Mencari Kiblat Cinta - 155
Dia menggeleng. Wajah ibunya nampak susah hati. Kenapa dengan Filman Ada sesuatukah yang berlaku pada abangnya itu

Tak apalah, ma nak naik atas jenguk Melly. Kalau Fil ada call Aliff, minta dia balik rumah. Kasihan Melly dari tadi tercari-cari papanya. Pesan Tengku Saida sebelum beredar dari situ. Kata-kata wanita itu segera membangkitkan rasa hairan di hati Aliff. Nada suara ibunya jelas mengandungi sesuatu maksud. Jangan-jangan ada sesuatu hal berlaku pada Filman pula!

Dia segera menuju ke arah dapur. Mak Mah yang sedang membersihkan ruang dapur segera berpaling ke arahnya.

Aliff dah makan malam Kalau belum, nanti Mak Mah hidangkan. Ujar wanita itu. Namun dia cepat-cepat menggelengkan kepalanya.

Tak apalah Mak Mah. Aliff cuma nak tanya, ayah dah makan belum

Mak Mah mengeluh panjang. Melihat reaksi wanita itu, dia terdiam. Wanita itu tiba-tiba membuka periuk di hadapannya.

Semua orang belum makan Aliff. Penat Mak Mah masak banyak-banyak, tapi tak ada seorang pun yang nak jamah. Tadi Puan Engku ambil sedikit untuk Melly tapi dia sendiri belum makan. Pak Engku pun belum, asyik berkurung dalam bilik. Najla pun sama. Keluh wanita itu.

Aliff terdiam. Setelah berhadapan dengan sesuatu yang mengejutkan seperti ini, sesiapa pun takkan ada selera untuk makan. Termasuklah dia sendiri!

Abang Filman ke mana, Mak Mah Dia melencongkan pertanyaan.

Wajah Mak Mah dilihatnya keruh. Wanita itu kelihatan muram.

Entahlah Aliff, Mak Mah pun tak tahu apa yang dah berlaku dalam keluarga ni. Selama Mak Mah bekerja kat sini, belum pernah sekalipun Mak Mah dengar Filman bertengkar dengan Pak Engku. Ujar Mak Mah.

Abang Filman bertengkar dengan ayah Kenapa Dia terkejut mendengarnya.

Fasal apa lagi Fasal gadis yang datang itulah. Mak Mah memang tak sangka budak perempuan tu yang bunuh Firdaus. Tengok dari wajahnya yang sejuk mata memandang, tak mungkin dia yang lakukannya. Tapi entahlah! Keluh Mak Mah lagi. Dia sendiri sempat mendengar kekecohan yang berlaku pagi tadi di rumah itu. Malah pertengkaran antara Filman dan Tengku Amar juga menerpa ke telinganya satu persatu.

Kasihan Filman. Mak Mah mengelengkan kepalanya.

Kenapa Dahi Aliff terus berkerut.

Mak Mah tidak terus menjawab. Sebaliknya wanita itu memandangnya dengan wajah hairan. Selama ini Aliff tak tahu ke yang Filman cintakan Cik Danira Tanya Mak Mah.

Aliff tersentak. Kata-kata wanita itu membuatkan tubuhnya gementar. Cinta Filman jatuh cinta pada kakaknya Danira Betulkah ini semua

Dia mendongak ke arah bangunan tiga tingkat yang kini terpampang di hadapan matanya. Melalui alamat yang tertera dalam dokumen yang dibacanya malam semalam, inilah alamat firma guaman yang mewakili kes Danira enam tahun yang lalu. Sepanjang malam dia mengkhatamkan dokumen sederhana tebal itu tanpa rasa jemu. Setiap baris ayat di dalamnya tidak lepas dari pandangannya. Dan setelah usai membacanya, entah kenapa ada sesuatu yang gagal difahaminya. Kes itu entah kenapa menimbulkan keanehan yang tidak mahu pudar dari fikirannya.

Sepanjang malam dia berada di pejabatnya. Dia tahu ibunya risau, namun dia perlu meneliti beberapa perkara di dalam dokumen tersebut. Dia cuba mencari maklumat tentang kes itu di bilik menyimpan fail-fail kes di pejabat, namun gagal. Ternyata ayahnya serius bila mengatakan tidak mahu dia dan adik beradiknya yang lain mengambil tahu tentang kes tersebut. Kerana itu maklumat tentang kes Danira tidak ada dalam simpanan firma guaman milik ayahnya.

Dia cuba menghubungi Ismail Habib. Tapi ternyata usahanya juga menemui kegagalan apabila lelaki itu seolah-olah berat hati mahu memberikan kerjasama. Hendak tak hendak dia terpaksa mencari Joshua Lee, peguam Danira.

Firma Evy & Co memang sudah lama sampai ke telinganya. Meskipun firma itu tidak sebesar firma ayahnya, namun reputasi firma itu agak terserlah sejak dua menjak ini. Dia hanya tahu firma itu milik Evelyn Tan, anak bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Sri Bernard Tan yang kini sudah bersara dalam dunia kehakiman. Legasinya diteruskan oleh anak perempuan tunggalnya Evelyn yang pakar dalam undang-undang sivil.

Kehadirannya di firma itu menarik perhatian beberapa pasang mata. Dia acuh tak acuh pada orang-orang di sekelilingnya. Langkah kakinya segera dihela ke arah kaunter panyambut tetamu di ruang legar.

Saya nak jumpa Joshua Lee. Pintanya pada wanita tionghua berambut kerinting di hadapannya.

Encik ada temujanji

Dia menggeleng. Perlu saya buat

Tak payah. Satu suara mencelah. Filman berpaling. Melihat seorang lelaki tercegat memandangnya dari suatu arah, dia menarik nafas panjang. Lelaki itu! Dia masih ingat, itulah lelaki yang ditemuinya di taska Kamila tempohari.

bersambung

Bab akan datang:

Siapakah lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul itu