Joshua Lee Nama aku, Filman. Dia memperkenalkan dirinya.
Aku tahu. Tengku Filman Adrian dari firma Tengku Amar bukan Joshua menyebut dengan lancar. Dia tahu siapa lelaki itu. Sejak dia menemukan Filman di taska Kamila, dia sudah menyimpan curiga. Dan iras wajah Filman yang mirip Firdaus membuatkan dia tambah yakin.
******
Dahi Filman berkerut. Mereka hanya bertemu sekali sahaja tetapi lelaki itu seolah-olah kenal siapa dia.
Kau adik Tengku Firdaus Emran bukan
Filman menarik nafas panjang. Semakin lama dia berhadapan dengan lelaki itu, semakin dia tertarik mendengar kata-kata Joshua. Apakah lelaki itu mengenali Firdaus
Aku datang sebab Danira. Ujar Filman berterus-terang.
Kenapa dengan dia Joshua sengaja bermain tarik tali. Filman mengetap bawah bibirnya berulangkali.
Aku nak tahu tentang kes enam tahun lalu. Sekarang hanya kau seorang sahaja yang boleh jelaskan pada aku tentang kes bunuh abang aku. Ujar Filman.
Joshua terdiam. Memang benar tekaannya. Selama ini lelaki itu tidak tahu siapa Danira sebenarnya. Jika tidak, tak mungkin lelaki itu akan melayan Danira dengan begitu baik. Dan kini dia amat pasti, Filman sudah tahu segala-galanya.
Danira tak bersalah, kalau itu yang kau mahu dengar. Dia dah dibebaskan. Tutur Joshua tenang.
Aku nak tengok semua maklumat-maklumat tentang kes enam tahun yang lalu. Pinta Filman tanpa berdalih.
Kau boleh minta pada ayah kau. Dia ada semua salinan fail-fail kes itu.
Kalau dia ada, kau ingat aku akan datang ke sini dan cari kau Herdik Filman.
Joshua terdiam. Wajah lelaki itu ditatap serius. Kesungguhan lelaki itu membuatkan dia hairan. Kenapa baru sekarang lelaki itu mahu mengambil tahu perihal kes ini
Masuk office aku dulu. Suruh Joshua lalu melangkah ke suatu arah. Hendak tak hendak, Filman terpaksa menurut. Kelibat kedua-duanya segera singgah di pandangan Evelyn yang baru keluar dari biliknya. Melihat susuk tubuh lelaki di samping Joshua, dahinya segera berkerut. Namun belum sempat dia mahu melihat lelaki itu dengan lebih teliti, kedua-duanya sudah menghilang ke dalam bilik Joshua.
******
Joshua menumpukan perhatian pada wajah lelaki yang sedang ralit membaca fail-fail yang diserahkannya. Setiap raut wajah lelaki itu diperhalusi. Memang wajah itu mirip Firdaus. Kedua-duanya sama tinggi, berkulit sawo matang serta berhidung mancung. Antara keduanya, wajah Firdaus lebih menampakkan karisma dan kebijaksanaan. Manakala Filman kelihatan lebih tenang dan ringkas.
Kau tahu yang aku pernah kerja dengan Firdaus di firma ayah kau Joshua bersuara. Kata-katanya berupaya mengalihkan tumpuan Filman dari fail yang dibacanya.
Jadi kau kenal Firdaus
Lebih dari kenal. Dia kawan baik aku.
Filman tersenyum sinis. Jadi kau belakangkan kawan baik kau sendiri dan lebih rela membela pembunuhnya Im impressed! Sindir Filman.
Kau tak tahu apa yang kau cakapkan Filman. Danira bukan pembunuh Firdaus. Kau sendiri kenal dia. Balas Joshua cuba bersabar. Provokasi lelaki itu dihadapi dengan tenang.
Itu sebelum aku betul-betul kenal siapa dia. Kalau aku tahu dia pembunuh abang aku, kau ingat aku nak layan dia macam puteri raja Dan lagi satu, kau kenal aku masa kita jumpa di taska tu lagi, tapi kenapa kau diam saja Kau suka tengok aku diperbodoh-bodohkan Macam tu Herdik Filman mulai berang. Entah kenapa dia naik angin dengan tiba-tiba. Persoalan tentang Danira benar-benar menjeratnya ke dalam situasi yang tak menyenangkan.
Jangan salah faham Filman, waktu kita jumpa dulu, aku nampak persamaan Firdaus dalam diri kau. Tapi aku tak berani mengagak sebarangan. Lagipun aku sendiri bingung macamana kau kenal dengan Danira. Joshua cuba menjelaskan.
Filman mengeluh. Dia cuba bertenang. Tidak wajar dia menyalahkan Joshua atas apa yang sudah berlaku.
Sudahlah, kita lupakan saja. Aku bukan datang nak cari gaduh. Aku cuma mahukan jawapan. Keluh Filman.
Kau datang sebab jauh di sudut hati, sebenarnya kau ragu-ragu. Sebahagian dari diri kau percaya yang gadis seperti Danira takkan berani membunuh. Kau patut baca fail tu lebih teliti. Danira tak kenal siapa abang kau. Mereka tak pernah jumpa selama ini. Kau ingat Danira ada motif yang cukup kuat untuk bunuh Firdaus Getus Joshua.
Tapi cap jarinya ada pada pisau yang menikam Firdaus. Malah nombor telefon Firdaus ada dalam telefon milik Danira. Bukankah itu bukti yang boleh menyokong bahawa antara Firdaus dan Danira saling mengenali Soal Filman.
Tapi pihak polis tak pernah jumpa telefon milik Firdaus tu. Mustahil Firdaus akan menelefon pembunuhnya sendiri. Hujah Joshua lagi.
bersambung
Bab akan datang:
Benarkah sangkaan Filman berdasarkan bukti yang dijumpainya