Filman, percayalah cakap aku. Danira bukan pembunuh abang kau. Kau tengok saja dia, bagi kau apakah gadis seperti dia akan sanggup mengangkat pisau dan menikam abang kau sampai mati Lagipun lebam-lebam di mayat Firdaus ketika itu menunjukkan dia dipukul berkali-kali dengan objek tumpul. Apakah Danira mampu melakukannya pada seorang lelaki yang bertubuh lebih besar darinya Soal Joshua, benar-benar mahu menyakinkan lelaki itu akan kebenaran kata-katanya.
Kalau bukan dia siapa Siapa yang berdendam dengan Firdaus sehingga sanggup membunuhnya Soal Filman tegas.
Joshua terdiam. Dia teringat kata-kata Umar tempohari. Kata Umar belum tiba masanya untuk mereka mendedahkan segala hal di sebalik kematian Firdaus. Tapi sampai bila ia harus berlanjutan begini Sampai bila Danira harus dipersalahkan
Hal ini bukan sekadar pembunuhan Firdaus sahaja. Ia lebih dari itu. Dan Danira hanya mangsa yang terperangkap di tengah-tengah. Ungkap Joshua kesal.
Filman mengerutkan dahi. Kata-kata Joshua seolah-olah mengajaknya berteka-teki. Apa sebenarnya maksud lelaki itu
Kau harus jumpa seseorang Filman. Aku percaya, hanya dia satu-satunya orang yang boleh menjelaskan kes abang kau ni. Sambung Joshua lagi seraya memandang lelaki itu. Wajah Filman kelihatan lebih bingung, namun Joshua sudah nekad. Dia harus mempertemukan Filman dengan Umar.
******
Mereka kini berada di sebuah restoran sederhana besar yang agak jauh dari kawasan bandar. Restoran di tepi sebuah kawasan berbukit di Selangor itu pernah dilihatnya, cuma dia tidak pernah singgah ke situ sebelum ini. Lagipun kawasan itu agak terpencil dan biasanya pelanggan restoran itu terdiri dari mereka yang mahu meredah laluan jungle-trekking tidak jauh dari situ.
Hampir satu jam mereka duduk di situ, namun orang yang dikatakan Joshua itu masih belum menampakkan batang hidungnya. Ikutkan hati dia malas mahu terus menunggu. Namun mengenangkan inilah satu-satunya peluang untuk dia mengetahui kebenaran kata-kata Joshua, maka dia memaksa diri bersabar. Selain dari itu dia juga ingin melunaskan rasa ingin tahunya tentang Danira. Tentang apakah gadis itu benar-benar pembunuh abangnya atau gadis itu dianiayai seperti kata Joshua.
Dia dah sampai. Suara Joshua singgah ke telinganya. Dia berpaling. Seorang lelaki baru sahaja keluar dari sebuah SUV berwarna putih. Apabila lelaki itu berpaling ke arah mereka, wajah Filman segera berubah. Lelaki itu!
Itulah Umar Ramjan. Dia bekas peguam kanan di firma Tengku Amar. Selepas dia dipecat, dia habiskan masanya dengan Firdaus, menyiasat satu kes besar. Terang Joshua. Namun telinga Filman antara dengar dengan tidak. Matanya terpaku ke arah lelaki separuh umur yang sedang melangkah ke arah mereka. Dia masih ingat lelaki itu. Suka ataupun tidak, itulah lelaki yang pernah ditemuinya di majlis ulangtahun syarikat Datuk Parish di Kuching tempohari. Lelaki yang dilihatnya menghendap-hendap di situ. Lelaki itu juga yang menaiki penerbangan yang sama dengannya dari Kuching ke Kuala Lumpur tempohari.
Meja makan itu kosong. Biarpun ada semangkuk nasi lemak yang masih panas berwap dan seteko kopi pekat yang harum baunya, namun tidak ada sesiapa di situ yang menjamahnya. Aliff memandang ke arah Mak Mah yang kebetulan lalu di situ.
Mak Mah, semua orang belum turun lagi Tanya Aliff.
Orang tua itu hanya menggeleng sebelum berlalu pergi.
Aliff memandang jam di dinding ruang makan. Sudah pukul 8.30 pagi. Selalunya pada waktu-waktu begini, keluarga itu akan bersarapan sambil membuat bising. Bercerita itu ini. Tapi kesunyian kali ini entah kenapa membangkitkan rasa bersalah di hati Aliff. Dia naik semula dengan niat mahu menjenguk. Bilik yang paling hampir dengan tangga dijenguk dahulu. Daun pintu diketuk.
Beberapa kali pintu bilik itu diketuk, Najla membuka pintu biliknya. Wajah anak gadis itu sedikit pucat.
Kenapa tak turun makan lagi Soal Aliff pada anak gadis itu.
Najla menggeleng.
Kenapa Naj sakit Aliff terus menyoal.
Naj tak ada selera Aliff. Macam-macam hal berlaku kat rumah ni. Naj jadi bingung. Akui anak gadis itu.
Aliff terdiam. Wajah muram Najla membuatkan dia menarik nafasnya perlahan.
Jangan ikutkan hati sangat, pergilah makan. Tolong pujuk ma sekali. Aliff nak jumpa ayah sekejap. Ujarnya lalu segera beredar. Dia turun semula lalu menuju ke bilik bacaan. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan ayahnya ada di situ.
Sebaik daun pintu di hadapannya dikuak, matanya segera terpandang sesusuk tubuh sedang berbaring di atas sofa panjang di bilik bacaan. Mata lelaki itu terkatup rapat dengan sebelah tangannya memegang sekeping bingkai.
bersambung
Bab akan datang:
Gambar siapakah yang ayahnya pegang itu