Apa yang awak fikirkan tu Tegur Mak Minah yang tiba-tiba muncul dari suatu arah. Pak Maidin menoleh, namun tidak berkata apa-apa. Mak Minah mengeluh lalu perlahan-lahan menempati kerusi rotan di samping suaminya.
Saya tahu awak risaukan Nira. Saya pun sama bang. Terkejut saya bila awak papah dia balik tadi. Keluh Mak Minah.
Saya rasa dia ada masalah. Ujar Pak Maidin perlahan. Apa yang tadinya berada di fikirannya, kini diluahkan pada isterinya.
Masalah Masalah apa Bukankah Nira dah jumpa dengan Naufal Mak Minah mengerutkan dahinya. Hairan!
Awak nampak kan beg pakaian dia Dia nak ke mana malam-malam macam ni dengan beg pakaian tu Pak Maidin membangkitkan persoalan yang tak putus-putus bermukim di fikirannya.
Agaknya dia memang nak ke rumah kita kut. Mak Minah berfikiran mudah.
Dulu masa saya ajak Nira tinggal dengan kita, dia menolak. Katanya dia nak balas jasa pemilik taska tempat dia bekerja tu. Sekarang ni dia nak ke rumah kita Saya tak fikir macam tu, saya rasa budak Nira ni ada masalah. Kalau dia nak ke rumah kita, dia akan terus jumpa awak di rumah, kenapa dia nak ke warung pulak
Mak Minah terdiam. Ada betulnya juga kata-kata suaminya itu.
Saya harap tak ada apa-apa yang buruk berlaku pada Nira bang. Kasihan saya tengok si Nira tu. Sejak kecil dia dah tempuh macam-macam kesusahan. Saya benar-benar berharap dia akan bahagia suatu hari nanti. Keluh Mak Minah sebak. Pak Maidin mengangguk. Dia juga mengharapkan perkara yang sama!
Sedang mereka berbual-bual, telefon rumah itu tiba-tiba berdering. Dengan langkah malas, Pak Maidin segera ke suatu sudut lalu mengangkat gagang telefon yang diletakkan di situ. Dia melekapkan gagang telefon ke telinganya.
Hello, ya ini rumah Pak Maidin. Siapa tu
Suara seorang anak muda muncul sekaligus membuatkan matanya bersinar-sinar. Naufal!
Naufal ya Apa mimpi kamu telefon Pak Maidin malam-malam begini
Mendengar nama Naufal, Mak Minah segera berengsot-engsot ke arah suaminya. Pak Maidin mengerling. Namun bebola matanya bukan pada Mak Minah sebaliknya pada sesusuk tubuh yang baru keluar dari sebuah bilik. Di suatu sudut, Danira tercegat memandangnya sambil mengisyaratkan sesuatu. Wajah gadis itu pucat dan lemah. Dia segera memahami maksud isyarat anak gadis itu.
Danira Tak..dia tak ada kat sini Kenapa kamu cari dia
Kata-kata Pak Maidin membuatkan nafas Danira lega. Dia tahu lambat laun Naufal akan mencarinya di situ. Kerana itu dia enggan ke rumah Pak Maidin, namun dia sudah tidak tahu ke mana harus ditujunya. Sedar tak sedar kakinya sudah melangkah ke warung lelaki tua itu.
Sebaik Pak Maidin selesai berbual-bual dengan Naufal, mata lelaki itu kembali mencarinya. Mak Minah juga berpaling ke arahnya dengan wajah tertanya-tanya. Dia hanya mampu menitiskan airmata kesayuan. Saat ini hati dan perasaannya menjadi sangat berat seperti dihempap dengan batu besar.
******
Pasangan suami isteri itu terdiam saat dia usai menceritakan segala-galanya. Beban di hatinya menjadi sedikit berkurang kerana dapat berkongsi derita yang dirasakannya. Malah ceritanya bermula sejak enam tahun yang lalu, saat dia ditangkap polis kerana dituduh membunuh lelaki yang tidak pernah diambil tahu siapa. Kalaulah dia tahu siapa lelaki yang mati itu, sudah pasti dia takkan merasa derita seperti ini. Tak mungkin dia akan berani menyimpan perasaan pada Filman.
Inilah takdir ALLAH Nira, keluh Pak Maidin seraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Mak Minah asyik mengesat-gesat pelupuk matanya yang berair dengan hujung lengan bajunya. Hati wanita itu terlalu rapuh dan emosi sebaik mendengar ceritanya.
Siapa sangka, Naufal diselamatkan oleh keluarga lelaki yang mati tempoh hari. Siapa juga sangka, kamu akan berkenalan dengan keluarga itu. Sambung Pak Maidin sedikit kesal.
Apa patut Nira buat Pak Maidin Nira benar-benar buntu.
Kamu sepatutnya bawa Naufal balik ke mari bersama kamu Nira. Kalau keluarga itu tahu Naufal yang menyebabkan anak mereka meninggal dunia, entah apa yang akan berlaku pada Naufal. Keluh Mak Minah.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimana Danira ingin membawa adiknya pulang ke pangkuannya