yang melajukan proses peraliran tenaga haba ini adalah darah sebagai ajen bendalir yang melalui proses perolakan (convection). Darah jugalah yang bertanggungjawab mengawal keseimbangan suhu dalam tubuh manusia. Setelah haba ini sampai ke kulit, haba akan mengalir ke sekeliling melalui proses radiasi, perolakan dan penyejatan.
Selain digunakan untuk melakukan kerja, tenaga juga digunakan untuk membantu proses dalam tubuh seperti pembentukan sel mati, tumbesaran, penghadaman, penyucian dan pelbagai lagi. Proses transformasi tenaga ini dipanggil sebagai metabolisma.
Manusia yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi adalah manusia yang mempunyai kadar transformasi tenaga yang tinggi. Transformasi tenaga bermaksud kadar tenaga yang dapat dimanfaatkan oleh tubuh.
Satu lagi istilah dipanggil sebagai kadar metabolik basal (basal metabolic rate), iaitu kadar metabolisma tubuh sewaktu tubuh tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Kadar metabolisma ini yang membantu proses-proses regulasi dalam tubuh seperti pernafasan dan aliran darah. Setiap orang mempunyai kadar metabolik basal yang berbeza. Mereka yang mempunyai kadar yang tinggi, tidak mudah naik berat badan walaupun makan banyak dan tidak melakukan aktiviti berat.
Kadar keperluan tenaga yang diperlukan oleh setiap manusia tidak sama. Orang yang lakukan banyak kerja ataupun senaman, makan banyak pun tak akan menaikkan berat badan kerana tenaga yang diambil daripada makanan dapat dimanfaatkan.
Demam berlaku apabila tenaga haba dikeluarkan secara berlebihan daripada tubuh, lalu menyebabkan suhu dalam tubuh merosot. Sebab itu kita berasa sejuk sewaktu demam, dan orang lain yang memegang tubuh kita berasa panas. Sewaktu suhu dalam tubuh merudum, tubuh akan memberi respon dengan menaikkan kadar metabolisma. Tanda kadar metabolisma ini dinaikkan apabila kita mula menggigil sewaktu demam.
Haba yang keluar secara berlebihan ini berlaku apabila suhu sekeliling mula sejuk. Sebab itulah sewaktu hujan kita mudah demam kerana suhu begitu rendah pada waktu hujan selain daripada faktor-faktor bakteria dan jangkitan. Sesuai dengan hukum termodinamik pertama, tubuh yang lebih tinggi tenaga habanya akan mengalir keluar sehingga suhu tubuh dan suhu sekeliling mencapai keseimbangan.
Hukum termodinamik muncul pada sekitar tahun 1850M. Ahli fizik utama yang mempelepori hukum ini adalah William Rankine, Rudoplh Clausius dan Lord Kelvin. Lord Kelvin adalah orang yang mencipta perkataan termodinamik ketika menerbitkan jurnalnya pada tahun 1849M.